Fakulti Pergigian

Penilaian Program

PEPERIKSAAN PROFESIONAL BAHAGIAN I
Peperiksaan ini akan diadakan pada penghujung semester 2 (akhir Tahun 1). Calon terdiri dari Sarjana Klinikal Pergigian dan Sarjana Sains Pergigian.
Syarat-syarat untuk menduduki peperiksaan
Calon telah memenuhi semua keperluan yang telah ditetapkan di dalam setiap kursus yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Kursus dan ditetapkan oleh jabatan berkenaan.
Taraf lulus
Calon dikehendaki lulus dalam setiap komponen peperiksaan dengan markah yang tidak kurang daripada 60%.
Taraf lulus bersyarat
Calon dikehendaki mengambil peperiksaan ulangan dalam komponen yang gagal. Peperiksaan ulangan diadakan selepas 6 minggu dari tarikh permulaan Peperiksaan Profesional Bahagian I. Jika calon gagal dalam peperiksaan ulangan, maka calon dikehendaki mengulang tahun. Calon hanya akan diberi 3 peluang untuk mengulang Peperiksaan Profesional Bahagian I.
Taraf gagal
Calon dianggap gagal dan diberhentikan sekiranya masih gagal selepas mengulang tahun.

PEPERIKSAAN PROFESIONAL BAHAGIAN II
Peperiksaan ini terdiri daripada peperiksaan tesis dan pembentangan lisan (viva voce). Calon dikehendaki menghantar 2 salinan tesis yang telah dijilid menggunakan ‘ring’ kepada jabatan kepakaran masing-masing. Calon haruslah telah memenuhi segala keperluan yang telah ditetapkan oleh jabatan kepakaran masing-masing seperti jumlah penerbitan atau laporan kes. Untuk program Sarjana Klinikal (DClinDent), komponen penyelidikan adalah sebahagian syarat bagi pengijazahan. Untuk program Sarjana Sains Pergigian dan Doktor Falsafah, komponen penyelidikan merupakan syarat penuh bagi pengijazahan.

PEPERIKSAAN PROGESIONAL BAHAGIAN III
Peperiksaan ini diadakan pada penghujung semester 8 (akhir Tahun 4). Calon terdiri dari Sarjana Klinikal.
Syarat-syarat untuk menduduki peperiksaan
Calon telah memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh bidang kepakaran masing-masing seperti yang telah dinyatakan dalam Buku Panduan Kursus dan jabatan yang berkenaan.
Taraf lulus
Calon dikehendaki lulus setiap komponen peperiksaan dengan markah tidak kurang daripada 60%.
Taraf lulus bersyarat
Calon dikehendaki mengambil peperiksaan ulangan tersebut selepas 6 minggu dari tarikh Peperiksaan Profesional Bahagian III. Sekiranya calon gagal di dalam peperiksaan ulangan, calon dikehendaki mengulang tahun tetapi dengan syarat tertakluk kepada tempoh pengajian tidak melebihi 7 tahun pengajian.
Taraf gagal
Calon dianggap gagal dan diberhentikan sekiranya gagal setelah mengambil peperiksaan ulangan sehingga ke had maksimum 7 tahun.
SYARAT UNTUK DIKURNIAKAN IJAZAH SARJANA PERGIGIAN KLINIKAL
Lulus Peperiksaan Profesional Bahagian I dan III
Lulus komponen penyelidikan (Bahagian III) dalam bidang kepakaran
Memenuhi kehendak Peraturan dan Akta Pengajian Sarjana
Diperakukan supaya diberi Ijazah oleh Fakulti dan disahkan oleh Senat
Menjelaskan segala bayaran yang telah disyaratkan
Fakulti Pergigian