Prasiswazah
Program Ijazah Doktor Pergigian merupakan program lima tahun yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran pada Mac 1997. Fakulti mula mengambil kumpulan pelajar pertama pelajar seramai 24 orang pada sesi akademik 1997/1998. Sejak sesi 2003/2004, pengambilan pelajar telah ditingkatkan kepada 65 orang setahun.
Matlamat program Ijazah Doktor Pergigian (DDS) adalah untuk menghasilkan graduan pergigian yang bertanggungjawap dan berkebolehan melaksanakan tugas utama mereka dalam memberikan perkhidmatan pergigian kepada masyarakat negara ini dan setanding dengan standard antarabangsa.
Program DDS adalah berdasarkan kepada 6 domain hasil pembelajaran
- Sains biomedikal
- Sains perlakuan
- Pengurusan praktis klinikal
- Etika dan professionalisme
- Pengurusan informasi dan pemikiran kritis
- Sains klinikal
