UKM |ewarga|e-pelajar| e-learning| masaalah e-learng |ENGLISH

OBJEKTIF PENUBUHAN PROGRAM

Program ini telah dimulakan dalam tahun 1988 di bawah Jabatan Statistik, Pusat Pengajian Kuantitatif yang telah bertukar nama dan status sebanyak dua kali iaitu Fakulti Sains Matematik dan Komputer dan kemudiannya telah berpecah dua kepada Fakulti Sains Matematik dan Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Program ini yang diletakkan dibawah Fakulti Sains Matematik kemudiannya melalui satu lagi perubahan apabila jabatan dihapuskan dan setiap program diletakkan dibawah satu pusat iaitu Pusat Pengajian Sains Matematik.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeluarkan eksekutif aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans dan syarikat takaful. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat "Associateship". Tumpuan juga diberi supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans dan takaful.