Mesej Dekan

Dengan nama Tuhan, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Terima kasih kerana melawat laman web Fakulti Pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1996.

Fakulti ini mempunyai pasukan kakitangan yang turut menjadi pemimpin dalam profesion mereka serta mempunyai reputasi yang disegani kerana kecemerlangan mereka dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan kepakaran klinikal.

Pada tahun 2018, Fakulti telah melakukan penstrukturan semula jabatan sedia ada kepada empat pusat utama yang bertujuan untuk memperkasakan aktiviti penyelidikan, mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran serta menambahbaik perkhidmatan pergigian klinikal dan  hubungan komuniti.

Pusat-pusat ini adalah: (1) Diagnostik Kraniofasial & Biosains, (2) Pergigian Restoratif, (3) Bedah Mulut & Maksilofasial dan (4) Kesihatan Pergigian Keluarga.

Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti teras kakitangan akademik dan pelajar pasca siswazah di Fakulti. Aktiviti penyelidikan terkini merangkumi spektrum yang luas, sejajar untuk menangani perkara-perkara berikut dalam bidang pergigian: Pergigian Regeneratif, Inovasi dalam Teknologi Klinikal dan Mengurangkan Ketaksamaan  dalam  Kesihatan Mulut.

Fakulti turut menawarkan persekitaran yang menyenangkan untuk pendidikan prasiswazah dan pascasiswazah. Nilai teras kami adalah saling menghormati, empati, telus, integriti, akauntabiliti dan kerja berpasukan. Selain daripada program Ijazah Doktor Pergigian, kami turut menawarkan program pascasiswazah untuk calon tempatan dan antarabangsa dalam kepakaran klinikal berikut: Ortodontik, Pergigian Peadiatrik, Pergigian Restoratif, Periodontologi, Bedah Mulut& Maksilofasial dan Endodontologi.

Selain terlibat sebagai seorang ahli akademik di dalam Universiti, pakar-pakar di Fakulti Pergigian turut terlibat dalam mengukuhkan profesion pergigian di seluruh Malaysia melalui khidmat pakarunding profesional, menawarkan program pendidikan berterusan, serta berkhidmat di jawatankuasa peringkat kebangsaan dan badan profesional pergigian yang berkenaan.

Sepanjang dua dekad yang lalu, Fakulti mengalami kemajuan yang unik melalui penglibatan alumni, pengamal pergigian swasta, dan industri bersama kakitangan dan pelajar kami yang tidak terhad kepada platform akademik atau profesional sahaja, malah juga di dalam usahasama  untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam pelbagai situasi. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan institusi akademik yang lain, organisasi profesional dan wakil masyarakat untuk bersama-sama terlibat dalam memastikan generasi sekarang dan akan datang menerima perkhidmatan pergigian yang berkualiti.

Saya berharap segala maklumat yang terdapat di laman web ini bermanfaat kepada anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumbalas, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di dfdental@ukm.edu.my. Semoga kita dapat bertemu di Fakulti pada masa akan datang.

Profesor Madya Dr Tuti Ningseh binti Mohd Dom
Dekan, Fakulti Pergigian
Universiti Kebangsaan Malaysia