Mesej Dekan

 

Dengan nama Tuhan, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Terima kasih kerana melawat laman web Fakulti Pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1996.
Fakulti mempunyai pasukan kakitangan yang merupakan pemimpin dalam profesion mereka dan mempunyai reputasi baik dari aspek kecemerlangan dalam penyelidikan, pendidikan dan kepakaran klinikal.

Pada tahun 2018, Fakulti menyusun semula jabatan kami ke empat pusat yang memperkasakan aktiviti penyelidikan, menyokong pengajaran dan pembelajaran serta menambahbaik perkhidmatan pergigian klinikal dan perhubungan dengan komuniti.
Pusat-pusat ini adalah: (1) Diagnostik Kraniofasial & Biosains, (2) Pergigian Restoratif, (3) Bedah Mulut & Maksilofasial dan (4) Kesihatan Pergigian Keluarga.

Penyelidikan adalah salah satu aktiviti teras kakitangan akademik dan pelajar pasca siswazah di Fakulti. Aktiviti terkini merangkumi spektrum penyelidikan yang sejajar untuk menangani perkara-perkara berikut dalam bidang pergigian: Pergigian Regeneratif, Inovasi dalam Teknologi Klinikal dan Mengurangkan Ketaksamaan dalam Kesihatan Mulut.

Fakulti menawarkan persekitaran yang mesra untuk pendidikan prasiswazah dan pascasiswazah.
Nilai teras kami adalah saling menghormati, empati, ketelusan, integriti, akauntabiliti dan kerja berpasukan.

Selain daripada program Ijazah Doktor Pergigian, kami turut menawarkan program pascasiswazah untuk calon tempatan dan antarabangsa dalam kepakaran klinikal berikut: Ortodontik, Pergigian Peadiatrik, Pergigian Restoratif, Periodontologi, Bedah Mulut& Maksilofasial dan Endodontologi.
Selain menyampaikan tugas sebagai ahli akademik di dalam Universiti, pakar-pakar Fakulti Pergigian mengukuhkan profesion pergigian di seluruh Malaysia melalui khidmat pakarunding profesional, menawarkan program pendidikan berterusan, serta berkhidmat di jawatankuasa peringkat kebangsaan dan mana-mana badan profesional pergigian.

Sepanjang dua dekad yang lalu, Fakulti mengalami pertumbuhan uniknya melalui penglibatan alumni, pengamal swasta, dan industri dengan staf dan pelajar kami yang tidak terhad kepada platform akademik atau profesional sahaja, malah juga di dalam usahasama untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam pelbagai ruang. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan institusi akademik yang lain, organisasi profesional dan wakil masyarakat untuk sama-sama mengumpul sumber-sumber kekuatan supaya dapat menyampaikan penjagaan gigi berkualiti untuk generasi sekarang dan semua yang akan datang.

Saya harap anda mendapati laman web kami berguna untuk keperluan maklumat anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumbalas, sila hantar e-mel kepada kami di dfdental@ukm.edu.my. Saya berharap dapat bertemu dengan anda di Fakulti pada masa akan datang.

Profesor Madya Dr Tuti Ningseh binti Mohd Dom
Dekan, Fakulti Pergigian
Universiti Kebangsaan Malaysia