Fakulti Pergigian

Pesakit

MISI
Misi Fakulti Pergigian UKM adalah untuk membentuk satu pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan pergigian secara keseluruhan agar pesakit dapat menerima rawatan pergigian yang terbaik dan hubungan antara pihak Fakulti dan komuniti dapat dieratkan.  
Rawatan pergigian kepada orang ramai adalah penting bagi program pengajian dan pembelajaran di Fakulti ini. Ia menawarkan 2 objektif:

Untuk menghasilkan pegawai pergigian untuk agensi kesihatan awam, Kementerian Pertahanan, hospital dan klinik swasta

Untuk memenuhi permintaan perkhidmatan pergigian kepada komuniti

MAKLUMAT AM 
Rawatan yang ditawarkan di Fakulti Pergigian UKM adalah secara keseluruhannya oleh pelajar pergigian dengan pemerhatian dari pensyarah pergigian di Fakulti ini. Temujanji pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi menentukan rawatan yang diperlukan oleh pesakit. Pihak Fakulti hanya dapat menerima pesakit yang boleh memenuhi permintaan dan jadual pelajar pergigian untuk rawatan mereka. Rawatan juga diberikan oleh pakar pergigian, berdasarkan kesesuaian dan rujukan yang betul.
Penyelidikan adalah salah satu dari program yang penting di Fakulti ini. Ahli Fakulti, pelajar pasca siswazah juga prasiswazah meluangkan masa untuk mengendalikan penyelidikan atas kesihatan mulut dan pergigian, teknik rawatan serta bahan pergigian yang terkini. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dapat membantu Fakulti untuk menawarkan rawatan pergigian yang berkualiti dan terus berkembang sepanjang masa.
BAGAIMANA UNTUK MENJADI PESAKIT DI FAKULTI PERGIGIAN UKM
Terima kasih kerana berminat untuk menjadi pesakit di Fakulti Pergigian UKM. Kami berharap agar anda memperolehi maklumat yang secukupnya tentang Fakulti ini. 
Segala pertanyaan boleh menghubungi pihak kami di talian 03 92897742.
Fakulti Pergigian