Kepelbagaian Rumpai Laut  Di Pulau Bidung Laut, Terengganu - Nordahlia Abdullah Siam

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk merekodkan kepelbagaian rumpai laut di Pulau Bidung Laut, Terengganu.  Sebanyak 23 spesies rumpai laut telah direkodkan daripada tiga divisi iaitu Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta.  Sebanyak enam order, 11 famili dan 17 genus telah direkodkan dalam kajian ini. Sebanyak enam spesies daripada Chlorophyta, lima spesies daripada Phaeophyta dan 12 spesies daripada Rhodophyta telah dicatatkan.  Divisi Rhodophyta merupakan divisi yang terbesar di pulau ini.  Genus-genus yang sering dijumpai di pulau ini adalah Caulerpa, Hypnea, Padina dan Polysiphonia.  Kebanyakan rumpai laut ditemui di kawasan berbatu, terumbu karang dan kawasan berpasir.  Indeks Kesamaan Jaccard menunjukkan perbandingan antara Pulau Bidung Laut dengan Pulau Redang mempunyai peratusan yang rendah iaitu 20.6 %.  Manakala, peratusan terendah adalah perbandingan antara Pulau Bidung Laut dengan Pantai Lido iaitu sebanyak 6.3 %.    

 

PENDAHULUAN

1.1 Rasional Kajian

Penyelidikan ke atas alga marin  di Malaysia masih lagi ditahap permulaan. Setakat ini hanya beberapa kajian dalam bidang ini pernah dilakukan.  Ini termasuklah kajian oleh Johnson (1967) yang mengkaji mengenai ekologi alga marin di Semenanjung Malaysia, Sivalingam (1977) telah mengkaji corak penzonan alga marin di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Phang (1984) telah merekodkan makroalga marin yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Ahmad dan Suzana (1989) mengkaji alga marin divisi Chlorophyta di Pulau Sibu dan Ahmad (1995) yang telah menyenaraikan spesies rumpai laut Malaysia secara umum. Jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia ketinggalan jauh dari segi penyelidikan dalam bidang ini yang mana kajian lebih giat dijalankan di negara-negara Asean lain seperti Filipina dan Thailand (Ahmad & Suzana 1989).  Antara penyelidik yang telah menyumbang dalam penyelidikan ke atas alga marin di Thailand dan Filipina ialah Taylor (1960) dan Trono (1969).  Kajian banyak dilakukan di negara ini mungkin disebabkan di negara-negara tersebut, alga marin digunakan sebagai sumber makanan di samping ia diketahui mempunyai nilai komersial (Trono & Ganzon-Fortes 1988).


Penyelidikan ke atas rumpai laut juga penting memandangkan ia merupakan penghasil primer di ekosistem samudera.  Rumpai laut merupakan sumber makanan utama kepada hidupan samudera.  Selain itu, ia juga memberikan tempat perlindungan yang sesuai kepada hidupan laut daripada pemangsa dan ombak.  Rumpai laut juga penting dalam ekologi di mana ia dapat membantu dalam melemahkan daya ombak.  Oleh itu, penyelidikan terhadap rumpai laut ini sangat penting untuk mengekalkan kepelbagaiannya bagi kestabilan ekosistem samudera.

Pulau Bidung Laut dipilih sebagai lokasi kajian kerana tidak banyak kajian yang dilakukan di sini.  Pulau ini merupakan kawasan larangan sekitar tahun 70an dan 80an.  Sehingga kini hanya sekali sahaja kajian yang dilakukan iaitu oleh Arumugam (1981) mengenai taburan makroalga di terumbu karang.

 

1.2Objektif kajian

1.   Mengecam, merekod dan menyediakan senarai serta huraian dan kekunci bagi rumpai laut di Pulau Bidung Laut, Terengganu.

    2. Membuat perbandingan kepelbagaian rumpai laut kajian kini dengan kajian lepas


 

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan rumpai laut

Tumbuhan rendah dibahagikan kepada tiga divisi iaitu Thallophyta, Bryophyta dan Pteridophyta dan ia  wujud di persekitaran akuatik dan di kawasan terestrial (Smith 1955).  Kebanyakan alga hidup di persekitaran marin iaitu 30% hingga 40%, manakala sebanyak 1% ke 5% di air tawar (Pritchard & Bradt 1984). Rumpai laut atau alga marin termasuk dalam kumpulan tumbuhan yang telah wujud semenjak zaman Paleozoik (Horton 1981).  Terdapat alga yang hidup di persekitaran samudera, air tawar dan daratan.  Pertumbuhan rumpai laut dan taburannya dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu seperti saliniti, suhu, pergerakan air, cahaya, nutrien dan substratum (Darley 1982).  Selain daripada itu, menurut Sivalingam (1977), pasang surut air juga mempengaruhi taburan rumpai laut.   Batuan dan terumbu karang merupakan habitat yang sesuai bagi rumpai laut.  Alga boleh tumbuh sehingga kedalaman 100 m, terdapat juga sebahagian alga yang dijumpai sehingga kedalaman 300 m di persekitaran antartika (Phang 1995).


Rumpai laut merupakan istilah yang digunakan untuk memerihalkan alga marin yang kebanyakannya bersaiz makroskopik.  Ia mudah untuk dilihat dengan mata kasar atau dengan hanya menggunakan kanta tangan yang berkuasa rendah.  Namun begitu, terdapat juga rumpai laut yang bersaiz mikroskopik, ia merupakan Cynophyta atau alga biru hijau (Teo & Wee 1983).  Kebanyakan rumpai laut melekap di atas batu, terumbu karang, cengkerang dan di atas jasad tumbuhan samudera yang lain.  Menurut Phang (1989), rumpai laut yang epifit kebanyakan dari divisi Rhodophyta.   Rumpai laut melekap menggunakan pelekap yang merupakan struktur yang ringkas.  Kehadiran nutrien di persekitaran samudera, menyebabkan rumpai laut tidak memerlukan akar yang kompleks untuk mendapatkan air dan nutrien seperti tumbuhan tinggi yang lain (Fristch 1945).

Rumpai laut merupakan tumbuhan yang tidak bervaskular.  Jasad rumpai laut dikenali sebagai talus.  Talus merupakan bahagian vegetatif yang ringkas dan terbahagi kepada pelekap, stip serta lamina (Dixon 1973).  Talus terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.  Stip menyerupai struktur batang yang berfungsi untuk menyokong lamina.  Sesetengah spesies tidak terdapat kehadiran stip, di mana lamina adalah sesil (Trono & Ganzon-Fortes 1988).  Lamina menyerupai daun, ia memberikan permukaan yang luas untuk aktiviti fotosintesis dan juga berfungsi untuk membenarkan pertukaran gas berlaku (Pritchard & Bradt 1984).  Pelekap kerap kali menyerupai akar tumbuhan peringkat tinggi.  Namun begitu, struktur dan fungsinya amat berbeza.  Fungsi utama pelekap adalah untuk melekap pada substrat dan bukan sebagai organ penyerap air atau mineral seperti yang dilakukan oleh akar.  Air dan nutrien diserap secara langsung melalui keseluruhan permukaan talus.  Pelekap mempunyai bentuk yang berbeza-beza untuk beradaptasi dengan substrat dan pengaruh persekitaran seperti ombak, gelombang dan arus (Ahmad 1995).

Terumbu karang mempunyai potensi yang besar terhadap ekopelancongan kerana ia kaya dengan pelbagai flora dan fauna.  Tumbuhan samudera memainkan peranan yang sangat penting sebagai penghasil tenaga yang akan disumbangkan kepada produktiviti terumbu karang.  Terdapat kehadiran pelbagai jenis tumbuhan samudera di ekosistem terumbu karang tetapi hanya rumpai laut dan rumput laut dapat dilihat kehadirannya dengan jelas.  Flora lain yang wujud di persekitaran terumbu karang ini adalah seperti fitoplankton dan alga mikroskopik yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar (Mohd Taupek & Nor Ainy 2001).

Rumpai laut telah menjadi sebahagian daripada ekologi samudera semenjak dua ribu tahun yang lalu dan ia masih wujud sehingga kini.  Walaupun ia telah lama wujud tetapi penyelidikan terhadap tumbuhan ini masih di peringkat awal.  Rumpai laut ini merupakan penghasil primer yang utama di persekitaran samudera (Esser 1976).  Tumbuhan ini juga menyumbang kepada pembentukan batu karang dan merupakan sumber makanan yang utama kepada pelbagai jenis haiwan samudera.  Selain itu ia juga memberikan habitat dan perlindungan kepada organisma samudera ini daripada pemangsa dan ombak (Reader’s Digest 1984).  Sehingga kini bilangan spesies rumpai laut masih belum dapat dianggarkan secara tepat (Surrey-Gent & Morris 1987).

Rumpai laut telah digunakan semenjak beberapa tahun yang lampau secara meluas dalam pertanian, perubatan dan makanan kerana ia kaya dengan mineral, vitamin dan polisakarida (Masuda et al. 2003).  Selain itu, ia telah dieksploitasi dengan meluas dalam industri di mana rumpai laut ini diekstrak untuk mendapatkan alginat, agar dan karagenan (Chapman & Chapman 1980). 

Secara umum rumpai laut boleh dibahagikan kepada tiga divisi iaitu Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta.  Ini berdasarkan kepada kehadiran pigmen fotosintesis yang berbeza bagi setiap rumpai laut iaitu klorofil, karotenoid dan fikobilin (Doyle 1964). Menurut Trainor (1978) beberapa ciri digunakan untuk membezakan kumpulan alga:

  1. Pigmen :  Terdapat pelbagai jenis pigmen.  Pigmen yang hadir bagi setiap divisi adalah berbeza.  Kesemua kumpulan alga mempunyai klorofil dan beberapa karotenoid.  Karotenoid terdiri daripada karoten dan xantofil.  Terdapat juga kehadiran klorofil a dan b serta alfa dan beta karoten dalam beberapa divisi alga.  Fikobilin merupakan pigmen yang hadir dalam alga biru hijau dan alga merah.
  2. Bahan simpanan fotosintesis:  Hasil fotosintesis disimpan di dalam sel terutamanya dalam plastid.  Kanji, lemak dan minyak merupakan bahan simpanan yang utama.
  3. Kemotilan:  Kebanyakan alga tidak bergerak pada peringkat dewasa, tetapi menghasilkan sel yang bergerak semasa pembiakan.  Alga bergerak menggunakan flagelum.  Bilangan flagelum, kedudukan selitan dan struktur permukaan flagelum penting dalam taksonomi.
  4. Komposisi dinding sel:  Kebanyakan alga mempunyai perbezaan dinding sel yang ketara.  Bagi sesetengah genus dan sel pembiakan tidak terdapat kehadiran dinding sel.  Struktur dan komposisi dinding sel bagi alga adalah berbeza-beza. 
  1. Jenis talus:  Alga juga boleh dikelaskan melalui morfologi talus spesimen yang diperolehi.

 

2.2 Divisi rumpai laut

 

2.2.1 Rhodophyta

Divisi ini mempunyai bentuk yang pelbagai, ada di antaranya merupakan filamen bercabang, ringkas, unisel dan parenkima.  Kebanyakan Rhodophyta mendominasi persekitaran samudera dan perairan yang bersuhu panas.  Ada juga yang terdapat di persekitaran air tawar (Chapman 1963).  Kebanyakan alga merah adalah berkalsit.  Ini sangat penting bagi pembentukan terumbu karang.  Divisi ini melekap pada batuan dan hidup di atas terumbu karang (Prescott 1982).  Terdapat juga yang hidup di atas jasad rumpai laut atau flora samudera yang lain sebagai epifit (Hollenberg & Norris 1977).

Rhodophyta dicirikan dengan lima ciri utama iaitu divisi ini tidak mempunyai flagela.  Pigmen fotosintesis yang utama bagi divisi ini adalah r-fikoeritrin.  Terdapat kehadiran pigmen-pigmen lain iaitu klorofil a dan d, karotin, lutin dan r-fikosianin.  Makanan simpanannya pula adalah kanji floridean yang terdapat di dalam granul.  Manakala komponen dinding selnya adalah terdiri daripada selulosa dan pektin.  Rhodophyta merupakan divisi yang paling kompleks dalam proses pembiakannya (Morris 1967).

 

2.2.2 Phaeophyta

Divisi ini biasanya dijumpai di persekitaran samudera, terdapat juga beberapa genus yang direkodkan di persekitaran air tawar (Major 1977).  Kebanyakan divisi ini terdiri daripada komuniti bentik.  Spesies makroskopik memerlukan substrat yang keras seperti batu dan terumbu karang untuk perkembangannya, manakala spesies mikroskopik merupakan epifit kepada flora samudera yang lain.  Terdapat juga beberapa spesies dari divisi ini yang sesil (Mitchell 1982).  Kepelbagaian alga perang adalah tinggi di perairan samudera yang bersuhu sejuk dan ia banyak dijumpai di kawasan pantai berbatu.  Terdapat beberapa genus iaitu Dictyota dan Padina yang biasa dijumpai di perairan tropika yang bersuhu panas (Sze 1986).

Alga perang yang paling ringkas terdiri daripada struktur filamen bercabang, manakala spesies yang lebih maju terdiri daripada struktur parenkima dan pseudoparenkima yang kompleks (Round 1973).  Dinding sel alga perang terdiri daripada selulosa dan asid alginik.  Terdapat kehadiran xantofil yang tinggi terutamanya fukoxantin yang memberikan warna perang kepada alga ini.  Terdapat juga kehadiran pigmen-pigmen lain di dalam divisi ini iaitu klorofil a, klorofil c dan karoten.  Makanan simpanan alga perang adalah karbohidrat yang disimpan di dalam vakuol.  Simpanan karbohidrat yang utama adalah laminarin di mana ia hanya dijumpai di dalam divisi ini sahaja.  Selain itu, manitol juga merupakan simpanan karbohidrat bagi alga perang (Dawson 1966).

 

2.2.3 Chlorophyta

 

Sebahagian besar divisi Chlorophyta boleh ditemui di air tawar iaitu merangkumi sebanyak 90 %.  Hanya kira-kira 10 % divisi ini terdapat di persekitaran samudera.  Kebanyakan divisi ini yang hidup di persekitaran samudera terdapat di sekitar air yang cetek kerana klorofilnya menyerap cahaya merah dan biru di mana cahaya ini tidak boleh sampai di persekitaran samudera yang dalam (Lee 1980).

Divisi ini wujud sebagai unisel, multisel yang membentuk koloni, mempunyai struktur filamen, pseudoparenkima atau parenkima.  Pigmen yang dominan dalam divisi ini adalah klorofil a dan klorofil b di mana klorofil ini telah menindas pigmen-pigmen lain seperti karoten, lutin, xantofil dan siphonaxanthin.  Kanji merupakan bahan simpanan fotosintesis yang utama.  Dinding selnya terdiri daripada pektin di bahagian luar dan selulosa di bahagian dalam (Trono & Ganzon-Fortes 1988).

 

2.3 Pengelasan

Harvey (1836) merupakan orang yang pertama dapat mengenal pasti perbezaan yang wujud antara alga marin itu sendiri.  Beliau telah membahagikan alga marin kepada tiga kumpulan yang utama iaitu Chlorospermaceae, Melanospermaceae dan Rhodospermaceae berdasarkan perbezaan pigmen.  Seterusnya pada kurun ke-19 alga dikelaskan bersama-sama fungi di dalam divisi Thallophyta (Smith 1933).  Sebanyak tujuh kumpulan utama alga telah dibentuk iaitu Chlorophyta, Euglenophyta, Chrysophyta, Phaeophyta, Pyrrophyta, Cyanophyta dan Rhodophyta (Bold & Wynne 1978). Jadual 2.1 menunjukkan pengelasan alga marin.

 

JADUAL 2.1 Pengelasan bagi Alga Marin yang terdapat di Pulau Bidung Laut, Terengganu

Divisi

Order

Famili

Chlorophyta

Caulerpales

Caulerpaceae

 

Siphonocladales

Valoniaceae

 

 

Siphonocladaceae

 

 

Ulvaceae

Rhodophyta

Ceramiales

Rhodomelaceae

 

 

Ceramiaceae

 

Gigartinales

Hypneaceae

 

 

Gracilariaceae

 

Cryptonemiales

Cryptonemiaceae

 

 

Corallinaceae

Phaeophyta

Dictyotales

Dictyotaceae

 

DIVISI CHLOROPHYTA

ORDER CAULERPALES

FAMILI CAULERPACEAE

Famili Caulerpaceae mengandungi genus tunggal iaitu Caulerpa.  Famili ini mempunyai talus yang bercabang.  Caulerpaceae dicirikan dengan kehadiran dua jenis plastid iaitu kloroplas dan amiloplas.  Tumbuhan ini mempunyai rizom yang menjalar dengan cabang yang tegak.  Dinding selnya terdiri daripada beta 1,3-xilan sebagai komponen struktur.  Kloroplas terdapat di bahagian daun dan rizom.

 

ORDER SIPHONOCLADALES

FAMILI  ULVACEAE

Tumbuhan ini mempunyai talus yang memanjang dengan satu atau dua sel tebal.  Lamina tumbuhan ini mengandungi dua lapisan sel dengan setiap sel mempunyai kloroplas.  Pelekapnya adalah proliferat.

 

FAMILI SIPHONOCLADACEAE

Talus bagi famili ini adalah bercabang dan kurang sel lentikula yang kecil seperti yang terdapat pada Valoniaceae.  Pembahagian sel adalah secara segregasi.

 

FAMILI VALONIACEAE

Tumbuhan dalam famili ini mempunyai sel lentikula yang kecil dan biasa terdapat pada talus.  Sel ini berfungsi untuk membentuk sel hapteroid di bahagian permukaan bawah alga itu untuk melekap pada substratum.

 

DIVISI RHODOPHYTA

ORDER CERAMIALES

FAMILI CERAMIACEAE

Merupakan famili yang primitif di dalam order Ceramiales.  Tumbuhan ini secara amnya adalah filamen silinder yang uniseriat, sama ada sebahagian atau keseluruhannya berkortikat.  Salah satu ciri bagi famili ini adalah kehadiran perikarpa yang dikelilingi oleh filamen steril atau ia tidak dikelilingi oleh filamen ini.

 

FAMILI RHODOMELACEAE

Ahli di dalam famili ini dicirikan dengan struktur polisifon.  Famili ini biasanya mempunyai lima sel perisentrum tetapi paksi vegetatif mempunyai empat hingga 24 sel perisentrum.

 

ORDER CRYPTONEMIALES

FAMILI CORALLINACEAE

Famili ini terdiri daripada ahli-ahli yang berkalsit.  Talus bagi famili ini dibahagikan kepada dua iaitu hipotalus dan peritalus.  Hipotalus mempunyai sel yang besar dan membentuk bahagian dasar pada tumbuhan krustos.  Peritalus mempunyai sel yang kecil dan ia terletak sama ada di atas hipotalus atau medula hipotalus.

 

FAMILI CRYPTONEMIACEAE

Famili ini dicirikan dengan karpogonium dan sel sokongan yang terbentuk pada sistem cabang yang terpisah.  Sistem ini biasanya terdapat pada sempadan di antara korteks dan medula dan ia lebih bercabang.

 

ORDER GIGARTINALES

FAMILI  HYPNEACEAE

Merupakan famili yang kecil dicirikan dengan cabang bercangkuk.  Tumbuhan dalam famili ini adalah rimbun dengan cabang bersilinder.  Mempunyai banyak cabang yang berduri.

 

FAMILI GRACILARIACEAE

Tumbuhan dalam famili ini mempunyai struktur bak daging.  Ahli di dalam famili ini berkongsi ciri di mana karposporofitnya berkembang di luar talus, filamen karpogonialnya terdiri daripada  dua sel.  Famili ini terdiri daripada sel isodiametrik pada medula dengan sel kortikat yang kecil mengandungi kloroplas berbentuk reben.

 

DIVISI PHAEOPHYTA

FAMILI DICTYOTACEAE

Famili ini mempunyai kehadiran meristem apeks yang unisel.  Mempunyai dua atau lebih lapisan sel talus, bercabang, stipitat, foliat, seperti kipas atau seperti reben. 

 

BAHAN DAN KAEDAH

 

3.1        Lokasi kajian

Lokasi kajian adalah di Pulau Bidung Laut, Terengganu.  Pulau Bidung Laut terletak di antara 5Ί 37’ U dan 103Ί 5’ T.  Ia merupakan sebuah pulau yang kecil lebih kurang 2 km² luasnya dan terletak di laut China Selatan, 32 km dari Kuala Terengganu.  Pulau ini mempunyai terumbu karang jenis peminggir dan terdapat pantai berpasir di bahagian barat pulau ini.  Manakala di bahagian timur pulau ini terdapat pantai berbatu dan sangat curam dengan sedikit atau tiada langsung pantai berpasir.  Rhodophyta merupakan divisi yang terbesar di pulau ini (Arumugam 1981).  Pulau Bidung Laut ini di kelilingi oleh Tanjung Pasir China, Pasir China, Tanjung Gemuk, Tanjung Limau Purut, Pasir Tenggara, Pasir Teluk Belanga dan Teluk Air.  Peta Pulau Bidung Laut ditunjukkan pada Rajah 3.1. Hanya terdapat sebuah perkampungan di pulau ini iaitu Kampung Bidung Laut.  Terdapat empat gugusan pulau kecil yang terletak berhampiran dengan Pulau Bidung Laut iaitu Pulau Yu Kechil,  Pulau Yu Besar,  Pulau Tengkorak dan Pulau Kereh.

Persisiran pantai yang panas sepanjang tahun di mana suhu puratanya di antara 22° C hingga 27° C menggalakkan perkembangan terumbu karang.  Terumbu karang jenis peminggir ini terdapat di perairan yang cetek.  Pembentukan terumbu karang penting sebagai habitat, tempat perlindungan, pembiakan dan sumber makanan pelbagai hidupan laut.  Kewujudan pelbagai habitat boleh menampung bukan sahaja komuniti ikan daripada berbagai jenis dan warna malahan juga kepelbagaian alga marin yang tinggi (Ahmad & Suzana 1989). 


 

3.2 Pengumpulan spesimen

Pengumpulan spesimen dilakukan di zon litoral dan sublitoral.  Kawasan pengumpulan spesimen meliputi 50-200 m secara horizontal dari pantai ke tengah laut.  Beberapa lokasi telah dijadikan kawasan pengumpulan spesimen iaitu Pasir China, Tanjung Pasir China dan Tanjung Gemuk.  Lokasi persampelan ditunjukkan pada  Rajah 3.1.  Alat-alat yang diperlukan untuk pengumpulan spesimen adalah beg plastik, pisau, alatan untuk perlabelan seperti pensil serta kertas label dan alatan untuk snorkeling.  Snorkeling dilakukan untuk mencari serta mengumpul spesimen di kawasan yang cetek.  Manakala, alatan SCUBA digunakan oleh penyelam bagi pengumpulan rumpai laut yang berada di kawasan yang dalam. Habitat rumpai laut yang menjadi tumpuan ialah pada kawasan pinggir pantai yang berbatu serta dataran batu karang. Waktu yang paling baik untuk pengumpulan spesimen adalah ketika air surut, di mana pada ketika ini membolehkan pengumpul membuat pemerhatian terhadap habitat semulajadi rumpai laut  ini dan keadaan air yang cetek memudahkan lagi untuk pengumpulan spesimen.

Rumpai laut dikutip bersama-sama dengan pelekapnya, manakala rumpai laut yang lebih kecil dikutip bersama-sama substratumnya.  Kebanyakan spesimen boleh dipisahkan daripada substratumnya dengan menggunakan tangan tetapi bagi rumpai laut yang melekat kuat pada substratumnya seperti batu, pasir, kayu, batu karang dan cengkerang haiwan perlu dipisahkan dengan menggunakan pisau.  Ini bertujuan untuk melindungi pelekap daripada rosak.  Spesimen yang telah dikutip perlu disimpan di dalam beg plastik  beserta sedikit air laut.  Spesimen yang mudah rosak dan kecil perlu diletakkan ke dalam beg plastik yang berasingan atau dimasukkan ke dalam vial.  Ini bertujuan agar spesimen tidak hilang dan rosak semasa pengasingan.  Kemudian beg plastik perlu dilabel dengan maklumat penting seperti tarikh, lokaliti, habitat, habit, nama pengumpul dan warna spesimen semasa segar.

 

3.3 Pengawetan

Spesimen yang telah dikumpul perlu dipisahkan daripada bendasing seperti batu, pasir, komponen haiwan dan bendasing lain bagi memudahkan pengecaman.  Kehadiran bendasing yang tidak disingkir akan mengelirukan dan menyukarkan proses pengecaman. Bendasing ini disingkirkan secara lembut bagi mengelakkan talus  rumpai laut daripada terkoyak.  Rumpai laut kemudiannya dibilas menggunakan air laut.  Beberapa titis larutan formalin 10% dimasukkan ke dalam beg plastik yang berisi spesimen untuk pengawetan rumpai laut ini.  Formalin yang digunakan tidaklah banyak, hanya memenuhi bahagian bawah beg plastik.  Wasap formalin sudah cukup untuk menetapkan dan menawet rumpai laut.  Beg plastik yang telah dimasukkan dengan larutan formalin perlu diikat kuat dengan menggunakan getah pengikat supaya formalin tidak tumpah.  Spesimen yang kecil boleh diletakkan di dalam vial.  Label yang lengkap dengan maklumat seperti tarikh, lokaliti, habitat, habit, nama pengumpul dan warna spesimen segar perlu dilekatkan pada beg plastik dan vial.  Beg plastik dan vial yang berisi spesimen ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam bekas yang besar untuk memudahkan spesimen dibawa pulang ke makmal.

 

3.4 Pengecaman

Pengecaman peringkat awal dilakukan di lapangan bagi mengenalpasti genus rumpai laut yang telah dikumpulkan.  Pengecaman dilakukan berdasarkan keadaan morfologi spesimen seperti bentuk, saiz dan warna talus.  Kemudian rumpai laut yang telah dicam sehingga ke peringkat genus akan diasingkan dan dimasukkan ke dalam beg plastik yang berasingan.  Kaedah ini lebih memudahkan pengumpul untuk melakukan kerja-kerja pengecaman seterusnya iaitu pengecaman peringkat spesies. Pengecaman peringkat spesies ini dilakukan di makmal bagi mendapatkan nama dan huraian spesies yang lengkap.  Bagi spesimen yang tidak dapat dicamkan genusnya di lapangan ia akan dicamkan di makmal.  Proses pengecaman ini melibatkan penelitian terhadap ciri-ciri morfologinya seperti percabangan talus, saiz talus, jenis pelekap dan lain-lain ciri morfologi yang berkaitan.  Pengecaman ciri-ciri morfologi ini dilakukan menggunakan mikroskop.

Pengecaman spesies di makmal juga melibatkan kajian secara anatomi, di mana hirisan keratan rentas terhadap spesimen dilakukan.  Kaedah ini dilakukan bagi mengesan ciri-ciri spesimen tersebut seperti bilangan sel.  Slaid sementara disediakan bagi tujuan ini.

Kerja-kerja pengecaman spesies dilakukan berpandukan buku-buku rujukan seperti Ahmad (1995), Trono & Ganzon-Fortes (1988), Surrey-Gent & Morris (1987), Tseng (1984), Teo & Wee (1983), Chapman & Chapman (1980), Major (1977), Levring et. al (1969),  Dawson (1966), Pham (1969) dan Taylor (1960).  Selain itu tesis-tesis yang lalu juga digunakan sebagai perbandingan dan rujukan.

 

3.5 Penyimpanan

Spesimen yang telah diawet akan disimpan dalam bentuk spesimen awet basah di herbarium UKMB untuk rujukan.  Kaedah ini dapat mengekalkan bentuk talus dalam jangka masa yang panjang.  Namun begitu, spesimen awet basah ini akan mengalami pelunturan warna akibat penggunaan formalin.  Spesimen yang lembut dan mudah rosak seperti Enteromorpha dan Halymenia tidak sesuai disimpan sebagai spesimen awet basah kerana ia mudah hancur.

Kaedah spesimen kering juga dilakukan, di mana dengan kaedah ini spesimen tidak akan mengalami pelunturan warna.  Kaedah ini memerlukan kertas herbarium. Spesimen yang diawet perlu dikeluarkan dari plastik dan kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air bersih.  Ini bertujuan untuk membersihkan spesimen dari formalin dan bendasing seperti pasir, batu dan bendasing lain.  Kemudian kertas herbarium tadi diletakkan ke dalam bekas berisi spesimen dan air. Spesimen perlu disusun di atas kertas herbarium dalam keadaan kertas ini terendam di dalam air.  Ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja melekatkan spesimen pada kertas herbarium dan untuk mengekalkan tabiat semula jadinya.  Kertas ini kemudiannya disengetkan sedikit untuk membenarkan air meleleh turun sebelum ditarik keluar dari besen air.  Spesimen yang ada akan terlekat sendiri pada kertas herbarium. 

Penyusunan semula spesimen boleh dilakukan dengan menggunakan forsep atau jarum halus, selepas kertas herbarium ini dikeluarkan sepenuhnya dari besen air.  Kemudiannya kertas herbarium dengan spesimen akan diletakkan di atas helaian surat khabar.  Tisu diletakkan di atas spesimen untuk mengeringkan air.  Kertas herbarium dengan spesimen yang diletakkan pada helaian suratkhabar perlu ditindih antara satu sama lain. Kemudian suratkhabar ini akan ditindih dengan buku-buku tebal untuk mendapatkan hasil spesimen kering yang baik.  Tisu yang diletakkan di atas spesimen perlu ditukar sekurang-kurangnya tiga kali supaya spesimen betul-betul kering.  Pengeringan selalunya mengambil masa dua hari untuk spesimen lembut dan satu minggu untuk spesimen kasar.  Spesimen yang telah kering perlu dilekatkan label di sebelah kanan bahagian bawah kertas herbarium. 

 

3.6 Indeks Kesamaan Jaccard

Indeks Kesamaan Jaccard merupakan analisis yang digunakan untuk membuat perbandingan bagi mendapatkan peratusan persamaan antara spesies rumpai laut di kawasan-kawasan yang telah dikaji.

 

Indeks Kesamaan Jaccard

=

c

A + B - c

 

 

A = Jumlah spesies dalam kawasan 1

B = Jumlah spesies dalam kawasan 2

c = Jumlah spesies yang sama pada kedua-dua kawasan

 

Perbandingan dibuat berdasarkan bilangan spesies yang sama pada kedua-dua lokasi perbandingan. Nilai Indeks Kesamaan Jaccard menunjukkan persamaan spesies yang terdapat pada kawasan tersebut. Nilai ini dinyatakan dalam bentuk peratus. Nilai peratusan yang tinggi menunjukkan bahawa terdapat banyak spesies yang sama pada kedua-dua kawasan perbandingan. Manakala, nilai peratusan yang rendah menunjukkan bahawa kedua-dua kawasan perbandingan mempunyai hanya sedikit spesies yang sama.

 

HASIL DAN PERBINCANGAN

 

4.1        Kepelbagaian rumpai laut

Sebanyak enam order, 11 famili dan 23 spesies rumpai laut yang terdiri daripada divisi Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta telah dikenalpasti.  Senarai spesies rumpai laut yang direkodkan di Pulau Bidung Laut ditunjukkan dalam Jadual 4.1.  Rumpai laut dari divisi Rhodophyta merupakan rumpai laut yang terbesar iaitu mempunyai sebanyak 12 spesies dengan 52.2 % daripada jumlah keseluruhan spesies yang direkodkan.  Genus yang paling kerap dijumpai dalam divisi ini adalah Polysiphonia dan Hypnea.  Chlorophyta mempunyai sebanyak enam spesies mewakili 26.1 %.  Antara genus yang paling kerap dijumpai dalam divisi ini adalah Caulerpa.  Sementara itu, Phaeophyta terdiri daripada lima spesies yang mewakili 21.7 %.  Padina adalah genus yang paling kerap dijumpai bagi divisi ini.  Peratusan rumpai laut mengikut divisi ditunjukkan pada Rajah 4.1.


 

JADUAL 4.1 Senarai Rumpai Laut yang direkodkan di Pulau Bidung Laut, Terengganu

Divisi

Order

Famili

Spesies

Chlorophyta

Caulerpales

Caulerpaceae

Caulerpa racemosa

 

 

 

Caulerpa peltata

 

 

 

Caulerpa serrulata

 

Siphonocladales

Valoniaceae

Valonia ventricosa

 

 

Siphonocladaceae

Boodlea composita

 

 

Ulvaceae

Enteromorpha clathrata

 

 

 

 

Rhodophyta

Ceramiales

Rhodomelaceae

Laurencia parvipapillata

 

 

 

Polysiphonia nigrescen

 

 

 

Polysiphonia subtilissima

 

 

 

Polysiphonia coacta

 

 

 

Acanthophora spicifera

 

 

 

Tolypiocladia glomerulata

 

 

Ceramiaceae

Ceramium gracillimum

 

Gigartinales

Hypneaceae

Hypnea spinella

 

 

 

Hypnea pannosa

 

 

Gracilariaceae

Gracilaria coronopifolia

 

Cryptonemiales

Cryptonemiaceae

Halymenia dilatata

 

 

Corallinaceae

Jania decussato-dichotoma

 

 

 

 

Phaeophyta

Dictyotales

Dictyotaceae

Padina australis

 

 

 

Padina minor

 

 

 

Dictyota dichotoma

 

 

 

Dictyopteris delicatula

 

 

 

Lobophora variegata

 

 

 

 

 

RAJAH 4.1  Peratusan Rumpai Laut Mengikut Divisi di Pulau Bidung Laut, Terengganu

 

Divisi Chlorophyta diwakili oleh dua order, empat famili, empat genus dan enam spesies.  Order Caulerpales diwakili oleh satu famili iaitu Caulerpaceae yang terdiri daripada satu genus dan tiga spesies iaitu Caulerpa racemosa, C. peltata dan C. serrulata.  Order Siphonocladales terdiri daripada tiga famili iaitu Valoniaceae, Siphonocladaceae dan Ulvaceae.  Setiap famili ini hanya terdiri daripada satu genus dan satu spesies.  Famili Valoniaceae diwakili oleh Valonia ventricosa, famili Siphonocladaceae terdiri daripada Boodlea composita dan  famili Ulvaceae terdiri daripada Enteromorpha clathrata. Bagi divisi ini genus Caulerpa merupakan genus yang terbesar dengan mempunyai tiga spesies yang mewakili 50%.  Manakala, Valonia, Boodlea dan Enteromorpha masing-masing mempunyai satu spesies dengan 16.7 %.  Peratusan bagi setiap genus  divisi ini ditunjukkan pada Rajah 4.2.

 

RAJAH 4.2   Peratusan Genus Bagi Chlorophyta di Pulau Bidung Laut, Terengganu

 

Divisi Phaeophyta pula diwakili oleh satu order sahaja iaitu Dictyotales di mana order ini diwakili oleh satu famili iaitu Dictyotaceae.  Famili ini terdiri daripada empat genus dan lima spesies iaitu Padina australis, P. minor, Dictyota dichotoma, Dictyopteris delicatula dan Lobophora variegata.  Genus yang terbesar dalam divisi ini adalah Padina dengan dua spesies iaitu mewakili 40 %.  Manakala Dictyota, Dictyopteris dan Lobophora masing-masing mempunyai satu spesies dengan peratusan sebanyak 20%.  Peratusan bagi setiap genus  divisi ini ditunjukkan pada Rajah 4.3.

 

RAJAH 4.3   Peratusan Genus Bagi Phaeophyta di Pulau Bidung Laut, Terengganu

 

Manakala, divisi Rhodophyta diwakili dengan tiga order iaitu Gigartinales, Ceramiales dan Cryptonemiales, enam famili, sembilan genus dan 12 spesies.  Gigartinales terdiri daripada dua famili iaitu Gracilariaceae dan Hypneaceae.  Begitu juga Ceramiales yang terdiri daripada dua famili iaitu Ceramiaceae dan Rhodomelaceae.  Cryptonemiales juga terdiri daripada dua famili iaitu Corallinaceae dan Cryptonemiaceae.  Rhodomelaceae merupakan famili yang terbesar dalam divisi ini dengan empat genus dan enam spesies iaitu Laurencia parvipapillata, Polysiphonia nigrescen, P. subtilissima, P. coacta, Acanthophora spicifera dan Tolypiocladia glomerulata.  Hypneaceae terdiri daripada satu genus dan dua spesies iaitu Hypnea spinella dan H.  pannosa.  Manakala Cryptonemiaceae, Gracilariaceae dan Corallinaceae masing-masing hanya terdiri daripada satu genus dan satu spesies sahaja.  Genus yang terbesar dalam divisi ini adalah Polysiphonia dengan tiga spesies yang mewakili 25 %.  Diikuti oleh Hypnea dengan dua spesies iaitu 16.7 %.  Manakala Laurencia, Halymenia, Gracilaria, Jania, Acanthophora, Tolypiocladia dan Ceramium hanya mempunyai satu spesies dengan peratusan sebanyak 8.3 %.  Peratusan bagi setiap genus  divisi ini ditunjukkan pada Rajah 4.4.  

 

RAJAH 4.4   Peratusan Genus Bagi Rhodophyta di Pulau Bidung Laut, Terengganu

 

Arumugam (1981), dalam kajiannya telah menyenaraikan sejumlah lapan order, 11 famili dan 20 spesies rumpai laut di Pulau Bidung Laut daripada divisi Cyanophyta, Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta.  Sebanyak satu order, dua famili, empat genus dan empat spesies daripada divisi Cyanophyta direkodkan dalam kajian ini.  Manakala, tiga order, empat famili, empat genus dan enam spesies telah direkodkan bagi divisi Chlorophyta.  Caulerpa merupakan genus yang terbesar bagi divisi ini dengan tiga spesies iaitu Caulerpa peltata, C. racemosa dan C. serrulata.  Rekod ini menunjukkan persamaan dengan rekod kajian kini yang juga mencatatkan Caulerpa sebagai genus yang terbesar dalam divisi Chlorophyta dengan tiga spesies yang sama dengan kajian Arumugam (1981).  Sebanyak satu order, satu famili, dua genus dan tiga spesies telah direkodkan dari divisi Phaeophyta dan genus yang terbesar adalah Dictyota.  Divisi yang terbesar yang dicatatkan dalam kajian Arumugam (1981) adalah Rhodophyta dengan tiga order, empat famili, tujuh genus dan tujuh spesies yang mewakili 35 %.  Diikuti oleh Chlorophyta dengan 30 %, Cyanophyta 20 % dan Phaeophyta 15 %. 

 

Persamaan yang boleh didapati dalam kedua-dua kajian ini adalah masing-masing telah mencatatkan divisi Rhodophyta sebagai penyumbang spesies yang paling banyak di pulau ini iaitu ia merupakan divisi yang terbesar.  Order yang direkodkan untuk kedua-dua kajian ini adalah sama kecuali tidak terdapat Oscillatoriales, Cladophorales dan Nemalionales dalam kajian yang terbaru ini.  Manakala, terdapat order baru yang direkodkan dalam kajian kini (2005) iaitu Cryptonemiales yang tidak direkodkan oleh kajian Arumugam (1981).  Genus yang sama direkodkan di dalam kedua-dua kajian adalah  Enteromorpha, Caulerpa, Dictyota, Padina, Hypnea, Ceramium, Laurencia, Polysiphonia dan Acanthophora.  Terdapat lapan genus yang baru direkodkan di  Pulau Bidung Laut dalam kajian 2005  iaitu Boodlea, Valonia, Halymenia, Gracilaria, Jania, Tolypiocladia, Lobophora dan Dictyopteris.

 

4.1       Indeks Kesamaan Jaccard

Perbandingan kesamaan spesies antara Pulau Bidung Laut dilakukan dengan lima lokasi kajian lepas iaitu kajian yang dilakukan oleh Chan (2004) di Pulau Redang, Rusea Go (1989) di Pulau Tioman, Nor Akmanizam (1998) di Pantai Merdeka, David (1997) di Pulau Besar dan Jenifer (1999) di Pantai Lido. Peratusan persamaan antara spesies rumpai laut di Pulau Bidung Laut dengan spesies rumpai laut di Pulau  Redang, Pulau Tioman, Pantai Merdeka, Pulau Besar dan Pantai Lido dilakukan dengan menggunakan Indeks Kesamaan Jaccard.  Jadual 4.2 menunjukkan senarai spesies-spesies rumpai laut yang telah direkodkan di keenam-enam kawasan.   

 

JADUAL 4.2 Perbandingan Spesies Rumpai Laut di Pulau Bidung Laut dan Lima Lokasi di Semenanjung Malaysia (+ = Genus terdapat di lokasi kajian, - = Genus tdak terdapat di lokasi kajian

Spesies

Pulau Bidung Laut

Pulau

Redang

Pulau

Tioman

Pantai

Merdeka

Pulau

Besar

Pantai Lido

Acanthophora muscoides

-

+

-

-

-

-

Acanthophora spicifera

+

-

+

+

+

-

Amphiroa foliaceae

-

+

-

-

+

-

Amphiroa fragilissima

-

+

-

-

+

-

Amphiroa rigida

-

-

+

-

-

-

Asparagopsis taxiformis

-

-

+

-

-

-

Avrainvillea obscura

-

-

-

-

+

-

Boergesenii forbesii

-

-

+

-

-

-

Boodlea composita

+

-

-

-

-

-

Boodlea struvoides

-

-

+

-

+

-

Bryopsis corymbosa

-

-

+

-

-

-

Bryopsis pennata

-

-

+

+

-

+

Caulerpa microphysa

-

-

-

-

+

-

Caulerpa peltata

+

+

+

-

-

-

Caulerpa racemosa

+

+

+

-

+

-

Caulerpa serrulata

+

+

+

+

+

+

Caulerpa taxifolia

-

-

+

-

-

-

Caulerpa verticillata

-

-

+

-

-

+

Ceramium gracillimum

+

-

-

-

-

-

Ceramium tenuissimum

-

-

+

+

-

-

Chaetomorpha branchyona

-

-

+

-

-

-

Chaetomorpha crassa

-

-

-

-

-

+

Chaetomorpha linum

-

-

+

+

+

+

Chaetomorpha minima

-

-

-

-

+

-

Champia parvula

-

-

+

-

-

-

Champia viellardii

-

-

+

-

-

-

Chlorodesmis comosa

-

-

-

+

-

-

Cladophora fuliginosa

-

-

+

-

-

-

Cladophora rugulosa

-

-

+

-

-

-

Cladophora stimpsonii

-

-

-

+

-

-

Cladophora vagabunda

-

-

-

-

+

-

Codium geppii

-

-

+

-

-

-

Colpomenia sinuosa

-

-

-

+

-

-

Cymodocea rotundata

-

-

-

-

+

-

Cystoseira prolifera

-

-

+

-

-

-

Derbesia prolifica

-

-

+

-

-

-

Desmia hornemannii

-

-

+

-

-

-

Dictyopteris delicatula

+

-

+

-

-

-

Dictyosphaeria cavernosa

-

-

-

-

+

-

Dictyosphaeria verluysii

-

-

-

+

-

-

Dictyota ciliolata

-

+

-

-

-

-

Dictyota dichotoma

+

-

+

-

-

-

Dictyota jamaicensis

-

-

-

-

+

-

Dictyota submaritima

-

-

-

+

-

-

Enteromorpha clathrata

+

-

+

+

-

-

Enteromorpha intestinalis

-

-

+

+

-

+

Feldmania enhali

-

-

+

-

-

-

Galaxaura oblongata

-

-

+

-

+

-

Gelidiopsis intricata

-

+

-

+

-

-

Gracilaria blodgettii

-

-

-

-

-

+

Gracilaria cacalia

-

-

+

-

-

-

Gracilaria changii

-

-

-

+

-

-

Gracilaria coronopifolia

+

-

-

+

-

+

Gracilaria edulis

-

-

-

+

-

-

Gracilaria salicornia

-

-

-

+

+

-

Gracilaria verrucosa

-

-

-

+

-

+

Halimeda macroloba

-

-

-

-

+

-

Halimeda opuntia

-

+

-

+

-

-

Halimeda tuna

-

-

+

-

-

-

Halymenia dilatata

+

-

+

-

+

-

Halymenia maculata

-

-

+

-

-

-

Hormophysa cuneiformis

-

-

+

-

-

-

Hypnea esperi

-

-

-

+

-

-

Hypnea pannosa

+

+

+

+

+

-

Hypnea spinella

+

-

-

-

-

-

Jania decussato-dichotoma

+

-

-

-

+

-

Laurencia cartilaginea

-

+

-

-

-

-

Laurencia corymbosa

-

+

+

-

-

-

Laurencia parvipapillata

+

-

+

-

-

-

Lobophora variegata

+

+

-

+

-

-

Murayyellopsis dawsonii

-

-

-

+

-

-

Neomeris annulata

-

-

-

-

+

-

Padina australis

+

-

-

-

-

-

Padina boryana

-

-

-

+

-

-

Padina minor

+

+

-

+

-

-

Padina tetrastomatica

-

-

+

+

-

-

Polysiphonia coacta

+

-

-

-

-

-

Polysiphonia decussato

-

-

-

-

-

+

Polysiphonia nigrescen

+

-

+

-

-

-

Polysiphonia subtilissima

+

-

-

-

-

-

Polysiphonia violacea

-

-

+

-

-

-

Porphyra pertorata

-

-

+

-

-

-

Sargassum crassifolium

-

+

-

-

-

-

Sargassum cristaefolium

-

-

-

-

+

-

Sargassum duplicatum

-

-

+

-

-

-

Sargassum fluitans

-

-

+

-

-

-

Sargassum illicifolium

-

-

+

-

+

-

Sargassum muticum

-

-

+

-

-

-

Sargassum polycystum

-

+

-

+

+

-

Sargassum torvum

-

-

+

-

-

-

Spyridia filamentosa

-

-

+

-

-

-

Struvea ramosa

-

-

+

-

-

-

Tolypiocladia calydictyon

-

-

+

-

-

-

Tolypiocladia glomerulata

+

-

+

-

-

-

Turbinaria conoides

-

-

+

-

-

-

Turbinaria ornata

-

+

-

-

+

-

Ulva fasciata

-

-

-

+

-

-

Ulva lactuca

-

-

-

-

-

+

Valonia aegagropila

-

-

+

+

-

-

Valonia urticularis

-

-

+

-

-

-

Valonia ventricosa

+

+

-

-

-

-

JUMLAH

23

18

54

29

25

11

 

 

JADUAL  4.3  Nilai Indeks Kesamaan Jaccard bagi perbandingan lokasi kajian kini dengan lokasi kajian terdahulu

(A= Jumlah spesies dalam kawasan 1, B= Jumlah spesies dalam kawasan 2, c= Jumlah spesies yang sama dalam kedua-dua kawasan)

Lokasi

A

B

c

Nilai Indeks Kesamaan Jaccards (%)

Pulau Bidung Laut dengan Pulau Redang, Terengganu

23

18

7

20.6

Pulau Bidung Laut dengan Pulau Tioman, Pahang

23

54

12

18.5

Pulau Bidung Laut dengan Pantai Merdeka, Kedah

23

29

7

15.6

Pulau Bidung Laut dengan Pulau Besar, Melaka

23

25

6

14.3

Pulau Bidung Laut dengan Pantai Lido, Johor

23

11

2

6.3

 

Jadual 4.3 menunjukkan nilai peratusan bagi spesies yang sama di setiap lokasi perbandingan.  Nilai setiap indeks dinyatakan dalam bentuk peratus.  Berdasarkan nilai Indeks Kesamaan Jaccard, menunjukkan perbandingan antara Pulau Bidung Laut dengan Pulau Redang mempunyai peratusan yang rendah iaitu sebanyak 20.6 %.  Terdapat sebanyak tujuh spesies yang sama bagi kedua-dua kawasan.

Manakala, perbandingan antara Pulau Bidung Laut dan Pulau Tioman menunjukkan peratusan sebanyak 18.5 %.  Bilangan spesies yang sama untuk kedua-dua kawasan adalah sebanyak 12 spesies.  Perbandingan antara Pulau Bidung Laut dan Pantai Merdeka pula mencatatkan nilai Indeks Kesamaan Jaccard sebanyak 15.6 % dengan jumlah spesies yang sama adalah sebanyak tujuh spesies.  Seterusnya, nilai Indeks Kesamaan Jaccard bagi perbandingan antara Pulau Bidung Laut dan Pulau Besar adalah sebanyak 14.3 % dengan enam spesies yang sama untuk kedua-dua lokasi.

Nilai Indeks Kesamaan Jaccard yang terendah adalah sebanyak 6.3 % iaitu antara Pulau Bidung Laut dan Pantai Lido di mana hanya terdapat dua spesies yang sama untuk kedua-dua kawasan.  Nilai yang rendah ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dari segi spesies rumpai laut bagi kedua-dua kawasan.

Berdasarkan nilai Indeks Kesamaan Jaccard didapati kelima-lima lokasi perbandingan menunjukkan peratusan kesamaan spesies yang rendah.  Ini disebabkan faktor kekerapan persampelan yang dilakukan sangat sedikit menyebabkan jumlah spesimen yang dikumpulkan juga adalah rendah.      

 

4.3 Kekunci

 

4.3.1 Kekunci kepada Divisi

 

1.

Terdapat flagelum secara apikal atau lateral…………………….

2

1.

Tidak terdapat flagelum……………………………………………….......

Rhodophyta

 

2.

Makanan simpanan kanji…………………………………………………….

Chlorophyta

 

2.

Makanan simpanan laminarin dan manitol………………………..

Phaeophyta

 

4.3.2   Kekunci kepada genus Chlorophyta

 

1.

Talus menjalar ……………………………………………………………...

Caulerpa

1.

Talus tidak menjalar……………………………………………………….

2

2.

Talus bercabang………………………………………………………………

3

2.

Talus tidak bercabang ……………………………………………………

Valonia

3.

Talus bersegmen…………………………………………….………………

Boodlea

3.

Talus tidak bersegmen ………………………………………………….

Enteromorpha

 

 

4.3.3  Kekunci kepada genus Phaeophyta

 

1.

Talus bercabang……………………………………………...............

2

 

 

1.

Talus tidak bercabang…………………………………………………...

3

2.

Cabang mempunyai midrib yang nyata…………………………

Dictyopteris

2.

Cabang tanpa midrib……………………………………………………….

Dictyota

3.

Margin apeks fron melengkung………………………………………

Padina

3.

Margin apeks fron mendatar………………………………………….

Lobophora

 

4.3.4 Kekunci kepada genus Rhodophyta

 

1.

Talus berkalsit………………………………………………………….……………………………….

Jania

1.

Talus tidak berkalsit…………………………………………………………………………………

2

2.

Talus leper…………………………………………………………………………………………………

Halymenia

2.

Talus tidak leper…………………………………………………………………...................

3

3.

Talus berawan…………………………………………………………............................

Gracilaria

3.

Talus tidak berawan………………………………………………………………………………….

4

4.

Talus beruas…………………………………………………………….............................

Ceramium

4.

Talus tidak beruas…………………………………………………………………………………….

5

5.

Talus terdiri daripada 4 sel perisentrum…………………………………………......

6

5.

Talus tidak terdiri daripda 4 sel perisentrum………………………………………..

7

6.

Percabangan dikotomi………………………………………………..........................

Polysiphonia

6.

Percabangan tidak tentu…………………………………………….........................

Tolypiocladia

7.

Anak cabang spinulous…………………………………………………………………………….

Acanthophora

7.

Anak cabang tidak spinulous…………………………………………………………………..

8

8.

Anak cabang mempunyai apeks akut…………………………………………………….

Hypnea

8.

Anak cabang mempunyai apeks obtus…………………………………...............

Laurencia

 

 

4.4  Huraian spesies

 

DIVISI CHLOROPHYTA

ORDER SIPHONOCLADALES

FAMILI ULVACEAE

 

Enteromorpha Link

 

Enteromorpha clathrata  (Roth) Grenville RAJAH 4.5 (a) 

Tumbuhan membentuk jasad lembut yang padat, mencapai 5 cm panjang, berwarna hijau cerah, melekat pada batu atau bebas terapung.  Filamen halus, silinder, dipenuhi cabang-cabang filiform yang panjang, sering kali mempunyai hujung uniseriat, sel segi empat bujur, paksi utama multiseriat, disusun dalam beberapa baris membujur, percabangan banyak dan berulang-ulang.

 

Habitat

:

Melekat pada batu atau substrat pejal yang lain sering terdedah di permukaan, juga terapung di celah-celah alga-alga lain.

Taburan

:

Tanjung Pasir China, Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa

:

D 55

 

 

FAMILI SIPHONOCLADALES

Boodlea Murray & De Toni

Boodlea composita (Harvey) F. Brand RAJAH 4.5 (b)

Tumbuhan terdiri daripada filamen yang bergumpal, hijau muda, rizoid halus.  Filamen bersegmen, membentuk jasad yang amorf dan berspan, seperti jaring, banyak cabang, filamen utama bentuk silinder, percabangan tidak tentu, pinat dan berselang-seli, bahagian basal kurang bercabang berbanding bahagian apeks, cabang bertentangan, berselang-seli atau sepusar pada titik percabangan di hujung segmen.  Segmen paling akhir agak panjang dan membulat di bahagian hujung.

Habitat                                  :  Di atas batu karang.

Taburan                                 : Tanjung Pasir China, Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa : D 56

 

FAMILI VALONIACEAE

Valonia C. Agardh

Valonia ventricosa J. Agardh RAJAH 4.5 (c)

Tumbuhan kehijauan, hijau atau hijau-kelabu, bervesikel, tunggal atau dalam kumpulan kecil, tidak membentuk jasad padat, seakan bebawang atau bebuli, berongga, melekat, rizoid pendek muncul dari sel hapteron di bahagian hujung bawah talus.

Habitat                                  :  Di kawasan antara pasang surut dan dataran terumbu

                                                 karang.

Taburan                                 : Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa : D 57, D 58

 

ORDER CAULERPALES

FAMILI CAULERPACEAE

Caulerpa J. V. Lamour.

 

Kekunci ke spesies

1.

Talus tiada ramulus………………………………………………….....................

Caulerpa serrulata

1.

Talus dengan ramulus………………………………………………………….....………

2

2.

Ramulus globos………………………………………………….......................….

Caulerpa racemosa

2.

Ramulus peltat…………………………………………….…...................………...

Caulerpa peltata

 

Caulerpa peltata (Turner) J. V. Lamour. RAJAH 4.5 (d)

 

Tumbuhan kecil, melekap, rizoid tanpa warna pada stolon menjalar.  Cabang berdaun tegak, 1-10 cm tinggi, warna hijau, di bahagian matang stolon berwarna hijau tua, lebih keras dan banyak cabang berdaun.  Ramulus peltat dan bak cakera, bahagian tepi licin, ramulus keluar dari tangkai.

Habitat                                  :  Kawasan berbatu dan berpasir di kawasan yang cetek

Taburan                               :  Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa  :  D 5, D 6, D 7, D 8, D 9, D 10, D 11, D 12

 

Caulerpa racemosa (Forssk.) J. Agardh RAJAH 4.5 (e)

 

Tumbuhan prostrat, sistem rizoid diatur tidak sekata pada bawah stolon.  Stolon mengeluarkan cabang tegak yang selanjutnya mengeluarkan ramulus globos yang bertangkai pendek, cabang tegak berbentuk buah anggur, mencapai ketinggian 15 cm, mudah atau bercabang dengan ramulus berbentuk globos, ramulus disusun pinat, berselang-seli atau berjejari pada paksi tegak yang silinder atau tertekan, tiada pengecutan jelas antara kepala globos dengan hujung tangkai.

Habitat                                  :  Di atas lumpur, pasir keras atau di terumbu karang.

Taburan                                 : Tanjung Pasir China, Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa : D 1, D 2, D 3, D 4 

 

Caulerpa serrulata (Forssk.) J. Agardh RAJAH 4.5 (f)

 

Tumbuhan warna hijau pudar, kekuningan di bahagian hujung cabang.  Percabangan muncul dari cabang teret yang mendatar, cabang tegak 1-6 cm tinggi, diubahsuai menjadi bentuk helaian, 2-3 mm lebar, sempit, berbentuk jalur, bahagian tepi bergerigi, seringkali berpilin, banyak proliferat, bercabang secara tunggal atau dikotomi, berbentuk silinder tetapi leper pada bahagian distal.  Bahagian tepi yang melipat ke dalam licin di sepanjangnya, tepi helaian tertekan secara lateral, gigi mukronat mempunyai panjang yang sama dengan lebar.

Habitat                                   :  Di kawasan terumbu karang dan kawasan berpasir.

Taburan                                 :  Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :  D 13, D 14, D 15, D 16, D 17, D 18, D 19, D 20, D 21


 

 

Enteromorpha 7 ok

 

Bodlea composita

(a)

(b)

Valonia ventricosa

C

(c)

(d)

Caule

Caulerpa serulata 7

(e)

(f)

 

RAJAH 4.5  Spesies Rumpai Laut Bagi Divisi Chlorophyta di Pulau Bidung Laut, Terengganu (a) Enteromorpha clathrata (habit) (b) Boodlea composita (habit) (c) Valonia ventricosa (habit) (d) Caulerpa peltata (habit) (e) Caulerpa racemosa (habit) (f) Caulerpa serrulata (habit)

 

DIVISI PHAEOPHYTA

ORDER DICTYOTALES

FAMILI DICTYOTACEAE

Dictyopteris  J. V. Lamour.

 

Dictyopteris delicatula J. V. Lamour. RAJAH 4.6 (a)

Talus kecil, tegak, 1-2 cm tinggi, cabang-cabang melekap di beberapa tempat substratum, melekat dengan rizoid.  Percabangan dikotomi, kadangkala tidak tentu.  Bahagian tepi segmen licin, tulang tengah daun jelas.

Habitat                                  :  Epifit kepada rumpai laut yang lebih besar.

Taburan                                 :  Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :  D 37, D 38

 

Dictyota J. V. Lamour.

Dictyota dichotoma (Huds.) J. V. Lamour. RAJAH 4.6 (b)

Tumbuhan hidup tegak, saiz sederhana, 2-5 cm tinggi, warna perang kekuningan, melekat, pelekap cakera bak rizom.  Percabangan dikotomi, cabang berbentuk jalur.  Bahagian apeks segmen obtus atau emarginat, bahagian bawah talus lebih leper, bahagian tepi helaian licin berproliferat kecuali di bahagian pangkal.

Habitat                                  :  Di atas batu berpasir.

Taburan                                 :  Pasir China, Tanjung Gemuk dan Tanjung Pasir China.

No spesimen yang diperiksa :  D 22, D 23, D 24, D 25, D 26, D 27

 

 

Lobophora J. Agardh

Lobophora variegata (J. V. Lamour.) Womersley RAJAH 4.6 (c) dan (d)

Tumbuhan terdiri daripada helaian berbentuk kipas atau reniform, leper, berwarna perang gelap, melekat keseluruhannya pada substrat berbatu dengan rizoid yang terdapat di bahagian bawah, terdiri daripada segmen yang bertindihan antara satu sama lain dan berlobus, mencapai 3-8 cm lebar dan 3-10 cm tinggi.  Keratan rentas helaian menunjukkan medula yang terdiri daripada satu lapisan sel berbentuk kuboid, bahagian permukaan atas dan bawah dilingkungi lapisan sel subkorteks segi empat bujur dan lapisan korteks dengan sel kuboid dan kecil.

Habitat                                  :   Di dataran terumbu karang.

Taburan                                 :  Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :   D 53, D 54 

 

Padina Adans.

Kekunci ke spesies

 

1.

Zon glabrus terbahagi secara tidak sekata………………………...........

Padina australis

1.

Zon glabrus terbahagi secara sekata…………………………………..........

Padina minor

 

 

Padina australis Hauck RAJAH 4.7 (a) dan (b) 

Talus besar, flabelat lebar, terbahagi kepada beberapa lobus berbentuk kipas 5-11 cm tinggi, warna perang kehijauan atau perang kekuningan apabila kering, melekat, pelekap stupos bercakera.  Permukaan bawah lamina sentiasa ditutupi bahan berkapur.  Keseluruhan talus mempunyai ketebalan dua sel, terbahagi kepada zon glabrus yang lebar dan sempit.

Habitat

: 

Di atas batu berpasir atau serpihan karang.

Taburan

:

Pasir China, Tanjung Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa

:

D 34, D 35, D 36

 

Padina minor Yamada RAJAH 4.7 (c)

Talus frondos atau flabelat, warna perang kekuningan apabila kering, mencapai ketinggian 7 cm.  Terbahagi kepada beberapa lobus flabelat dengan kelebaran 1-3 cm, ketebalan dua sel. terbahagi kepada zon glabrus yang sama lebar, bahagian permukaan atas diselaputi bahan berkapur putih.

Habitat                                  :  Di atas batu karang dan kawasan berpasir.

Taburan                                 :  Pasir China, Tanjung Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :  D 28, D 29, D 30, D 31, D 32, D 33

 

Dictyopteris 10 ok

dictyota 2 ok

(a)

(b)

Lobophora variegata sn

K

(c)

(d)

 

RAJAH 4.6   Spesies Rumpai Laut Bagi Divisi Phaeophyta Di Pulau Bidung Laut, Terengganu (a) Dictyopteris delicatula (habit) (b) Dictyota dichotoma (habit) (c)  Lobophora variegata (habit) (d) Kerantas rentas Lobophora variegata 

 

 

Padina 3

K

(a)

(b)

Padina

(c)

 

 

RAJAH 4.7 Spesies Rumpai Laut Bagi Divisi Phaeophyta Di Pulau Bidung Laut, Terengganu (a) Padina australis (habit) (b) Keratan rentas Padina australis (c) Padina minor (habit)

 

DIVISI RHODOPHYTA

ORDER CERAMIALES

FAMILI CERAMIACEAE

Ceramium Roth

Ceramium gracillimum (Kόtz.) Zanardini RAJAH 4.8 (a)

Talus berwarna merah semasa segar dan merah keputihan selepas diawet.  Ia merupakan epifit pada rumpai laut yang lain, melekap, rizoid muncul dari sel basal yang berbuku.  Filamen setinggi 2-5 mm.  Percabangan dikotomi.  Terdapat dua kumpulan sel yang berkortikat di bahagian buku, iaitu bersaiz kecil di bahagian atas dan sel berbentuk panjang di bahagian bawah.

Habitat                                  :   Epifit pada Padina, Lobophora, Dictyota dan Laurencia.

Taburan                                 :  Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :   D 59

 

FAMILI RHODOMELACEAE

Tolypiocladia F. Schmitz

Tolypiocladia glomerulata (C.  Agardh) F. Schmitz RAJAH 4.8 (b) 

Talus lembut dan halus, bermembran, 2 cm tinggi, warna merah tua hingga kelihatan hitam, melekap, rizoid uniseriat.  Paksi utama mempunyai empat sel perisentrum, bercabang mudah, berselang seli, cabang-cabang pendek dan anak cabang disusun sepusar mengelilingi paksi utama.

Habitat                                   :  Epifit pada Caulerpa, Dictyota, Padina, Lobophora dan

                                                  Laurencia.

Taburan                                 :  Tanjung Pasir China, Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :   D 63 

 

Laurencia J. V. Lamour.

Laurencia parvipapillata C. K. Tseng RAJAH 4.8 (c) dan (d)

Talus 8-12 cm tinggi, kasar, bak daging, warna merah pekat, pelekap cakera mudah.  Terdapat satu paksi utama, percabangan bermula dari pangkal berhampiran pelekap dan membentuk jambak yang rimbun, semua cabang berbentuk silinder, 1-2.5 mm di bahagian pangkal, 1-1.5 mm di bahagian pucuk, percabangan di bahagian atas, percabangan berselang membentuk tabiat yang tidak terlalu padat.

Habitat                                  :    Tumbuh dicelah batu karang.

Taburan                                 :   Tanjung Pasir China, Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :   D 39, D 40, D 41

 

Polysiphonia Grev.

Kekunci ke spesies

1.

Terdapat trikoblas di hujung cabang…………………………………………….

2

1.

Tidak terdapat trikoblas………………………………………………………………….

Polysiphonia subtilissima

2.

Trikoblas bercabang dikotomi………………………………......................

Polysiphonia coacta

2.

Trikoblas bercabang tidak menentu……………………………………………….

Polysiphonia nigrescen

 

Polysiphonia nigrescen (Huds.) Grev. RAJAH 4.8 (e)

Talus tegak, rimbun, mencapai ketinggian 10 cm, muncul dari pangkal berserabut.  Paksi utama nyata dan percabangan tidak sekata, banyak filamen halus di bahagian hujung, kelihatan berjambak.  Bahagian atas paksi subfastigiat hingga virgat, biasanya akut dengan empat sel perisentrum, tidak berkortikat.  Tetrasporangium unilateral dalam anak cabang fastigiat yang membengkak, gugusan spermatangium subsilinder.

Habitat                                   :  Di atas batu, di atas batu karang atau epifit pada rumpai

                                                  laut lain seperti Enteromorpha.

Taburan                                 :  Tanjung Pasir China, Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :   D 60

 

Polysiphonia subtilissima Mont. RAJAH 4.8 (f)

Talus berwarna merah muda, ketinggian 2-4 cm, melekat dengan rizoid uniseriat tanpa warna.  Percabangan dikotomi, tiada trikoblas pada talus yang halus dan kecil, terdiri daripada empat sel perisentrum.  Sistorkapa bulat, terdapat sudut akut di antara cabang yang terakhir.

Habitat                                   :  Epifit di atas Lobophora, Padina dan Enteromorpha

Taburan                                 :  Tanjung Pasir China, Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :   D 61 

 

Polysiphonia coacta C. K. Tseng RAJAH 4.9 (a)

Tumbuhan kecil, halus, menjalar dengan stolon, melekap dengan rizoid uniseriat.  Talus tegak, 2-8 mm tinggi, terdiri daripada empat sel perisentrum, cabang sisi hanya pada apeks cabang utama, merupakan filamen trikoblas yang bercabang dikotomi.  Tetrasporangium terdapat pada cabang utama yang berdekatan dengan apeks

Habitat                                  :   Tumbuh di atas batu berpasir dan batu karang.

Taburan                                 :  Tanjung Pasir China, Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :   D 62

 

Acanthophora J. V. Lamour.

Acanthophora spicifera (Vahl.) Bfrgesen RAJAH 4.9 (b) dan (c) 

Tumbuhan tegak, rimbun, sespitos, rapuh dan mudah pecah, mencapai 25 cm tinggi, berawan, warna kemerahan dan kehijauan, melekat dengan pelekap cakera.  Cabang keseluruhannya teret, menirus hingga ke apeks, biasanya kurang bercabang, cabang panjang, arkuat, anak cabang yang mempunyai pertumbuhan terhad disusun berpilin, mempunyai unjuran spinos.

Habitat                                  :  Di kawasan berpasir dan berbatu.

Taburan                                 :  Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :  D 44, D 45, D 46, D 47, D 48, D 49, D 50, D 51, D 52

 

ORDER GIGARTINALES

FAMILI GRACILARIACEAE

Gracilaria Grev.

Gracilaria coronopifolia J.  Agardh RAJAH 4.9 (d) 

Talus tegak, membentuk kelompok rimbun, sespitos, 6-20 cm tinggi, coklat kehijauan hingga coklat gelap atau merah keunguan, melekap dengan pelekap cakera, 2-3 paksi utama muncul daripada pelekap.  Percabangan dikotomi dan divarikat berulang, subselang seli.  Cabang bentuk silinder keseluruhannya atau kerap kali seakan tertekan di bahagian tengah dan atas, atenuat dan akut di apeks.  Ciri cabang terakhir bifurkat dan korimbos serta satu daripada pasangan cabang lebih pendek daripada satu lagi. 

Habitat                                   :  Terdapat di terumbu karang.  Bersekutu dengan alga lain

                                                  seperti Hypnea.

Taburan                                 :  Tanjung Pasir China.

No spesimen yang diperiksa :   D 69  

 

FAMILI HYPNEACEAE

Hypnea J. V. Lamour.

Kekunci ke spesies

1.

Percabangan berselang-bertentangan, cabang bifurkat kepada duri-duri pendek yang tumpul di bahagian terakhir talus……………..…

Hypnea pannosa

1.

Tidak terdapat trikoblas…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hypnea spinella

 

Hypnea pannosa J.  Agardh RAJAH 4.9 (e)  

Talus subrawan, membentuk sespitos kusut dengan jelas, 2-4 cm tinggi, warna kemerahan, keunguan atau kehijauan.  Subteret, percabangan berselang hingga bertentang, tidak tentu.  Anak cabang bifurkat kepada duri-duri pendek yang tumpul di bahagian terakhir talus, anak cabang utama pendek, tidak padat dan disusun berselang seli, pinat atau sekund.  Mempunyai ciri tegap, gemuk atau tebal dan spinos, tiada pengecutan di pangkal.

Habitat                                   :  Di kawasan berbatu, terdapat di celah batu karang.

Taburan                                 :   Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :   D 42, D 43

 

Hypnea spinella (C.  Agardh) Kόtz.  RAJAH 4.10 (a) dan (b)

Tumbuhan berumpun, sespitos, membentuk hamparan kasar yang padat, ketinggian 2-3 cm, warna merah tua, melekap pada substratum dengan pelekap diskoid.  Talus tegak, batang licin, cabang berbentuk spinulos dan ringkas, cabang terakhir sangat pendek dan seperti duri.  Percabangan tidak tentu, anastomos atau melekat antara satu sama lain. Habitat                                  :   Tumbuh di celah batu karang dan batu.

Taburan                                 :  Tanjung Pasir China dan Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :  D 64, D 65, D 66

 

ORDER CRYPTONEMIALES

FAMILI CORALLINACEAE

Jania J. V. Lamour.

Jania decussato-dichotoma (Yendo) Yendo RAJAH 4.10 (c) dan (d)

Talus berwarna merah keputihan, tumbuh berjambak, tinggi 6-10 mm.  Segmen halus, diselaputi kapur tebal, bentuk silinder, percabangan dikotomi, divarikat-dekusat, segmen terakhir pendek, dwicabang dan akuminat, genikulum dijumpai pada atau di antara percabangan.

Habitat                                   :  Di atas batu karang di zon yang terlindung.

Taburan                                 :  Tanjung Gemuk.

No spesimen yang diperiksa :  D 67

 

FAMILI CRYPTONEMIACEAE

Halymenia C.  Agardh

Halymenia dilatata Zanardini RAJAH 4.10 (e)

Talus dalam kumpulan padat, 15-30 cm tinggi, merah jambu keunguan, pelekap cakera kecil.  Talus mengembang secara mendadak dari dasar reniform menjadi struktur bermembran subbulat, kadangkala oblong lebar, beralun, mudah atau sedikit sebanyak berlobus, biasanya mempunyai panjang yang hampir sama dengan lebar, bahagian tepi licin, krenulat atau subdentat kasar, kadang-kadang dengan papilos kecil, bentuk elips.  Keseluruhan tumbuhan lembut, mudah hancur dan bergelatin.

Habitat                                   :  Di atas batu karang.

Taburan                                 :  Tanjung Pasir China.

No spesimen yang diperiksa :  D 68

             

Ceramium gracillimum ok

Tolypiocladia ok

(a)

(b)

Laurencia parvipapillata ok

K

(c)

(d)

Polysiphonia negrscen oksssss

Polysiphonia subtilissima 3

(e)

(f)

 

RAJAH 4.8  Spesies Rumpai Laut Bagi Divisi Rhodophyta di Pulau Bidung Laut, Terengganu  (a) Ceramium gracillimum (habit) (b) Tolypiocladia glomerulata (habit) (c) Laurencia parvipapillata (habit) (d) Keratan rentas Laurencia parvipapillata (e) Polysiphonia nigrescen (habit) (f) Polysiphonia subtilissima (habit)

 

PC060039 ok

8 ok

(a)

(b)

Acanthophora 3 okok ssss

gracilaria

(c)

(d)

Hipp

 

(e)

 

 

RAJAH 4.9  Spesies Rumpai Laut Bagi Divisi Rhodophyta di Pulau Bidung Laut, Terengganu (a)  Polysiphonia coacta (habit) (b) Acanthophora spicifera (habit) (c) Keratan rentas Acanthophora spicifera (d) Gracilaria coronopifolia (habit) (e) Hypnea pannosa (habit)

 

Hypnea spinella ok 2

Hypnea spinella2 oksssssss

(a)

(b)

Jania

Genikula jania 3 ok

(c)

(d)

HALIMENA OK

 

(e)

 

 

RAJAH 4.10 Spesies Rumpai Laut Bagi Divisi Rhodophyta di Pulau Bidung Laut, Terengganu (a) Hypnea spinella (habit) (b) Keratan rentas Hypnea spinella (c) Jania decussato-dichotoma (habit) (d) Genikulum Jania decussato-dichotoma (e) Halymenia dilatata (habit) 

 

KESIMPULAN

Hasil kajian yang dilakukan di Pulau Bidung Laut, Terengganu terdapat sebanyak 23 spesies telah direkodkan daripada tiga divisi iaitu Chlorophyta, Pheophyta dan Rhodophyta.  Sejumlah enam order, 11 famili dan 17 genus telah dikenalpasti.  Divisi Chlorophyta mempunyai dua order, empat famili, empat genus, dan enam spesies.  Manakala, divisi Phaeophyta mempunyai lima spesies daripada empat genus.  Divisi ini hanya mempunyai satu famili sahaja iaitu Dictyotaceae.  Divisi Rhodophyta mencatatkan 12 spesies daripada sembilan genus dengan enam famili dan tiga order.  Rhodophyta merupakan divisi yang terbesar di pulau ini diikuti oleh Chlorophyta.  Manakala, Phaeophyta merupakan divisi yang terkecil.  Rumpai laut yang biasa dijumpai di pulau ini adalah Caulerpa, Hypnea, Padina dan Polysiphonia.  Rumpai laut banyak dijumpai di habitat berbatu, terumbu karang dan kawasan berpasir.  Berdasarkan Indeks Kesamaan Jaccard menunjukkan perbandingan antara Pulau Bidung Laut dengan Pulau Redang mempunyai peratusan yang rendah iaitu 20.6 %.  Manakala, peratusan terendah adalah perbandingan antara Pulau Bidung Laut dengan Pantai Lido iaitu sebanyak 6.3 %.  Ini menunjukkan kedua-dua lokasi ini mempunyai perbezaan spesies yang ketara.

 

RUJUKAN

 

Ahmad Ismail.  1995.  Rumpai laut Malaysia.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa & Pustaka.

 

Ahmad Ismail & Suzana Samsuri. 1989. Alga marin Pulau Sibu, Pantai Timur Semenanjung Malaysia: Chlorophyta.  Sains Malaysiana 18: 139-152.

 

Arumugam, P. 1981. Algal distribution in a Malaysia coral reef at Pulau Bidong Laut. Pertanika  4: 99-102.

 

Bold, H. C & Wynne, M. J.  1978.  Introduction to the algae:  structure and reproduction.  London:  Prentice-Hall International.

 

Chan Wern Shing.  2004.  Kajian kepelbagaian rumpai laut di Pulau Redang, Terengganu.  Tesis SmSn (Kepujian).  Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Chapman, V. J.  1963.  The marine algae of Jamaica 2.  Phaeophyaceae and Rhodophyaceae.  New York:  The Institute of Jamaica.

 

Chapman, V.  J & Chapman, D.  J. 1980.  Seaweeds and their uses.  New York: Chapman and Hall.

 

Darley, W.  M.  1982.  Algal biology :  a physiological approach.  London:  Blackwell scientific publications.

 

David, M.  1997.  Kajian kepelbagaian alga bentik di Pulau Besar, Melaka.  Tesis  SmSn (Kepujian).  Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Dawson, E.  Y.  1966.  The seaweeds.  United States America:  Wm. C.  Brown Company Publishers.

 

Dixon, P.  S.  1973.  Biology of the Rhodophyta.  German:  Otto Koeltz  Science Publishes.

 

Doyle, W.  T.  1964.  Nonvascular plants:  form and function.  California:  Wadsworth Publishing Company.

 

Esser, K.  1976.  Cryptogams.  New York: Cambridge University Press.  

 

Fristch, F.  E.  1945.  The structure and reproduction of the algae.  England:  Cambridge University Press.

 

Harvey, W. H.  1836.  Bioluminescence.  New York:  Academic Press.

 

Hollenberg, G.  J. &  Norris J.  N.  1977.  The red algae Polysiphonia (Rhodomelaceae) in the Northen Gulf of California.  Washington:  Smithsonian Institution Press.

 

Horton, P.  1981.  The encyclopedia of the plant kingdom.  London: Winward Press.

 

Jenifer S.  M.  1999.  Kajian kepelbagaian alga marin di Perairan Pantai Lido, Johor.  Tesis SmSn (Kepujian).  Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Johnson, A.  1967.  Malayan seaweeds.  Malayan Scientist  3:  27-32.

 

Lee,  R.  E.  1980.  Phcology.  New York:  Cambridge Universiti Press.

 

Levring, T., Hoppe, H. A & Schmid, O. J.  1969.  Marine algae. Hamburg: Cram, De Gruyter & Company.

 

Major, A.  1977.  The book of seaweeds.  London: Gordon & Cremonesi Publ.

 

Masuda, M., Tani, M., Yamagishi, Y., Kogame, K., Kawaguchi, S., Phang, S. M.   2003.  Taxonomic notes on marine algae from Malaysia : four spesies of Rhodophyceae.  Botanica Marina 46:  534-547.

 

Mitchell, J.  1982.  The illustrated references book of  plants and invertebrates.  London:  Winward.

 

Mohd Taupek Mohd Nasir & Nor Ainy Mahyudin.  2001.  Marine Park of Malaysia.  Kuala Lumpur :  The Department of Fisheries Malaysia Ministry of Agriculture.

 

Morris, I.  1967.  An introduction to the algae.  London:  Hutchinson and Co.

 

Nor Akmanizam Fakhrudin.  1998.  Kajian kepelbagaian alga marin di sekitar kawasan Pantai Merdeka, Kedah.  Tesis SmSn (Kepujian).  Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Pham, H.H.  1969.  Marine algae of South Vietnam.  Vietnam:  Viet Press.

 

Phang, S. M.  1984.  Seaweed resources of Malaysia.  Wallaceae  33:  3-8.

 

Phang, S. M.   1989.  Notes on the ecology of some marine epiphytic Rhodophytes at Cape Recado, Peninsula Malaysia. Malayan Nature Journal  43:  84-95.

 

Phang, S. M. 1995.  New record of Malaysia marine algae. Hydrobiologia  285: 123-129.

 

Prescot, G. W.  1982.  Algae of the western great lakes area.  German:  Otto koeltz science publishes.

 

Pritchard, H.  N & Bradt, P.  T.  1984.  Biology of nonvascular plants.  New York:  Times Mirror/ Mosby College Publishing.

 

Reader’s Digest.  1984.  Great barrier reef.  Sydney: Published by Reader’s Digest services pty limited.

 

Round, F.  E.  1973.  The biology of the algae.  London: Edward Arnold Publishers.

 

Rusea, Go.  1989.  Komuniti makroalga di zon litoral dan sublitoral di Pulau Tioman, Pahang.  Tesis SmSn (Kepujian).  Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Sivalingam, P. M. 1977.  Algal zonation pattern at Batu Feringhi. Sains Malaysiana 6: 153-163.

 

Smith,  G.  M.   1933. Fresh water  algae of the United States.  New York:  McGraw-Hill Book Co.

 

Smith, G. M.  1955.  Cryptogamic botany:  algae and fungi.  Tokyo:  Kogakusha company Ltd.

 

Surey-Gent, S & Morris, G. 1987.  Seaweeds : a users guide. Portsmouth: Bath Press.

 

Sze, P.  1986.  A biology of the algae.  Iowa: Wm. C. Brown Publishers.

 

Taylor, W.  R.  1960.  Marine algae of the eastern tropical and subtropical coast of the Americas.  Michigan:  The University Michigan Press.

 

Teo, L. W  & Wee, Y. C.  1983.  Seaweeds of Singapore. Singapore: Singapore University Press.

 

Trainor, F. R.  1978.  Introductory phycology.  New York:  John Wiley and sons Inc.

 

Trono, Gavino C., Jr.  1969.  An illustrated seaweeds flora of Calatagan, Batangan Phillipines.  Manila: Filipinas Foundation.

 

Trono, G.  C & Ganzon-Fortes,  E. T.  1988.  Phillipine seaweeds.  Manila:  National Book Store.

 

Tseng, C.  K.  1984.  Common seaweeds of China.  Beijing:  Science Press.

 

 

LAMPIRAN A

 

GLOSARI

 

Abaksial

Bahagian atau permukaan yang jauh dari paksi atau cabang

Aksial

Membujur ke bawah di bahagian tengah talus

Aksil

Sudut di antara paksi dengan organ yang terdapat padanya

Akuleat

Mempunyai unjuran berduri

Akuminat

Meruncing atau menirus ke hujung

Akut

Berakhir secara mendadak dengan hujung yang tajam

Amorf

Tidak mempunyai bentuk atau binaan yang tertentu

Anastomos

Merujuk kepada selaput. filamen atau talus yang disambung bersela-sela dan  berasingan, kadang-kadang bersatu membentuk rangkaian

Anulat

Bentuk cincin atau menunjukkan bulatan

Apeks

Terletak atau merujuk kepada bahagian hujung

Apikulat

Menirus dengan mendadak kepada hujung yang halus

Asimilator

Filamen yang terdiri daripada sel fotosintesis

Arkuat

Bengkok atau lengkok seperti busar

Atenuat

Beransur-ansur menirus kepada hujung sempit

Bak rawan

Keras, kuat dan mempunyai tekstur rawan

Basal

Di bawah atau pangkal sesuatu struktur

Bebawang

Bengkak di satu hujung

Bentuk silinder

Memanjang dan bulat pada keratan rentas dengan bahagian tepi lateral selari

Berfilamen

Tumbuhan berfotosintesis seperti benang

Berkapur

Menjadi berkapur atau mengeras akibat enapan garam kalsium

Berkelompok

Tumbuh dalam gugusan-gugusan atau dalam sekutuan yang rapat

Bermembran

Nipis dan separa lutsinar

Berproliferat

Menghasilkan individu baru, organ-organ seperti cabang kecil atau daun

Berseptum

Dengan pembahagian melintang

Bifurkat

Membahagi atau mencapah kepada dua cabang

Bilateral

Muncul pada dua sisi

Buku

Kawasan di antara dua sendi berturut-turut pada talus bersendi

Cabang karpogonium

Filamen yang diakhiri dengan karpogonium

Cakera

Jasad leper

Dekusat

Daun-daun yang bertentangan pada sudut tepat dengan pasangan yang lebih dahulu

Dentat

Bergigi, dengan unjuran hujung yang tumpul

Dikotomi

Corak percabangan bifurkat yang berulang

Diskoid

Mempunyai bentuk cakera

Distal

Jauh dari tempat perlekatan

Distroma

Ketebalan dua sel dan wujud dalam dua lapisan atau pada dua tingkat

Divarikat

Percabangan pada sudut yang lebar

Emarginat

Bertakik di apeks

Epidermis

Lapisan sel paling luar pada sesuatu talus

Epifit

Hidup pada tumbuhan, tetapi melekat di permukaan sahaja

Fastigiat

Menjadi sempit ke hujung

Fikoeritrin

Pigmen merah dalam kromatofor Rhodophyta

Fikosianin

Pigmen biru dalam kromatofor Rhodophyta tertentu

Filamen

Barisan sel yang disusun hujung ke hujung sama ada bercabang atau tidak

Filiform

Seperti benang

Fimbriat

Dengan bahagian tepi atau sisi yang mempunyai rumbai

Flabelat

Bentuk kipas; lebar dan bulat di bahagian atas

Folios

Seperti daun

Fron

Bahagian talus selain struktur yang melekat

Frondos

Berdaun

Fukoxantin

Pigmen perang dalam plastid Phaeophyta

Gelatin

Terdiri daripada bahan berprotein

Genikulum

Sendi di antara segmen yang tidak berkapur dalam alga bak karang

Glabrus

Licin, tanpa rambut; tidak mempunyai trikom

Globos

Bentuk glob, sfera, hampir sfera

Hapteron

Organ basal untuk melekat, sering kali bentuk silinder dan banyak bercabang, pertumbuhan luar seperti jari

Indurat

Mengeras

Indusium

Selaput luar yang nipis, biasanya menutupi sorus

Interkalari

Wujud di mana-mana sepanjang filamen, tidak di apeks atau pangkal

Kapitat

Membengkak di satu hujung atau di kedua-dua hujung

Karpogonium

Gamentangium betina dalam alga merah, terdiri daripada pangkal yang membengkak dan leher yang memanjang atau trikogin

Karposporofit

Tumbuhan generasi kedua alga merah yang menghasilkan karpospora, parasit kepada gametofit betina

Klavat

Bentuk belantan

Kloroplas

Struktur yang mengandungi pigmen fotosintesis

Korimbos

Sistem cabang yang rata di atas

Konseptakel

Bukaan rongga di permukaan talus yang mengandungi organ pembiakan

Kortikat

Mempunyai korteks

Korteks

Tisu talus di antara epidermis dengan medulla

Krenat

Bahagian pinggir/berbentuk kerang dengan gigi-gigi bundar dan permukaan atau tepi daun yang berombak

Krenulat

Krenat yang halus, dengan hiasan seperti siku keluang atau kerang yang kecil

Lamela

Struktur submikroskopik pada membran kloroplas yang mengandungi pigmen

Laminaran

Hasil simpanan alga perang

Lanseolat

Sempit dan menirus di kedua-dua bahagian

Lasiniat

Permukaan berenda

Lateral

Berhubung dengan bahagian sisi

Lentikula

Bentuk kanta, dengan dua permukaan cembung

Linear

Panjang dan sempit, dengan sisi yang selari

Lobus

Bahagian yang terbelah dengan dalam pada fron

Medula

Istilah yang merujuk kepada kawasan dalaman talus, boleh jadi pseudoparenkima atau berfilamen jelas

Monostroma

Ketebalan satu sel

Mukronat

Berakhir dengan hujung yang kecil dan pendek secara serta-merta

Multiaksial

Pembentukan paksi utama talus oleh sekumpulan filamen bercabang; talus yang mengandungi beberapa filamen aksial

Multiseriat

Banyak mempunyai barisan sel

Oblanseolat

Melebar di atas dari tengah dan menirus ke bahagian bawah

Oblong

Dua hingga tiga kali panjang daripada lebar dan tidak tampak menirus, bahagian tepi hampir selari

Obovat

Ovat songsang dengan hujung lebar di atas dan hujung sempit di pangkal

Obtus

Bulat sedikit di hujung

Ovat

Dua kali ganda atau kurang panjang daripada lebar, paling lebar di bawah dari tengah dan hampir menyempit ke atas

Paksi

Bahagian talus seperti batang yang mempunyai cabang atau filamen primer pada cabang talus berfilamen

Papilos

Diselaputi unjuran-unjuran bulat yang kecil atau pembengkakan kecil pada dinding

Pedisel

Tangkai organ pembiakan

Pelekap

Organ perlekatan pada alga

Perikarpa

Selaput steril sekeliling sistokarpa, lapisan sel yang dibentuk oleh gametofit betina sekeliling karposporofit beberapa alga merah

Perkuren

Melanjut ke keseluruhan panjang, midrib sampai ke apeks

Pina

Cabang primer talus yang dibahagi secara pinat

Pinat

Bentuk bulu burung

Pinul

Satu daripada bahagian yang disusun secara pinat pada struktur pinat

Pelekap

Organ perlekatan pada alga

Peltat

Hampir bulat dan melekat di pusat permukaan bawah, mempunyai bentuk perisai bulat

Perikarpa

Selaput steril sekeliling sistokarpa, lapisan sel yang dibentuk oleh gametofit betina

Perisentrum

Mengelilingi filamen atau lapisan pusat

Perkuren

Melanjut ke keseluruhan panjang

Plastid

Bahagian khusus pada sitoplasma alga yang mengandungi klorofil dan pigmen lain

Polisifon

Terdiri daripada sel aksial yang masing-masingnya dikelilingi cecincin sel yang sama panjang

Proliferat

Mewujudkan talus atau cabang baru secara pembahagian sel vegetatif

Prostrat

Leper di atas permukaan, mendatar

Pseudoparenkima

Filamen hifa membentuk tisu yang menyerupai parenkima.

Pundi udara

Pundi yang diisi udara untuk pengapungan

Ramulus

Cabang kecil yang terbatas, cabang sekunder

Reniform

Bentuk buah pinggang

Rerambut

Sering kali tanpa warna dengan meristem basal dan leher basal atau selaput yang jelas

Rizoid

Filamen unisel atau multisel yang berfungsi sebagai organ pelekap

Rumpun

Tumbuh dalam gugusan-gugusan atau dalam sekutuan yang rapat

Segregasi

Pembahagian secara berkelompok

Sekund

Disusun hanya pada satu belah paksi

Serat

Mempunyai gigi halus dan tajam yang menghala keluar

Seriat

Dalam aturan atau siri linear

Sespitos

Bergugusan

Spermatangium

Struktur yang menghasilkan spermatium dalam alga merah

Sistokarpa

Jasad buah yang terhasil daripada persenyawaan Rhodophyta

Sorus

Sekumpulan atau gugusan organ pembiakan

Spinos

Dilengkapi duri

Spinulos

Dipenuhi spina kecil berduri halus

Stelat

Bentuk bintang

Stip

Seperti batang bahagian basal talus yang terletak atas dari pelekap

Stipitat

Dilengkapi stip

Stolon

Cabang halus atau pucuk yang tumbuh keluar dari pangkal tumbuhan induk dan berupaya menghasilkan pucuk lain

Substrat

Sesuatu objek yang padanya atau dalamnya terdapat pertumbuhan alga

Talus

Jasad tumbuhan vegetatif yang mudah tidak tcrbeza kepada daun batang dan akar sebenar jasad tumbuhan alga

Teret

Dengan keratan melintang yang bulat, membulat dalam keratan rentas

Tetrasporangium

Meiosporangium dalam Florideophyaceae yang menghasilkan empat spora

Tilakoid

Lamela berfotosintesis

Trikoblas

Filamen mudah atau bercabang yang tumbuh dari permukaan talus

Tubul

Berbentuk silinder dan berongga

Turbinat

Bentuk kon terbalik bentuk loceng

Uniaksial

Terdapat satu rantai sel aksial di tengah-tengah

Uniseriat

Sel bergabung hujung ke hujung dalam satu baris, satu sel lebar

Utrikel

Jasad seperti kantung yang kecil atau sel seperti vesikel

Vesikel

Pembengkakan globul berdinding nipis

Verukos

Seperti kutil ketuat

Vesikulat

Seperti vesikel

Virgat

Berbentuk seperti batang atau tongkat

 

 

               

               X

 

 

             X

           

           X

          

 

 

          X

 

 

RAJAH 3.1   Peta Lokasi Persampelan Rumpai Laut di Pulau Bidung Laut, Terengganu

 

( X = Lokasi Persampelan )

 

Sumber : Jabatan Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK)

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)