KOMUNITI IKAN DI SUNGAI KUALA PUEH, KAMPUNG DUSUN, KUALA BERANG, TERENGGANU

LAU HUEI HUEI

 

ABSTRAK

Suatu kajian mengenai komuniti ikan air tawar telah dijalankan di Sungai Kuala Pueh, Kuala Berang, Terengganu  pada April 2007, September 2007 dan Disember 2007. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui taburan dan kelimpahan ikan di Sungai Kuala Pueh ini dan merekod faktor persekitaran di Sungai Kuala Pueh ini. Pengecaman dan pengelasan ikan mengikut morfologi juga dilakukan terhadap setiap ikan yang ditangkap. Tangkapan ikan telah dilakukan dengan menggunakan pukat dan pancing dengan secara rawak. Pada masa yang sama data fizikal dan kimia juga direkodkan. Daripada hasil penangkapan ikan dalam tiga bulan yang berlainan ini, terdapat 206 individu yang terdiri daripada 8 famili dan 17 spesies ikan telah berjaya ditangkap. Hasil kajian ini menunjukkan Sungai Kuala Pueh ini masih sesuai untuk kehidupan beberapa jenis ikan air tawar terutamanya ikan air tawar yang terdiri daripada famili Cyprinidae yang merupakan famili ikan dominan di sini. Spesies ikan dominan di Sungai Kuala Pueh ini ialah ikan Labiobarbus festiva, diikuti dengan ikan Mystacoleucus marginatus. Didapati kawasan Sungai Kuala Pueh ini mempunyai kepelbagaian ikan yang agak rendah. Ini dipercayai sungai ini telah dicemari oleh aktiviti-aktiviti manusia dan penangkapan ikan yang tidak terkawal oleh penduduk setempat.

 

PENDAHULUAN

 

1.1          PENGENALAN

Sungai merupakan ekosistem akuatik yang medium utamanya ialah air. Pergerakan air sungai adalah menuju satu arah sahaja. Pada amnya, kedalaman sungai adalah lebih cetek dan terbentuk dalam satu saluran sungai jika berbanding dengan tasik. Dari kecerunan hulu ke hilir, faktor fizikal, kimia dan biologi berubah secara beransur-ansur. Sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Isipadu, kadar pengaliran dan kadar hakisan berubah mengikut musim.

Sungai menyediakan sistem yang baik dan sempurna untuk menjadi habitat kekal kepada ikan. Selain dari proses biogeografi dan mangsa-pemangsa, faktor persekitaran fizikal jugalah amat mempengaruhi komuniti ikan. Sungai mengalir dari hulu menuju ke hilir dengan melalui beberapa kawasan gunatanah seperti kawasan perladangan, hutan, atau tapak penempatan penduduk.  Keadaan habitat yang berbeza disebabkan pengaruh manusia ke atas gunatanah yang boleh mengubah ciri fizikal dan kimia sistem sungai yang melaluinya dan terus mengakibatkan komuniti ikan di sungai tersebut turut berbeza.

Ikan ialah sejenis haiwan bertulang belakang yang hidup dan bergerak dengan bebas di kawasan air seperti laut, sungai, tasik, kolam, parit, longkang dan sebagainya. Oleh sebab ini, ikan boleh menjadi penunjuk kualiti air kepada alam sekitar. Ikan juga sebagai sumber ekonomi dan sumber protein utama kepada manusia. Ikan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan dan masa depan kita.

Didapati bahawa spesies ikan air tawar adalah semakin pupus akibat aktiviti manusia. Antaranya aktiviti manusia termasuklah perlombongan dan perindustrian yang berpotensi mencemarkan habitat ikan ini. Sekiranya kepupusan ikan berlaku, rantai makanan ekosistem kita akan diganggu dan akan memudaratkan kepada semua hidupan di bumi ini. 

Menurut Ahmad Ismail dan Ahmad Badri Mohamad (1992), terdapat lebih daripada 1400 spesies ikan di Brazil, manakala Eropah hanya mempunyai 192 spesies ikan. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 56 famili ikan air tawar dengan 382 spesies ikan air tawar. Kekayaan sumber ikan air tawar di Malaysia telah mencetuskan keinginan untuk menjalankan kajian ini di Sungai Kuala Pueh ini.

Sungai Kuala Pueh ialah sebatang sungai yang terletak di Kuala Berang, Ulu Terengganu, Terengganu. Sungai Kuala Pueh ini berdekatan dengan Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu. Tasik Kenyir ialah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Manakala Sungai Terengganu adalah sungai yang semula jadi. Oleh sebab ini, sumber ikan di sini adalah agak istimewa dikaji.

Terdapat beberapa buah kampung nelayan yang dibina di sekeliling Sungai Kuala Pueh ini, Kampung Dusun adalah antara satu daripadanya. Kebanyakan penduduk di kampung nelayan ini amat bergantung kepada sungai ini untuk mencari rezeki mereka. Dengan adanya pembinaan Empangan Sultan Mahmud Syah di Tasik Kenyir, masalah banjir yang dulu melanda kampung-kampung nelayan ini telah diselesaikan. Sekarang, nelayan-nelayan boleh menangkap ikan di Sungai Kuala Pueh ini sepanjang tahun tanpa gangguan banjir.

       

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk :-

(i)               mengkaji taburan atau kelimpahan ikan di Sungai Kuala Pueh.

(ii)            mengecam serta merekodkan kepelbagaian spesies ikan air tawar di Sungai Kuala Pueh.

(iii)          merekod parameter persekitaran di Sungai Kuala Pueh.

 

 

ULASAN KEPUSTAKAAN

 

KOMUNITI

Komuniti ditakrifkan sebagai satu kumpulan hidupan yang hidup dalam sesuatu kawasan atau habitat tertentu. Kumpulan hidupan ini boleh menjadi sama ada besar atau kecil. Interaksi pelbagai jenis organisma mengekalkan struktur dan fungsi komuniti tertentu dan menyediakan syarat asas untuk peraturan ekologi bagi  pewarisan komuniti ini. Konsep haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup bersama dalam satu konsep yang teratur, dan bukan bertaburan sembarangan atas permukaan bumi. Komuniti adalah salah satu prinsip-prinsip penting dalam ekologi.

Walaupun setiap komuniti mungkin mengandungi spesies tumbuh-tumbuhan dan binatang yang banyak jumlahnya, namun kebanyakan daripada spesies-spesies ini adalah kurang penting, dan hanya beberapa spesies mempunyai  kuasa yang utama dalam komuniti dengan bergantung kepada saiz badan, bilangan atau aktiviti-aktiviti mereka. Di komuniti daratan, spesies major ini adalah tumbuh-tumbuhan, spesies yang menghasilkan makanan dan membekalkan habitat kepada kebanyakan spesies yang lain. Dengan ini, tumbuh-tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah komuniti. Boleh dikatakan bahawa semua hidupan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan untuk memainkan fungsi mereka masing-masing dalam komuniti tersebut.

Dalam kajian ekologi, biasanya, tumbuh-tumbuhan utama mengawal komuniti, populasi binatang yang lebih besar dan pengaliran tenaga dalam sistem akan menakrifkan hubungan ekologi dalam komuniti. Sebagai contohnya, dalam suatu kajian tasik, siasatan pertama ialah jenis, taburan dan kelimpahan tumbuh-tumbuhan,  faktor-faktor fizikal dan kimia dalam alam sekitar mungkin terhad. Untuk mengkaji jenis, taburan dan kelimpahan pengguna primer dan sekunder dalam suatu tasik, termasuklah makanan ikan, dan organisma lain yang bersaing antara satu sama secara semula jadi akan membentuk rantai makanan dalam tasik tersebut. Kajian-kajian kuantitatif ini akan mendedahkan hubungan sistem asas itu dan menunjukkan bagaimana cekap kejadian tenaga cahaya sedang ditukar ke dalam bahan hasil (Claude 1977).

 

EKOLOGI HABITAT AIR TAWAR

Air tawar merujuk kepada sejumlah air yang mengandungi penumpuan garam-garam lebur dan pepejal-pepejal yang lebur lain dengan jumlah yang rendah. Air tawar adalah satu sumber boleh diperbaharui yang penting, ia diperlukan oleh kebanyakan organisma-organisma daratan untuk terus hidup, dan diperlukan oleh manusia untuk minuman dan pertanian.

Alam air tawar adalah lebih kecil daripada lautan tidak kira berbanding dari segi luas kawasan atau jumlah air walaupun kepentingan mereka adalah setara dari segi kepelbagaian habitat. Kawasan air tawar hanya mewakili 0.8% jumlah habitat di dunia ini manakala alam marin mewakili 70.8%. Dalam persekitaran air tawar, suhunya tinggi sepanjang tahun dan tidak bermusim. Jasad-jasad air tawar di dunia ini terdiri daripada saiz dan bentuk yang berlainan, ada yang besar dan ada yang kecil. (Almeida-Val et al. 2006).

Terdapat pelbagai jenis ekosistem sungai di Malaysia. Sungai air tawar terdiri daripada sungai yang kecil, jernih dan dapat mengalir melalui bentuk muka bumi yang berbatu-batan atau hutan hujan tropika. Ini termasuklah sungai cetek yang mengalir dengan deras, air terjun, kolam-kolam kecil dan jeram. Seterusnya, sungai kecil ini akan beransur-ansur menjadi lebih besar, mengalir dengan lebih perlahan, dan akhirnya ke dalam hutan-hutan rimba dan tasik-tasik di bentuk muka bumi yang lebih rendah.

Air sungai boleh digambarkan sebagai sama ada “lembut” atau “keras”, sebagai contoh, masam atau beralkali (batu-batu kapur boleh meningkatkan pH air sungai ke tahap-tahap alkalin lebih daripada 7) dan bergantung kepada geologi muka sungai. Tumbuh-tumbuhan di atas sungai boleh menggambarkan beban organik dan suhu Sungai-sungai yang bernaung adalah lebih dingin daripada aliran sungai-sungai di negara tanah yang terbuka. Ini disebabkan sungai-sungai di negara tanah yang terbuka tidak menerima terma matahari yang banyak kerana dilindungi.

Substrat dasar sungai boleh menjejaskan komposisi spesies, misalnya substrat yang keruh, berpasir dan berlodak akan mempunyai lebih bentos memberi makanan  spesies daripada sungai-sungai di mana substrat adalah batu atau tanah liat (Atack 2006).

 

IKAN DI SUNGAI

Berhampiran permukaan sungai iaitu 0-20 cm, spesies Rasbora dan Chela adalah paling biasa, spesies-spesies ini sentiasa berenang dan menangkap serangga daratan yang jatuh pada permukaan sungai. Spesies lain seperti Luciosoma setigerum, Luciocephalus pulcher, spesies Hemirhampus dan spesies Tylosurus.

Di lapisan yang lebih dalam iaitu 20-100 cm, Puntius swanenfeldii, Puntius bulu, spesies Wallago, Ompok bimaculatus, Probarbus jullieni, Hampala macrolepidota, Channa micropeltis, spesies Tetraodon, dan Cyclocheilichthys apogon dapat dijumpai di pelbagai lapisan. Pada sungai yang mengalir dengan deras, Acrossocheilus dan Mystacoleucus adalah amat biasa, spesies-spesies ini mengangkat puing di dasar sungai sementara speises Puntius dan spesies Cyclocheilichthys apogon meronda di lapisan tengah sungai dan mengangkat sebarang makanan yang ditinggal oleh spesies ikan di permukaan. 

Di dasar sungai (50 cm ke atas dari dasar), spesies Osteochilus, Amblyrhynchichthys, Mystus, Labiobarbus, Leptobarbus, Mastacembelus, Clarias dan Notopterus dapat dijumpai pada pelbagai lapisan di bahagian dasar sungai. Di sungai yang mengalir dengan deras, spesies Epalzeorhynchos, Glyptothorax dan Homaloptera akan menjadi terlekap pada batu-batu dan batu-batu tongkol untuk mengangkat alga dan bentik yang diperlukan. 

Kebanyakan ikan di Malaysia adalah omnivor, sebagai contohnya, Puntius gonionotus, Puntius bulu, Puntius schwanenfeldii, Mystus nemurus, Mystus vittatus, Mystus nigriceps, spesies Clarias, Leptobarbus hoevenii, Tor tambroides, Cyclocheilichthys apogon, Rasbora sumatrana dan Chonerhinus modestus. Mereka makan daun-daun, bunga-bunga, buah-buahan dan juga haiwan invertebrata. Osphronemus goramy tinggal di atas daun-daun dan bunga-bunga tetapi biasanya mereka makan serangga dan haiwan daratan sebagai makanan utama.Ikan yang makan tumbuh-tumbuhan adalah sedikit sahaja, mereka termasuk spesies  Epalzeorhynchos, Garra, Osteochilus, Thynnichthys dan Amblyrhynchichthys. Mereka makan alga dan puing.

Selain itu, terdapat satu kumpulan ikan lagi yang makan serangga dan organisma invertebrata yang yang lain. Ini termasuklah spesies Rasbora, Betta, Luciosoma, Mystus, Puntius, Acanthopsis, Chela, Stenogobius, Cyclocheilichthys, Anabas, Trichopsis, Pristolepis dan Scleropages. Spesies ikan yang sebagai pemangsa adalah sedikit, mereka adalah spesies Channa, Berilius guttatus, Wallago, Anguilla bicolor, Hampala macrolepidota dan Notopterus chitala.

Daripada mengkaji lapisan sungai dan kandungan makan ikan, ia dapat dibuat kesimpulan bahawa serangga dan tumbuh-tumbuhan menyumbang banyak sebagai makanan utama kepada ikan di Semenanjung Malaysia (Mohsin dan Ambak 1992).

 

IKAN

Ikan adalah vertebrata. Mereka adalah poikilotermik atau berdarah sejuk kerana suhu badan mereka berubah bergantung kepada alam sekitar di sekelilingnya. Ikan adalah unik kerana mereka ialah kelas vertebrata yang ada insang. Kepelbagaian ikan adalah tinggi. Bilangannya adalah lebih daripada vertebrata kelas lain. Antara jumlah bilangan ikan 22,000 di seluruh dunia, 40% dari mereka adalah ikan air tawar. Malaysia mempunyai 300 spesies ikan air tawar (Sim 2002).

Menurut Ahmad Ismail & Ahmad Badri Mohamad (1992), Nic yang boleh dieksploit oleh ikan begitu banyak dan komuniti ikan menunjukkan pengkhususan untuk memenuhi cara hidup setiap kumpulan. Setiap ruang tasik dari permukaan hingga dasar pada kebiasaannya boleh didiami oleh populasi ikan. Jadi, ikan yang hidup di sebuah sungai adalah berbeza morfologinya mengikut spesiesnya sendiri.

 

 

 

Rajah 2.1   Morfologi ikan

 

Insang

Insang ialah organ pernafasan utama kebanyakan ikan. Kebanyakan ikan menggunakan insang  untuk mendapatkan oksigen daripada air di sekelilingnya. Insang terdiri daripada banyak lapisan filamen berdinding nipis yang bercantum dengan lengkungan insang, ia mempunyai kawasan permukaan yang besar dan bersaluran darah untuk penyerapan oksigen. Air mengalir dalam satu arah, bertentangan arah kepada aliran darah yang mengalir melalui bilik insang. Oksigen meresap dari air ke dalam darah. Selain insang, terdapat spesies ikan yang menggunakan bahagian badan yang lain untuk bernafas, antaranya ikan haruan menggunakan labirin dan sesetengah belut menggunakan sebahagian sistem penghadamannya untuk mendapatkan oksigen.

 

Sirip

Ikan mempunyai beberapa set sirip untuk membantu dalam pergerakan mereka. Sirip-sirip ikan adalah berbeza daripada lokasi, saiz, bilangan dan bentuknya. Biasanya, sirip kaudal atau ekor digunakan untuk berenang. Sirip dorsal, sirip ventral dan sirip anal adalah untuk mengimbangkan badan. Selaginya, sirip pektoral digunakan untuk mengawal arah pergerakan ikan.

 

Sisik

Kebanyakan ikan dilindungi oleh sisik mereka. Sisik ikan terdiri daripada bahan berkitin. Sisik digunakan untuk membantu dalam pengawalan osmosis di mana kemasukan air ke dalam badan mereka dan kehilangan garam daripada badan ikan. Sisik sikloid adalah paling lazim dan mereka dijumpai pada spesies Cyprinidae dan banyak ikan yang lain. Terdapat ikan yang tidak mempunyai sisik, iaitu ikan duri, belut dan sebagainya.

 

Bentuk badan

Ikan mempunyai bentuk badan yang seragam yang dipanggil fusiform untuk mengurangkan rintangan seretan air kepada pergerakan dalam air. Biasanya, ikan perenang pertengahan sungai mempunyai badan yang mampat. Bentuk badan ikan yang berbeza membekalkan syarat yang berbeza kepada ikan untuk beradaptasi untuk kehidupan mereka.

 

Pundi renang

Kebanyakan ikan mempunyai pundi renang yang bertindak sebagai organ hidrostatik untuk membantu mereka mengekalkan keseimbangan mereka. Mereka boleh mengepam masuk gas-gas untuk mengembangkannya agar terapung ke paras air yang lebih tinggi atau untuk menyerap gas-gas ke dalam darah mereka untuk mengempisnya agar tenggelam.

 

Pembiakan Ikan

Majoriti ikan bertelur dan mengamalkan persenyawaan luar, iaitu ovipariti. Ikan yang  mengeram telur-telur dalam badan mereka sehingga kesemua telur menetas, dan melahirkan keluar anak mereka adalah viviparus dan mengamalkan persenyawaan dalaman. Sirip ventral atau anal ikan jantan diubahsuai kepada organ penghubung dipanggil gonopodia untuk membolehkannya memindahkan sperma ke dalam badan ikan betina.

Untuk memastikan kadar kemandirian yang lebih tinggi, banyak strategi bertelur luar biasa digunakan. Sebagai contohnya, sesetengah ikan membina sarang yang terdiri daripada buih udara dan sesetengah yang lain membina sarang dengan tumbuhan akuatik. Sesetengah mengeram telur dan anak ikan mereka dalam mulut, seperti ikan kelisa dan spesies lain seperti ikan pelaga dan juga ikan-ikan lain mengawal anak mereka dengan keganasan, seperti ikan haruan. Kadang-kala ikan jenis ini akan menyerang atau makan anak sendiri.

 

PARAMETER PERSEKITARAN

 

Kekeruhan

Kekeruhan berlaku sebab kehadiran zarah-zarah terampai yang terdiri daripada humus, lumpur, puing organik, bahan koloid, tumbuhan dan haiwan. Kekeruhan yang tinggi merendahkan kualiti air kerana partikel dapat menghalang penembuasan cahaya ke dasar tasik atau sungai dan mengurangkan proses fotosintesis plankton. Selain itu, kekeruhan air jugalah meningkatkan suhu disebabkan oleh daya serapan haba yang lebih tinggi di air yang lebih keruh.

 

Keterlarutan oksigen

Oksigen terlarut di sungai adalah lebih tinggi daripada tasik kerana air sungai adalah sentiasa mengalir. Ketidakhadiran oksigen terlarut akan menukarkan air kepada keadaan septik dengan kehadiran hidrogen sulfida dan metana, kekeruhan yang tinggi dan keadaan adalah toksik untuk kehidupan akuatik.

 

Kekonduksian

Kekonduksian air ialah kebolehan air untuk mengalirkan arus elektrik. Kekonduksian air juga berhubung rapat dengan kepekatan garam mineral dalam larutan dan dikawal oleh darjah penceraian garam kepada ion-ion, cas elektrik pada setiap ion, pergerakan ion dan suhu. Kekonduksian air yang terlalu rendah akan menghadkan taburan ikan di tasik dan sungai.

 

Nilai pH

Ukuran pH adalah berdasarkan nilai kepekatan ion hidrogen dalam air. Nilai pH yang rendah merujuk kepada kandungan ion hidrogen yang tinggi dan bersifat asidik. Sebaliknya, nilai pH yang tinggi merujuk kepada ion hidrogen yang rendah dan bersifat alkali. pH yang paling sesuai untuk kehidupan ikan ialah antara 5 hingga 9. pH yang kurang daripada 5 dan lebih tinggi daripada 9 adalah merbahaya kepada kebanyakan organisma. Kestabilan pH air adalah dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu karbon dioksida, bikarbonat dan ion karbonat.

 

Nutrien

Dalam kontek ini, nutrien yang dimaksudkan termasuklah fosforus, nitrogen, karbon, nitrat dan silika. Pertumbuhan tumbuhan akuatik kerap kali dihadkan oleh kesediaan satu atau lebih nutrien ini. Sekiranya bekalan salah satu nutrien ini berkurangan, maka penghasilan biologi jasad air dikurangkan. Pada sudut lain, sekiranya kesemua nutrien ini wujud dengan begitu banyak, penghasilan secara berlebihan boleh berlaku. Keadaan ini boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuhan air hingga mencapai peringkat menjadi rumpai. Nutrien yang banyak ini boleh juga menggalakkan fenomena kembangan alga di jasad akuatik. Langkah kawalan pada kebiasaannya melibatkan pengurangan input nutrien. Di kawasan temperat, fosforus merupakan nutrien pengehad yang biasa. Pengawalan kemasukannya ke sistem air didapati dapat mengawal perkembangan biologi. Di zon tropika, suhu lebih tinggi dan nitrogen tak organik kerap kali ditemui sebagai faktor pengehad. Silika dan karbon pada amnya wujud dengan banyak dan jarang-jarang menjadi nutrien pengehad di sistem air.

 

Suhu

Tenaga terma adalah sumber utama kepada suhu badan sungai. Tenaga terma merupakan salah satu faktor pengawalatur dan pengehad di dalam ekosistem akuatik. Setiap badan hidup sama ada di air mahupun di daratan, mempunyai julat suhu tertentu untuk hidup. Di dalam suhu ini, fisiologi organisma boleh berfungsi dengan lancar. Ada organisma yang boleh hidup pada suhu rendah, manakala organisma yang lain pula memerlukan persekitaran yang panas untuk hidup. Dilaporkan bahawa terdapat beberapa spesies alga dan bakteria yang mempunyai kebolehan dan penyesuaian fisiologi untuk menetap di kawasan air panas yang bersuhu melebihi 90˚C (Ahmad

Ismail dan Ahmad Badri Mohamad 1992).

Dari segi suhu, persekitaran akuatik lebih stabil jika dibandingkan dengan persekitaran daratan. Suhu di daratan boleh meningkat sehingga 58˚C, manakala suhu di persekitaran akuatik jarang-jarang meningkat sehingga 28˚C. Pada amnya, air di permukaan tasik menunjukkan variasi suhu bermusim dan diurnal yang kecil.

Suhu bukan sahaja mempengaruhi jenis dan taburan fauna dan flora habitat akuatik secara langsung, tetapi juga mempengaruhi ciri persekitaran air itu sendiri. Suhu mempengaruhi kualiti air seperti ketumpatan, kelikatan, tegangan permukaan dan kemampuan air untuk menyerap gas dalam larutan. Semua perubahan ini mempunyai kesan yang penting kepada organisma akuatik (Ahmad Ismail dan Ahmad Badri Mohamad 1992)

 

 

BAHAN DAN KAEDAH

 

LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di salah satu sungai di timur Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Kuala Pueh yang terletak di Kuala Berang, Ulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Sungai ini agak istimewa kerana ia berdekatan dengan Sungai Terengganu yang mempunyai sumber ikan yang semula jadi dan Tasik Kenyir yang sebagai tasik bina manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Dengan ini, lokasi ini adalah amat menarik dikaji sebab sumber ikan di lokasi ini adalah istimewa dan tidak pernah dikaji oleh penyelidik lain.

Kampung Dusun adalah sebuah kampung perikanan yang terletak di tepi Sungai Kuala Pueh. Kebanyakan penduduk di sini mencari rezeki di Sungai Kuala Pueh ini. Dalam Kampung Dusun, pelbagai kemudahan awam seperti klinik kesihatan, dan sekolah rendah disediakan kepada penduduk untuk keperluan mereka.

Oleh sebab keistimewaan sungai ini, penangkapan ikan telah dijalankan secara rawak. Lokasi persampelan ikan adalah dipilih di antara N 05˚04’566’’ dan E 102˚56’817’’.

 

Rajah 3.1              Lokasi persampelan

 

 

 


 

3.1          KAEDAH PERSAMPELAN

 

3.1.1                          Penangkapan Ikan

Pemilihan peralatan yang bersesuaian dengan keadaan semulajadi kawasan kajian adalah penting. Ikan air tawar di Sungai Kuala Pueh telah ditangkap dengan menggunakan pukat dan pancing. Pukat adalah alat penangkapan ikan tradisional yang digunakan oleh nelayan di Kampung Dusun sejak dahulu. Apabila penangkapan dijalankan, pukat-pukat diletakkan secara rawak di 4 tempat yang berlainan. Pukat-pukat tersebut diletakkan di sungai pada waktu malam sebab ikan biasanya aktif pada waktu malam. Tiga kali penangkapam ikan telah dijalankan pada setiap kerja lapangan dijalankan di lokasi kajian.

Menurut Ahmad Ismail & Ahmad Badri Mohamad (1992),   pancing merupakan kaedah yang telah digunakan sejak zaman berzaman oleh manusia untuk menangkap ikan. Walaupun penggunaan pancing lambat, namun kaedah ini berguna untuk mengumpulkan ikan di habitat akuatik. Dengan menggunakan mata pancing yang berlainan saiz dan berbagai-bagai jenis umpan, kebanyakan ikan di persekitaran akuatik dapat ditangkap. Kaedah pancing ini dijalankan oleh dua orang nelayan yang pakar memancing.

 

3.2.2          Pengecaman Ikan

Selepas ikan ditangkap, ikan tersebut dibawa ke darat dan pengecaman ikan dijalankan. Ikan-ikan telah dicam dengan mengikut ciri-ciri morfologi spesies-spesies ikan air tawar. Antara cirri-ciri morfologi ikan termasuklah sirip dorsal, sirip pektoral, sirip anal, sirip kaudal atau sebagai ekor, sisik, bentuk badan, mata, mulut, dan sebagainya. Speises-spesies ikan yang berbeza mempunyai ciri-ciri morfologi yang berlainan. Pengecaman dijalankan dengan merujuk kepada buku Mohsin dan Ambak (1992).

 

3.2.3          Pengukuran Jasad Ikan

Selepas pengecaman ikan dijalankan, pengukuran jasad ikan dijalankan. Setiap ikan air tawar yang ditangkap telah diukur. Untuk pengukuran jasad ikan, panjang total, panjang piawai, panjang standard, lebar badan dan berat ikan telah diukur dengan menggunakan pita ukur. Setiap bahagian yang diukur telah dicatatkan untuk analisis yang seterusnya

 

3.2.4          Pengambilan Gambar Ikan

Setiap spesies ikan telah diambil gambar dengan menggunakan kamera digital untuk dijadikan rujukan pada masa depan. Apabila mengambil gambar, sirip, ekor dan ciri-ciri morfologi ikan tersebut akan difokuskan untuk menunjukkan identiti ikan tersebut. Skala ikan semasa mengambil gambar tidak diambil.

 

3.2.5          Pengawetan Ikan

Beberapa ekor ikan telah diawetkan dengan menyuntik formalin 10% ke dalam jasad ikan. Tujuan pengawetan ikan adalah untuk disimpan dan dibawa balik ke makmal sebagai rujukan masa depan.

 

 

3.2          PENGUKURAN PARAMETER AIR SUNGAI

Sebanyak 7 parameter fizikal dan 2 parameter kimia nutrien telah direkod dalam penentuan fizikokimia Sungai Kuala Pueh. Bacaan parameter fizikal dan kimia nutrien dibuat dengan menggunakan pelbagai alatan seperti dalam Jadual 3.1. Sebelum tangkapan ikan dilakukan, bacaan setiap parameter kecuali kimia nutrien diambil di tempat di mana tangkapan akan dilakukan dengan membawa peralatan ke lapangan. Bagi parameter kimia nutrien, sampel air diambil menggunakan botol plastik sebelum penangkapan ikan dan bacaan dibuat di tempat penginapan.

 

 

Jadual 3.1  Senarai peralatan yang digunakan bagi pengukuran parameter fizikokimia.

 

Parameter

Alat/Model

Negara Pengeluar

Unit

Lebar sungai

 

Kedalaman sungai

 

 

Suhu

 

 

Kekonduksian

 

 

pH

 

 

Nutrien (nitrat, fosfat)

 

 

Kekeruhan

 

 

Oksigen terlarut

 

Pita pengukur

 

Ecosounder

Speedtech instruments

 

Meter suhu

YSI

 

Meter konduktiviti

YSI

 

Meter pH

YSI

 

Spectrofotometer

Hach Kit- DR/2000

 

Secchi disk

Wild co.

 

Dissolved Oxygen Metre YSI

 

 

 

 

Jepun

 

Amerika Syarikat

 

 

Amerika Syarikat

 

 

Amerika Syarikat

 

 

Amerika Syarikat

 

 

Amerika Syarikat

 

 

Amerika Syarikat

m

 

m

 

 

˚C

 

 

µS

 

 

 

 

 

Mg/L

 

 

FAU

 

 

Mg/L

 

 

 

 

 

BAB IV

HASIL DAN PERBINCANGAN

 

4.1          SPESIES-SPESIES IKAN DI SUNGAI KUALA PUEH

Dalam kajian ini terdapat 17 spesies yang terdiri daripada lapan famili telah berjaya dijumpai (Jadual 4.1). Famili Cyprinidae adalah famili paling dominan. Terdapat 10 spesies dari famili Cyprinidae telah ditangkap. Antaranya ialah Cyclocheilichthys apogon, Hampala macrolepidota, Labiobarbus festiva, Macrochirichthy macrochirus, Mystacoleucus chilopterus, Osteochilus hasseltii, Osteochilus spilurus, Oxygaster anomalura, Puntius schwanenfeldii dan Rasbora dorsiocellata. Tujuh famili yang lain hanya menunjukkan satu spesies sahaja yang didapati di Sungai Kuala Pueh ini. Dalam famili Bagridae, spesies Mystus nemurus ditangkap, famili Channidae, spesies Channa striatus ditangkap, famili Eleotridae, spesies Oxyeleotris marmorata ditangkap, famili Mastacembelidae, spesies Mastacembelus favus ditangkap, famili Megalopidae, spesies Megalops cyprinoides ditangkap, famili Nandidae, spesies Pristolepis grootii ditangkap ,dan famili Osphronemidae, spesies Osphoronemus goramy ditangkap (Rajah 4.1).

Jika berbanding dengan kajian yang telah dijalankan di Sungai Dusun, Selangor, famili Cyprinidae jugalah menunjukkan famili dominan di sana. Dalam kajian tersebut, didapati famili Cyprinidae mempunyai 295 individu daripada 366 individu atau 80.6% telah ditangkap (Aminah 2006). Spesies Cyprinidae adalah yang sangat biasa ditemui di merata tempat terutamanya di anak sungai, terusan pengairan dan sebagainya (Mohsin & Ambak 1992). Namun, di Thialand, famili Cyprinidae bukan famili utama, famili dominan di Southern Gulf, Thailand ialah famili Leiognathidae (Hajisamae et al. 2006).

Famili Cyprinidae juga mempunyai kelimpahan yang paling tinggi di Sungai Kuala Pueh, spesies Labiobarbus festiva atau ikan kawan sebagai spesies dominan. Didapati 63 individu yang daripada 206 individu telah ditangkap. Ikan kawan adalah spesies ikan famili Cyprinidae yang biasa dijumpai di Semenanjung Malaysia. Ikan kawan ini boleh dijumpai di Sungai Bernam, Selangor, Sungai Nerus, Tasik Chini, dan Paya Bugor, Pahang. Ikan spesies ini jugalah dilaporkan dari Tasik Bera, Pahang dan Sungai Sembrong, Johor (Mohsin & Ambak 1992).

Di samping itu, dalam kajian ini, famili Cyprinidae jugalah sebagai spesies dominan yang kedua tinggi, iaitu Mystacoleucus chilopterus atau ikan sia. Ikan ini merekod 41 individu daripada 206 individu yang ditangkap. Jumlah tangkapan ikan spesies Labiobarbus festiva dan Mystacoleucus chilopterus yang berasal dari famili Cyprinidae ini telah merekod 50.5% daripada jumlah tangkapan ikan dalam kajian ini. Daripada keputusan ini, dapat dilihat bahawa kedua-dua spesies ikan ini adalah komuniti ikan utama di Sungai Kuala Pueh ini.

Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati famili Mastacembelidae dan famili Megalopidae hanya mempunyai satu individu yang dapat ditangkap. Seekor Mastacembelus favus atau ikan tilan daripada Famili Mastacembelidae dan seekor Megalops cyprinoides atau ikan bulan daripada famili Megalopidae telah ditangkap. Ini menunjukkan kedua-dua famili ini adalah spesies ikan yang jarang didapati di Sungai Kuala Pueh ini.

 

4.2          PERBEZAAN BILANGAN TANGKAPAN SPESIES-SPESIES IKAN DI SUNGAI KUALA PUEH MENGIKUT MUSIM

Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di kawasan khatulistiwa. Ciri­-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.

Terengganu terletak di timur Malaysia. Bagi negeri-­negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November, Disember dan Januari merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Jun dan Julai merupakan bulan kering di kebanyakan negeri (Jabatan Meteorologi Malaysia 2008).

Kajian ini telah dijalankan sebanyak 3 kali, April 2007, September 2007 dan Disember 2007. Ketiga-tiga bulan ini mengalami keadaan iklim yang berlainan di Malaysia. Menurut kajian yang telah dijalankan, bulan September 2007 menunjukkan tangkapan yang paling tinggi, iaitu 117 individu. Manakala bulan Disember 2007 menunjukkan tangkapan yang paling rendah iaitu hanya 31 individu sahaja. Keadaan ini berlaku sebab Angin Monsun Timur Laut berlaku di pantai timur Semenanjung Malaysia pada awal November dan berakhir pada bulan Mac setiap tahun.

Kajian yang telah dijalankan menunjukkan ikan spesies Labiobarbus festiva atau ikan kawan menunjukkan perubahan bilangan yang paling drastik mengikut bulan. Pada bulan April 2007, Labiobarbus festiva tidak merekod sebarang individu, manakala pada bulan September 2007, terdapat 61 individu spesies ikan ini telah ditangkap, dan pada Disember 2007, dua individu spesies ini ditangkap. Peningkatan tangkapan ikan Labiobarbus festiva berlaku pada September 2007 disebabkan iklim yang sesuai untuk nelayan turun menangkap ikan. Penurunan bilangan tangkapan berlaku adalah disebabkan musim tengkujuh atau berlakunya angin monsun timur laut yang membawa hujan yang lebat dan mengakibatkan penangkapan ikan ke sungai adalah susah dijalankan.

Satu fenomena yang dapat dikaji dalam kajian yang telah dijalankan ialah bilangan tangkapan ikan spesies Osteochilus spilurus atau nama tempatannya ikan rong menunjukkan bilangan tangkapan yang tinggi iaitu 16 individu pada April 2007, tetapi hanya menunjukkan satu individu sahaja pada September 2007 dan tidak mendapatkan hasil spesies ini pada Disember 2007. Menurut kepada nelayan di Kampung Dusun, penurunan tangkapan ini berlaku mungkin disebabkan penangkapan yang tidak terkawal di kawasan ini telah menyebabkan bilangan spesies Osteochilus spilurus menjadi hampir pupus seperti ikan spesies Pangio kuhlii yang dari famili Cobitidae atau ikan pasir yang pernah ditangkap di Sungai Kuala Pueh ini tetapi kini telah pupus (Komunikasi peribadi).  

 

4.3          PURATA BERAT, PURATA PANJANG, DAN PURATA LEBAR BAGI SPESIES IKAN AIR TAWAR

Di Sungai Kuala Pueh, Channa striatus atau ikan haruan mempunyai berat purata, panjang purata dan lebar purata yang paling tinggi. Dalam ketiga-tiga kerja lapangan yang telah dijalankan, terdapat dua ekor ikan haruan sahaja yang ditangkap. Antaranya berat purata bagi ikan haruan ialah 803.1 g ± 193.2, panjang purata ialah    43.8 cm ± 3.7 dan lebar purata ialah 8.9 cm ± 0.2. Didapati bahawa ikan haruan ini pernah merekod 100 cm panjang di Sungai Kuching (Atack 2006).

Merujuk kepada kajian ini, Mystacoleucus chilopterus atau ikan sia telah menunjukkan berat purata yang paling ringan di antara spesies yang telah ditangkap. Berat purata bagi ikan sia ini ialah 9.31 g ± 3.8. Manakala panjang purata yang paling pendek di kalangan spesies yang ditangkap ialah Pristolepis grootii atau ikan patong. Panjang purata ikan patong hanya 10.7 cm ± 1.1. Didapati bahawa panjang umum bagi spesies ini ialah 65 hingga 80 mm (Mohsin & Ambak 1992).  Rasbora dorsiocellata atau ikan seluang mempunyai lebar purata yang terendah iaitu 2.4 cm ± 0.2.

       


Jadual 4.1  Senarai famili dan spesies ikan air tawar yang ditemui di Sungai Kuala Pueh.

 

Famili

Spesies

Nama Tempatan

 

Bagridae

Mystus nemurus

 

Baung

 

Channidae

Channa striatus

 

Haruan

 

Cyprinidae

Cyclocheilichthys apogon

 

Chemperas/ Temperas

 

Hampala macrolepidota

 

Sebarau

Labiobarbus festiva

 

Kawan

 

Macrochirichthy macrochirus

 

Parang Sungai

 

Mystacoleucus chilopterus

 

Sia

 

Osteochilus hasseltii

 

Terbul/ Terbui

 

Osteochilus spilurus

 

Rong

 

Oxygaster anomalura

 

Lalang/ Bulu Ayam

 

Puntius schwanenfeldii

 

Lampam Sungai/ Kepiat

 

Rasbora dorsiocellata

Seluang/ Bada

 

Eleotridae

Oxyeleotris marmorata

 

Ketutu/ Belantok

 

Mastacembelidae

Mastacembelus favus

 

Tilan

 

Megalopidae

Megalops cyprinoides

 

Bulan

 

Nandidae

Pristolepis grootii

 

Patong/ Kepor

 

Osphronemidae

Osphoronemus goramy

 

Kalui

 

 

 


Jadual 4.2  Jumlah pesampelan ikan air tawar di Sungai Kuala Pueh.

Ikan

 

April 2007

September 2007

Disember 2007

Baung

 

1

0

1

Bulan

 

1

0

0

Chemperas

 

16

11

5

Haruan

 

0

1

1

Kalui

 

0

1

1

Kawan

 

0

61

2

Ketutu

 

2

1

0

Lalang

 

4

0

0

Lampam Sungai

 

1

9

3

Parang Sungai

 

0

3

0

Patong

 

2

1

0

Rong

 

16

1

0

Sebarau

 

1

0

0

Sia

 

6

24

11

Seluang

 

1

1

4

Terbul

 

7

3

2

Tilan

 

0

0

1

Jumlah

 

58

117

31

 


Jadual 4.3  Purata berat, purata panjang dan purata lebar mengikut spesies.

 

Famili

 

Ikan

 

Berat Purata

( g )

 

Panjang Purata      ( cm )

Lebar Purata   ( cm )

Bagridae

Baung

 

164.0 ± 214.3

29.2 ± 8.1

4.6 ± 0.7

Channidae

Haruan

 

803.1 ± 193.2

43.8 ± 3.7

8.9 ± 0.2

Cyprinidae

Chemperas/ Temperas

 

38.7 ± 24.35

13.9 ± 3.2

4.2 ± 1.16

Sebarau

 

100.1

21.6

5.0

Kawan

 

39.2 ± 20.4

16.3 ± 3.3

3.7 ± 0.8

Parang Sungai

 

17.8 ± 8.0

15.7 ± 2.0

3.2 ± 0.5

Sia

 

9.3 ± 3.8

9.7 ± 1.2

2.6 ± 0.4

Terbul/ Terbui

 

29.9 ± 21.3

13.4 ± 2.7

3.7 ± 0.9

Rong

 

18.4 ± 17.9

12.4 ± 2.9

2.8 ± 0.6

Lalang/ Bulu Ayam

 

20.7 ± 5.7

14.7 ± 0.1

3.0 ± 0.6

Lampam Sungai/ Kepiat

 

35.3 ± 42.3

12.5 ± 4.5

4.1 ± 1.8

Seluang/ Bada

 

12.5 ± 0.9

11.8 ± 0.4

2.4 ± 0.2

Eleotridae

Ketutu/ Belantok

 

223.6 ± 111.0

26.0 ± 4.1

6.2 ± 0.8

Mastacembelidae

Tilan

 

130.5

35.9

3.4

Megalopidae

Bulan

 

25.3

32.0

7.1

Nandidae

Patong/ Kepor

 

26.5 ± 8.7

10.7 ± 1.1

4.4 ± 0.4

Osphronemidae

Kalui

 

74.4 ± 94.7

14.0 ± 9.8

6.6 ± 4.0

 

 

 


 


1

Rajah 4.1         Kelimpahan famili ikan air tawar di Sungai Kuala Pueh.

 

 

clip_image002

Rajah 4.2              Kelimpahan spesies ikan air tawar di Sungai Kuala Pueh

 


 

 

clip_image002

Rajah 4.3              Bilangan Spesies ikan mengikut bulan

 

 

 


 


4.4          HURAIAN SPESIES

 

4.4.1 Famili Bagridae

Mystus nemurus

Baung 003

Rajah 4.4   Baung

 

Habitat              : Sungai berair jernih dengan dasar berpasir dan berbatu kelikir.

Taburan             : Semenanjung Malaysia, Singapura, Bangladesh, Thailand dan Jawa.

Ukuran               : Panjang purata : 29.2 cm ± 8.1, berat purata : 164 g ± 214.3.

Cara makan        : Omnivor.

Ciri morfologi      : Bahagian belakang badan ikan berwarna formalin, putih gelap, dan kelabu kebiruan. Kepalanya lebar serta rahang atas lebih  panjang dari bawah. Spina sirip dorsal dan spina sirip  pektoral bergerigis ke belakang. Sirip adipos lebih pendek dari sirip dorsal. Sesungut nasal sampai ke mata manakala sesungut maksila sampai ke hujung sirip dubur. Sesungut mandibel sampai ke dasar sirip pektoral. Lengkungan anterior lebar hingga ke sirip pelviks dan meruncing ke bawah. Jalur-jalur gelap yang berbeza-beza bilangan di sepanjang badan.

 

 


4.4.2 Famili Channidae

Channa striatus

Haruan 004

Rajah 4.5   Haruan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Habitat              : Sungai, tasik, paya, bekas lombong, sawah padi dan parit kecil.

Taburan             : Malaysia, India, Bangladesh, Thailand, Selatan China dan Filipina. 

Ukuran               : Panjang purata : 43.8 cm ± 3.7, berat purata : 803.1 g ± 193.2.

Cara makan        : Karnivor. Rumpair dan protozoa serta anak-anak ikan.

Ciri morfologi      : Badan memanjang, ekor pipih, dan kepala leper seperti kepala ular. Terdapat gigi besar berbentuk kon pada rahang bawah dan gigi kardiform di paratin. Rahang bawah lebih   panjang. Mempunyai belahan mulut yang besar. Maksila memanjang hingga ke belakang orbit. Sirip pektoral tidak memanjang hingga ke tempat permulaan sirip dubur. Bahagian dorsal berbentuk kelabu tua dan bahagian ventral berwarna berbintik-bintik hitam. Sirip pektoral dan sirip pelviks pada spesimen yang diawet adalah hialin. Sisik di bahagian kepala bersaiz besar. Garis deria sempurna dan melengkung ke bawah di bahagian bawah ruji dorsal yang ke-13.

 

 


4.4.3 Famili Cyprinidae

Cyclocheilichthys apogon

Chemperas 007

Rajah 4.6   Chemperas

 

Habitat              : Sungai, tasik dan empangan.

Taburan             : Semenanjung Malaysia, Thailand, China, Sumatera, Jawa dan Borneo. 

Ukuran               : Panjang purata : 13.9 cm ± 3.2, berat purata : 38.7 g ± 24.4

Cara makan        : Plankton dan serangga kecil.

Ciri morfologi      : Terdapat jalur berbintik yang nyata memanjang dari belakang kepala ke dasar kaudal. Tiada sesungut dan bahagian atas kepala berbentuk cekung. Permukaan sirip dorsal di posterior depan sedikit berbanding dengan permulaan sirip pelviks. Spina sirip dubur yang ketiga adalah lembut. Terdapat jalur berbintik yang nyata memanjang dari belakang kepala ke dasar kaudal. Satu tompok hitam berukuran saiz mata terletak di tengah-tengah lateral pedunkel kaudal. Jalur lateral ini dibentuk dengan tompok hitam di setiap sisik. Bagi ikan hidup, iris mata berwarna merah darah manakala sirip pula berwarna merah pucat. Mulut mengarah ke bawah. Terdapat banyak garis deria yang kelihatan berombak di bahagian kepala dan bahagian atas kepala berbentuk cekung.

 

 

 

Hampala macrolepidota

Rajah 4.7   Sebarau

 

Habitat             : Sungai, tasik dan empangan.

Taburan             : Semenanjung Malaysia, Thailand, Indo-China, Sumatera dan Borneo. 

Ukuran               : Panjang purata :  21.6 cm , berat purata : 100.1 g.

Cara makan        : Anak ikan dan serangga kecil.

Ciri morfologi       : Sejenis ikan rekreasi. Badan memanjang dan mampat. Muncung panjang dan bibir yang berisis. Mempunyai sepasang sesungut maksila di sudut mulut yang lebih kurang sama dengan mata. Satu jalur di tengah badan adalah garis deria. Sirip kaudal adalah bercabang untuk kurangkan rintangan ketika berenang. Pergerakannya adalah laju. Warna jingga di sirip kaudal ketika muda. Sirip dorsal terletak bertentangan dengan sirip ventral. Bahagian dasar sirip dorsal dipenuhi sisik. Satu jalur hitam menurun dari dasar anterior sirip dorsal ke sirip ventral. Sirip kaudal sangat bercabang dan bahagian tepi setiap cuping berjalur hitam yang tajam. Bahagian sirip kaudal lain berwarna merah tua. Sirip lain hialin tetapi dasarnya termasuk sirip kaudal berwarna kuning. Mempunyai sisik yang besar dan setiap sisik berpigmen hitam di hujung anterior. Terdapat tompok hitam di atas badan berhampiran sirip dorsal.

 

 


Labiobarbus festiva

kawan

Rajah 4.8   Kawan

 

Habitat              : Sungai, tasik, empangan dan bekas lombong.

Taburan             : Semenanjung Malaysia, Thailand, Indo-China dan Borneo 

Ukuran               : Panjang purata :  16.3 cm ± 3.3, berat purata : 39.2 g ± 20.4.

Cara makan        : Detritus.

Ciri morfologi      : Badannya memanjang dan mampat. Hidung bulat dengan barisan lubang. Mempunyai 2 pasang barbel. Muncung tumpul. Terdapat 2 pasang sesungut. Sesungut maksila lebih panjang daripada sesungut rostrum. Mulut sub interior dengan bibir berumbi. Permulaan sirip dorsal lebih dekat dari sirip ventral berbanding dengan permulaan sirip pektoral. Sirip kaudal bercabang. Terdapat jalur hitam memanjang di belakang garis deria. Setiap sisik mempunyai bintik hitam yang membentuk garisan yang samar-samar.

 

 


Macrochirichthy macrochirus

 

Rajah 4.9   Parang Sungai


Habitat              : Sungai, tasik dan empangan.

Taburan             : Semenanjung Malaysia, Thailand, Indo-China, Sumatera dan Borneo 

Ukuran               : Panjang purata :  15.7 cm ± 2.0, berat purata : 17.8 g ± 8.0.

Cara makan        : Karnivor.

Ciri morfologi     : Bentuk badan yang kelihatan seperti sebilah parang. Bahagian atasnya berwarna kelabu manakala bahagian bawah berwarna perak terang. Mulut, lubang hidung dan kepala senget ke atas. Sirip dorsal terletak jauh di belakang badan manakala pangkal hanya di depan sedikit dari dubur. Sirip pelviks terletak di tengah-tengah antara kepala dengan kaudal pedunkel. Sirip pektoral lebih panjang daripada kepala dan ia terletak di profil ventral. Kaudal adalah bercabang. Manakala ikan ini mempunyai sirip yang hialin. Ikan ini boleh mencapai ukuran hingga 60.0 cm.

 

 


Mystacoleucus chilopterus

Rajah 4.10 Sia

 

Habitat              : Sungai yang jernih dan mempunyai aliran yang sederhana.

Taburan             : Thailand, Jawa, Sumatera dan Borneo 

Ukuran               : Panjang purata :  9.7 cm ± 1.2, berat purata : 9.3 g ± 3.8.

Cara makan        : Serangga dan tumbuhan reput.

Ciri morfologi      : Spesimen hidup berwarna hijau zaitun di bahagian dorsal dan keperakan di bahagian ventral. Sisi sirip dorsal dan kaudal berwarna hitam. Pandangan sisi muka cembung sedikit. Hidung dan kepala mempunyai liang roma. Sirip dorsal bercabang sedikit dan tulang belakang yang terakhir dengan menonjol. Sirip dorsal dan sirip anal mempunyai satu sarung sisip di tapaknya. Sirip pelviks mempunyai satu sisip aksil di tapaknya. Mempunyai 2 pasang barbel, maksila dan rostral. Kaudal mencabang dalam. Satu tulang belakang prokumben predorsal wujud tetapi sukar lihat pada spesimen yang diawet.

 


 

Osteochilus hasseltii

Terbul 003

Rajah 4.11 Terbul

 

Habitat              : Tasik, sungai, bekas lombong dan kolam.

Taburan             : Semenanjung Malaysia, Thailand, Jawa, Sumatera dan Borneo 

Ukuran               : Panjang purata : 13.4 cm ± 2.7, berat purata : 29.9 g ± 21.3.

Cara makan        : Alga berfilamen dan tumbuhan kecil.

Ciri morfologi      : Bentuk badan memanjang dan mampat. Mulut terjulur ke atas. Bentuk badannya seperti ikan Lampam. Sebahagian daripada bahagian atas dilindungi oleh kulit. Sudut bibir atas berlipat dan bersambung dengan bibir bawah. Papila di bibir bawah terjulur keluar. Terdapat dua pasang sesungut. Mata kecil terletak lebih dekat dengan muncung berbanding operkulum, muncung tidak berliang langsung. Sirip dorsal besar dan bermula di depan sirip pelviks dan berakhir di depan yang bertentangan dengan sirip dubur. Garis deria sempurna hampir lurus. Sirip kaudal bercabang. Setiap titik berbintik hitam dan akan hilang apabila semakin dewasa.

 

 


Osteochilus spilurus

Rajah 4.12 Rong

 

Habitat              : Tasik dan sungai.

Taburan             : Semenanjung Malaysia, Thailand, Sumatera, Borneo dan Jawa.

Ukuran               : Panjang purata :  12.4 cm ± 2.9, berat purata : 18.4 g ± 17.9.

Cara makan        : Karnivor.

Ciri morfologi      :  Mempunyai satu jalur gelap yang luas mulai pertengahan badan hingga hujung belakang kaudal ruji sirip. Muncung tumpul bulat. Tiga tuberkel besar yang berbentuk segitiga, dengan tuberkel di tengah itu paling besar. Sesungut Maksila adalah lebih besar daripada sesungut rostral. Sisik di bahagian anterior biasanya lebih besar daripada sisik di bahagian posterior. Titik asal sirip dorsal adalah bertentangan dengan sisik yang ke-8 pada garisan lateral. Kaudal mencabang dengan mendalam. Titik asal anal terletak kira-kira tiga sisik di belakang dorsal. Mempunyai satu jalur lebar yang berwarna hitam mula dari tengah badan hingga ke hujung posterior bayangan kaudalnya. Dalam spesimen yang hidup, jalur ini bermula dari belakang matanya. Hidungnya berbentuk bulat dan mempunyai tuberkel di bahagian hadapan.

 

 


Oxygaster anomalura

Rajah 4.13 Lalang

 

Habitat              : Anak sungai kecil dengan kanopi hutan yang tertutup.

Taburan            : Semenanjung Malaysia, Thailand, Sumatera, Borneo dan Jawa.

Ukuran               : Panjang purata : 14.7 cm ± 0.1, berat purata : 20.7 g ± 5.7.

Cara makan        : Serangga dan larva chironomid.

Ciri morfologi      : Badannya memanjang dan mampat dengan ketara, agak lebar dan sangat mampat dengan bahagian tepi abdomennya lembut dan tajam. Bahagian dorsal agak melengkung atau lurus betul. Bahagian abdomen hampir bulat. Ia mempunyai satu jalur memanjang yang gelap pada badannya. Rahang bawah membentuk struktur bak paruh. Badan diliputi sisik sikloid. Satu garisan hitam merintang dari belakang operkulum ke pedunkel kaudal, diikuti dengan jalur perak di atas pedunkel kaudal. Keseluruhan sirip pektoral adalah hitam. Sirip kaudal pula berwarna kekuningan di anterior dan kehitaman di posterior. Sirip dorsal pula agak kehitaman tetapi sirip  dubur dan sirip ventral adalah hialin dan lutsinar. Saiz maksimumnya adalah 20.0 cm

 

 


Puntius schwanenfeldii

IMGP2029

Rajah 4.14 Lampam Sungai

 

Habitat              : Anak sungai dan tasik.

Taburan            : Malaysia, Sumatera dan Thailand.

Ukuran               : Panjang purata : 12.5 cm ± 4.5, berat purata : 35.3 g ± 42.3.

Cara makan        : Alga berfilamen dan serangga.

Ciri morfologi      : Bentuk badan sangat mampat serta berwarna hitam di bahagian atasnya dan terdapat satu tompok hitam pada anterior. Sirip kaudal bercabang dan terdapat jalur tebal hitam,merah dan jingga. Pangkal sirip dorsal agak anterior jika dibandingkan dengan sirip pelviks. Sirip dubur dan sirip pelvis berwarna jingga. Terdapat dua pasang sesungut iaitu sepasang sesungut rostrum dan sepasang sesungut maksila. Sirip dubur dan sirip pelviks berwarna jingga kemerahan manakala sirip pektoral berwarna kuning kehijauan.

 

 


Rasbora dorsiocellata

Seluang 003

Rajah 4.15 Seluang

 

Habitat              : Tasik, sungai dan anak sungai yang jernih dan paya.

Taburan            : Semenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo, Indo-China dan Thailand.

Ukuran               : Panjang purata : 11.8 cm ± 0.4, berat purata : 12.5 g ± 0.9.

Cara makan        : Serangga dan daun.

Ciri morfologi      : Badan yang kecil dan menjadi makanan ikan pemangsa. Mulut yang kecil. Rahang bawah mempunyai bonggol simfisis. Sirip dorsal terletak antara sirip pelviks dan sirip dubur. Sirip dubur mempunyai 6 ruji bercabang. Garis deria membentuk ke bawah badan. Ikan dewasa mempunyai sirip dorsal hijau matelik dan abdomennya berwarna putih. Cuping sirip kaudal berwarna hitam. Ikan juvenil mempunyai sirip hialin. Tiada jalur hitam di lateral badan. Terdapat jalur hitam di dubur. Menjadi mangsa kepada ikan pemangsa yang berada di dalam komuniti.

 

 


 4.4.4         Famili Eleotridae

Oxyeleotris marmorata

ketutu

Rajah 4.16 Ketutu

 

Habitat              : Sungai dan tasik.

Taburan            : Semenanjung Malaysia, Thailand, Sumatera dan Borneo. 

Ukuran               : Panjang purata : 26.0 cm ± 4.1, berat purata : 223.6 g ± 111.0.

Cara makan        : Omnivor. Ikan lain.

Ciri morfologi    : Badan memanjang dan menumpul di bahagian ekor. Bahagian atas kepala kadang-kala agak leper dengan belahan mulut mengarah ke atas. Mata kecil dan tidak menonjol serta bermuncung leper. Sirip kaudal bentuk bulat. Sisik halus di bahagian kepala dan mempunyai maksila yang memanjang hingga ke bawah pertengahan mata. Warna badan berbeza-beza dan berubah ikut habitat. Badan ada tompok perang besar dan semua sirip bertanda dengan warna hitam dan berselang-seli dengan warna putih. Sirip kaudal berbentuk bulat.

 

 

.

4.4.5 Famili Mastacembelidae

Mastacembelus favus

Tilan 002

Rajah 4.17 Tilan

 

Habitat              : Sungai kecil  yang mengalir perlahan ke sungai besar.

Taburan             : Malaysia. Thailand dan Borneo.

Ukuran               : Panjang purata : 35.9 cm, berat purata : 130.5 g .

Cara makan        : Larva serangga bentik, cacing dan tumbuhan tenggelam.

Ciri morfologi      : Badan panjang dan  berwarna coklat bercorak awan dan satu siri bintik hitam pada pangkal sirip dorsal. Mulutnya memanjang menjadi runcing. Sirip dorsal dan sirip anal bersambung dengan sirip ekor. Sepanjang badannya mempunyai bendalir dan tanda hitam kecil yang tidak rata. Tanda hitam ini mempunyai corak zig-zag.

 

 



4.4.6 Famili Megalopidae

Megalops Cyprinoides

Rajah 4.18 Bulan

 

Habitat              : Sungai dan tasik.

Taburan             : Semenanjung Malaysia dan Thailand. 

Ukuran               : Panjang purata : 32.0 cm, berat purata : 25.26 g.

Cara makan        : Udang kecil.

Ciri morfologi      : Bentuk badan panjang, sedikit mampat dan bujur. Warna di bahagian dorsal adalah biru tua. Warna di bahagian ventral ialah keperakan. Sirip dorsal  belakang bertulang, memanjang seperti duri. Mulut besar dan menghala ke atas. Rahang bawah mempunyai gigi panjang. Ruji terakhir pada sirip dorsal lebih panjang daripada sirip lain, hampir dengan sirip kaudal.

 

 


4.4.7 Famili Nandidae

Pristolepis grootii

patong

Rajah 4.19 Patong

 

Habitat              : Tasik, paya, bekas lombong dan sungai berair tenang.

Taburan             : Semenanjung Malaysia, Indo-China dan kepulauan India Timur. 

Ukuran               : Panjang purata : 10.7 cm ± 1.1, berat purata : 26.5 g ± 8.7.

Cara makan        : Larva diptera, serangga dan sayuran.

Ciri morfologi      : Warna badan kuning keperangan dan mempunyai 8-12 jalur rentas kehitaman. Jalur ini ketara pada spesimen kecil dan menjadi kelam apabila ikan membesar. Sisik kecil terdapat di dasar sirip dorsal dan sirip dubur yang lembut. Dasar sirip dorsal mempunyai spina. Dasar sirip dorsal yang berspina adalah lebih separuh dari dasar sirip pelviks. Garis halus dipamerkan pada bawah dorsal lembut dan anus belakang. Garis deria terputus-putus pada sisik kedua-puluh bersambung semula pada garis ketiga.

 


4.4.8 Famili Osphronemidae

Osphoronemus goramy

kalui

Rajah 4.20 Kalui

 

Habitat              : Sungai, tasik, kolam dan empangan.

Taburan             : Malaysia, Jawa, Borneo, Sumatera dan kepulauan India Timur. 

Ukuran               : Panjang purata : 14 cm ± 9.8, berat purata : 74.4 g ± 94.7.

Cara makan        : Omnivor.

Ciri morfologi      : Berwarna coklat dan sedikit kelabu pucat. Mempunyai tujuh atau sembilan jalur serong berwarna hitam. Terdapat dua tompok hitam, satu di pangkal sirip pektoral dan satu lagi di jalur lateral badan di depan ruji sirip dubur terakhir. Jalur serong ini hilang apabila ikan dewasa iaitu perubahan yang membuat warna ikan menjadi seragam. Badan lonjong dan sangat padat. Kepala kecil dan rahang bawah mempunyai struktur seperti benang serta profil atas muncung cekung. Sirip dorsal dan sirip dubur pada ikan betina adalah bulat berbanding dengan ikan jantan. Ikan ini membiak sepanjang tahun, bertelur pada tumbuhan makrofit yang terdapat di persekitaran tasik.


4.1          CIRI FIZIKOKIMIA SUNGAI KUALA PUEH

Merujuk kepada Jadual 4.4, didapati bahawa lebar Sungai Kuala Pueh adalah sederhana besar dan boleh menampung pelbagai aktiviti manusia di sini seperti perikanan.

Berdasarkan beberapa parameter fizikal dan kimia di atas, didapati bahawa suhu, pH, nitrat, kekeruhan dan oksigen terlarut mencatatkan keadaan yang boleh diterima telah menunjukkan kualiti air di sungai ini baik dan boleh menjamin kelangsungan kepelbagaian bukan sahaja fauna ikan tetapi ekosistem sungai tersebut.

 

Jadual 4.4  Senarai keputusan ciri fizikokimia Sungai Kuala Pueh.

Parameter

Bacaan

Lebar sungai (m)

29.6

Kedalaman (m)

1.7

Halaju arus (s/m)

0.63

Suhu (˚C)

28.65

Kekonduksian (µS/cm)

32

pH

5.91

Nitrat (Mg/L)

0.065

Fosfat (Mg.L)

0.12

Kekeruhan (m)

3.49

Oksigen terlarut (Mg/L)

7.53

 

 

BAB V

KESIMPULAN

 

Sungai Kuala Pueh mempunyai kedudukan yang strategi. Terdapat Empangan Sultan Mahmud dibina di bahagian hulu Sungai Kuala Pueh dan bersambung dengan Sungai Terengganu di Kampung Dusun, Kuala Berang. Dengan ini, telah terbukti komuniti ikan air tawar di sini mempunyai keadaan persekitaran yang lebih istimewa daripada yang lain.

Daripada kajian yang telah dibuat, ikan famili Cyprinidae telah dicatat sebagai famili utama di Sungai Kuala Pueh, seperti yang biasa dicatat di lokasi lain yang terdapat di Malaysia. Terdapat 10 spesies ikan terdiri daripada famili Cyprinidae ini. Antaranya, spesies Labiobarbus festiva atau ikan kawan telah direkod sebagai spesies dominan di Sungai Kuala Pueh, diikuti ialah Mystacoleucus chipterus atau ikan sia.

Terdapat beberapa spesies yang agak jarang didapati di Sungai Kuala Pueh, seperti Megalops Cyprinoides atau ikan bulan, Hampala macrolepidota atau ikan sebarau dan Mastacembelus favus atau ikan Tilan. Ketiga-tiga jenis spesies ini hanya mempunyai 1 individu ditangkap dalam sepanjang kajian dijalankan.

Menurut data yang dicatatkan, saiz ikan yang paling besar ialah Channa striatus atau ikan haruan. Panjang badannya boleh mencapai 46.4 cm dan beratnya ialah 939.7 g. Manakala saiz ikan yang terkecil ialah Mystacoleucus chilopterus atau ikan sia. Purata panjang 9.3 cm dan purata beratnya ialah 8.1 g sahaja.

Hasil tangkapan dalam kajian ini adalah sedikit. Ini disebabkan kaedah penangkapan yang terhad dan Monsun Tropika yang melanda pada Disember 2007 semasa kajian ini dijalankan. 

Menurut penduduk di Kampung Dusun, kajian yang telah dijalankan ini adalah tidak dapat mencatatkan semua spesies ikan yang terdapat di Sungai Kuala Pueh. Kajian ini hanya mencatatkan sebahagian besar spesies yang terdapat di kawsan ini. Spesies-spesies ikan yang ditangkap di Sungai Kuala Pueh ini adalah lebih kurang sama dengan sumber ikan air tawar di kawasan lain Semenanjung Malaysia. Namun bilangan spesies adalah agak rendah jika berbanding dengan tempat yang lain.

Selain itu, Sungai Kuala Pueh yang sebagai sumber rezeki kebanyakan penduduk di sekitarnya adalah dalam keadaan yang agak baik. Pembinaan Empangan Sultan Mahmud di Tasik Kenyir tidak merosakkan kualiti sungai di sini, malah telah menyelesaikan masalah banjir di sini.

Sebagai kesimpulannya, komuniti ikan air tawar di Sungai Kuala Pueh adalah berlimpah sederhana dan tangkapan ikan telah menunjukkan beberapa spesies ikan adalah semakin jarang atau susah didapati di sungai ini sebab perikanan yang tidak terkawal.

 

 

RUJUKAN

Ahmad Ismail & Ahmad Badri Mohamad. 1992. Ekologi Air Tawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.

Almeida-Val, V.M.F.D., Val, A.L. & Randall, D.J. 2006. The Physiology of Tropical Fishes. London: Elsevier.

Aminah, B.M.R. 2006. Kepelbagaian dan Taburan Ikan Air Tawar di Sungai Dusun, Selangor. Thesis for Bachelor of Science (Hons). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Atack, K. 2006. A Field to The Fishes of Kuching Rivers Sarawak, Malaysian Borneo. Kota Kinabalu: Natural History Publications.

Bardach, J.E., Lagler, K.F., May Passino D.R  & Miller, R.R. 1997. Ichthyology. New York : Wiley.

Cech, J.J. & Moyle, P.B. 1985. Fishes: An Introduction to Ichthyology. United of America: Prentice-Hall,ING.

Chin, P.K. & Inger, R.F. 2002. The Fresh-water Fishes of North Borneo. Kota Kinabalu: Natural History Publications.

Claude, A.V. 1977. Biology. Tokyo: W.B. Sounders Company.

Delanty. G. 2003. Community. New York: Routledge.

George, C & Peter, B. 1985. Tropical Freshwater Aquaria. London: Hamlyn Publishing Bridge House.

Hajisamae, S., Pun, Y, & Chaimongkol, S. 2006. Habitat Utilization by Fishes in A Shallow, Semi-enclosed Estuarine Bay in Southern Gulf of Thailand. Estuarine, Coastal and Shelf Science 68: 647-655.

Jabatan Meteorologi Malaysia. 2008. Iklim Malaysia (atas talian ) http://www.kjc.gov.my/malay/pendidikan/iklim/iklim01.html [2 Mac 2008]

Ma, E.V. & Santillana, M.H. 2004. Fish Community Structure and Dynamics in A Coastal Hypersaline Lagoon: Rio Lagartos, Yucatan, Mexico.  Estuarine, Coastal and Shelf Science 60: 285-299.

Marshall, N.B. 1972. The Life of Fishes. London: Weidenfeld and Nicolson.

Mohsin, A.K.M. & Ambak, M.A. 1992. Freshwater Fishes of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Filzah, B.Z. 2001. Kajian Kepelbagaian & Taburan Ikan Air Tawar di Tasik Chini, Pahang. Thesis for Bachelor of Science (Hons). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sim, C.H. 2002. A Field Guide to the Fish of  Tasik Bera Ramsar Site, Pahang, Malaysia. Petaling Jaya: Wetlands International-Malaysia Programme.

Scott, J.S. 1959. An Introduction to the Sea Fishes of Malaysia. Kuala Lumpur: Government Press

Weatherly, A.H. 1972. Growth and Ecology of Fish Population. London: Academic Press.

Zakaria, B.A. 1990. Ikan-ikan di Perairan Malaysia. Kuala Lumpur: PAM Publishing.