Wawasan
Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia bertekad menjadi pusat pendidikan pergigian yang cemerlang dan terkehadapan yang mendahului langkah profesian pergigian, masyarakat dan zamannya, bagi merintis pembentukan ahli profesion pergigian yang sentiasa berilmu terkini, berkemahiran klinikal pada tahap kualiti yang tinggi, berakhlak, berkeperibadian ‘nasional’, serta bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti pengamalan pergigian di negara ini. Ke arah ini adalah menjadi falsafah fakulti ini bahawa ilmu yang bermanfaat perlu diperkembangkan serta disokong oleh pengetahuan yang terkini dan relevan, yang dihasilkan melalui penyelidikan dengan kos yang berkesan.
