PROGRAM SAINS AKTUARI
PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN KEPADA SAINS AKTUARI 

TAKRIF SAINS AKTUARI
TEMPAT AKTUARI  BEKERJA
SIAPAKAH YANG PATUT MENJADI SEORANG AKTUARI?
SAINS AKTUARI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
 OBJEKTIF PROGRAM SAINS AKTUARI.
 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN.
MODUL SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (SAINS AKTUARI)


TAKRIF SAINS AKTUARI?

Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.

TEMPAT AKTUARI BEKERJA

Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.

Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;

Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.

Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.

Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.

  SIAPAKAH YANG PATUT MENJADI SEORANG AKTUARI?

Seorang yang ingin menjadi seorang aktuari haruslah

Sekiranya anda mempunyai kualiti-kualiti seperti yang dinyatakan, anda mungkin mampu menjadi seorang aktuari.

AKTUARI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Di Malaysia, sains aktuari yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pada peringkat sarjana muda. Manakala, Institut Teknologi Mara (ITM) menawarkan kursus ini di peringkat diploma dan sarjana muda. Program Sains Aktuari merupakan satu daripada program yang terdapat di bawah Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM.

Sains Aktuari adalah satu bidang profesional. Oleh itu, terdapat badan-badan profesional yang menawarkan peperiksaan profesional. Seseorang itu perlu menduduki dan lulus peperiksaan ini sebelum ditauliahkan sebagai seorang aktuari.

OBJEKTIF SAINS AKTUARI

Program ini diwujudkan untuk mengeluarkan pegawai aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans seperti jabatan aktuari, pengunderaitan, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat "Associateship". Tumpuan juga diberi supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans.

SYARAT KEMASUKAN 

Calon-calon yang ingin mengkhusus dalam program Matematik, Statistik atau Sains Aktuari mestilah

  1. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Matrikulasi KPM, atau
  2. lulus dalam mata pelajaran Matematik dan satu daripada mata pelajaran Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya gred E di peringkat STPM, atau
  3. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Diploma.


MODUL SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN ( SAINS AKTUARI)
 

SEMESTER

KOD &

KURSUS

1

STQP 1513

STQM 1113

STQS 1113

STQP 1013

ASAS EKONOMI I (pelengkap)

KALKULUS I

STATISTIK I

PENGATURCARAAN KOMPUTER


 
 

2

STQP 1523

STQM 1123

STQM 1223

STQS 1123

ASAS EKONOMI II (pelengkap)

KALKULUS II

ALJABAR  LINEAR

STATISTIK II


 
 

3

STQA 2133

STQP 2533

STQP 2033

STQS 2433

TEORI FAEDAH

PRINSIP PERAKAUNAN DAN KEWANGAN

KAEDAH BERANGKA

KAEDAH STATISTIK   


 
 

4

STQA 2143 

STQA 2543

STQP 2043

 MATEMATIK AKTUARI I

ANALISIS PELABURAN  &  PENGURUSAN PORTFOLIO  I

KAEDAH PENGOPTIMUMAN (pelengkap)


 
 

5

STQA 3153

STQA 3253

STQA 3553

MATEMATIK AKTUARI II

 MODEL KEMANDIRIAN

ANALISIS PELABURAN & PENGURUSAN PORTFOLIO II


 
 
 
 

6

STQA 3163

STQA 3263

STQA 3993

STQP 3063

TEORI RISIKO

PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BERAKTUARI 

KAJIAN ILMIAH  

SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS MATEMATIK