Pergigian Operatif
PENGENALAN
Jabatan Pergigian Operatif merupakan salah satu jabatan di Fakulti Pergigian UKM. Jabatan ini terdiri daripada 3 unit kepakaran iaitu Pergigian Operatif, Pergigian Pediatrik dan Endodontologi. Ketiga-tiga unit ini memberi perkhidmatan dari segi pengajaran (prasiswazah dan pascasiswazah), rawatan pergigian dan rundingan disamping menjalankan penyelidikan. Jabatan ini mempunyai kakitangan akademik (tetap dan sambilan) dan kakitangan sokongan (pentadbiran dan klinikal) yang membantu dalam melancarkan pengurusan jabatan dan memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.
MISI
Menjadi jabatan yang bertanggungjawap dan proaktif memberi khidmat dalam pendidikan, rawatan kepakaran pergigian dan penyelidikan yang terbaik dan berkualiti.
VISI
Jabatan Pergigian Operatif adalah satu unit yang menjadi penggerak fakulti untuk memberikan perkhidmatan pengajaran, rawatan dan rundingan sekaligus membawa nama baik Fakulti Pergigian di mata masyarakat dan negara.
FUNGSI
PENTADBIRAN
Merancang dan melaksanakan tugas berkaitan dengan pengurusan pentadbiran dan sumber manusia, akademik, klinikal dan penyelidikan.
Merancangan dan melaksanakan tugas merangka dokumen, jadual, mesyuarat dan rekod-rekod jabatan.
Memantau dan menguruskan hal-hal kewangan jabatan.
Menyelenggara keselamatan dan kerosakan peralatan harta benda di jabatan.
Menguruskan dan menjalankan sistem ISO kepada semua dokumen jabatan, terutamanya Fail Kursus di jabatan.
Perkhidmatan perkembangan modal insan kakitangan jabatan.
AKADEMIK
Menjalankan perancangan teori dan klinikal pelajar Tahun 2, 3, 4 dan 5, juga pascasiswazah.
Merancangan dan melaksanakan ujian-ujian mini, ujian semester dan Peperiksaan Profesional Akhir.
Pembangunan sahsiah dan akademik semua pelajar.
Menambahbaik sistem pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dari semasa ke semasa.
Memantau prestasi akademik pelajar Tahun 2, 3, 4 dan 5, juga pascasiswazah.
PERKHIDMATAN KLINIKAL
Memberi rawatan kepakaran kepada pesakit.
Memberi khidmat rundingan kepakaran.
Memberi perkhidmatan pembedahan dan rawatan pergigian (Pergigian Pediatrik) di PPUKM.
Menguruskan survey dan pembelian peralatan dan bahan klinikal.
Menguruskan senarai menunggu pesakit dan pengagihan pesakit.
KHIDMAT MASYARAKAT
Menjalankan program rawatan pergigian kepada murid sekolah rendah bersama pelajar.
Melaksanakan kursus-kursus sampingan kepakaran untuk pengamal pergigian.
Memberi dan mengadakan program khidmat masyarakat dengan memberi pendedahan dan penerangan berkaitan pergigian kepada rakyat.
KEMUDAHAN/PERKHIDMATAN
KLINIK PAKAR PEDIATRIK, ENDODONTIK DAN RESTORATIF, FAKULTI PERGIGIAN UKM
Perkhidmatan pakar pergigian untuk ketiga-tiga unit jabatan ini adalah berdasarkan rujukan sahaja. Kesemua klinik ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Rawatan adalah daripada pakar pergigian dan pensyarah pelatih.
POLIKLINIK PELAJAR, FAKULTI PERGIGIAN UKM
Pemantauan oleh pakar pergigian dan pensyarah pelatih semasa sesi klinikal pelajar prasiswazah dan pascasiswazah. Klinik pelajar dijalankan berdasarkan pada jadual yang telah ditetapkan.
KLINIK PAKAR PEDIATRIK, PPUKM
Rawatan pembedahan kepada pesakit pediatrik dijalankan pada setiap hari Khamis. Rawatan adalah berdasarkan senarai menunggu. Pelajar Tahun 5 dan pascasiswazah pula merawat pesakit di klinik pakar pada setiap hari Khamis juga.
CARTA ORGANISASI
