Kajian Kepelbagaian Tumbuhan Akuatik
Di Sungai Damansara, Selangor
Puah Kwoo Wei
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di
Malaysia, kajian terhadap tumbuhan akuatik masih kurang jika dibandingkan
dengan tumbuhan daratan. Cook et al. (1974) dan Pancho
Mohammad Soerjani (1978) mendapati para penyelidik lebih berminat untuk
mengkaji tumbuhan daratan kerana sumber maklumat tentang tumbuhan akuatik
adalah sukar diperoleh.
Kajian tumbuhan akuatik yang dijalankan di Malaysia lebih
tertumpu kepada rumpai yang terdapat di kawasan pertanian. Antara kajian yang dijalankan ialah
tentang rumpai yang biasa ditemui di sawah padi Semenanjung Malaysia (Ahmad
Anwar & Azmi 1986), rumpai di kawasan saliran (Mashhor 1987) dan rumpai
yang bersaing dengan pengeluaran padi (Azmi 1986).
Menurut
Mashhor (1987), hampir 50% taburan tumbuhan akuatik di Semenanjung Malaysia
berada di kawasan sawah padi. Kajian di kawasan jelapang padi seperti
Barat-Laut Selangor, Kerian, Sungai Manik, Seberang Perai, Kawasan Muda dan
Kemubu telah merekodkan sebanyak 94 spesies dengan 42 genus daripada 23 famili
tumbuhan akuatik (Ahmad Anwar & Azmi 1986).
Nather (1990) telah menjalankan kajian mengenai
sosioekonomi tumbuhan akuatik di Semenanjung Malaysia manakala Mohammad Zaini
& Japar Sidik (1994) pula telah mengkaji tumbuhan akuatik yang terdapat di
Taman Pertanian Malaysia.
Terdapat juga kajian yang dijalankan terhadap spesies-spesies
tumbuhan akuatik tertentu seperti Eichhornia
crassipes yang merupakan rumpai dominan di kawasan pengaliran Muda.
Kajian di tasik semula jadi di Rawa Aopa, Indonesia
mendapati pelbagai jenis tumbuhan akuatik telah meliputi hampir keseluruhan
permukaan tasik.
Antara jenis tumbuhan akuatik tersebut ialah Eichhornia crassipes, Ceratophyllum
demersum, Hydrilla verticillata, Panicum repens dan Ipomoea crasscaulis (Soerjani 1978). Di samping
itu, Soerjani (1978) juga merekodkan sebanyak 43 spesies daripada 20 famili
tumbuhan akuatik di Tasik Rawa Pening, Indonesia.
1.2 Rasional kajian
Kajian mengenai tumbuhan akuatik di Sungai Damansara,
Selangor diperlukan untuk mengetahui dan menyenaraikan kepelbagaian tumbuhan
akuatik di kawasan tersebut.
Kajian ini penting kerana belum ada kajian tumbuhan akuatik
yang dijalankan di Sungai Damansara.
1.3 Objektif kajian
Kajian
tumbuhan akuatik ini dijalankan untuk :
ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1 Pengenalan
tumbuhan akuatik
Tumbuhan akuatik adalah sukar untuk ditakrifkan dengan
tepat. Cook et
al. (1974) menyatakan bahawa tumbuhan akuatik merupakan tumbuhan yang mempunyai
bahagian aktif yang mampu menjalankan proses fotosintesis untuk kehidupannya
secara berterusan atau sekurang-kurangnya beberapa bulan dalam setahun. Tumbuhan akuatik didapati tumbuh secara berterusan atau mengikut
musim di badan-badan air seperti sawah padi dan tali air.
Tjitrosemito
(1983) menyatakan bahawa tumbuhan akuatik merupakan rumpai yang hidup di
persekitaran akuatik yang merangkumi kawasan sawah padi, sungai, tasik dan
saliran tetapi tidak meliputi kawasan marin atau paya
bakau. Kepesatan pertumbuhan rumpai air telah mendatangkan kerugian yang besar
kepada para petani di Malaysia. Pelbagai usaha telah
dijalankan untuk mengurangkan masalah rumpai air. Antaranya
ialah melalui kawalan biologi oleh ikan, penggunaan pestisid, penggunaan mesin
memotong dan sebagainya (Department Of Conservation 1984).
Tumbuhan
akuatik juga boleh didefinisikan sebagai tumbuhan makroskopik (kelihatan pada
mata kasar) yang biasanya hidup atau sekurang-kurangnya memulakan kitaran hidup
di jasad air (Ahmad Ismail & Ahmad Badri 1994). Tumbuhan
akuatik membiak melalui penghasilan biji benih atau secara vegetatif yang
melibatkan organ khusus seperti rizom, pokok rayap, ubi dan umbisi.
Tumbuhan akuatik merupakan sumber semula jadi yang
berpotensi untuk mengurangkan kandungan nutrien dalam badan-badan air yang
tercemar (Boyd 1974).
Sesetengah tumbuhan akuatik seperti Eichhornia crassipes dan Ceratophyllum
demersum berupaya menyerap dan memasukkan bahan organik atau bahan tak
organik ke dalam strukturnya sendiri. Selain itu,
tumbuhan akuatik juga merupakan substrat yang penting untuk perlekatan
organisma seni yang hidup dalam air seperti diatom, protozoa, briozoa dan
sebagainya (Ahmad Ismail & Ahmad Badri 1994).
Kajian Boyd (1974) juga mendapati tumbuhan akuatik
merupakan komponen yang paling penting dalam ekosistem akuatik. Antara kepentingannya ialah
penghasilan oksigen melalui proses fotosintesis, menyediakan tempat
perlindungan kepada anak-anak ikan dan melindungi tebing badan air daripada
hakisan. Sesetengah tumbuhan akuatik jenis daun terapung
seperti Nelumbo nucifera, Nymphaea lotus;
Nymphoides indica dan sebagainya telah dijadikan tumbuhan hiasan oleh
manusia (Riemer 1984).
Tumbuhan akuatik juga merupakan habitat semula jadi dan
sumber makanan utama kepada haiwan akuatik terutamanya ikan. Ikan kap dan ikan
tilapia biasanya memakan tumbuhan akuatik seperti Potamogeton sp, Ceratophyllum
demersum dan sebagainya (National Academy Of Sciences 1976). Di samping itu, tumbuhan akuatik juga dijadikan makanan dalam
penternakan itik, kerbau, khinzir dan lain-lain lagi. Sesetengah
tumbuhan akuatik seperti Ipomoea aquatica
(kangkung) dan Ceratopteris thalictroides
(paku rawan) dijadikan sayuran utama kepada manusia.
2.2 Pengelasan
tumbuhan akuatik
Sondergaard (1988) menyatakan bahawa kebanyakan
pengelasan tumbuhan akuatik adalah berdasarkan kepada kumpulan taksonomi dan
kehidupannya yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu tumbuhan emergen, tumbuhan
submergen dan tumbuhan daun terapung di permukaan air.
Nather
(1990) telah mengelaskan tumbuhan akuatik kepada empat kumpulan utama iaitu
kumpulan alga, briofit, paku-pakis air dan tumbuhan berbunga manakala Mohammad
Zaini & Japar Sidik (1990) pula hanya mengelaskan tumbuhan akuatik kepada
tiga kumpulan iaitu angiosperma dikotiledon, angiosperma monokotiledon dan
Pteridophyta.
Rumpai-rumpai di sawah padi boleh dikelaskan kepada
empat kumpulan iaitu rumput, rusiga, daun lebar dan paku pakis (Ahmad Anwar
& Azmi 1986).
Rumput merupakan tumbuhan yang berbatang bulat, berbuku,
beruas dan batangnya seperti buluh. Helaian daunnya
pula panjang dan mempunyai upih serta terbit dari bahagian buku. Rusiga pula biasanya tumbuh tegak dan berkelompok, daunnya kecil
menirus dan batangnya bersegi tiga tanpa mempunyai buku yang bengkak. Rumput daun lebar boleh dibahagikan kepada monokotiledon dan
dikotiledon. Selain itu, paku pakis ialah jenis
tumbuhan yang mempunyai batang yang kurang jelas, akarnya tumbuh dari rizom yang
mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan daunnya.
Menurut
Edwards (1980), tumbuhan akuatik peringkat tinggi boleh dibahagikan kepada 18
famili iaitu Alismataceae, Apiaceae, Aponogetonaceae, Araceae, Brassicaceae,
Convolvulaceae, Cyperaceae, Fabaceae (Leguminosae), Haloragaceae, Nymphaeaceae,
Onagraceae, Poaceae (Graminae), Podostemaceae, Ponteriaceae, Potamogetonaceae,
Siphonocladaceae, Trapaceae dan Typhaceae.
Menurut
Arber (1920), tumbuhan akuatik boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama
berdasarkan cara pelekapan tumbuhan pada substrat. Pengelasan ini sangat berguna bukan sahaja dalam kajian morfologi
dan fisiologi malah merangkumi kajian ekologi. Empat
kumpulan utama tersebut ialah tumbuhan muncul, tumbuhan tenggelam, tumbuhan
terapung dan tumbuhan daun terapung.
2.2.1 Tumbuhan
muncul
Tumbuhan
muncul terdiri daripada tumbuhan akuatik yang bahagian akar dan sebahagian
daripada batangnya terbenam pada substratum badan air manakala bahagian daunnya
akan muncul dari permukaan air (Reimer 1984). Tumbuhan akuatik ini merupakan tumbuhan semi-akuatik yang tidak
memerlukan bekalan air yang banyak. Fenomena ini
menyebabkan tumbuhan ini biasanya ditemui jauh dari gigi air.
Tumbuhan
muncul yang biasa ditemui di habitat akuatik akan
menunjukkan cara hidup yang berkelompok secara padat seperti Phragmites communis, Typha angustata, Sagittifolia dan beberapa spesies Scirpus (Ahmad Ismail & Ahmad Badri 1994). Tumbuhan
ini biasanya tumbuh mengelilingi badan air dan kadangkala membentuk sempadan
dengan kawasan daratan. Selain itu, tumbuhan muncul
juga merupakan tumbuhan dominan di kawasan paya dan kawasan yang airnya kurang
daripada 2 meter.
2.2.2 Tumbuhan
tenggelam
Tumbuhan tenggelam merupakan tumbuhan akuatik yang
keseluruhan jasadnya berada di dalam air. Tumbuhan ini melekap pada substrat
dan jasadnya tidak mencecah permukaan air. Tumbuhan
tenggelam mendapat bekalan oksigen dan karbon dioksida daripada air di
sekelilingnya (Ahmad Ismail & Ahmad Badri 1994). Akar
tumbuhan ini memainkan peranan penting sebagai organ penyerap nutrien dan organ
pelekap.
Tumbuhan
tenggelam dan tumbuhan daun terapung dikelaskan kepada kumpulan euhidrofit iaitu
tumbuhan akuatik yang sebenar (Dawson 1988). Tumbuhan ini kurang mendatangkan
kesan kepada kadar aliran terusan kerana mempunyai
substratum yang sesuai untuk sokongan dan pertumbuhan. Antara
tumbuhan tenggelam yang biasa ditemui di Malaysia ialah Hydrilla verticillata dan Blyxa
echinosperma.
2.2.3 Tumbuhan
terapung
Tumbuhan terapung merupakan tumbuhan akuatik yang terapung
dengan bebas di permukaan air.
Akar tumbuhan ini tidak mencengkam dasar tetapi bebas
tergantung di dalam air. Tumbuhan terapung yang biasa
ditemui ialah kiambang kecil (Salvinia sp),
keladi bunting (Eichhornia crassipes)
dan sebagainya.
Tumbuhan terapung adalah dominan di persekitaran
akuatik yang airnya mengalir perlahan. Tumbuhan jenis ini didapati akan
menyebabkan proses pengoksidaan semula air menjadi sukar dan mempengaruhi
kegiatan penternakan ikan (Sculthorpe 1985). Keladi bunting (Eichhornia crassipes) didapati telah
menutupi hampir 60% daripada permukaan saliran di Malaysia (Baki dan Azmi
1994).
2.2.4 Tumbuhan daun terapung
Tumbuhan
daun terapung hidup subur di kawasan yang cetek dan berakar umbi di dasaran
tetapi mempunyai daun terapung di permukaan air (Ahmad Ismail & Ahmad Badri
1994). Daun tumbuhan ini hanya disokong oleh petiol seperti Nelumbo nucifera ataupun kombinasi
antara batang dengan petiol seperti Potamogeton
pusillus.
Tumbuhan daun terapung yang biasa ditemui di
persekitaran akuatik ialah Nelumbo
nucifera, Nymphoides indica dan Nymphaea lotus.
2.3Taburan
dan kepelbagaian tumbuhan akuatik
Pancho & Mohamad Soerjani (1978) pernah menjalankan
kajian tumbuhan akuatik di Asia Tenggara. Kajian mereka bukan sahaja tertumpu di kawasan sawah
padi malah meliputi habitat yang lain seperti sungai, parit; kolam dan
sebagainya. Mereka telah berjaya menyenaraikan 112 spesies
tumbuhan akuatik daripada 43 famili. Jadual 2.3
menunjukkan taburan kepelbagaian tumbuhan akuatik di Asia Tenggara.
Taburan sesuatu spesies tumbuhan akuatik merupakan satu
kriteria yang penting untuk pengelasan. Perkara ini boleh dikenalpasti
melalui satu hubungkait antara spesies berkenaan dengan persekitarannya seperti
interaksi antara spesies, keadaan aliran air dan beberapa faktor fizikal
seperti suhu, ketembusan cahaya, kandungan oksigen dan saliniti badan air
berkenaan (Dawson 1988).
Faktor
kedalaman dan arus air memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
kepelbagaian tumbuhan akuatik di sesuatu kawasan (Sculthorpe 1985). Kadar
aliran air akan menentukan darjah hakisan dan mengawal
jumlah bahan mendak yang memasuki sesebuah badan air. Bahan
mendak yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dan bahan kimia merupakan elemen
yang penting dalam pertumbuhan tumbuhan akuatik (Riemer 1984).
Menurut
Mashhor (1994), sesetengah spesies tumbuhan akuatik mempunyai kesesuaian hidup
yang berbeza dengan spesies yang lain. Contohnya, Utricularia aurea, Ludwigia adscendens dan Nymphoides
indica merupakan spesies tumbuhan akuatik yang boleh hidup di kawasan air
yang sentiasa mengalir manakala Chara
vulgaris, Pistia stratiotes dan Najas indica pula lebih cenderung
mendiami badan air yang berada dalam keadaan yang tenang. De Hartog dan Velde (1988) mendapati jenis tumbuhan akuatik yang
terdapat di sesebuah badan air ditentukan oleh saiz badan air tersebut. Kumpulan lemnid seperti Lemna,
Azolla dan Ricciocarpus natans biasanya tumbuh di kawasan kolam kecil dan
parit manakala pertumbuhannya di kawasan yang lebih besar adalah terhad.
Daripada kajian yang dijalankan di Lembah Tennesse,
Alabama, didapati bahawa paras air yang sentiasa berubah-ubah telah
mendatangkan kesan kepada pertumbuhan tumbuhan akuatik di kawasan tersebut
(Mitchell 1974).
Tumbuhan akuatik jenis terapung, tenggelam dan muncul akan
mati akibat kemerosotan paras air manakala pertumbuhan tumbuhan akuatik
vaskular tidak dipengaruhi oleh masalah kemerosotan dan peningkatan paras air.
Cahaya merupakan salah satu fizikal penting yang
mempengaruhi kepelbagaian tumbuhan akuatik. Menurut Boyd (1975), kebanyakan
tumbuhan akuatik memerlukan intensiti cahaya yang rendah. Intensiti cahaya yang
tinggi bukan sahaja akan merencatkan proses
fotosintesis malah akan meningkatkan kadar transpirasi tumbuhan akuatik. Kadar intensiti cahaya yang sesuai untuk tumbuhan akuatik ialah
10,000-20,000 lux (Riemer 1984). Beberapa ciri
meteorologi seperti awan, debu dan gas berupaya mengurangkan cahaya yang sampai
ke persekitaran akuatik dengan menyerap, memantul dan menyelerak sebahagian
daripada cahaya matahari.
Selain itu, suhu, kandungan nutrien, karbon dioksida
dan pH dalam air juga mempengaruhi taburan kepelbagaian tumbuhan akuatik. Sifat air yang mempunyai haba tentu
yang tinggi menyebabkan proses pemanasan jasad air berlaku dengan perlahan
(Ahmad Ismail & Ahmad Badri 1994). Proses ini bertanggungjawab menjadikan
habitat akuatik lebih stabil dari segi turun naik suhu berbanding dengan
habitat daratan. Di samping itu, karbon dioksida juga
merupakan satu elemen penting yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan akuatik
(Riemer 1984). Peranan yang dimainkan oleh karbon dioksida ialah
mengawal atur proses biologi komuniti akuatik dan bertindak sebagai penimbal
terhadap sebarang perubahan keasidan dan kealkalian dalam air (Sculthorpe
1985).
Jadual 2.3 : Taburan tumbuhan akuatik di Asia Tenggara mengikut
bilangan famili
dan spesies
|
Bil |
Nama negara |
Bilangan famili |
Bilangan spesies |
Famili dominan |
|
1 |
Indonesia |
43 |
94 |
Poaceae
dan Cyperaceae |
|
2 |
Myanmar |
29 |
48 |
Poaceae
dan Hydrocharitaceae |
|
3 |
Laos |
24 |
41 |
Poaceae
dan Hydrocharitaceae |
|
4 |
Malaysia |
22 |
36 |
Poaceae
dan Cyperaceae |
|
5 |
Filipina |
23 |
73 |
Poaceae
dan Cyperaceae |
|
6 |
Singapura |
22 |
35 |
Pontederiaceae
dan Cyperaceae |
|
7 |
Thailand |
29 |
54 |
Cyperaceae
dan Hydrocharitaceae |
|
8 |
Vietnam |
28 |
48 |
Cyperaceae
dan Hydrocharitaceae |
Sumber
: Pancho &
Mohamad Soerjani (1978)
2.4 Masalah tumbuhan akuatik
Kehadiran tumbuhan akuatik dapat memberi kebaikan
sekiranya tumbuh dalam keadaan yang stabil dan terkawal. Sebaliknya jika pertumbuhannya
terlampau pesat maka tumbuhan akuatik akan
mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia dan persekitaran akuatik.
Bagi
penternak ikan, penyebaran tumbuhan akuatik yang pesat dalam kolam atau sungai akan mendatangkan kematian kepada ikan yang dipelihara.
Masalah ini disebabkan oleh proses penguraian bahan organik oleh tumbuhan
akuatik akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air
(Gopal 1990).
Menurut
Mitchell (1976), Eichhornia crassipes
merupakan salah satu tumbuhan akuatik yang telah mendatangkan masalah serius di
kawasan saliran air di Malaysia. Di Malaysia, Eichhornia crassipes didapati tumbuh dengan
pesat dan membentuk hambatan padat di sepanjang tebing sungai di Kuala Kangsar.
Fenomena ini telah menyebabkan aliran Sungai Perak tersekat
dan berlakunya banjir besar. Malaysia terpaksa
membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membersihkan kawasan tersebut daripada
rumpai ini.
Eichhornia crassipes juga berupaya mengeringkan kawasan
aliran air pada kadar yang sangat cepat (Sculthorpe
1985). Kajian yang dijalankan menunjukkan 50 g Eichhornia crassipes yang segar mampu
melakukan proses transpirasi sehingga 130 ml air dalam jangka masa sehari
(Mashhor 1994). Fenomena ini akan menyebabkan saliran
air yang ditumbuhi pesat oleh tumbuhan ini menjadi kering dalam masa
setahun.
Selain itu, tumbuhan akuatik juga merupakan habitat
yang sesuai untuk pembiakan nyamuk dan siput. Nyamuk dan siput ini akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya
kepada manusia seperti penyakit malaria, demam tinggi, demam kuning dan
sebagainya. Di kawasan sawah padi, pertumbuhan tumbuhan akuatik yang tidak
terkawal akan mengakibatkan penyakit padi dan
pertambahan serangga perosak. Masalah ini berlaku disebabkan
sesetengah tumbuhan akuatik boleh menjadi perumah kepada serangga perosak dan
juga agen penyakit padi.
3.1 Latar belakang kawasan
kajian
Sungai Damansara meliputi 3 kawasan di Selangor iaitu
Damansara, Subang dan Shah Alam.
Sejak beberapa tahun ini, Sungai Damansara telah mengalami
pencemaran yang serius disebabkan pembuangan sisa dan bahan domestik dari
kilang dan kawasan perumahan. Fenomena ini telah
menyebabkan banyak hidupan akuatik terancam.
Banyak penyelidikan telah dijalankan oleh pihak-pihak
dari Majlis Perbandaran Selangor untuk membaiki kualiti air di Sungai Damansara. Kajian tumbuhan
akuatik di Sungai Damansara adalah penting kerana dapat mengenalpasti tahap
pencemaran air di sungai tersebut. Selain itu, kajian
tumbuhan akuatik di kawasan sungai juga jarang dilakukan kerana para penyelidik
di Malaysia lebih berminat untuk mengkaji tumbuhan akuatik di kawasan sawah
padi.
3.2 Kajian taksonomi
3.2.1 Pengumpulan
spesimen.
Pengumpulan
spesimen tumbuhan akuatik di stesen A (Rajah 3.2 A), stesen B (Rajah 3.2 B) dan
stesen C (Rajah 3.1) di Sungai Damansara telah dijalankan pada bulan Jun dan
November 2003 dan hanya melibatkan tumbuhan akuatik jenis muncul dan daun
terapung yang hidup di tepi sungai.
Tumbuhan akuatik yang dipilih perlu berada dalam
keadaan yang sempurna dari segi morfologinya seperti daun, bunga, batang dan
sebagainya. Spesimen-spesimen yang telah dikutip perlu dicamkan dan dimasukkan
ke dalam bag plastik. Kemudiannya, sedikit air
dimasukkan ke dalam bag plastik supaya tumbuhan tidak layu. Pada masa
yang sama, tarikh dan lokasi tumbuhan dikutip perlu dicatatkan
untuk setiap spesimen tumbuhan akuatik.
3.2.2 Pengecaman.
Pengecaman spesimen tumbuhan akuatik yang telah dikutip
dijalankan berdasarkan ciri-ciri morfologi tumbuhan seperti bunga, batang dan
daun. Pengecaman dibuat dengan berpandukan buku-buku rujukan taksonomi
standard (Pancho & Mohamad Soerjani 1978), (Ahmad Anwar & Azmi 1988)
dan (Aston 1973). Kekunci juga dibina untuk
mengecamkan sesetengah spesies tumbuhan akuatik.
|
|
Petunjuk :
Lokasi Pensampelan |
||
|
Rajah 3.1 : Lokasi tapak kajian |
|
![]()
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah 3.2 : (A) Stesen A Sungai
Damansara (B) Stesen B Sungai
Damansara |
|
3.2.3 Penyediaan
spesimen herbarium.
Pengawetan
tumbuhan akuatik untuk simpanan herbarium disediakan untuk memudahkan rujukan
dan kajian-kajian saintifik pada masa akan datang.
Spesimen tumbuhan
dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan air. Selepas itu,
spesimen tumbuhan direndamkan dalam alkohol 70% atau etil alkohol
sekurang-kurangnya 5 minit untuk menggelakkan spesimen daripada dirosakkan oleh
fungi, serangga dan sebagainya.
Seterusnya,
spesimen tumbuhan diletakkan di antara lapisan suratkhabar untuk proses
penekanan. Bahagian spesimen tumbuhan yang berlebihan seperti
daun dan tangkai dibuangkan. Spesimen tumbuhan yang terlalu besar untuk
dimuatkan ke dalam suratkhabar yang bersaiz 11 ´
16 inci boleh dibengkokkan menjadi bentuk V, N atau M. Selain itu, spesimen
tumbuhan juga perlu diaturkan dengan baik atas suratkhabar supaya bahagian atas
dan bawah daun dapat dilihat.
Spesimen tumbuhan kemudiannya dimasukkan ke dalam oven
pada suhu 60oC selama beberapa minggu untuk tujuan pengeringan. Selepas proses pengeringan,
spesimen yang telah kering dijahit di atas kertas herbarium dan dilabelkan
untuk simpanan herbarium.
3.2.4 Gambar foto
Gambar-gambar tumbuhan akuatik diambil dengan
menggunakan kamera digital jenama Olympus model C-3030 dan BenQ DC-2300. Gambar foto yang
diambil dimasukkan ke dalam tesis untuk bahagian hasil dan perbincangan.
3.3 Kajian ekologi
3.31 Persampelan
kuadrat
Persampelan kuadrat telah dijalankan pada 13, November,
2003.
Kebolehpercayaan anggaran melalui kaedah persampelan kuadrat bergantung kepada
tiga perkara iaitu populasi sebenar di setiap kuadrat perlu diketahui, keluasan
kuadrat mesti diketahui dan kuadrat mesti mewakili kesemua kawasan lain dalam
kawasan penyelidikan.
Saiz kuadrat ditentukan berdasarkan kepadatan dan saiz
tumbuhan. Di kawasan kajian saya, kuadrat yang berukuran 1 meter persegi
digunakan. Persampelan kuadrat dilakukan secara rawak.
Enam kuadrat telah dibuat dan semua tumbuhan akuatik yang
terdapat dalam kuadrat dicamkan dan dicatatkan. Dengan
kaedah kuadrat, spesies tumbuhan akuatik yang dominan dapat ditentukan
berdasarkan Indeks Nilai Kepentingan (IVi).
Indeks Jaccards juga digunakan untuk mengira peratusan
persamaan atau perbezaan spesies tumbuhan akuatik di Sungai Damansara dan
kawasan sawah padi Sungai Besar, Selangor untuk tujuan perbandingan. Nilai Indeks
Jaccards yang tinggi menunjukkan bahawa kedua-dua lokasi kajian mempunyai
persamaan spesies yang tinggi.
Indeks
Nilai Kepentingan (IVi) dikira berdasarkan formula-formula di bawah :
|
1) |
Kepadatan |
= |
Bilangan individu |
|
|
|
|
|
|
Luas persampelan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2) |
Kepadatan
relatif |
= |
Kepadatan untuk suatu spesies |
× |
100 |
|
|
|
|
Jumlah kepadatan semua spesies |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3) |
Frekuensi |
= |
Bilangan kuadrat spesies dijumpai |
|
|
|
|
|
|
Jumlah kuadrat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4) |
Frekuensi
relatif |
= |
Frekuensi untuk suatu spesies |
× |
100 |
|
|
|
|
Jumlah frekuensi semua spesies |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5) |
Kedominan |
= |
Biojisim |
|
|
|
|
|
|
Luas persampelan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6) |
Kedominan
relatif |
= |
Kedominan untuk suatu spesies |
× |
100 |
|
|
|
|
Jumlah kedominan semua spesies |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7) |
IVi |
= |
Kepadatan relatif +
Frekuensi relatif + Kedominan relatif |
||
Berikut
adalah kiraan untuk Indeks Jaccards,
|
SJ |
= |
c |
|
|
|
A+B-c |
|
SJ |
= |
Indeks
Jaccard |
|
A |
= |
Jumlah
spesies di Sungai Damansara |
|
B |
= |
Jumlah
spesies di kawasan sawah padi Sungai Besar, Selangor |
|
c |
= |
Jumlah
spesies yang sama di kedua-dua tempat |
HASIL DAN PERBINCANGAN
4.1 Kajian taksonomi
4.11 Kepelbagaian
spesies
Kajian tumbuhan akuatik di Sungai Damansara, Selangor
telah dapat menyenaraikan sebanyak 17 spesies dengan 14 genus daripada enam
famili tumbuhan akuatik (Jadual 4.1). Tumbuhan akuatik yang telah
dikenalpasti dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tumbuhan akuatik
muncul dan tumbuhan akuatik daun terapung.
Famili Cyperaceae telah mencatatkan bilangan spesies
tumbuhan akuatik yang terbanyak iaitu lapan spesies dengan Cyperus sebagai genus utama dalam famili ini. Kemudian diikuti
oleh famili Poaceae sebanyak enam spesies, famili Compositae, Alismataceae,
Butomaceae dan Commelinaceae masing-masing sebanyak satu spesies sahaja.
Dari segi kumpulan, tumbuhan akuatik muncul mempunyai
bilangan spesies yang terbanyak iaitu 15 spesies. Bagi tumbuhan
akuatik daun terapung pula, sebanyak 2 spesies telah dikenalpasti.
Peratusan bagi tumbuhan akuatik muncul adalah paling tinggi iaitu 88% diikuti
oleh tumbuhan akuatik daun terapung 12% (Rajah 4.1).
Pancho & Mohamad Soerjani (1978) yang pernah
menjalankan kajian tumbuhan akuatik di Malaysia juga mendapati bahawa
Cyperaceae dan Poaceae merupakan famili tumbuhan akuatik yang dominan di
Malaysia. Kajian mereka telah dapat menyenaraikan 36 spesies daripada 22
famili tumbuhan akuatik.
Menurut
Mashhor (1987), hampir 50% taburan tumbuhan akuatik di Semenanjung Malaysia
berada di kawasan sawah padi. Kajian di kawasan jelapang padi seperti
Barat-Laut Selangor, Kerian, Sungai Manik, Seberang Perai, kawasan Muda dan
Kemubu telah merekodkan sebanyak 94 spesies dengan 42 genus daripada 23 famili
tumbuhan akuatik (Ahmad Anwar & Azmi 1986). Kajian mereka
juga menunjukkan bahawa Cyperaceae dan Poaceae merupakan famili tumbuhan
akuatik yang dominan di kawasan jelapang padi.
|
Jadual
4.1 : Senarai spesies tumbuhan akuatik mengikut kumpulan di Sungai Damansara |
|||
|
Bil |
Kumpulan |
Famili |
Nama spesies |
|
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 |
Muncul |
Commelinaceae Compositae Cyperaceae Poaceae |
Commelina nudiflora Eclipta alba Cyperus aromaticus Cyperus javanicus Cyperus polystachyos Cyperus difformis Eleocharis dulcis Rhynchospora corymbosa Scirpus grossus Brachiaria mutica Eragrostis unioloides Echinochloa crus-galli Hymenachne acutigluma Isachne globosa Paspalum conjugatum |
|
16 17 |
Daun
terapung |
Alismataceae Butomaceae |
Sagittaria guayanensis Limnocharis flava |
|
|
|
Rajah
4.1 : Peratusan tumbuhan akuatik mengikut kumpulan |
4.1.2 Huraian spesies tumbuhan akuatik.
Famili :
Alismataceae
Sagittaria
guayanensis H.B.K
Rajah 4.2 (A)
Nama
tempatan : Keladi air
Jenis :
Tumbuhan daun terapung
Penghuraian : Tumbuhan ini mempunyai daun yang terapung di permukaan
air dengan petiol yang panjang. Daun berbentuk ovat-kordat, panjang 3 hingga 12
cm dengan lebar 3 hingga 11 cm. Bunga biseksual dengan petal berwarna putih
berukuran 12 hingga 18 mm. Buah matang di dalam air dengan biji benih berwarna
perang.
Habitat :
Dalam sawah padi dan tali air.
Famili :
Butomaceae
Limnocharis
flava (L.)
Bachenau
Rajah 4.2 (B)
Nama
tempatan : Paku rawan, jinjir
Jenis :
Tumbuhan daun terapung
Penghuraian : Rumpai saka tahunan. Daun berbentuk
bujur-lebar dengan panjang 18 cm. Warna daun hijau muda dengan petiol yang
tebal. Bunga berwarna kuning. Buah berbentuk kapsul globular, berwarna hijau dan mempunyai garis
pusat 1.5 hingga 2.0 cm. Biji benihnya sangat kecil dan berwarna perang.
Penyebaran secara stolon dan biji benih.
Habitat :
Sawah padi, pinggir tali air dan sungai.
Famili :
Commelinaceae
Commelina
nudiflora
Rajah 4.3 (A)
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah
4.2 : (A) Sagittaria guayanensis (B) Limnocharis
flava |
|
Nama
tempatan : Rumput aur
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian
: Tumbuhan tahunan jenis merayap dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm.
daun bersilang dan berbentuk ovat atau eliptik dengan panjang 6 hingga 10 cm
dan lebar 4 hingga 5 cm. Bunga berwarna biru dan biji benihnya pula berwarna
hitam dengan permukaan yang berkedut. Penyebaran secara biji
benih dan tampang.
Habitat :
Sawah padi, pinggir tali air dan sungai.
Famili :
Compositae
Eclipta
alba (L.) Hassk.
Rajah 4.3 (B)
Nama
tempatan : Urang-aring
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rumpai herba tahunan. Batang tegak dan berwarna
kemerahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 10 cm. Daun setentang dan
berbentuk ovat ke oblong-lanseolat dengan panjang 2 hingga 10 cm dan lebar 1
hingga 2 cm. Bunga tunggal dan berwarna putih. Penyebaran
secara biji benih.
Habitat :
Sawah padi, pinggir tali air dan sungai.
Famili :
Cyperaceae
Cyperus
aromaticus (Ridley) M.&K.
Rajah 4.4 (A)
Nama
tempatan : Rumput ganda
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rumpai saka menjalar dengan rizom yang berwarna
perang-kemerahan. Batang boleh mencapai ketinggian 50 cm. Daun jenis linear
dengan panjang lai daun 3 hingga 10 cm. Infloresen spika tunggal ovoid dengan
garis pusat 4 hingga 6 mm dan berwarna hijau. Penyebaran
secara biji benih dan rizom.
Habitat :
Sawah Padi, pinggir sungai dan parit.
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah
4.3 : (A) Commelina nudiflora (B) Eclipta
alba |
|
Famili :
Cyperaceae
Cyperus
javanicus Houtt.
Rajah 4.4 (B)
Nama
tempatan : Rumput lingsing
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rumpai saka yang tegak dengan ketinggian 50 hingga 80
cm dan berwarna hijau muda. Daun kasar dan hampir sama
panjang dengan batangnya. Infloresen umbel berdiameter 6
hingga 15 cm dengan spika yang padat. Buah berwarna
perang.
Habitat :
Sawah Padi, pinggir tali air dan sungai.
Famili :
Cyperaceae
Cyperus
polystachyos L.
Rajah 4.5 (A)
Nama
tempatan : -
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rusiga tahunan tegak. Batang dengan
ketinggian 10 hingga 80 cm. Daun tirus, licin dan nipis. Infloresen umbel dan agak kecil, spikelet rapat padat pada spika
yang pendek dan berwarna perang kehijauan. Buah
berbentuk oblong.
Habitat :
Tanah terbiar, tepian sawah padi dan sungai.
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah
4.4 : (A) Cyperus aromaticus (B) Cyperus
javanicus |
|
Famili :
Cyperaceae
Cyperus
difformis L.
Rajah 4.5 (B)
Nama
tempatan : Baki-baki
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian
: Rusiga tahunan, tegak dengan ketinggian 20 hingga 70 cm. Batang licin,
berbentuk segitiga tajam di bahagian atas dengan ketebalan 1 hingga 4 mm. Daun
berwarna hijau keperangan di bahagian bawah dan lai daun berbentuk linear
dengan apeks akuminat. Infloresen padat, globos dengan
spikelet yang terkumpul. Buah berbentuk obovat,
berkerut dan berwarna perang.
Habitat :
tebing parit, pinggir sawah padi dan sungai.
Famili :
Cyperaceae
Eleocharis
dulcis (Burm.f) Henschel.
Rajah 4.6 (A)
Nama
tempatan : Ubi Puron
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rusiga saka. Batang bulat dan licin
dengan ketinggian 1.5 m, stolon kerapkali membentuk ubi di hujung. Daun tiada. Infloresen dengan satu spikelet di hujung sama lebar atau lebar daripada batang dan berbentuk bulat. Buah berwarna perang menyinar. Penyebaran
dengan biji benih dan ubi.
Habitat :
Paya, pinggir sungai dan tali air.
Famili :
Cyperaceae
Rhynchospora
corymbosa (L.)
Britt.
Rajah 4.6 (B)
Nama
tempatan : Rumput sedayan
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rumpai tahunan. Batang berbentuk segitiga dan boleh
mencapai ketinggian sehingga 2 m. Daun berbentuk pipih dengan panjang 10 hingga
30 cm dan lebar 8 hingga 20 cm. Infloresen dengan spikelet yang banyak. Biji benih berbentuk obovat atau oblong-obovat dan berwarna perang.
Habitat
: Sawah, tepi
tali air dan sungai.
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah
4.5 : (A) Cyperus polystachyos (B) Cyperus
difformis |
|
Famili :
Cyperaceae
Scirpus
grossus L.
Rajah 4.7 (A)
Nama
tempatan : Menerong
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rusiga saka, tegak dan kasar. Batang
mempunyai tiga bucu dan tingginya 1.5 hingga 2.0 m. Daun pipih, lebar dan
menirus ke hujung. Infloresen mengandungi banyak spikelet dan korimb di
hujung agak padat dengan ranting-ranting utama., kedua
dan ketiga. Buah berbentuk obovat-lebar dengan panjang 1
hingga 2 mm. Penyebaran dengan ubi, stolon dan biji benih.
Habitat :
Sawah padi dan pinggir tali air.
Famili :
Poaceae
Brachiaria
mutica (Forsk.) stapf.
Rajah 4.7 (B)
Nama
tempatan : Rumput terubung, rumput malela, rumput para
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rumpai tahunan jenis merayap dan boleh mencapai
ketinggian 2 m. Batang tegap, tersebar dan menjalar. Daun linar-lanseoloat
dengan panjang 6 hingga 20 cm dan lebar 0.5 hingga 1.5 cm. Infloresen berwarna
ungu dengan panjang 10 hingga 20 cm, berselang seli dengan banyak spikelet. Penyebaran secara biji benih.
Habitat :
Batas sawah, pinggir parit dan tali air.
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah
4.6 : (A) Eleocharis dulcis (B) Rhynchospora
corymbosa |
|
Famili :
Poaceae
Eragrostis
unioloides (L.)
Rajah 4.8 (A)
Nama
tempatan : -
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rumpai tahunan. Batang menjalar
dengan ketinggian 20 hingga 30 cm. Daun tirus, lembut, berwarna hijau atau
merah terang. Infloresen panikel di hujung, berbentuk
silinder pendek dan beranting tersebar, berbulu pada buku, spikelet dengan 3
hingga 6 floret dwiseks dan berwarna hijau muda-keunguan. Penyebaran secara biji benih.
Habitat :
Tanah terbiar, tepi parit dan sungai.
Famili :
Poaceae
Echinochloa
crus-galli (L.)
Beauv.
Rajah 4.8 (B)
Nama
tempatan : Rumput sambau
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rumpai tahunan yang mempunyai batang yang tegak dan
kerapkali berakar dan bercabang dekat pangkal. Daun lebar di bahagian pangkal
dan tirus di hujung dengan panjang 5 hingga 50 cm dan lebar 0.5 hingga 1.5 cm.
Infloresen berwarna hijau atau keunguan. Biji benih adalah
kariopsis, ovat dan obtus. Penyebaran secara biji
benih.
Habitat :
Sawah padi, pinggir tali air dan sungai.
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah
4.7 : (A) Scirpus grossus (B) Brachiaria
mutica |
|
Famili :
Poaceae
Hymenachne
acutigluma (steud.)
Gilliland.
Rajah 4.9 (A)
Nama
tempatan : Rumput colok
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian
: Rumpai saka yang batangnya boleh mencapai ketinggian 100 cm. Daun linear
dengan panjang 15 hingga 40 cm dan lebar 1 hingga 3 mm. Infloresen berbentuk
silinder dengan panjang 10 hingga 40 cm. Spikelet berwarna hijau.
Habitat :
Parit.
Famili :
Poaceae
Isachne
globosa (Thunb.)
O.Ktze.
Rajah 4.9 (B)
Nama
tempatan : Rumput minyak
Jenis :
Tumbuhan muncul
Penghuraian : Rumpai saka yang berakar pada buku. Batang bercabang
di pangkal dengan ketinggian 20 hingga 50 cm. Daun menirus di hujung dan lebar
di pangkal dengan panjang 2 hingga 5 cm. Infloresen adalah panikel dan tersusun
pada ranting yang lurus. Biji benih kariopsis dan ovat.
Penyebaran secara biji benih.
Habitat :
Sawah padi, pinggir tali air dan sungai.
Famili :
Poaceae
Paspalum
conjugatum (L.)
Berg.
Rajah 5.0 (A)
Nama
tempatan : Rumput kerbau
Jenis :
Tumbuhan muncul
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah
4.8 : (A) Eragrostis unioloides (B) Echinochloa
crus-galli |
|
|
|
|
|
A |
B |
|
Rajah
4.9 : (A) Hymenachne acutigluma (B) Isachne
globosa |
|
Penghuraian : Rumpai saka menjalar dan boleh mencapai ketinggian 60
cm. Batang berwarna ungu kemerahan. Daun berbentuk linear-lanseolat dengan
panjang 5 hingga 15 cm dan lebar 5 hingga 15 mm. Infloresen panikel dengan dua barisan
spikelet bulat kuning. Biji benih kariopsis dan berwarna
perang pucat. Penyebaran secara biji benih dan akar
merayap.
Habitat :
Sawah Padi, pinggir tali air dan sungai.
|
|
|
A |
|
Rajah
4.10 : (A) Paspalum conjugatum |
4.2
Kajian ekologi
Daripada
persampelan kuadrat rawak, kepadatan dan berat kering setiap spesies dalam
setiap kuadrat diperoleh (Jadual 4.2).
|
Jadual
4.2 :
Kepadatan dan berat kering yang diperoleh dengan menggunakan
persampelan kuadrat. |
|||
|
No. Kuadrat |
Nama spesies |
Kepadatan/m2 |
Berat kering (g) |
|
1 |
Rhynchospora corymbosa Cyperus difformis |
6 3 |
68 43 |
|
2 |
Rhynchospora corymbosa Paspalum conjugatum Echinochloa crus-galli |
5 3 1 |
52 37 9 |
|
3 |
Rhynchospora corymbosa |
9 |
96 |
|
4 |
Cyperus aromaticus Cyperus difformis |
8 3 |
68 54 |
|
5 |
Rhynchospora corymbosa Cyperus aromaticus |
6 2 |
64 28 |
|
6 |
Rhynchospora corymbosa |
7 |
127 |
Dapat diperhatikan bahawa Rhynchospora corymbosa mempunyai kepadatan spesies yang tinggi
dalam persampelan kuadrat yang dijalankan (Rajah 4.11).
Rhynchospora corymbosa mempunyai jumlah berat kering yang
terbanyak iaitu 407 g kemudian diikuti oleh Cyperus
difformis sebanyak 97 g, Cyperus
aromaticus sebanyak 96 g, Paspalum
conjugatum sebanyak 37 g dan
Echinochloa crus-galli sebanyak 9 g sahaja.
4.2.1 Analisis kuantitatif
Dengan kaedah kuadrat, spesies tumbuhan akuatik yang
dominan di Sungai Damansara ditentukan berdasarkan Indeks Nilai Kepentingan
(IVi). Jadual 4.3 menunjukkan hasil pengiraan yang dilakukan untuk
mendapatkan IVi.
.
|
Jadual
4.3 : Hasil pengiraan untuk mendapatkan nilai IVi |
|||||
|
Spesies |
Rhynchospora corymbosa |
Cyperus difformis |
Cyperus aromaticus |
Paspalum conjugatum |
Echinochloa Crus-galli |
|
Kepadatan |
5.50 |
1.00 |
1.67 |
0.500 |
0.17 |
|
Kepadatan
relatif |
62.22 |
11.31 |
18.89 |
5.66 |
1.92 |
|
Frekuensi |
0.83 |
0.33 |
0.33 |
0.17 |
0.17 |
|
Frekuensi
relatif |
45.36 |
18.03 |
18.03 |
9.29 |
9.29 |
|
Kedominan |
67.83 |
16.17 |
16.00 |
6.17 |
1.50 |
|
Kedominan
relatif |
63.00 |
15.02 |
14.86 |
5.73 |
1.39 |
|
IVi |
170.58 |
44.36 |
51.78 |
20.68 |
12.60 |
Berdasarkan
Indeks Nilai Kepentingan (IVi), Rhynchospora
corymbosa (Cyperaceae) merupakan spesies tumbuhan akuatik yang dominan di
Sungai Damansara kemudian diikuti oleh
Cyperus aromaticus (Cyperaceae),
Cyperus difformis (Cyperaceae),
Paspalum conjugatum (Poaceae) dan Echinochloa
crus-galli (Poaceae).
Famili Cyperaceae mempunyai kepelbagaian spesies yang
tinggi di Sungai Damansara.
Menurut Ismail (1989), rumpai yang tergolong dalam famili Cyperaceae dan
Poaceae merupakan spesies yang dapat menghasilkan populasi yang tinggi dengan
cepat dan sentiasa mendapat keuntungan dalam persaingan. Di
samping itu, rumpai juga mempunyai beberapa sifat yang unik seperti dapat
menghasilkan biji benih yang banyak dengan berterusan, biji benih bersifat
dorman, pertumbuhan anak benih yang cepat dan toleran terhadap perubahan
persekitaran (Mashhor 1987).
Mashhor (1987) telah membuat kajian tumbuhan akuatik di
Kawasan Pengaliran KADA, Kelantan.
Dalam kajian beliau, lima spesies yang paling dominan di kawasan tersebut telah
dikenalpasti iaitu Eichhornia crassipes,
Hydrilla verticillata, Cyperus distans,
Eleocharis dulcis dan Scirpus grossus.
Selain itu, Itoh (1991) pula telah mengenalpasti sebanyak 22 spesies tumbuhan
akuatik di Kawasan Pengaliran KADA dan spesies yang dominan ialah Eichhornia crassipes, Hydrilla verticillata, Oryza rufipogon, Scirpus grossus, Eleocharis
dulcis dan Cyperus distans.
Kajian
oleh Baki dan Azmi (1986) mendapati bahawa rumpai yang merupakan spesies
dominan di kawasan saliran padi dan saliran air di Semenanjung Malaysia ialah Monochoria vaginalis, Fimbristylis milliaceae, Cyperus haspan dan Limnocharis flava. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa cara penanaman padi yang diamalkan oleh para petani juga
mempengaruhi jenis rumpai yang tumbuh di sawah padi seperti Echinochloa crus-galli, Echinochloa colona dan Leptochloa chinensis yang telah menjadi
spesies dominan di kawasan penanaman padi.
Kajian di tasik semula jadi di Rawa Aopa, Indonesia
mendapati pelbagai jenis tumbuhan akuatik telah meliputi hampir keseluruhan
permukaan tasik.
Antara jenis tumbuhan akuatik tersebut ialah Eichhornia crassipes, Ceratophyllum
demersum, Hydrilla verticillata, Panicum repens dan Ipomoea crasscaulis (Soerjani 1978). Di samping
itu, Soerjani (1978) juga merekodkan sebanyak 43 spesies daripada 20 famili
tumbuhan akuatik di Tasik Rawa Pening, Indonesia.
Kajian yang dijalankan di Thailand mendapati bahawa
spesies tumbuhan akuatik yang biasa ditemui di tasik dan kolam ialah seperti Blyxa echinosperma, Blyxa lancifolia, Limnophila
heterophylla, Najas graminea dan Utricularia flexuosa (Nelson et al.
1970).
Kajian di Sri Lanka mendapati Typha sp. adalah tumbuhan
yang tumbuh di kawasan lagun, tebing sungai dan paya. Benihnya dibawa oleh angin dan air
untuk membolehkannya membiak di atas tanah yang berada pada paras yang sama dengan air. Selain itu, Pistia stratiotes merupakan tumbuhan terapung yang tumbuh di
kawasan air yang tenang serta di kawasan lembap dan paya yang terdapat sedikit
air (Kotawala 1976).
|
|
|
Rajah
4.1.1 Kepadatan spesies bagi setiap kuadrat |
4.3 Perbandingan spesies kawasan kajian dan Sungai
Besar.
Jadual 4.3
menunjukkan perbandingan antara tumbuhan akuatik yang terdapat di Sungai
Damansara dan kawasan sawah padi Sungai Besar, Selangor (
Siti Zubaidah 2001).
|
Jadual
4.3 : Perbandingan antara spesies yang terdapat di Sungai Damansara dan
Sungai Besar |
||||
|
Bil |
Famili |
Nama spesies |
Sungai Damansara |
Sungai Besar |
|
1 |
Alismataceae |
Sagittaria guayanensis * |
+ |
+ |
|
2 |
Amaranthaceae |
Alternanthera sessilis |
- |
+ |
|
3 |
Araceae |
Pistia stratiotes |
- |
+ |
|
4 |
Azollaceae |
Azolla pinnata |
- |
+ |
|
5 |
Butomaceae |
Limnocharis flava * |
+ |
+ |
|
6 |
Capparidaceae |
Cleome rutidosperma |
- |
+ |
|
7 |
Ceratophyllaceae |
Ceratophyllum demersum |
- |
+ |
|
8 |
Commelinaceae |
Commelina nudiflora * |
+ |
+ |
|
9 |
Compositae |
Eclipta alba * |
+ |
+ |
|
10 |
Convolvulaceae |
Ipomoea aquatica |
- |
+ |
|
11 |
Cyperaceae |
Cyperus aromaticus Cyperus babakensis Cyperus difformis * Cyperus digitatus Cyperus halpan Cyperus iria Cyperus javanicus Cyperus malaccensis Cyperus polystachyos Eleocharis dulcis Fimbristylis millaceae Fuirena ciliaris Rhynchospora corymbosa * Scirpus grossus * Scirpus lateriflorus |
+ - + - - - + - + + - - + + - |
- + + + + + - + - - + + + + + |
|
12 |
Euphorbiaceae |
Phyllanthus niruri |
- |
+ |
|
13 |
Lemnaceae |
Lemna minor |
- |
+ |
|
14 |
Lentibulariaceae |
Utricularia aurea |
- |
+ |
|
15 |
Marantaceae |
Donax arundrastrum |
- |
+ |
|
16 |
Marsilaceae |
Marsilea crenata |
- |
+ |
|
17 |
Mimosaceae |
Neptunia natans |
- |
+ |
|
18 |
Nelumbonaceae |
Nelumbo nucifera |
- |
+ |
|
19 |
Nymphaeaceae |
Nymphaea lotus |
- |
+ |
|
20 |
Onagraceae |
Ludwigia adscandens Ludwigia hyssopifolia |
- - |
+ + |
|
21 |
Papilonaceae |
Sesbania javanica |
- |
+ |
|
22 |
Parkeriaceae |
Ceratopteris thalictroides |
- |
+ |
|
23 |
Poaceae |
Brachiaria mutica * Eragrotis unioloides Echinochloa colona Echinochloa crus-galli * Hymenachne acutigluma * Isachne globosa * Isachaemum rugosum Leptochloa chinensis Oryza minuta Paspalum conjugatum |
+ + - + + + - - - + |
+ - + + + + + + + - |
|
24 |
Pontederiaceae |
Eichhornia crassipes Monochoria elata Monochoria vaginalis |
- - - |
+ + + |
|
25 |
Salvinaceae
|
Salvinia molesta |
- |
+ |
|
26 |
Sterculiaceae |
Melochia corchorifolia |
- |
+ |
|
|
Jumlah |
52 |
17 |
46 |
|
+ |
= |
Spesies
hadir |
|
- |
= |
Spesies
tidak hadir |
|
* |
= |
Spesies
hadir di kedua-dua tempat |
|
Indeks
Kesamaan Jaccards (SJ) |
= |
c |
|
|
|
A+B-c |
|
|
= |
11 |
|
|
|
17+46-11 |
|
|
= |
0.21 |
Jadual 4.3
menunjukkan perbandingan spesies tumbuhan akuatik di antara Sungai Damansara
dan Kawasan Sawah Padi Sungai Besar, Selangor. Jumlah spesies
bagi kedua-dua kawasan ialah sebanyak 52 spesies daripada 26 famili. Sejumlah 17 spesies telah dapat ditemui di Sungai Damansara dan 46
spesies di Sungai Besar. Indeks Kesamaan Jaccards
menunjukkan bahawa persamaan spesies yang hadir di Sungai Damansara dan Sungai
Besar adalah rendah iaitu sebanyak 21% sahaja.
Daripada jadual, didapati bahawa kehadiran spesies
tumbuhan akuatik di Sungai Besar adalah lebih banyak berbanding dengan Sungai
Damansara. Perbezaan bilangan spesies antara dua kawasan adalah ketara iaitu
sebanyak 29. Jika dilihat dari segi perbezaan spesies, Sungai Damansara
mempunyai lima spesies yang tidak terdapat di Sungai Besar iaitu Cyperus aromaticus, Cyperus polystachyos, Eleocharis
dulcis, Eragrotis unioloides dan Paspalum conjugatum. Sungai
Besar mempunyai 35 spesies yang tidak terdapat di Sungai Damansara. Famili utama tumbuhan akuatik di Sungai Damansara dan Sungai Besar
ialah famili Cyperaceae dan Poaceae. Perbandingan
spesies yang dijalankan menunjukkan bahawa kawasan sawah padi mempunyai
kepelbagaian tumbuhan akuatik yang lebih tinggi daripada kawasan sungai.
KESIMPULAN
Dalam kajian ini, sebanyak 17 spesies dengan 14 genus
daripada enam famili tumbuhan akuatik telah dapat dikenalpasti dan direkodkan. Famili Cyperaceae
telah mencatatkan bilangan spesies tumbuhan akuatik yang terbanyak iaitu 8
spesies dengan Cyperus sebagai genus
utama dalam famili ini. Kemudian diikuti oleh famili
Poaceae sebanyak enam spesies, famili Compositae, Alismataceae, Butomaceae dan
Commelinaceae masing-masing sebanyak satu spesies sahaja.
Daripada persampelan kuadrat, spesies tumbuhan akuatik
yang dominan di Sungai Damansara ialah Rhynchospora
corymbosa dan diikuti oleh Commelina
nudiflora, Cyperus difformis, Paspalum conjugatum dan Echinochloa crus-galli. Kumpulan tumbuhan
akuatik muncul mencatatkan bilangan spesies yang paling tinggi di Sungai
Damansara.
Perbandingan spesies yang dibuat antara Sungai
Damansara dan Kawasan Sawah Padi, Sungai Besar mendapati bahawa persamaan
spesies yang hadir di kedua-dua kawasan ini adalah rendah iaitu sebanyak 21%
sahaja. Jumlah spesies yang hadir di kedua-dua kawasan ini ialah sebanyak
52 spesies.
RUJUKAN
Ahmad Anwar Ismail & Azmi Man.
1986. Rumpai sawah padi.
Kuala Lumpur: Bahagian Penyelidikan Komuniti Padi, Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian.
Ahmad Ismail & Ahmad Badri Mohamad. 1994. Ekologi air tawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arber, A. 1920. Water plants: a
study of aquatic angiosperms. Cambridge: Cambridge University.
Archibold,
O.W. 1995. Ecology of
world vegetation. London: Chapman & Hall.
Cook, D.K.C., Bernardo, J.G., Rix, E.M., Schneller, J.
& Seitz, M. 1974. Water plants of the world : a manual for the
identification of the genera of freshwater macrophytes. England: Dr. W.
Junk b.v.
Gopal, B. 1990. Ecology and
management of aquatic vegetation in India. Dodrecht: Kluwer Academic.
Ismail
Sahid. 1989. Sains rumpai. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Itoh,
K. 1991. Life cycles of rice fields weeds
and their management in Malaysia. Kuala Lumpur: Tropical Agricultural
Research Center.
Mashhor
Mohamad. 1987. The major aquatic weeds of
peninsular Malaysia. Selangor: Malaysian Agricultural Research and
Development Institute.
Mashhor
Mohamad. 1994. Biologi rumpai. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Mitchell, D.S. 1974. Water weeds aquatic vegetation & Its use
and control. Paris: United Nations Educational, Scientific & Cultural
Organization.
National Academy Of Sciences.
1976. Making aquatic weeds useful : Some perspectives for developing countries.
Washington: National Academy Of Sciences.
Noda, K., Teerawatsakul, M.,
Prakongvongs, C. & Chaiwirtnukul, L. 1984. Major weeds in Thailand.
Thailand: National Weeds Science Research Institute Project.
Pancho, J.V. & Mohamad Soerjani. 1978. Aquatic weeds of Southeast Asia : a systematic
account of common Southeast Asian aquatic weeds. Philippines: National
Publishing Cooperative Incorporated.
Riemer, D.N. 1984. Introduction to freshwater vegetation.
New York: Van Nostrand Reinhold.
Sculthorpe, C.D. 1985. The biology of aquatic vascular plants.
London: Edward Arnold.
Seagrave, C. 1988. Aquatic
weeds control. England: Fishing News Book Ltd.
Siti Zubaidah Masud. 2001. Kajian makrofit akuatik di
kawasan sawah padi Sungai Besar, Selangor. Latihan ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
T. Riis et al. 1999. Plant communities in lowland
Danish streams : species composition and environmental
factor. Aquatic botany 66: 255-272.
Samy, J., Wong, A., Anwar Ismail
& Mansor Jaafar.
1980. A handbook on paddy-field weeds.
Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.
GLOSARI
|
Akuatik |
Hidup
atau wujud di air. |
|
Angiosperma |
Tumbuhan
berbunga. |
|
Akuminat |
Meruncing
atau menirus di hujung. |
|
Biseksual |
Kehadiran
kedua-dua stamen dan karpel pada bunga. |
|
Eliptik |
Berbentuk
bujur. |
|
Infloresen |
Bahagian
pembungaan pada tumbuhan. |
|
Kariopsis |
Buah
yang mempunyai satu biji benih. |
|
Kordat |
Berbentuk
hati. |
|
Lanseolat |
Sempit
dan menirus di kedua-dua bahagian. |
|
Linear |
Panjang dan sempit dengan sisi
selari. |
|
Oblong |
Dua
hingga tiga kali panjang daripada lebar. |
|
Obovat |
Ovat songsang dengan hujung lebar
di atas dan hujung sempit di pangkal |
|
Obtus |
Mempunyai hujung yang membulat. |
|
Ovat |
Berbentuk bujur seperti telur. |
|
Rasem |
Organ (
Contohnya daun ) yang bertangkai dan melekat pada paksi. |
|
Rizom |
Batang tumbuhan yang merayap
secara vegetatif. |
|
Rusiga |
Rumput yang mempunyai batang
bersegi tiga. |
|
Spika |
Jambak bunga yang mudah,
mengandungi bunga-bunga sesil sepanjang paksinya. |
|
Spikelet |
Unit bagi infloresen pada
tumbuhan. |
|
Stolon |
Cabang halus atau pokok yang
tumbuh keluar dari pangkal tumbuhan induk dan berupaya menghasilkan pucuk
lain. |
|
Umbel |
Sekumpulan bunga pada tangkai
keluar daripada satu tempat. |
|
Tuber |
Bahagian batang yang membengkak
dan berfungsi sebagai tempat penyimpanan dan penghasilan makanan. Contohnya ubi
kentang. |
|
Vegetatif |
Pembiakan tumbuhan melalui
bahagian lain tumbuhan selain daripada biji benih
dan spora. |