Prasiswazah

Program DDS (Doctor of Dental Surgery) UKM merupakan program lima tahun yang dibahagikan kepada dua fasa dimana para pelajar akan mempelajari elemen teori, praktikal dan klinikal.

Kurikulum DDS direka mengikut prinsip pembelajaran secara hasil dan prinsip pembelajaran berdasarkan kompetensi seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Pergigian Malaysia dalam dokumen “Competencies of New Dental Graduates Malaysia”.

Fasa 1 (dua tahun pertama pengajian) memperkenalkan pelajar kepada kursus asas perubatan dan pergigian. Pelajar akan mempelajari tentang pelbagai sistem badan dalam kesihatan dan penyakit, dengan topik yang menjurus ke arah keperluan doktor gigi dalam latihan. Tahun pertama dikhaskan untuk mempelajari struktur dan fungsi badan manakala pada tahun kedua pelajar akan meliputi penyakit dan keabnormalan. Pelajar juga akan mengikuti kursus pergigian asas dalam fasa ini termasuklah kemahiran praktikal operatif setelah menyelesaikan kesemua siri siri latihan simulasi yang dijalankan sepanjang tahun kedua.

Fasa 2 program ini bermula dari Tahun 3 hingga Tahun 5 di mana banyak masa ditumpukan kepada pemerolehan langkah demi langkah pengetahuan klinikal dan kemahiran praktikal yang perlu untuk mendapat kemahiran dalam bidang pergigian. Tiga tahun latihan klinikal memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran klinikal dan komunikasi dalam rawatan penjagaan gigi primer, membuat pengambilan sejarah dan pemeriksaan pesakit. Pendekatan holistik adalah asas untuk rawatan pergigian dan akan diambil ke atas pesakit dalam konteks penjagaan pesakit yang menyeluruh. Pelajar dijangka untuk menyelesaikan beberapa kes-kes tertentu dirawat untuk mendapatkan pengalaman klinikal yang diperlukan dan kecekapan.

Kurikulum ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengukuhkan pengetahuan klinikal, kemahiran dan tingkah laku yang dibangunkan di seluruh fasa ini di klinik Rawatan Pergigian Komprehensif.