Faculty of Dentistry

Oral & Maxillofacial Surgery

MISI
Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial bertekad untuk menerajui kecemerlangan dalam bidang bedah mulut & maksilofasial sehingga menjadi pusat rujukan serantau.

VISI
Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial berperanan berlandaskan etika pengalaman dan mendukung prinsip cekap, selamat, pantas, sistematik, bermotivasi serta berinovasi.

FUNGSI
PENTADBIRAN
Merancang & melaksanakan tugas berkaitan akademik, klinikal dan penyelidikan.
Memantau prestasi akademik pelajar tahun 3, 4 dan 5.
Merancang dan melaksanakan tugas mendrafkan dokumen, penjadualan, mesyuarat dan rekod-rekod jabatan.
Memantau serta menguruskan perjalanan kewangan di jabatan.
OPERASI
Menyelenggara keselamatan & kerosakan peralatan di jabatan.
AKADEMIK
Menjalankan pengajaran teori & klinikal pelajar di tahun 3, 4, 5 dan pascasiswazah.
Merancang & melaksanakan ujian-ujian mini, ujian semester dan Peperiksaan Profesional Akhir.
Pembangunan sahsiah & akademik semua pelajar.
Menambahbaik sistem yang sedia ada dari semasa ke semasa.

KEMUDAHAN/PERKHIDMATAN
FAKULTI PERGIGIAN UKM
KLINIK BEDAH MULUT
Memberi perkhidmatan klinikal kepada semua pesakit luar yang merangkumi perundingan, prosedur pembedahan minor, surgeri implant, combine clinic dan lain-lain.
Lawatan adalah secara walk-in dari Klinik Rawatan Utama (untuk kes cabutan sahaja).
Temujanji adalah bagi kes-kes pembedahan, combine clinic dan initial consultation visit.
Rawatan cabutan oleh pelajar tahun 4 dan 5.
Demonstrasi rawatan minor oral surgery dan rawatan cabutan kepada pelajar.
UNIT CSSD (CENTRAL STERILIZATION SUPPLY DEPARTMENT UNIT)
Mengendalikan proses penyediaan, pembungkusan, pencucian, disinfeksi dan pensterilan peralatan pergigian mengikut peraturan jangkitan silang yang terkawal untuk agihan semua unit di Fakulti Pergigian UKM.
Menyediakan troli rendaman untuk peralatan yang telah digunakan.
Menjalankan proses Bowie-Dick Test dan Biological Indicator pada autoklaf.
Menjalankan kerja-kerja pembersihan unit.
Menyediakan pouches dan gauze.
PUSAT PERUBATAN UKM
Memberi perkhidmatan klinikal kepada semua pesakit luar & dalam.
Menjalankan rawatan secara team-approach bersama-sama dengan jabatan lain di PPUKM seperti ENT, Oftalmologi dan Ortopedik.
Melakukan pembedahan minor atau major.
Terlibat secara langsung di dalam pembangunan PPUKM.

Menjalankan Orthognatic Combine Clinic secara berkala.
OFFICIAL WEBSITE www.ukm.my/omfshukm

ORGANIZATION CHART

DIRECTORY

Faculty of Dentistry