Makrofit  Sawah Sempadan, Tanjung Karang

HASIL DAN PERBINCANGAN

4.1 Hasil.

Kawasan sawah padi menyediakan suatu habitat yang sesuai untuk pertumbuhan makrofit akuatik. Kawasan tersebut sentiasa berair dan lembap sepanjang  tahun yang membolehkan tumbuhan ini boleh membiak dan hidup dengan subur.  Tumbuhan akuatik ini ditemui di dalam petak sawah, atas batas, di tepi parit, dalam parit dan di dalam tali air.

Kajian tumbuhan akuatik di sawah padi  yang dijalankan di Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor telah dapat menyenaraikan sebanyak 43 spesies dengan 36 genus daripada 28 famili tumbuhan akuatik.  Tumbuhan akuatik yang telah dikenalpasti telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu makrofit akuatik muncul, terapung, daun terapung dan tenggelam.

Jadual 4.1 menunjukkan senarai spesies dan famili mengikut kumpulan muncul, terapung, daun terapung dan tenggelam.  Terdapat 24 spesies untuk kumpulan tumbuhan akuatik muncul, 12 spesies untuk kumpulan daun terapung, 6 spesies untuk kumpulan daun terapung dan 2 spesies untuk kumpulan tenggelam.  Ini menunjukkan bahawa spesies-spesies dalam kumpulan tumbuhan muncul adalah paling banyak berbanding kumpulan-kumpulan lain.  Peratus bagi tumbuhan muncul ialah 55.8% terapung 27.9%, daun terapung 14% dan tenggelam sebanyak 4.7%.

Daripada senarai tersebut, Cyperaceae merupakan famili yang utama kerana mempunyai peratus spesies yang tertinggi iaitu sebanyak 18.6%, diikuti oleh Poaceae sebanyak 14%, Pontederiaceae 7%, Onagraceae 4.7% dan 2.3% untuk setiap famili yang lain.

Terdapat 8 spesies yang mewakili famili Cyperaceae dan Cyperus merupakan genus yang utama dalam famili tersebut.  Echinochloa pula adalah genus utama dalam famili Poaceae yang terdiri daripada 6 spesies.  Terdapat 3 spesies dalam famili Pontederiaceae, 2 spesies daripada famili Onagraceae dan satu spesies bagi setiap famili lain yang dapat dikenalpasti dan disenaraikan di Sawah Sempadan.

Jadual 4.1

Senarai Spesies Tumbuhan Akuatik Mengikut Kumpulan

Bil.

Kumpulan

Famili

Nama spesies

1

Muncul

Amaranthaceae

Alternanthera sessilis

2

Capparidaceae

Cleome rutidosperma

3

Compositae

Eclipta alba

4

Cyperaceae

Cyperus babakensis

5

Cyperus digitatus

6

Cyperus halpan

7

Cyperus iria

8

Cyperus javanicus

9

Fimbristylis miliacea

10

Rhynchospora corymbosa

11

Scirpus grossus

12

Fimbristylis miliacea

13

Dennstaedtiaceae

Acrostichum aureum

14

Euphorbiaceae

Phyllanthus niruri

15

Marantaceae

Donax arundastrum

16

Onagraceae

Ludwigia hyssopifolia

17

Poaceae

Brachiaria mutica

18

Echinochloa colona

19

Echinochloa crusgalli

20

Ischaemum rugosum

21

Oryza minuta

22

Pontederiaceae

Monochoria hastata

23

Sterculiaceae

Melochia corhorifolia

24

Typhaceae

Typha angustifolia

25

Terapung

Araceae

Pistia stratiotes

26

Azolla

Azolla pinnata

27

Commelinaceae

Commelina nudiflora

28

Convolvulaceae

Ipomoea aquatica

29

Lemnaceae

Lemna minor

30

Lentibulariaceae

Utricularia aurea

31

Mimosaceae

Neptunia natans

32

Onagraceae

Ludwigia adscendens

33

Poaceae

Hymenachne acutigluma

34

Polygonaceae

Polygonum pulchrum

35

Pontederiaceae

Eichhornia crassipes

36

Salviniaceae

Salvinia molesta

37

Daun terapung

Alismataceae

Sagittaria guayanensis

38

Butomaceae

Limnocharis flava

39

Marsileaceae

Marsilea crenata

40

Nelumbonaceae

Nelumbo nucifera

41

Nymphaeaceae

Nymphaea lotus

42

Pontederiaceae

Monochoria vaginalis

43

Tenggelam

Ceratophyllaceae

Ceratophyllum demersum

44

Parkeriaceae

Ceratopteris thalictroides

4.2 Penerangan Spesies

Famili:  Alismataceae

Sagittaria guayanensis H.B.K

Rajah 4.1

Akar tumbuhan ini terbenam di dalam tanah manakala daun terapung di permukaan air dengan petiol yang panjang.  Daun berbentuk ovat-kordat, panjang 3 hingga 12 cm dengan kelebaran 2.5 hingga 11 cm.  Bunga dengan pedisel yang pendek, bunga tegak dan biseksual.  Petal berwarna putih berukuran 12 hingga 18 mm.  Buahnya matang di dalam air dengan biji benih berwarna perang sebesar 1.5 mm.

Habitat:  Di dalam sawah dan tali air.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Amaranthaceae

Alternanthera sessilis (L.)

Rajah 4.2

Tumbuhan herba yang mempunyai banyak cabang yang boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm.  Daun tidak mempunyai rambut yang jelas tetapi tidak licin, berbentuk bujur, luas di tengah tetapi menirus di hujung, linear-lanseolat, 1 hingga 12 cm panjang dengan 0.25 hingga 3 cm lebar.  Infloresennya berbunga sempurna dengan bahagian luar bunga berkembang, berwarna putih dan mempunyai dua atau tiga stamen.

Habitat:  Di atas batas sawah, di tepi parit dan tali air.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Araceae

Pistia stratiotes L.

Nama biasa:  Kiambang

Rajah 4.3

Merupakan rumpai berdaun lebar yang terapung di permukaan air, tidak berbatang dan mempunyai akar berserabut.  Daun berwarna hijau, berbentuk seperti baji, sukulen dan  sepanjang 10 cm dengan kelebaran 5 cm.  Permukaan atas dan bawah daun berbulu halus dan tersusun dalam bentuk roset di atas paksi batang yang pendek.  Buah berwarna   hijau dengan empat  hingga dua belas biji benih berwarna perang.

Habitat:  Dalam sawah, tali air dan parit.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Azollaceae

Azolla pinnata R. Br.

Rajah 4.4

Sangat kecil dengan panjang 2 cm dan lebar 1 cm.  Daun berwarna perang kehijauan pada waktu muda dan bertukar ke merah atau coklat gelap apabila tua.  Daun-daun bercabang dengan daun kecil bertindan dan membentuk satu kumpulan dengan berbagai-bagai skala. 

Akar berjuntaian di dalam air sepanjang 5 cm.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978), Holttum (1970).

Famili:  Butomaceae

Limnocharis flava (L.) Buch.

Nama biasa:  Paku rawan

Rajah 4.5

Merupakan tumbuhan monokotiledon yang tergolong dalam kumpulan tumbuhan daun terapung.  Daunnya berumpun, setinggi 50 cm daripada air, lembut dan berisi.  Berbentuk bujur lebar, dengan panjang 18 cm dan petiol tebal dengan panjang 30 hingga 50 cm.   Bunga berwarna kuning, umbel pada pedunsel yang tegap sepanjang 20 hingga 90 cm.  Biji benih sangat kecil, berwarna perang dengan urat melintang nipis.  Penyebaran  secara  stolon dan biji benih.

Habitat:  Di tepi parit dan  di tepi tali air.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Cappridaceae

Cleome rutidosperma DC.

Nama biasa:  Maman

Rajah 4.6

Merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak dahan dengan ketinggian 15 hingga 100 cm.  Batangnya mempunyai bucu yang tajam dan sedikit berbulu.  Daun berbentuk oblong-lanseolat dan mempunyai tiga anak daun.  Bunga tunggal dan berwarna ungu, mempunyai empat sepal. 

Habitat:  Di tepi parit dan di atas batas.

Rujukan:  Soerjani et al. (1987).

Famili:  Ceratophyllaceae

Ceratophyllum demersum L.

Nama biasa:  Lumut

Rajah 4.7

Batang yang panjang, bercabang, tenggelam dengan daun yang padat.  Lumut ini tidak mempunyai akar tetapi kadang kala mempunyai dahan yang istimewa terbenam dalam lumpur.  Daun berpusar dengan panjang 1.5 hingga 2.5 cm, berwarna hijau gelap dan daun berkembang apabila tenggelam dalam air.  Infloresen  halus, terbit daripada buku daun, tunggal, sesil dan uniseksual.  Buah  melekat tanpa tangkai di buku daun, berbentuk skru, berwarna hitam apabila matang dengan panjang 4 hingga 5 mm.  Penyebaran  secara  tampang dan biji benih.

Habitat:  Sawah padi, tali air dan parit.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986), Aston (1973).

Famili:  Commelinaceae

Comellina nudiflora L.

Nama biasa:  Rumput aur

Rajah 4.8

Mempunyai batang yang berakar pada batang dan merayap.  Terapung jika hidup di air.  Daun  berselang seli antara satu sama lain, tunggal dengan panjang 6 hingga 10 cm, lebar dan menirus ke pangkal.  Bunga berwarna biru. Biji benih berwarna  hitam.

Habitat:  Tali air dan sawah.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986).

Famili:  Compositae

Eclipta alba (L.) Hassk

Nama biasa:  Urang-aring

Rajah 4.9

Merupakan tumbuhan dalam kumpulan tumbuhan muncul, mempunyai batang yang tegak dengan ketinggian 15 hingga 100 cm dan berakar tunjang.  Daun bertentangan dengan panjang 2 hingga 10 cm dan lebar 1 hingga 2 cm.  Bunga berwarna putih dan tunggal, berdiameter 0.4 hingga 1.0 cm.  Bunga keluar dari tangkai yang panjang.  Penyebaran adalah dengan  biji benih.

Habitat: Di tepi parit dan tali air. 

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986 ).

Famili:  Convolvulaceae

Ipomoea aquatica Forsk.

Nama biasa:  Kangkung

Rajah 4.10

Tumbuhan ini boleh memanjang sehingga 3 meter dengan ketebalan 1 cm, batang berongga dan berakar pada ruas.  Daun berselang-seli, pelbagai bentuk dan saiz; ovat, ovat-oblong, segitiga atau linear. Petiol 3 hingga 20 cm panjang.  Bunga keluar dari tempat daun bercantum dengan batang, berwarna putih dengan 5 sepal, korola sepanjang 7.5 hingga 9 cm.  Biji berwarna hitam dan penyebaran secara  biji benih dan vegetatif.

Habitat:  Sawah, tepi parit, terapung dalam parit dan tali air.

Rujukan:  Cook et al. (1974), Aston (1973), Pancho & Soerjani (1978 ).

Kekunci menuju genus

1.

Daun tumbuh di pangkal………………………………………………………

2

1. 

Daun tidak tumbuh di pangkal…………………………………………….

Cyperus

2. 

Batang tegak……………………………………………………………………….

3

2. 

Batang tidak tegak………………………………………………………………

Scirpus

3. 

Ketinggian mencapai 2 m…………………………………………………….

Rhynchospora

3. 

Ketinggian mencapai 1 m…………………………………………………….

Fimbristylis

Kekunci menuju spesies

1.

Spikelet padat………………………………………………………………………

2

1.

Spikelet kurang padat………………………………………………………….

3

2.

Daun pendek……………………………………………………… ………………

C. digitatus

2.

Daun lebih panjang………………………………………………………………

C. Iria

3.

Glum berwarna merah………………………………………………………..

C. babakensis

3.

Glum tidak berwarna merah……………………………………………….

4

4.

Daun sama panjang dengan batang…………………………………..

C. haspan

4.

Daun tidak sama panjang dengan batang………………………….

5

5.

Spikelet menyerak………………………………………………………………

C. javanicus

Famili:  Cyperaceae

Cyperus babakensis Steud.

Rajah 4.11

Ketinggian boleh mencapai 30 cm, tegak dan kuat.  Spikelet berwarna merah, padat dan panjang.  Glum berbentuk perahu.  Panjang bijinya adalah setengah daripada panjang glum.

Habitat:  Batas sawah, tepi tali air dan sawah.

Rujukan:  Ridley (1967).

Famili:  Cyperaceae

Cyperus digitatus Roxb.

Rajah 4.12

Rusiga tahunan, batang tegap dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 1 meter.  Daunnya  sama panjang atau lebih pendek daripada batang berbunga.  Infloresen  besar dengan beberapa cabang pusar sepanjang 10 hingga 15 cm, berwarna perang, Spikelet sangat lampai, glum bertindih rapat dengan berwarna hijau keperangan.  Buah berbentuk  segitiga, berwarna pucat dan penyebaran adalah dengan biji benih.

Habitat:  Sawah, tepi parit dan tali air.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986 ).

Famili:  Cyperaceae

Cyperus halpan Linn.

Nama biasa:  Rumput sumbu

Rajah 4.13

Ketinggian 10 hingga 40 cm dengan sedikit berumbi.  Daun sama panjang dengan batang.  Mempunyai kelebaran 3 hingga 5 mm.  Infloresen  terdiri daripada  kelopak bunga dengan batang berukuran sama, spikelet sedikit hingga banyak berwarna coklat sepanjang 3 hingga 10 mm.  Penyebaran adalah dengan  stok akar menjalar dan biji benih.

Habitat:  Di tepi parit , tali air dan sawah padi.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986 ) , Pancho & Soerjani (1978), Hutchinson (1967).

Famili:  Cyperaceae

Cyperus iria L.

Nama biasa:  Rumput menderong

Rajah 4.14

Rusiga tahunan dengan ketinggian 10 hingga 70 cm.  Daun panjang  dengan kelebaran 2 hingga 5 mm.  Infloresen terdiri daripada kelopak bunga dan batang yang berukuran sama, berdiameter 3 hingga 30 cm, memanjang, longgar dan bunga berwarna kuning ke hijau.

Habitat:  Sawah, tepi parit, atas batas sawah dan di tepi terusan.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978 ), Ahmad Anwar & Azmi (1986).

Famili:  Cyperaceae

Cyperus javanicus Houtt.

Rajah 4.15

Rumput saka yang tegak, kasar dengan ketinggian 50 hingga 80 cm, berwarna hijau pucat.  Daun  kasar, keras, hampir sama panjang dengan batang.  Infloresen umbel berdiameter 6 hingga 15 cm dengan spika yang padat, 1.5 hingga 3 cm panjang dan spikelet menyerak.  Buah berwarna  perang gelap sepanjang 1 hingga 1.2 cm.

Fimbristylis miliacea Vahl.

Nama biasa:  Rumput tahi kerbau

Rajah 4.16

Rumpai tahunan yang tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter.  Daun  sepanjang 40 cm dan lebar 1.5 hingga 2.5 mm.  Infloresen longgar, umbel kompaun dengan Spikelet yang banyak dan berwarna perang kemerahan.  Buah dalam bentuk  biji benih.

Habitat:  Atas batas dan sawah, tepi tali air.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986), Cook et al. (1974).

Famili:  Cyperaceae

Rhynchospora corymbosa (L).

Nama biasa:  Rumput sendayan

Rajah 4.17

Merupakan rumpai tahunan yang bersifat tumbuhan muncul.  Daun mempunyai kelebaran 8 hingga 20 mm dan panjang 10 hingga 30 cm.  Infloresen dengan spikelet banyak, melebat di tengah dan menirus di hujung dengan warna coklat.  Biji benih berbentuk  obovat atau oblong-obovat, biasanya menirus di hujung dan berwarna coklat.

Habitat:  Sawah, tepi tali air dan tepi parit.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Cyperaceae

Scirpus grossus L.

Nama biasa:  Rumput menerong

Rajah 4.18

Tergolong dalam jenis rusiga, tegak dan kasar.  Mempunyai batang yang bersegi tiga dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter.  Daun pipih, lebar dan menirus ke hujung.  Infloresen menyebar dengan 10 hingga 18 cm panjang, Spikelet banyak dengan warna perang  sepanjang 5 hingga 8 mm, biseksual dan bahagian luar bunga mempunyai 1 hingga 6 bulu yang pendek dan keras.  Buah  sepanjang 1 hingga 2 mm, lebar 1 mm dan berbentuk obovat.  Penyebaran adalah secara ubi, stolon dan biji benih.

Habitat:  Sawah, atas batas dan di tepi tali air.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986), Pancho & Soerjani (1978), Cook et al. (1974).

Famili:  Denstaeatiaceae

Acrostichum aureum L.

Nama biasa:  Piai raya

Rajah 4.19

Paku pakis yang tumbuh di gigi air yang mempunyai rizom tebal lebih dari pada 6 cm.  Daun  berwarna kehitaman di bahagian tengah, berwarna coklat di bahagian tepi dan hijau apabila daun matang.

Habitat:  Di tepi kawasan yang berair.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Euphorbiaceae

Phyllantus niruri L.

Nama biasa:  Dukung anak

Rajah 4.20

Merupakan tumbuhan muncul dengan ketinggian sehingga 60 cm serta mempunyai batang yang banyak ranting yang tersusun rapat.  Daun banyak pada ranting sisi berbentuk pinat, silang dan oblong ke eliptik.  Infloresen terdiri daripada bunga kecil berwarna hijau dan putih terbit daripada buku daun.  Buah bulat, licin, berwarna perang dan mempunyai  3 sel.  Setiap satu sel terdiri daripada 2 biji benih.

Habitat:  Atas batas sawah, tepi tali air dan tepi parit.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986).

Famili:  Lemnaceae

Lemna minor L.

Nama biasa:  Kiambang halus.

Rajah 4.21

Tumbuhan herba yang kecil, terapung, berwarna hijau dan bahagian tumbuhan tidak dapat dibezakan kepada daun dan batang.  Tumbuh secara aseksual, bunga uniseks. Infloresen ditutupi oleh membran spathe, bunga adakala tumbuh secara berpasangan tetapi kebanyakannya secara tunggal.  Terdiri daripada satu pistil bunga.

Habitat:  Sawah, tali air dan parit.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986).

Famili:   Lentibulariaceae

Utricularia aurea Lour.

Nama biasa:  Lumut ekor kucing

Rajah 4.22

Merupakan tumbuhan tenggelam.  Daun tenggelam, berpecah kepada banyak segmen halus dengan pundi-pundi kecil yang banyak bilangannya. Pundi-pundi tersebut tersebar di seluruh rumpun, berperanan untuk membekalkan makanan dan menangkap serangga kecil.  Bunga muncul yang tegak di permukaan air setinggi 10 hingga 25 cm berwarna kuning. Penyebaran adalah melalui  biji benih.

Habitat:  Parit, sawah dan tali air.

Rujukan:  Holttum (1970), Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Marantaceae

Donax arundastrum Lour.

Nama biasa:  Bemban

Rajah 4.23                                   

Batang yang panjang seakan-akan pokok buluh.  Daun berbentuk ovat atau oblong.  Bunga biseksual dan zigomorfik.  Ketinggian tumbuhan ini boleh mencapai tiga meter.  Buahnya berbulu dan berwarna hijau kekuningan.

Habitat:  Tepi tali air.

Rujukan:  Cook et al. (1974), Henderson (1954).

Famili:  Marsileaceae

Marsilea crenata Presl

Nama biasa:  Tapak itik

Rajah 4.24

Paku pakis yang mempunyai daun menyerupai tapak itik.  Daun terapung di atas permukaan air, 4 anak daun bertentangan,  berbentuk tiga segi, bercabang bebas dengan panjang 12 hingga 18 mm.

Habitat:  Sawah padi.

Rujukan:  Holttum (1970).

Famili:  Mimosaceae

Neptunia natans (L.f.) Druce, Rep.

Nama biasa:  Kangkung puteri

Rajah 4.25

Tumbuhan terapung di air.  Mempunyai pertalian yang rapat dengan Mimosa pudica, daun menguncup jika disentuh.  Panjang batang boleh mencapai sehingga 1.5 meter, terapung kerana diselaputi dengan tisu arenkima bersifat seperti span berwarna putih dan mengandungi ruang udara. Daunnya terdiri daripada 2 hingga 3 pasang pinna dengan 2.5 hingga 4.8 panjang.  Mempunyai  1 hingga 6 pasang anak daun.

Infloresen terdiri daripada bunga berwarna kuning, tanpa petiol, setiap satunya terdiri daripada satu braktea dengan panjang 2 hingga 3 mm.

Habitat:  Terapung di dalam parit,.

Rujukan:  Holttum (1970).

Famili:  Nelumbonaceae

Nelumbo nucifera Gaertn.

Nama biasa:  Teratai

Rajah 4.26

Akar mencengkam tanah dan hidup dalam air.  Daun bulat dengan petiol lebih daripada 1 meter panjang, lebar daun adalah 20 hingga 60 cm.  Infloresen; berwarna merah jambu dengan stamen yang banyak. Berdiameter 15 hingga 25 cm, sepal membesar ke arah pusat bunga dan bersudut cakah. Buah berbentuk seperti kon dengan tangkai yang panjang melebihi panjang tangkai daun. Sedikit berkayu dan sedikit berlubang untuk memudahkan biji benih keluar.  Penyebaran dengan  biji benih.

Habitat:  Sawah dan parit.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978), Jones (1993).

Famili:  Nymphaeaceae

Nymphaea lotus L. var pubescens Hook

Nama biasa:  Telipok

Rajah 4.27

Merupakan rumpai saka air tawar, batang berada di dalam tanah sebagai stok akar dengan ketebalan beberapa cm, kukuh dengan mata tunas berumbi yang kecil dan boleh terpisah membentuk pokok yang baru.  Daun berbentuk bulat, peltat, kordat jelas, bergerigi pada tepi daun, berdiameter 30 hingga 50 cm dan terapung di atas permukaan air.  Bunga yang  mempunyai kelebaran dari 5 hingga 12 cm, berwarna putih dan sepal membulat.  Mempunyai lebih 20 atau lebih sepal pada satu kuntum bunga.  Kembang pada waktu malam dan pagi, menguncup pada waktu petang.  Buahnya  berspan dan matang dalam air.  Penyebaran adalah dengan biji benih dan anak tunas daripada stok akar.

Habitat:  Tali air, sawah, parit.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986), Pancho & Soerjani (1978).

Kekunci menuju spesies

1.

Tumbuhan terapung………………………………………………………………

Ludwigia adscendens

1.

Tumbuhan bukan terapung……………………………………………………

Ludwigia hyssopifolia

Famili:  Onagraceae

Ludwigia adscendens  (L.) Hara

Nama biasa:  Tinggir bangau, inai pasir.

Rajah 4.28

Tumbuhan herba tumbuh di kawasan lembap dan berair, batang terapung, bulat dan berakar pada buku batang.  Akar terapung di dalam air.  Mempunyai pneumatofor berspan putih pada akar dan buku batang terapung.  Daun berselang seli antara satu sama lain, oblong-eliptik dengan petiol yang jelas.  Bunga berwarna putih krim  ke kuningan di bahagian bawah dan muncul secara tunggal.

Habitat:  Tali air dan di tepi air parit.

Rujukan: Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Onagraceae

Ludwigia hyssopifolia (G. Don) Excell

Nama biasa:  Maman pasir

Rajah 4.29

Rumpai tahunan dengan ketinggian 20 hingga 60 cm.  Mempunyai batang berwarna hijau keunguan dan bersegi tiga atau empat.  Daun meruncing ke hujung seperti lembing, 1 hingga 9 cm panjang dan 0.2 hingga 3 cm lebar.  Bunga  tunggal, terbit dari tempat daun bercantum dengan batang, empat petal, berwarna kuning ke kuning oren.  Buah berbentuk  kapsul  sepanjang 1.5 hingga 3 cm dan membesar di bahagian atas.  Biji benih  berwarna perang muda dan berbentuk bujur.

Habitat:  Atas batas sawah, di tepi parit dan tali air.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1985).

Famili:  Parkeriaceae

Ceratopteris thalictroides (L.) Brongn.

Nama biasa:  Pakis rawah.

Rajah 4.30

Merupakan tumbuhan yang terdiri daripada pelepah yang subur dan tidak subur.  Bagi pelepah yang subur, boleh mencapai ketinggian  dari 30 hingga 60 cm manakala bagi pelepah yang kurang subur, pelepah lebih kecil.  Tumbuhan ini boleh di makan sebagai sayur.  Daun berkembang, panjang dengan bahagian hujung yang tajam.  Penyebaran adalah dengan   spora.

Habitat:  Tepi parit dan tali air.

Rujukan: Pancho & Soerjani (1978), Aston (1973).

Kekunci menuju spesies

1.

Tumbuhan muncul…………………………………………………………………

2

1.

Bukan tumbuhan muncul………………………………………………………

Hymenachne acutigluma

2.

Merayap………………………………………………………………………………..

rachiaria mutica 

2.

Tidak merayap……………………………………………………………………..

3

3.

Berumpun……………………………………………………………………………..

Echinochloa colona

3.

Tidak berumpun……………………………………………………………………

4

4.

Daun berwarna hijau…………………………………………….………………

5

4.

Daun tidak berwarna hijau……………………………………………………

Ischaemum rugosum

5.

Spikelet menyerupai padi…………………………………………………….

Oryza minuta

5.

Spikelet tidak menyerupai padi……………………………………………

Echinochloa crusgalli

Famili:  Poaceae

Brachiaria mutica (Forsk.) Stapf

Nama biasa:  Rumput para.

Rajah 4.31

Rumpai tahunan yang merayap dan berumpun, upih daun dan ruas berbulu putih.

Daun mempunyai panjang 6 hingga 30 cm, lebar 0.5 hingga 1.5 cm, runcing ke hujung, kasar dengan kehadiran bulu halus di permukaan atas dan bawah daun.  Infloresen; berwarna keunguan dengan panjang 10 hingga 20 cm, berselang seli dengan banyak spikelet.  Spika sederhana besar berwarna kehijauan.  Penyebaran adalah dengan  biji benih.

Habitat:  Tepi parit dan tali air, sawah dan atas batas.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi  (1986), Mohd Azly (1988).

Famili:  Poaceae

Echinochloa colona (Linn) Link.

Nama biasa:  Padi burung

Rajah 4.32

Rumpat saka yang berumpun, batang condong dan tegak, licin dengan ruas yang mempunyai sedikit bulu-bulu halus.  Pangkal berwarna merah keunguan.  Boleh tinggi sehingga 60 cm.  Daun  licin atau berbulu pada buku, runcing ke hujung dengan panjang 10 hingga 25 cm dan lebar 3 hingga 10 mm.  Infloresen terdiri daripada jambak bunga mengandungi spikelet yang melekat berselang seli pada satu paksi yang berwarna kehijauan.  Mengandungi 4 hingga 10 spika.  Anak spika besar sebelah dengan bulu halus di tepi dan bertangkai pendek.

Habitat:  Sawah, atas batas sawah, tepi tali air.

Rujukan:  Mohd Azly (1988), Ahmad Anwar & Azmi (1986).

Famili:  Poaceae

Echinocloa crusgalli (Linn) P Beauv

Nama biasa:  Rumput sambau.

Rajah 4.33

Merupakan rumpai tahunan yang tegak, kuat, berakar dan bercabang dekat pangkal.  Boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 m dan ruas tidak berbulu.  Daun licin, bahagian pangkal lebar dan runcing di hujung.  Panjang 5 hingga 50 cm, lebar 0.5 hingga 1.5 cm.  Infloresen terdiri daripada bunga di hujung, banyak dan rapat, berselang seli dengan warna hijau ke ungu, anak spika padat dan rapat berwarna hijau, berbentuk telur.  Lemma mempunyai ekor dan ada juga yang tiada ekor.  Biji benih adalah  kariopsis, ovat dan obtus.  Penyebaran adalah dengan biji benih.

Hymenachne acutigluma (Steud.) Gilliland

Nama tempatan:  Rumput colok

Rajah 4.34

Rumput saka yang hidup di terapung di air yang dalam.  Daun adalah linear dan  boleh memanjang sehingga 100 cm.  Infloresen sepanjang 10 hingga 40 cm, spikelet lanseolat dan berwarna hijau.

Habitat:  Parit

Rujukan:  Soerjani et al. (1987)

Famili:  Poaceae

Ischaemum rugosum Salisb.

Nama biasa:  Rumput colok cina

Rajah 4.35

Rumput yang bercabang banyak dipangkal dengan panjang batang 50 hingga 75 cm dan lebar 1.5 hingga 2.0 cm.  Rumput ini mempunyai akar serabut.  Daun sepanjang 30 cm berwarna seakan-akan merah bercampur ungu, berbulu dan tepi daun kasar.  Infloresen terdiri daripada  dua rasem di hujung dan berpecah apabila infloresen panjang.  Buah adalah  kariopsis, kuning pucat, berkerut dan berekor halus.  Penyebaran adalah dengan  biji benih.

Habitat:  Sawah, atas batas, tepi parit.

Rujukan:  Ahmad Anwar & Azmi (1986).

Famili:  Poaceae

Oryza minuta J.S. Presl

Nama biasa:  Rumput padi burung

Rajah 4.36

Rumpun rumput sederhana tegak, daun kasar dan bergerigi di tepi, batang licin dan ligul jelas kelihatan.  Infloresen berukuran dalam 30 cm, melendut, spikelet rapat di bahagian atas dan berwarna gelap apabila masak.  Spikelet menyerupai padi, kasar dan berbulu.  Biji nya berwarna putih.

Habitat:  Sawah padi.

Rujukan:  Ahmad Azly (1988), Henderson (1954).

Famili:  Polygonaceae

Polygonum pulchrum Bl.

Rajah 4.37

Tegak, batang yang kuat berdiameter 1 cm, diselaputi dengan bulu-bulu halus.  Daun lanseolat, akuminat dengan panjang 12 hingga 20 cm, berbulu tebal, daun berselang antara satu sama lain.  Infloresen terdiri daripada  bunga berwarna putih dengan satu atau beberapa rasem, biseksual atau uniseksual, stamen 5 hingga 8 dan 3 karpel.  Buah berbentuk  bulat, dwicembung dengan  3 bucu.  Penyebaran dengan biji benih dan fragmen batang.

Habitat:  Tepi parit.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978), Ahmad Anwar & Azmi (1988), Cook et al. (1974).

Kekunci menuju spesies

1.

Tumbuhan terapung……………………………………………………………

Eichhornis crassipes

1.

Bukan tumbuhan terapung…………………………………………………

2

2.

Daun kordat…………………………………………….…………………………

Monochoria vaginalis

2.

Daun hastat………………………………………………….…………………….

Monochoria hastata

Famili:  Pontederiaceae

Eichhornia crassipes (Mart.) Solms

Nama biasa:  Keladi bunting

Rajah: 4.38

Hidup terapung di permukaan air, selalu berbunga dan memenuhi permukaan air dengan populasinya.  Panjang batang antara 12 hingga 15 cm, mempunyai petiol yang berudara dan berspan untuk mengapungkan diri di permukaan air.  Tangkai daun membengkak, daun berbentuk rombid, agak lebar dan licin.  Lebar daun antara 6 hingga 8 cm dan panjang daun boleh mencapai 25 cm.  Infloresen dengan spika 5 hingga 10 bunga, setiap satu bergaris pusat 5 cm, sepal dan petal berwarna ungu muda.  Buah  berbentuk kapsul dengan tiga sel, panjang sehingga 1.5 cm.  Penyebaran dengan  stolon dan biji benih.

Habitat:  Parit.

Rujukan:   Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Pontederiaceae

Monochoria hastata Solms-Laub.

Nama biasa:  Monochoria lelembing

Rajah 4.39

Merupakan tumbuhan muncul yang mempunyai akar terbenam di dalam tanah.

Daunsepanjang 10 hingga 15 cm dan 6 hingga 10 cm lebar.  Terdiri daripada petiol yang panjang iaitu boleh mencapai sepanjang 60 cm, daun berbentuk ovat dan akuminat.  Infloresen terdiri daripada  bunga berwarna biru muda ke ungu muda, bunga muncul daripada tangkai daun iaitu di bawah lai daun.

Monochoria vaginalis (Burm.f) C. Presl

Nama biasa:  Keladi agas

Rajah 4.40

Tumbuhan yang mempunyai rizom yang pendek yang terbenam di dalam tanah.  Daun dengan  petiol yang panjang, lembut dan berongga, daun berbentuk ovat atau oblong-ovat, akuminat, berbentuk jantung, bahagian bawah daun berbentuk bulat, panjang 6 hingga 10 cm.   Infloresen antara  3 hingga 6 cm panjang dengan sedikit bunga berwarna  ungu.  Bunga hanya  berukuran 1 cm panjang.

Habitat:  Sawah.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Salviniaceae

Salvinia molesta D.S. Mitchell

Nama biasa:  Kiambang

Rajah 4.41

Tumbuhan terapung di persekitaran akuatik, batang atau tangkai yang pendek dan menjalar. Tiga lingkaran daun dipegang oleh tangkai yang pendek dan berbentuk bujur.   Dua lingkaran daun terapung dan satu lingkaran daun tenggelam.  Daun yang tenggelam mempunyai tangkai yang lebih pendek, eliptik-ovat hingga bulat dan kordat.  Daun mempunyai banyak rerambut.  Penyebaran dengan megaspora atau mikrospora.

Habitat:  Parit, tali air dan sawah.

Rujukan:  Pancho & Soerjani (1978).

Famili:  Sterculiaceae

Melochia corhorifolia L.

Rajah 4.42

Sejenis tumbuhan herba tahunan yang  tegak dan mempunyai banyak dahan.  Boleh mencapai ketinggian daripada 30 sehingga 130 cm.  Batang berwarna hijau keunguan.  Bunga berwarna ungu dan membiak dengan biji benih.

Habitat:  Di tepi sawah

Rujukan:  Soerjani et al. (1987) 

Famili:  Typhaceae

Typha angustifolia L.

Nama biasa:  Banat

Rajah 4.43

Tumbuhan muncul yang tegak, boleh  mencapai ketinggian sehingga 3 meter. Daun  linear, panjang daripada 2 sehingga 4 meter dan lebar 2 hingga 3 cm.  Infloresen terdiri daripada  bunga keluar daripada satu tangkai besar.  Bahagian atas adalah bunga jantan berwarna kuning dan bahagian bawah adalah bunga betina yang terpisah dengan bunga jantan kira-kira 3 hingga 4 cm.  Panjang bunga betina adalah 30 hingga 60 cm dan berdiameter 1 hingga 2 cm.  Bunga betina berwarna kuning ke coklat, lebih gelap daripada bunga jantan.

Habitat:  Kawasan berair.

Rujukan:  Ismail (1977).

4.3 Perbandingan Spesies Kawasan Kajian Dan Sungai Besar.

JADUAL 4.2

Perbandingan Spesies Di Antara Kawasan Sawah Sempadan Dan Sungai Besar

Bil.

Famili

Spesies

Sawah Sempadan

Sungai Besar

1.

Alismataceae

Sagittaria guayanensis*

+

+

2.

Amaranthaceae

Alternanthera sessilis*

+

+

3.

Araceae

Pistia stratiotes*

+

+

4.

Azollaceae

Azolla pinnata*

+

+

5.

Butomaceae

Limnocharis flava*

+

+

6.

Capparidaceae

Cleome rutidosperma*

+

+

7.

Ceratophyllaceae

Ceratophyllum demersum*

+

+

8.

Commelinaceae

Commelina nudiflora*

+

+

9.

Compositae

Eclipta alba*

+

+

10.

Convolvulaceae

Ipomoea aquatica*

+

+

11.

Cyperaceae

Cyperus babakensis*

+

+

Cyperus difformis

-

+

Cyperus digitatus*

+

+

Cyperus halpan*

+

+

Cyperus iria*

+

+

Cyperus javanicus

+

-

Cyperus malaccensis

-

+

Fimbristylis miliacea*

+

+

Fuirena ciliaris

-

+

Rhynchospora* corymbosa

+

+

Scirpus grossus*

+

+

Scirpus lateriflorus

-

+

12.

Dennstaedtiaceae

Acrostichum aureum

+

-

13.

Euphorbiaceae

Phylllantus niruri*

+

+

14.

Lemnaceae

Lemna minor*

+

+

15.

Lentibulariaceae

Utricularia aurea*

+

+

16.

Marantaceae

Donax arundastrum*

+

+

17.

Marsileaceae

Marsilea crenata*

+

+

18.

Mimosaceae

Neptunia natans*

+

+

19.

Nelumbonaceae

Nelumbo nucifera*

+

+

20.

Nymphaeaceae

Nymphaea lotus*

+

+

21.

Onagraceae

Ludwigia adscendens*

+

+

Ludwigia hyssopifolia*

+

+

22.

Papilionaceae

Sesbania javanica

-

+

23.

Parkeriaceae

Ceratopteris* thalictroides

+

+

24.

Poaceae

Brachiaria mutica*

+

+

Echinochloa colona*

+

+

Echinochloa crusgalli*

+

+

Hymenachne acutigluma*

+

+

Ischaemum rugosum*

+

+

Leptochloa chinensis

-

+

Oryza minuta*

+

+

25.

Polygonaceae

Polygonum pulchrum

+

-

26.

Pontederiaceae

Eichhornia crassipes*

+

+

Monochoria elata

-

+

Monochoria hastate

+

-

Monochoria vaginalis*

+

+

27.

Salviniaceae

Salvinia molesta*

+

+

28.

Sterculiacaea

Melochia corhorifolia*

+

+

29.

Typhaceae

Typha angustifolia

+

-

Jumlah 

50

43                       

45

+   Spesies hadir

-    Spesies tidak hadir

*   Spesies hadir di kedua-dua kawasan

Indeks Jaccards = 0.76 x 100%

                         = 76%

Jadual 4.2 menunjukkan perbandingan spesies di antara kawasan Sawah Sempadan dan Sungai Besar.  Jumlah spesies bagi kedua-dua kawasan 50 spesies daripada 29 famili.  Sejumlah 43 spesies telah dapat ditemui di Sawah Sempadan dan 45 spesies di kawasan Sungai Besar.  Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 spesies adalah sama di kedua-dua kawasan.  Bacaan Indeks Jaccards adalah tinggi dan ini menunjukkan bahawa terdapat persamaan spesies yang tinggi di antara kawasan kajian dengan kawasan Sungai Besar.  

Sebanyak 7 spesies tidak dapat ditemui di Sawah Sempadan iaitu Cyperus difformis, Cyperus malaccensis, Scirpus lateriflorus, Sesbania javanica, Leptochloa chinensis dan Monochoria elata.  Terdapat 5 spesies makrofit akuatik yang ditemui di Sawah Sempadan tidak ditemui di Sungai Besar iaitu Cyperus javanicus, Acrosthicum aureum, Polygonum pulchrum, Monochoria hastata dan Typha angustifolia.

Tumbuhan akuatik mempunyai kepelbagaian yang tinggi serta dapat membiak dengan banyak kerana tumbuhan ini mempunyai sifat –sifat seperti mempunyai daya saing yang tinggi, penyebaran biji benih yang unik, biji benih bersifat dorman, boleh menghasilkan biji benih yang banyak dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran (Noor Faezah 1992).

Tumbuhan akuatik mempunyai daya saing yang tinggi untuk mendapatkan makanan atau nutrien berbanding pokok padi.  Oleh itu, tumbuhan tersebut dapat menyerap lebih banyak nutrien.  Penyebaran biji benih disebarkan melalui air dan angin (Ismail 1995).  Penyebaran adalah lebih senang berlaku kerana biji benih makrofit ini kecil dan ringan.  Biji benih yang dihasilkan oleh satu-satu pokok boleh mencapai sehingga beratus-ratus  biji.  Biji benih ini pula boleh bersifat dorman bila keadaan tidak sesuai dan bercambah bila keadaan sekitaran sesuai.

Makrofit akuatik boleh dijumpai dengan senang di sawah padi kerana kadar percambahan tumbuhan ini dipengaruhi cara penanaman padi.  Penanaman padi secara tabur terus seperti yang diamalkan oleh para petani meningkatkan lagi bilangan tumbuhan ini.  Menurut Ho & Md. Zuki (1988), tanaman padi terus telah mengubah kehadiran tumbuhan akuatik daripada kumpulan daun lebar dan rusiga kepada kehadiran tumbuhan akuatik daripada famili Poaceae.

4.4Persekitaran Kimia

Nilai fosfat, nitrat dan pH yang diuji semasa padi berumur 30 hari dan semasa padi berumur 84 hari menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua tempoh tersebut.  Nilai fosfat semasa padi hampir masak lebih rendah berbanding semasa padi mula tumbuh.  Begitu juga dengan nilai nitrat dan pH yang menurun semasa padi mula masak.  Kepekatan dan kadar bekalan nitrat mempunyai hubungan yang rapat dengan penggunaan tanah di sekeliling jasad air. 

Nilai nitrat yang tertinggi ialah 8.33 mg/L dan nilai yang terendah ialah 6.67 mg/L.  Nilai  fosfat yang tertinggi pula adalah 0.52 mg/L dan menurun ke angka 0.18 mg/L semasa padi berumur 84 hari.  Nilai pH pula adalah 7.3 semasa padi baru tumbuh dan 5.0 semasa padi berumur 84 hari.  Nilai-nilai ini adalah sesuai untuk pertumbuhan makrofit akuatik.  Walaupun nilai fosfat dalam air menurun semasa padi hampir masak, tumbuhan akuatik tidak terjejas kerana makrofit ini mengambil bekalan fosforus yang banyak  yang tersimpan di dalam sedimen berbanding dalam air (Riemer 1984).

4.5Persekitaran Kimia

Description: Description: Description: Description: Description: sagittaria guayanensis

Rajah 4.1 Sagittaria guayanensis

Infloresen

Description: Description: Description: Description: Description: alternanthera sessilis  Description: Description: Description: Description: Description: alternantera sessilis1

Rajah 4.2 Alternanthera sessilis

Description: Description: Description: Description: Description: pistia

Rajah 4.3 Pistia stratoites

Description: Description: Description: Description: Description: sp19

Rajah 4.4 Azolla pinnata

Text Box: Infloresen

Description: Description: Description: Description: Description: P1010104  Description: Description: Description: Description: Description: P1010105

Rajah 4.5 Limnocharis flava

Description: Description: Description: Description: Description: ceratophyllum demersum

Rajah 4.6 Ceratophyllum demersum

Description: Description: Description: Description: Description: P1010068  Description: Description: Description: Description: Description: P1010106

Rajah 4.7 Ipomoae aquatica

Description: Description: Description: Description: Description: P1010050 Description: Description: Description: Description: Description: P1010051

Description: Description: Description: Description: Description: P1010079  Description: Description: Description: Description: Description: P1010082

Rajah 4.9 Eclipta alba

Description: Description: Description: Description: Description: sp i

Rajah 4.10 Cyperus babakensis

Description: Description: Description: Description: Description: sp3

Rajah 4.11 Cyperus compressus

Description: Description: Description: Description: Description: c

Rajah 4.12 Cyperus digitatus

Description: Description: Description: Description: Description: c

Rajah 4.13 Cyperus haspan

Description: Description: Description: Description: Description: c

Rajah 4.14  Cyperus iria

Description: Description: Description: Description: Description: P1010078

Rajah 4.15 Cyperus javanicus

Rajah 4.16 Cyperus pilosus

Description: Description: Description: Description: Description: sp5

Rajah 4.17 Fimbristylis milliaceae

Description: Description: Description: Description: Description: P1010036

Rajah 4.18 Ryhnchospora corymbosa

Rajah 4.19 Scirpus grossus

Description: Description: Description: Description: Description: P1010093

Rajah 4.20 Acrostichum aureum

Description: Description: Description: Description: Description: dukung anak

Rajah 4.21 Phyllantus niruri

Rajah 4.22 Blyxa malayana

Description: Description: Description: Description: Description: lemna3

Rajah 4.23 Lemna minor

Description: Description: Description: Description: Description: gambar9  Description: Description: Description: Description: Description: sp16

Rajah 4.24 Utricularea aurea

Description: Description: Description: Description: Description: sp3

Rajah 4.25 Donax arundastrum

Description: Description: Description: Description: Description: sp18

Rajah 4.26 Marsilea crenata

Description: Description: Description: Description: Description: neptunia natans1  Description: Description: Description: Description: Description: neptunia natans

Rajah 4.27 Neptunia natans

Description: Description: Description: Description: Description: sp15  Description: Description: Description: Description: Description: wk

Rajah 4.28 Nelumbo nucifera

Description: Description: Description: Description: Description: P1010049  Description: Description: Description: Description: Description: sp13n

Rajah 4.29 Nymphaea lotus

Description: Description: Description: Description: Description: ludwigia adscendens1  Description: Description: Description: Description: Description: P1010056

Rajah 4.30 Ludwigia adscendens

Description: Description: Description: Description: Description: ludwigia  hyssopifolia 

Rajah 4.31 Ludwigia hyssopifolia

Description: Description: Description: Description: Description: P1010083  Description: Description: Description: Description: Description: P1010084

Rajah 4.32 Ceratopteris thalictroides

Description: Description: Description: Description: Description: P1010060  Description: Description: Description: Description: Description: P1010061

Rajah 4.33 Brachiaria mutica

Description: Description: Description: Description: Description: P8240002

Rajah 4.34 Echinochloa colona

Description: Description: Description: Description: Description: sp12  Description: Description: Description: Description: Description: P1010037

Rajah 3.35 Echinochloa crus-galli

Rajah 3.36 Ischaemum rugosum

Description: Description: Description: Description: Description: padib2

Rajah 3.37 Oryza minuta

Description: Description: Description: Description: Description: polygonum sp  Description: Description: Description: Description: Description: polygonum sp 1

Rajah 3.38 Polygonum pulchrum

Description: Description: Description: Description: Description: P1010101  Description: Description: Description: Description: Description: sp10

Rajah 3.39 Eichhornia crassipes

Description: Description: Description: Description: Description: P1010041  Description: Description: Description: Description: Description: P1010059

Description: Description: Description: Description: Description: P1010075  Description: Description: Description: Description: Description: P1010076

Rajah 4.41 Monochoria vaginalis

Description: Description: Description: Description: Description: gambar7 i  Description: Description: Description: Description: Description: sp11

Rajah 4.42 Salvinia molesta

Text Box: habitatText Box: Bunga jantan

Habit

Bunga jantan

Description: Description: Description: Description: Description: banat5  Description: Description: Description: Description: Description: banat 1

Bunga betina

Description: Description: Description: Description: Description: banat2 

Rajah 4.43 Typha angustifolia