Kepelbagaian Rumpai Laut Di Pulau Gaya, Sabah

Nurul Syahida Binti A. Rahman

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan merekod rumpai laut yang terdapat di Pulau Gaya, Sabah.  18 spesies rumpai laut telah berjaya direkodkan kali ini.  Spesimen dikategorikan kepada tiga divisi iaitu Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta.  Jumlah ini diwakili oleh sembilan order, sepuluh famili dan 12 genus.  Rumpai laut bagi divisi Chlorophyta diwakili oleh empat spesies, Phaeophyta oleh lapan spesies dan Rhodophyta oleh enam spesies.  Sargassum didapati merupakan genus terbesar di lokasi kajian.  Indeks Kesamaan Jaccards  digunakan untuk melihat persamaan spesies antara dua lokasi.  Nilai Indeks Kesamaan Jaccards yang diperolehi adalah rendah.  Nilai paling tinggi adalah antara lokasi kajian dengan Pulau Redang, Terengganu iaitu sebanyak 19.4%.  Nilai paling rendah pula diperolehi antara lokasi kajian dengan Pulau Tioman, Pahang iaitu 9%.

 

ABSTRACT

This research was carried out to identify the seaweeds community in Pulau Gaya, Sabah.  A total of 18 species of seaweeds was recorded in this study.  The seaweeds were categorized into three divisions namely Chlorophyta, Phaeophyta and Rhodophyta.  The seaweeds were represented by nine orders, ten families and twelve genus.  Four species were from Chlorophyta, eight species from Phaeophyta and six species were from Rhodophyta.  The biggest genus found was Sargassum.  Jaccards’ Coefficient Index showed a low percentage of similar species. The highest percentage of similar species was between Pulau Gaya and Pulau Redang with 19.4%.  The lowest percentage was between Pulau Gaya and Pulau Tioman with 9%.       

 

 

PENDAHULUAN

1.1              Pengenalan

Kajian mengenai alga sebenarnya telah lama dijalankan iaitu bermula sekitar tahun 1674 sewaktu mikroskop mula dicipta oleh Leeuwenhock.  Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan pada waktu itu adalah lebih menjurus kepada mikroalga dan bukan makroalga yang boleh dilihat dengan mata kasar.  Menurut Smith (1951), antara saintis dari merata dunia yang pernah menjalankan kajian berkaitan dengan alga ialah Linnaeus, Jussieu, Link, Agardh dan Fritsch. 

Semenjak itu, bidang fikologi mula mendapat perhatian daripada penyelidik serata dunia.  Kajian berkenaan rumpai laut di Malaysia sebenarnya masih lagi belum tiba ke tahap yang membanggakan jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Jepun dan Filipina.  Ini mungkin kerana negara-negara tersebut menjadikan rumpai laut sebagai sumber makanan serta ekonomi.  Antara penyelidik-penyelidik Jepun serta Filipina yang giat mendalami bidang ini ialah Paciente (1980), Yamaji (1984), serta Trono dan Ganzon-Fortes (1987).

Kajian-kajian berkenaan rumpai laut yang telah dijalankan di negara kita kebanyakannya lebih tertumpu kepada  Semenanjung Malaysia (Jadual 1.1).  Kajian yang dijalankan di Sabah dan Sarawak amat sedikit.  Ghazally (1987), Halipah (2003), dan Muhd. Solihin (2004) merupakan antara penyelidik yang pernah menjalankan kajian di Sabah dan juga Sarawak.

 

1.2             Rasional kajian

Pulau Gaya dipilih sebagai lokasi kajian kerana sehingga kini masih tidak terdapat sebarang kajian berkaitan dengan rumpai laut dijalankan di kawasan tersebut.  Tambahan pula bilangan kajian yang telah dijalankan berkaitan rumpai laut amat rendah di Sabah jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.  Dengan itu kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai rujukan kepada penyelidik pada masa akan datang.

                               

1.3    Objektif kajian

1.  Mengecam, merekod dan menyenaraikan spesies rumpai laut di lokasi kajian serta

     menyediakan kekunci bagi peringkat genus dan spesies

2.  Membuat perbandingan spesies dengan kajian-kajian terdahulu

 

JADUAL 1.1 : Senarai beberapa kajian yang pernah dijalankan berkaitan rumpai laut di 

                         Malaysia  

Tahun

Penyelidik

Tajuk Kajian

1977

Sivalingam

Pola zonasi rumpair di Batu Ferringhi

1989

Ahmad Ismail dan Suzana Samsuri

Alga marin Pulau Sibu, Pantai Timur, Semenanjung Malaysia bagi divisi Chlorophyta

1989

Phang Siew Moi

Rumpai laut Cape Rachado, Port Dickson

1990

Cheng Ah Swee

Makroalga marin berilustrasi di Pulau Redang dan pulau-pulau berdekatan

1992

Norizan Mohd. Abu

Kajian taksonomi Gracilaria (Rhodophyta) dan pengkulturannya

1996

Suzana Samsuri

Taburan makroalga di perairan Pulau Sibu, Johor

2000

Asmida Ismail

Kajian taburan dan kelimpahan makroalga Pulau Tinggi, Johor

2003

Halipah Bujang

Makroalga marin di Tanjung Datu, Sarawak

2004

Muhd. Solihin Abdullah

Taburan dan kepelbagaian rumpai laut Pulau Sulug di Taman Tunku Abdul Rahman, Sabah


ULASAN KEPUSTAKAAN

 

2.1    Pengenalan rumpai laut

Pada tahun 1754, Linnaeus merupakan saintis pertama yang mengelaskan alga dalam kumpulan tumbuhan rendah (Alexopoulus, 1967).  Alga pada waktu itu telah dikelaskan bersama dengan paku pakis, lumut dan kulat kepada kumpulan yang dikenali sebagai ‘Cryptogamia’ (Johnson, 1969).  Sejak itu, pengelasan alga mula diberi perhatian.

Menurut Trainor (1978), alga merupakan tumbuhan tidak bervaskular iaitu tidak mempunyai xilem dan floem, mempunyai pigmen fotosintesis dan struktur pembiakan yang ringkas.  Surey-Gent dan Morris (1987) pula menyatakan bahawa alga merupakan tumbuhan ringkas yang tidak mempunyai struktur akar, batang dan daun serta tidak mempunyai perbungaan, perbuahan serta sistem reproduktif khusus.  Ahmad (1995) kemudiannya mendefinisikan alga sebagai tumbuhan tidak bervaskular yang mempunyai kepelbagaian daripada segi saiz dan bentuk mahupun warna.  Makroalga atau lebih dikenali sebagai rumpai laut, disifatkannya sebagai alga samudera yang bersifat makroskopik iaitu jasad atau talusnya boleh dilihat dengan mata kasar.

Rumpai laut boleh hidup secara melekap di atas substrat seperti batu, pasir atau terumbu karang dan dikenali sebagai alga bentik manakala ia turut boleh hidup menumpang di atas rumpai laut lain secara epifit (Pritchard dan Bradt, 1984).  Taburan rumpai laut bergantung kepada faktor-faktor persekitaran yang saling berkait seperti tekanan, suhu, substrat, cahaya, pH dan ragutan haiwan marin (Dawson, 1966).  Alga penting bagi sesuatu ekosistem kerana ia merupakan penghasil primer di persekitaran samudera dan turut dijadikan sebagai sumber makanan serta ubatan kepada manusia (Lee, 1980).  Hampir 94% daripada keseluruhan tumbuhan yang ditemui di dalam laut merupakan alga (Ahmad, 1995). 

 

2.2    Ciri diagnosis rumpai laut

Kriteria yang digunakan hari ini untuk mengelaskan rumpai laut adalah melalui ciri-ciri diagnosisnya seperti pigmen fotosintesis, bahan simpanan fotosintesis, komposisi dinding sel, kemotilan serta struktur morfologi atau struktur talusnya.

 

2.2.1  Dinding sel

Dinding sel alga terdiri daripada elemen silika atau karbohidrat.  Adakalanya ia terdiri daripada protein, kalsium karbonat, atau kitin.  Lazimnya, dinding sel terdiri daripada dua lapisan iaitu lapisan luar yang dikenali sebagai lapisan amorfus dan lapisan dalam yang berupa seperti kristal.  Lapisan amorfus mengandungi musilaj atau pektin yang larut air manakala lapisan dalam pula mengandungi mikrofibril yang tidak larut dalam air.   Selain itu, terdapat juga komposisi kimia lain yang terdapat pada dinding sel seperti hemiselulosa, asid alginik dan fukoidin (Kumar & Singh, 1979).  Komponen yang berada dalam dinding sel adalah berbeza mengikut divisi masing-masing dan digunakan dalam pengelasan alga. 

 

2.2.2  Pigmen fotosintesis

Pigmen fotosintesis yang dipunyai oleh setiap divisi alga memberikan perbezaan warna kepada divisi  rumpai laut yang pelbagai.  Pigmen-pigmen ini terdiri daripada pigmen klorofil, karotenoid, fikobilin, dan xantofil.  Ini memudahkan lagi proses pengecaman dilakukan.  Pigmen fotosintesis ini berfungsi untuk menyerap cahaya matahari bagi membolehkan proses fotosintesis dijalankan.  Kadar penyerapan cahaya bagi setiap jenis pigmen juga adalah berbeza. 

 

2.2.3   Bahan simpanan fotosintesis

Makanan simpanan rumpai laut selalunya ditemui dalam struktur yang dinamakan plastid.  Antara bahan simpanan utama dalam rumpai laut adalah kanji, laminarin, manitol, kanji floridean dan minyak.  Kehadiran bahan-bahan ini adalah berbeza bagi setiap divisi.  Kanji contohnya hanya diperolehi dalam divisi Chlorophyta.  Bahan simpanan utama bagi Phaeophyta pula adalah  laminarin dan manitol manakala bagi Rhodophyta adalah kanji floridean.  Bahan simpanan ini penting bagi sesuatu rumpai laut bagi memastikan tumbesaran berjalan dengan baik.

 

2.2.4  Kemotilan

Kebanyakan rumpai laut tidak aktif bergerak pada peringkat dewasa.  Walau bagaimanapun, sel yang bergerak dihasilkan semasa pembiakan.  Pembiakan berlaku secara seks dan aseks.  Pembiakan aseks sering berlaku melalui proses fragmentasi.  Pembiakan seks berlaku dengan pembebasan spora.  Antara ciri spora yang diperhatikan dalam sesuatu divisi adalah bilangan flagelum, struktur permukaan  serta kedudukan flagelum.

 

2.2.5  Struktur talus

Dring (1986), menyatakan bahawa struktur talus alga marin wujud dalam bentuk unisel, koloni, filamen, senosit dan parenkima manakala Sze (1986) berpendapat talus rumpai laut yang utama terdiri daripada jenis helaian, berfilamen, bercabang, tebal bak kulit, berkalsit serta krustos.  Talus makroalga marin amnya terdiri daripada struktur pelekap, fron dan stip.  Struktur pelekap berfungsi sebagai akar untuk membolehkannya melekat pada substrat.  Fron pula adalah struktur seakan-akan daun manakala stip merupakan struktur seakan-akan cabang yang menyokong fron rumpai laut.

 

2.3  Divisi-divisi rumpai laut

Pengelasan alga berdasarkan warna telah dilakukan seawal tahun 1836 lagi.  Harvey (1836) pada ketika itu telah mengelaskan alga kepada 3 kumpulan iaitu Chlorospermaeae iaitu alga hijau, Melanospermeae atau alga perang dan Rhodospermeae iaitu alga merah (Smith, 1951).  Prescott (1978), telah mengelaskan alga  kepada 9 divisi iaitu  Chlorophyta, Euglenophyta, Chrysophyta, Pyrrophyta, Phaeophyta, Rhodophyta, Cyanophyta, Cryptophyta dan Chloromonadophyta.  Rumpai laut terbahagi kepada 3 divisi utama iaitu Chlorophyta, Rhodophyta dan Phaeophyta (Ahmad, 1995).

 

2.3.1  Chlorophyta

Chlorophyta merupakan divisi alga terbesar dan mempunyai kepelbagaian yang tinggi.  Dianggarkan terdapat 900 spesies Chlorophyta yang hidup di laut.  Hanya 10% sahaja daripadanya hidup di persekitaran samudera (Dring, 1986).  Rumpai laut dalam divisi ini umumnya berwarna hijau rumput.  Pigmen fotosintesisnya didominasi oleh klorofil a dan b.  Selain itu terdapat juga pigmen dan β karotin, xantofil-zeaxanthin, lutein dan sifonoxanthin (Trono, 2004).

Kadar penyerapan cahaya adalah 420-500 μm iaitu lebih rendah berbanding dengan divisi Phaeophyta dan Rhodophyta.  Ia berkeupayaan menyerap cahaya merah.  Oleh itu, makroalga divisi ini banyak ditemui di kawasan yang menerima jumlah cahaya yang tinggi seperti di kawasan cetek (Surey-Gent & Morris, 1987).  Dinding sel pula terdiri daripada lapisan pektik serta selulosa.  Makanan simpanan utama ialah kanji.  Divisi ini terdiri 14 order yang terbahagi kepada 3 kumpulan berdasarkan rupa talus iaitu unisel, uninukleus berfilamen dan mutinukleus yang mempunyai talus sifon (Morris, 1967). 

                                         

2.3.2  Phaeophyta

Bilangan spesies rumpai laut samudera bagi divisi Phaeophyta adalah dianggarkan menghampiri angka 1000.  Ia berwarna keperang-perangan yang dihasilkan pigmen fotosintesis yang didominasi fukoxanthin.  Selain daripada fukoxanthin, pigmen-pigmen fotosintesis lain seperti klorofil a dan c, dan β karotin serta xantofil turut ditemui.  Kadar penyerapan cahaya  bagi alga perang adalah 440-470 μm (Round, 1973).  Alga perang boleh ditemui di kawasan berkedalaman sehingga 200 meter dengan keadaan air yang jernih. 

Bahan simpanan adalah dalam bentuk laminarin, manitol dan minyak.  Dinding sel pula terdiri daripada selulosa dan juga asid alginik.  Kebanyakan ahli divisi ini mempunyai talus yang besar (Fritsch, 1972).  Kepelbagaian saiz juga adalah tinggi kerana boleh bersaiz amat kecil seperti Myrionema dan boleh berukuran sepanjang 100 meter seperti Macrocystis. Turbinaria, Hormophysa dan Hydroclathrus dipercayai merupakan antara alga perang yang boleh mengubati masalah usus, disenteri dan diarea (Ahmad, 1995).

 

2.3.3  Rhodophyta

Rumpai laut Rhodophyta (alga merah) merupakan divisi yang terbesar di samudera.  Dianggarkan terdapat 2450 spesies di samudera dan menyumbang sebanyak 27.1% kepada flora samudera (Ahmad, 1995).  Rumpai laut yang tergolong dalam divisi Rhodophyta berwarna merah akibat daripada pigmen fikoeritrin yang mendominasinya.  Selain itu, klorofil a dan d, dan β karotin, lutein serta zeaxanthin  turut dijumpai dalam divisi ini.  Kadar penyerapan cahaya bagi divisi ini adalah 440-560 μm yang lebih tinggi berbanding dengan divisi-divisi lain.  Pigmen fotosintesisnya berupaya menyerap cahaya biru dan ungu yang hanya terdapat di kawasan air dalam (Round, 1973).

Bahan simpanan utamanya adalah kanji floridean.  Alga merah kaya dengan musilaj yang menyumbang sebanyak 70% daripada berat keringnya (Dixon, 1973).  Agar dan karageenan boleh diekstrak daripada alga merah seperti Gigartina, Gracilaria dan Gelidium.  Ia turut dikomersialkan dalam industri makanan serta kosmetik.  (Chapman & Chapman, 1980).

 

2.4    Ciri-ciri famili berdasarkan divisi

Berikut merupakan antara cirri famili bagi setiap divisi rumpai laut yang telah berjaya direkodkan dalam kajian ini.

 

2.4.1  Chlorophyta

 

a)  Cladophoraceae

Ahli-ahli bagi famili ini hidup di persekitaran samudera serta air tawar.  Tumbuhan ini mempunyai ciri penting iaitu daripada segi percabangan.  Talus lazimnya berbentuk filamen sama ada secara ringkas mahupun filamen bercabang (Lee, 1980).  Kebanyakan ahli hidup melekap di atas batu dan mempunyai rizoid untuk membolehkan pelekapan.  Dinding sel adalah tebal dan tidak mempunyai atau mempunyai sedikit musilaj.  Oleh kerana lapisan gelatin atau musilaj adalah sedikit, tumbuhan dalam famili ini sering hidup secara epifit pada tumbuhan lain (Prescott, 1978).  Genus utama bagi famili ini adalah Cladophora.

 

b)  Valoniaceae

Ahli-ahli bagi famili ini hidup di persekitaran samudera di kawasan tropika serta subtropika.  Tumbuhan daripada famili ini sering hidup secara tunggal walaupun adakalanya turut ditemui secara berkumpulan dan membentuk struktur seperti kusyen.  Talus selalunya adalah unisel (Fritsch, 1971). 

Talus adalah senosit dan  mempunyai struktur pelekap berupa rizoid.  Genus terbesar bagi famili ini adalah Valonia dan Dictyosphaeria.  Ia juga mudah dicam kerana bentuknya yang ovat seperti telur (Prescott, 1978).

 

2.4.2  Rhodophyta

 

a)  Corallinaceae

Kebanyakan daripada ahli tumbuhan famili ini didapati di kawasan pantai yang berbatu, dan kawasan pasang-surut.  Tumbuhan ini turut boleh diperolehi di kawasan berkedalaman sehingga 76.2 meter.  Tumbuhan ini mudah dikenali kerana sangat kaya dengan kalsit.  Antara genus rumpai laut yang tergolong dalam famili ini adalah Amphiroa, Jania dan Actinotrichia. 

 

b)  Gracilariaceae

Talus ahli bagi famili ini kebanyakannya seperti filamen, percabangan filiform dan bergelatin.  Filamennya adalah mampat tetapi mempunyai bentuk keratan rentas yang bulat.  Keratan rentas terdiri daripada bahagian medula yang besar, korteks yang sempit dan mempunyai sel yang mempunyai klorofil.  Antara genus yang terdapat dalam famili ini ialah Gracilaria dan Gelidiopsis.

 

c)  Hypneaceae

Hypneaceae merupakan famili yang kecil.  Ciri utama bagi famili ini adalah percabangannya yang banyak.  Percabangan adalah merimbun dan sespitos talus adalah silinder dan hujung percabangan adalah pendek.  Genus utama bagi famili ini ialah Hypnea (Lee, 1980).

 

d)  Rhodomelaceae

Tumbuhan dalam famili ini mempunyai percabangan yang begitu banyak dan berbentuk seperti pokok.  Cabang adalah berimbun dan fasikulat.  Pertumbuhan berlaku daripada sel apeks dari filamen primer.  Talus juga adalah polisifonus.  Laurencia merupakan salah satu genus yang terkandung dalam famili ini.

 

2.4.3  Phaeophyta

 

a)  Dictyotaceae

Ahli-ahli boleh dicam dengan rupa bentuk talus yang leper, seumpama pita dan terbahagi secara dikotomi di bahagian hujung.  Terdapat juga talus yang berbentuk seperti kipas (Prescott, 1978).  Talus berbentuk seperti filamen boleh ditemui pada genus Dictyota manakala talus berbentuk flabelat pula pada genus Padina dan Lobophora. 

 

b)  Sargassaceae

Genus terbesar dalam famili ini ialah Sargassum.  Ia banyak didapati di perairan tropika yang mempunyai cuaca yang agak panas.    Talus mempunyai banyak percabangan dan mempunyai reseptakel berbentuk seakan-akan jari manusia (Chapman, 1973).  Terdapat cabang yang mempunyai rongga udara. Ia boleh mencapai saiz yang bermeter-meter panjangnya.  Ia juga mudah dikenali kerana mempunyai struktur kriptostomata di permukaan daun.       

 

BAHAN DAN KAEDAH

 

3.1    Lokasi kajian

3.1.1     Pulau Gaya, Taman Tunku Abdul Rahman

Taman Tunku Abdul Rahman merupakan taman laut iaitu kawasan yang dilindungi di Malaysia.  Ia telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan pada tahun 1974.  Ia mempunyai jumlah keluasan kira-kira 8990 ekar di mana 3680 ekar daripadanya adalah kawasan pulau.  Taman ini terdiri daripada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sulug. 

Pulau Gaya yang merupakan lokasi kajian terletak di Kota Kinabalu (Rajah 3.1).  Ia merupakan pulau terbesar dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman.  Pulau ini terletak di Barat Laut negeri Sabah iaitu pada altitud 5Ί 55`-6Ί 04` U, 116Ί 00`-116Ί 05`T.  Jumlah keluasannya dianggarkan mencecah 3665 ekar (Jenkins, 1976).  Pulau Gaya mempunyai kawasan pinggir pantai sepanjang 16 km yang berpasir dan sedikit berbatu.  Pulau ini juga kaya dengan terumbu karang.

x

 

 

x

 

 

x

 

 

Laut China Selatan

 

 
 Picture 004

RAJAH 3.1  Lokasi persampelan di Pulau Gaya, Sabah (X=lokasi persampelan)

Sumber : Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

 

 


 

 

x

 

x

 

x

 
3.2   Kaedah yang digunakan

 

3.2.1   Pengumpulan spesimen

Alatan bantuan pernafasan SCUBA digunakan bagi kerja-kerja pengumpulan rumpai laut di lokasi kajian.  Aktiviti `snorkeling` turut dilakukan di sekitar kawasan yang mempunyai kedalaman kira-kira 1-3 meter bagi mengenalpasti habitat rumpai laut.  Beberapa alatan lain yang diperlukan adalah beg untuk mengisi rumpai laut, pisau kecil, vial, botol serta kertas label.  Keseluruhan jasad rumpai laut diambil termasuk bahagian pelekapnya.  Bagi rumpai laut yang melekap kuat pada substratumnya, ia haruslah dipisahkan dahulu menggunakan pisau ataupun dibawa ke darat bersama dengan substratum tersebut.

Pengumpulan spesimen dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan rumpai laut yang dikumpul daripada koyak atau rosak.  Spesimen yang bersaiz agak besar diasingkan daripada yang bersaiz kecil untuk mengelakkan kerosakan pada spesimen tersebut.  Kesemua spesimen dimasukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.  Bagi spesimen yang bersaiz besar, ia diletakkan ke dalam botol manakala vial digunakan untuk spesimen yang kecil.

 

3.2.2  Pengawetan

Spesimen yang telah dikumpul kemudiannya diawet secepat mungkin bagi mengelakkan pereputan.  Pengawetan terus dilakukan di lokasi kajian.  Sebelum itu, bendasing seperti pasir, terumbu karang, batu dan haiwan bentik  diasingkan daripada spesimen.  Selepas itu, spesimen dibilas dengan air laut bagi memastikan kesemua bendasing tidak melekat padanya.

Untuk tujuan pengawetan, beberapa titis cecair formalin 10% dimasukkan ke dalam bekas berisi spesimen itu.  Kesemua vial atau bekas yang telah dititiskan dengan cecair formalin kemudiannya dilabelkan dengan maklumat seperti tarikh pengumpulan, warna spesimen, jenis substratum serta lokasi pengumpulan.  Label dilekatkan pada setiap botol dan vial bagi memudahkan pengecaman.

 

3.2.3  Pengecaman

Pengecaman pada peringkat awal dilakukan di lapangan bagi mengenalpasti genus rumpai laut.  Ia turut dilakukan bagi mengenalpasti keadaan morfologi spesimen seperti bentuk, saiz dan warna asal talus.  Proses pengecaman seterusnya dijalankan di makmal.  Proses pengecaman kali ini bukan sahaja dengan meneliti ciri-ciri morfologi rumpai laut tetapi juga ciri-ciri anatominya.  Penelitian keratan rentas atau ciri-ciri seperti percabangan dan keadaan permukaan talus boleh dijalankan dengan menggunakan mikroskop. 

Untuk melakukan hirisan keratan rentas, mata pisau cukur digunakan.  Hirisan yang nipis boleh didapati dengan penggunaan mata pisau cukur yang tajam.  Satu serpihan talus spesimen didapatkan.  Serpihan spesimen ini dihiris di bawah mikroskop dengan menggunakan hujung jari sebagai panduan bagi mendapatkan hirisan yang nipis. Untuk meneliti kehadiran kalsit atau karbonat pada sesuatu spesimen, asid hidroklorik digunakan.  Ciri-ciri diagnostik sesuatu rumpai laut dikenalpasti.  Pengecaman dilakukan dengan berpandukan buku rujukan seperti Ahmad (1995), Trono dan Ganzon-Fortes (1987; 2004) dan Tseng (1984).

 

3.2.4  Penyediaan spesimen herbarium

Spesimen yang dikumpul boleh disimpan dalam dua bentuk iaitu kering dan juga basah sebagai rujukan.  Kaedah spesimen basah dilakukan kerana bentuk keseluruhan talus boleh dikekalkan dalam jangka masa yang panjang dan mudah dijadikan rujukan.  Walau bagaimanapun, spesimen perlu disimpan di tempat yang gelap bagi mengelakkan penyahwarnaan akibat penggunaan formalin ketika proses pengawetan.  Label dilekatkan pada vial atau bekas berisi spesimen ini.

Kaedah spesimen kering pula dilakukan dengan melekatkan spesimen rumpai laut ke atas kad herbarium.  Forsep digunakan untuk mengatur spesimen dengan baik.  Kertas herbarium dengan spesimen ini kemudiannya dilapisi dengan kertas tisu serta helaian surat khabar bagi mengelakkan spesimen pada kertas kembang.  Selepas itu, spesimen ini ditindih dengan benda berat bagi memberi tekanan tambahan. 

Spesimen dibiarkan beberapa ketika sehingga kering sepenuhnya.  Helaian kertas tisu dan surat khabar juga ditukar sekerap mungkin untuk mengelakkan spesimen daripada rosak akibat lembapan yang terperangkap.  Spesimen yang telah cukup kering serta melekat dengan baik pada kertas herbarium ini kemudiannya dimasukkan ke dalam fail dan dilengkapi dengan label di bahagian bawah penjuru kanan kad herbarium tersebut.

 

3.2.5  Penyediaan slaid sementara

Bagi penyediaan slaid sementara, spesimen harus dibersihkan dahulu dengan meletakkannya ke dalam piring petri dan menukarkan air beberapa kali. Spesimen yang telah dibersihkan dipindahkan ke atas slaid yang bersih dan kering untuk diteliti.

Untuk melakukan keratan rentas spesimen, kaedah mudah yang digunakan adalah dengan menggunakan mata pisau cukur.  Bagi spesimen berkalsit seperti Halimeda, hirisan spesimen perlu direndam dalam larutan HCl 10% selama sejam bagi memudahkan penelitian spesimen di bawah mikroskop.  Ciri-ciri seperti bentuk keratan rentas, ketebalan sel serta struktur pembiakan boleh diperhatikan menggunakan mikroskop.  Kekunci peringkat genus dan spesies juga disediakan.

 

3.2.6  Penyediaan imej bergambar

Imej spesimen serta struktur keratan rentas yang dapat dilihat melalui mikroskop diambil.  Gambar keseluruhan talus seelok-eloknya diambil sebelum talus mengalami kerosakan atau perubahan warna.  Kamera digital Olympus C3030 digunakan bagi tujuan ini.  Gambar-gambar spesimen kemudian disunting dan diperkemaskan menggunakan program Adobe Photoshop.

 

3.3  Indeks Kesamaan Jaccards

Indeks Kesamaan Jaccards (IKJ) merupakan analisis yang digunakan untuk mendapatkan peratus persamaan spesies antara 2 lokasi kajian.  Nilai peratusan yang tinggi menunjukkan terdapat banyak persamaan spesies di kedua-dua lokasi kajian manakala nilai peratusan yang rendah menunjukkan persamaan spesies adalah rendah.

Indeks Kesamaan Jaccard

=

c

A + B - c

       

A = Jumlah spesies di lokasi pertama

B = Jumlah spesies di lokasi kedua

c = Jumlah spesies yang sama di kedua-dua lokasi kajian

 

 

HASIL DAN PERBINCANGAN

 

4.1     Pengenalan rumpai laut

Kajian yang dijalankan di Pulau Gaya, Sabah telah berjaya mengumpulkan sebanyak 18 spesies rumpai laut.  Rumpai laut tersebut terdiri daripada tiga divisi iaitu Chlorophyta, Rhodophyta dan Phaeophyta (Jadual 4.1).  Kesemua spesies tersebut terdiri daripada sembilan order, sepuluh famili dan 12 genus. 

Daripada ketiga-tiga divisi rumpai laut yang berjaya direkodkan, didapati bahawa Phaeophyta mencatatkan jumlah spesies paling tinggi.  Sejumlah lapan spesies tergolong dalam divisi Phaeophyta.  Jumlah ini menyumbang sebanyak 44.4% daripada keseluruhan spesies.  Kesemua spesies Phaeophyta tersebut tergolong dalam dua order, dua famili dan empat genus.  Order yang terlibat adalah Dictyotales dan Fucales manakala famili yang terlibat pula adalah Dictyotaceae dan Sargassaceae. 

 

JADUAL 4.1   Senarai spesies bagi divisi Chlorophyta, Rhodophyta dan

                    Phaeophyta di lokasi kajian

Divisi

Order

Famili

Spesies

 

Chlorophyta

 

Bryopsidales

 

Halimedaceae

 

Halimeda opuntia

 

 

Cladophorales

Cladophoraceae

Cladophora catenata

Cladophora sp. 1

 

 

Siphonocladales

Valoniaceae

Valonia ventricosa

 

 

Rhodophyta

 

Bonnemaisoniales

 

Galaxauraceae

 

Galaxaura oblongata

 

 

Ceramiales

Rhodomelaceae

Laurencia corymbosa

 

 

Gigartinales

Gracilariaceae

 

 

Hypneaceae

Gracilaria salicornia

Gracilaria verrucosa

 

Hypnea pannosa

 

 

Nemaliales

Corallinaceae

Actinotrichia fragilis

 

 

Phaeophyta

 

Dictyotales

 

Dictyotaceae

 

Lobophora variegata

Padina australis

 

 

Fucales

Sargassaceae

Sargassum crassifolium

Sargassum cristaefolium

Sargassum illicifolium

Sargassum polycystum

Turbinaria conoides

Turbinaria ornata

 

 

Empat genus Phaeophyta yang terlibat adalah Lobophora, Padina, Sargassum serta Turbinaria.  Enam spesies tergolong dalam famili Sargassaceae manakala dua spesies lagi tergolong dalam famili Dictyotaceae.  Famili Sargassaceae menyenaraikan empat spesies Sargassum dan dua spesies Turbinaria.  Sargassum juga didapati merupakan genus terbesar dalam kajian ini.  Ini mungkin kerana keadaan lokasi kajian terdiri daripada pantai berbatu dan berpasir serta kaya dengan terumbu karang.  Keadaan ini sesuai dengan Sargassum.  Famili Dictyotaceae pula hanya menyenaraikan dua spesies rumpai laut yang terdiri dari genus Lobophora dan Padina.  Rumpai laut daripada genus Sargassum menyumbangkan 50% daripada jumlah spesies Phaeophyta.  Turbinaria menyumbangkan 25% manakala Lobophora serta Padina masing-masing menyumbang sebanyak 12.5% daripada jumlah peratusan spesies rumpai laut Phaeophyta (Rajah 4.1).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


RAJAH 4.1   Peratusan genus bagi divisi Phaeophyta

 

Rhodophyta pula merupakan divisi yang menyenaraikan jumlah spesies kedua tertinggi.  Rumpai laut daripada divisi ini menyumbang sebanyak 33.3% daripada jumlah keseluruhan spesies yang telah direkodkan.  Ia disumbangkan oleh sebanyak enam spesies.  Keenam-enam spesies tersebut tergolong dalam empat order dan lima famili.  Keempat-empat order yang terlibat adalah Bonnemaisoniales, Ceramiales, Gigartinales dan Nemaliales.

Lima famili yang tersenarai pula adalah Corallinaceae, Galaxauraceae, Gracilariaceae, Hypneaceae dan Rhodomelaceae.  Bagi kesemua order yang disenaraikan, hanya Gigartinales yang menyenaraikan dua famili di bawahnya iaitu Gracilariaceae dan Hypneaceae.  Tiga order lain masing-masing hanya menyenaraikan satu famili sahaja.  Famili Gracilariaceae menyenaraikan dua spesies yang terdiri dari genus Gracilaria manakala famili-famili lain masing-masing menyenaraikan 1 spesies.  Genus Gracilaria menyumbang sebanyak 33.3% manakala genus lain  masing-masing menyumbangkan 16.6% daripada jumlah spesies dalam divisi Rhodophyta yang berjaya direkodkan (Rajah 4.2).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


       

RAJAH 4.2   Peratusan genus bagi divisi Rhodophyta

 

 

Divisi Chlorophyta didapati menyumbang sebanyak 22.2% daripada jumlah keseluruhan spesies yang berjaya direkodkan.  Divisi ini menyenaraikan tiga order, tiga famili, tiga genus dan empat spesies.  Jumlah tersebut merupakan dapatan terendah jika dibandingkan dengan divisi-divisi lain.  Order yang dimaksudkan adalah Bryopsidales, Siphonocladales dan Cladophorales manakala famili yang terlibat merupakan Halimedaceae, Valoniaceae serta Cladophoraceae.  Genus yang disenaraikan adalah Cladophora, Halimeda dan Valonia.  Dua spesies Cladophora menyumbang sebanyak 50% daripada jumlah spesies dalam divisi Chlorophyta manakala Halimeda dan Valonia pula masing-masing sebanyak 12.5% (Rajah 4.3).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


RAJAH 4.3 : Peratusan genus bagi divisi Chlorophyta

 

4.2             Perbandingan dengan kajian terdahulu

Kajian perbandingan dijalankan untuk melihat peratusan persamaan spesies yang wujud antara dua lokasi kajian.  Perbandingan spesies dilakukan berdasarkan kajian-kajian terdahulu di beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia dan Sabah (Jadual 4.2).  Perbandingan dilakukan dengan kajian terdahulu yang telah dijalankan oleh Rusea (1989) di Pulau Tioman, Pahang dan Nor Farisahwati (2001) di Pulau Redang, Terengganu yang mewakili kawasan Timur Semenanjung Malaysia.  Kawasan Barat Semenanjung Malaysia pula diwakili oleh kajian yang dijalankan oleh David (1997) di Pulau Besar, Melaka dan Nor Akmanizam (1998) di Pantai Merdeka, Kedah.  Kajian oleh Muhd. Solihin (2004) di Pulau Sulug, Sabah pula mewakili kawasan perairan Sabah.   

 


JADUAL 4.2   Perbandingan spesies antara Pulau Gaya dan pulau-pulau lain

Divisi

Famili

Spesies

Pulau Gaya

Pulau Sulug

Pulau Besar

Pantai Merdeka

Pulau Redang

Pulau Tioman

Chlorophyta

Bryopsidaceae

Bryopsis indicata

-

-

+

-

-

-

 

 

Bropsis corymbosa

-

-

+

-

-

+

 

 

Bryopsis pennata

-

-

+

+

-

+

 

Caulerpaceae

Caulerpa lentillifera

-

-

-

-

+

-

 

 

Caulerpa microphysa

-

+

+

-

-

-

 

 

Caulerpa peltata

-

+

+

-

+

+

 

 

Caulerpa prolifera

-

-

-

-

+

-

 

 

Caulerpa racemosa

-

+

+

-

+

+

 

 

Caulerpa serrulata

-

+

-

+

-

+

 

 

Caulerpa sertularioides

-

+

+

-

-

-

 

 

Caulerpa taxifolia

-

+

-

-

-

+

 

 

Caulerpa veticillata

-

-

-

-

-

+

 

Cladophoraceae

Chaetomorpha branchyona

-

-

+

-

-

-

 

 

Chaetomorpha linum

-

-

+

+

-

-

 

 

Cladophora catenata

+

-

-

-

-

-

 

 

Cladophora sp. 1

+

-

-

-

-

-

 

 

Cladophora fuliginosa

-

-

-

-

-

+

 

 

Cladophora rugulosa

-

-

-

-

-

+

 

 

Cladophora stimpsonii

-

-

-

+

-

-

 

Codiaceae

Codium geppi

-

-

-

-

-

+

 

 

Codium pilgeri

-

-

+

-

-

-

 

Halimedaceae

Halimeda discoidea

-

+

+

-

-

-

 

 

Halimeda opuntia

+

+

-

+

+

+

 

 

Halimeda simulan

-

+

+

-

-

-

 

 

Halimeda tuna

-

-

+

-

-

-

 

Derbesiaceae

Derbesia prolifica

-

-

-

-

-

+

 

Siphonocladaceae

Boergesenia forbessi

-

-

+

-

-

+

 

 

Dictyosphaeria composita

-

+

-

-

-

-

 

 

Dicyosphaeria verluysii

-

-

-

+

-

-

 

Udoteaceae

Avrainvillea erecta

-

-

-

-

+

-

 

 

Avrainvillea lacerata

-

-

+

-

-

-

 

 

Avrainvillea obscure

-

-

+

-

-

-

 

 

Udotea argentea

-

-

+

-

-

-

 

Ulvaceae

Enteromorpha clathrata

-

+

-

+

+

+

 

 

Enteromorpha intestinalis

-

-

+

+

-

+

 

 

Ulva fasciata

-

-

-

+

-

-

 

Valoniaceae

Boodlea composita

-

+

-

-

-

-

 

 

Boodlea struveoides

-

-

-

-

-

+

 

 

Chlrodesmis comosa

-

-

-

+

-

-

 

 

Struvea anastomasans

-

-

+

-

-

-

 

 

Struvea ramosa

-

-

-

-

-

+

 

 

Valonia aegagropila

-

-

-

+

-

+

 

 

Valonia urticularis

-

-

-

-

-

+

 

 

Valonia ventricosa

+

+

-

-

-

-

Phaeophyta

Dictyotaceae

Dictyopteris delicatula

-

-

+

-

-

+

 

 

Dictyota divaricata

-

-

+

-

-

-

 

 

Dictyota dichotoma

-

+

-

-

+

+

 

 

Dictyota friabilis

-

-

-

-

+

-

 

 

Dictyota submaritima

-

-

-

+

-

-

 

 

Lobophora variegata

+

+

-

+

+

-

 

 

Padina australis

+

-

+

-

+

-

 

 

Padina boryana

-

-

-

+

+

-

 

 

Padina minor

-

-

+

+

-

-

 

 

Padina tenuis

-

-

-

-

-

+

 

 

Padina tetrastomatica

-

-

-

+

-

+

 

Ectocarpaceae

Feldmannia enhali

-

-

-

-

-

+

 

Sargassaceae

Cystoseira prolifera

-

-

-

-

-

+

 

 

Cystoseira trigueta

-

-

-

-

-

+

 

 

Sargassum crassifolium

+

-

-

-

-

-

 

 

Sargassum cristaefolium

+

-

-

-

+

-

 

 

Sargassum duplicatum

-

-

-

-

-

+

 

 

Sargassum fluitans

-

-

-

-

-

+

 

 

Sargassum henslowianum

-

-

+

-

-

-

 

 

Sargassum illicifolium

+

-

-

-

-

+

 

 

Sargassum muticum

-

-

-

-

-

+

 

 

Sargassum polycystum

+

+

+

+

+

-

 

 

Sargassum torvum

-

-

-

-

-

+

 

 

Turbinaria conoides

+

+

+

-

-

+

 

 

Turbinaria conoides f. latiaspidata

-

-

+

-

-

-

 

 

Turbinaria ornata

+

-

+

-

+

+

 

Scytosiphonaceae

Colpomenia sinuosa

-

-

-

+

-

-

Rhodophyta

Bangiaceae

Porphyra perforata

-

-

-

-

-

+

 

Bonnemaisoniaceae

Asparagopsis taxiformis

-

-

-

-

-

+

 

Ceramiaceae

Ceramium tenuissimum

-

-

-

+

-

+

 

 

Spyridia filamentosa

-

-

-

-

-

+

 

Champiaceae

Champia parvula

-

-

-

-

-

+

 

 

Champia vieillardii

-

-

-

-

-

+

 

Corallinaceae

Actinotrichia fragilis

+

-

-

-

-

-

 

 

Amphiroa foliaceae

-

+

+

-

-

-

 

 

Amphiroa fragilissima

-

-

+

-

+

-

 

 

Amphiroa rigida

-

-

-

-

-

+

 

 

Jania decussato-dichotoma

-

+

-

-

-

-

 

Cryptonemiaceae

Halymenia floresia

-

-

-

-

-

+

 

 

Halymenia diltata

-

-

+

-

-

-

 

 

Halymenia maculata

-

+

-

-

-

+

 

Galaxauraceae

Galaxaura oblongata

+

-

+

-

-

-

 

 

Galaxaura cylindrica

-

-

-

-

-

+

 

Gelidiaceae

Gelidiella acerosa

-

+

+

-

-

-

 

 

Pterocladia calaglossoides

-

-

+

-

-

-

 

Gracilariaceae

Gelidiopsis intricata

-

-

-

+

+

-

 

 

Gracilaria cacalia

-

-

-

-

-

+

 

 

Gracilaria changii

-

-

-

+

-

-

 

 

Gracilaria coronopifolia

-

+

+

+

-

-

 

 

Gracilaria dermacornis

-

-

-

-

-

+

 

 

Gracilaria edulis

-

-

-

+

-

-

 

 

Gracilaria salicornia

+

-

+

+

-

-

 

 

Gracilaria verrucosa

+

-

-

+

-

-

 

Hypneaceae

Hypnea esperi

-

-

-

+

-

-

 

 

Hypnea pannosa

+

+

+

+

+

+

 

 

Hypnea spinella

-

-

-

-

+

-

 

Rhodomelaceae

Acanthocephala spicifera

-

-

+

-

+

+

 

 

Acanthophora spicifera

-

+

-

+

-

-

 

 

Desmia honemanni

-

-

-

-

-

+

 

 

Laurencia brongniartii

-

-

+

-

-

-

 

 

Laurencia corymbosa

+

-

+

-

-

+

 

 

Laurencia crispa

-

-

+

-

-

-

 

 

Laurencia papillosa

-

-

-

-

+

-

 

 

Laurencia parvipapillata

-

+

-

-

-

+

 

 

Leveillea jungermannioides

-

-

-

-

-

+

 

 

Murayyellopsis dawsonii

-

-

-

+

-

-

 

 

Polysiphonia nigresens

-

-

-

-

-

+

 

 

Polysiphonia violacea

-

-

-

-

-

+

 

 

Tolypiocladia glomerulata

-

-

-

-

-

+

       Jumlah

spesies

114

18

25

41

29

25

54


Indeks Kesamaan Jaccards digunakan untuk menentukan peratusan persamaan spesies antara lokasi perbandingan (Jadual 4.3).  Berdasarkan nilai Indeks Kesamaan Jaccards (IKJ) yang diperolehi, didapati bahawa perbandingan yang dilakukan antara lokasi kajian dan Pulau Redang, Terengganu memberikan peratusan sebanyak 19.4%.  Perbandingan yang dilakukan antara lokasi kajian dengan Pulau Sulug, Sabah dan Pantai Merdeka, Kedah memberikan nilai yang sama iaitu 16.2%. Nilai peratusan yang diperolehi antara lokasi kajian dengan Pulau Besar, Melaka pula ialah 15.7%.  Nilai paling rendah diperolehi ialah 9% iaitu antara lokasi kajian dan Pulau Tioman, Pahang.  Nilai peratusan persamaan spesies antara lokasi kajian dengan Pulau Redang, Terengganu adalah lebih tinggi berbanding dengan Pulau Sulug, Sabah.  Ini kemungkinan kerana persekitaran Pulau Redang, Terengganu yang berpasir dan berbatu seakan-akan persekitaran lokasi kajian.  

Nilai peratusan Indeks Kesamaan Jaccards yang diperolehi secara keseluruhan adalah rendah.  Ini bererti persamaan spesies adalah rendah.  Walaupun Pulau Sulug terletak di Sabah iaitu berhampiran dengan lokasi kajian, namun nilai Indeks Kesamaan Jaccards yang diberikan adalah rendah iaitu hanya 16.2%.  Dalam hal ini, faktor persampelan memainkan peranan yang penting.  Faktor persampelan yang sedikit boleh menyebabkan jumlah spesimen yang dikumpul rendah. 

 

JADUAL 4.3   Nilai Indeks Kesamaan Jaccards (IKJ) di beberapa lokasi di Malaysia

(A=jumlah spesies di lokasi pertama, B=jumlah spesies di lokasi kedua, c=jumlah persamaan spesies di kedua-kedua lokasi)

 

Lokasi

A

B

c

% Indeks Kesamaan Jaccards

Pulau Gaya dan Pulau Sulug

18

25

6

16.2

Pulau Gaya dan Pulau Besar

18

41

8

15.7

Pulau Gaya dan Pantai Merdeka

18

25

6

16.2

Pulau Gaya dan Pulau Redang

18

25

7

19.4

Pulau Gaya dan Pulau Tioman

18

54

6

9.0

 

 

4.2          Kekunci ke peringkat divisi

1.

Alga makroskopik berwarna hijau…………………………………………

Chlorophyta

1.

Alga makroskopik berwarna bukan hijau…………………………...

2

2.

Alga makroskopik berwarna merah …………………………………...

Rhodophyta

2.

Alga makroskopik berwarna perang …………………………………..

Phaeophyta

 

4.4   Huraian spesies

4.4.1    Huraian spesies divisi Chlorophyta

 

Kekunci peringkat genus :

1.

Talus mempunyai percabangan ………………………………………………

2

1.

Talus tidak mempunyai percabangan …………………………………….

Valonia

2.

Talus berbentuk flabelat ………………………………………………….......

Halimeda

2.

Talus tidak berbentuk flabelat …………………………………………......

Cladophora

 

 

ORDER BRYOPSIDALES

FAMILI SIPHONOCLADALES

 

Halimeda J.V. Lamour.

Halimeda opuntia (L.) J.V. Lamour.                                                             

(Rajah 4.4a)

Talus berwarna hijau muda apabila masih hidup dan hijau keputihan apabila kering.  Kadar pengkalsitan adalah tinggi.  Talus berbentuk kelompok, melekat antara satu sama lain dan rizoid boleh ditemui di berbagai tempat terutamanya apabila segmen talus bersentuhan dengan substrat.  Segmen bersambungan di antara satu sama lain oleh sambungan yang mudah lentur.  Talus adalah leper dan mempunyai bahagian tulang tengah yang jelas.  Percabangan berlaku pada banyak bahagian permukaan.  Talus berdiameter antara 4-10 mm dan 3-7 mm panjang.  Talus juga mempunyai bentuk reniform atau flabelat. 

Habitat : Tumbuh di kawasan berpasir dan terumbu karang.

Taburan : Pulau Redang, Pantai Merdeka,  Pulau Sulug, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 22, 23, dan 24

 

P1010030

(a)

C

(b)

 

cladophora sp

(((c)

 

Valonia ventricosa

(d)

 

 

 


 

RAJAH 4.4   Rumpai laut divisi Chlorophyta  (a)  Halimeda opuntia (habit) 

(b)  Pensegmenan pada Cladophora catenata  (c)  Cladophora sp. 1 (habit)

(d)  Valonia ventricosa (habit)

 

 

ORDER CLADOPHORALES

FAMILI CLADOPHORACEAE

 

Cladophora Kόtz.

 

Kekunci peringkat spesies :

1.

Terdapat pensegmenan di setiap percabangan ……………………..

Cladophora catenata

1.

Tidak terdapat pensegmenan di percabangan ………………………

Cladophora sp. 1

 

Cladophora catenata (L.) Kόtz.                                                                       

(Rajah 4.4b)

Talus berbentuk jambak, tegak, dan membentuk hamparan padat. Tinggi 1-2 cm. Berwarna hijau terang ketika segar dan hijau keperangan apabila kering.  Percabangan tidak menentu, adakala dikotomi atau trikotomi, unilateral atau subpinat pada cabang yang sedikit melengkung. Apeks cabang membulat atau obtus. Pada bahagian percabangan terdapat struktur seakan-akan sendi. Talus adalah silinder.

Habitat : Di zon litoral cetek dan di atas batu atau batu karang di  kawasan pasang surut.

Taburan : Pulau Redang, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 31, 32

 

Cladophora sp. 1                                                                                               

(Rajah 4.4c)

Talus berwarna hijau keperangan.  Membentuk filamen-filamen yang halus dan tumbuh secara berkelompok atau merimbun  di atas substrat seperti batu atau serpihan terumbu karang.  Percabangan adalah dikotomi dan trikotomi.  Tidak terdapat sebarang pensegmenan atau pengecutan di bahagian percabangan.  Apeks talus adalah berbentuk obtus.

Habitat : Di atas batu atau serpihan terumbu karang.

Taburan : Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 25, 26, dan 27

 

ORDER SIPHONOCLADALES

FAMILI VALONIACEAE

 

Valonia C. Agardh

Valonia ventricosa J. Agardh                                                                          

 (Rajah 4.4d)

Tumbuhan berwarna hijau pekat atau hijau kekelabuan dan berisi cecair. Mudah dicam kerana bervesikel dan wujud secara tunggal atau dalam kumpulan kecil.  Bentuknya seakan-akan bebuli atau bebawang.  Vesikel senosit sfera, bujur atau piriform.  Pelekapan melalui rizoid pendek dari sel hapteron yang wujud di bahagian bawah talus.  Kebanyakannya tumbuh di atas terumbu karang di zon cetek.         

Habitat : Kawasan terumbu karang terutamanya di kawasan pasang surut.

Taburan : Pulau Sulug, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 30.

 

4.4.2  Huraian spesies bagi divisi Rhodophyta

Kekunci peringkat genus :

1.

Permukaan talus berbulu………………………………………………………….................

2

1.

Permukaan talus tidak berbulu... …………………………………………...................

3

2.

Bulu halus tersusun secara gegelang pada permukaan talus….................

Actinotrichia

2.

Bulu halus tidak tersusun secara gegelang pada permukaan talus............

Galaxaura

3.

Percabangan dengan apeks tajam ……………………………………………….............

Hypnea

3.

Percabangan dengan apeks tumpul …………………………………………………….......

4

4.

Cabang-cabang amat padat …………………………………………….......................

Laurencia

4.

Cabang-cabang tidak padat ……………………………………………........................

Gracilaria

 

 

ORDER BONNEMAISONIALES

 

FAMILI GALAXAURACEAE

 

Galaxaura J.V. Lamour.

Galaxaura oblongata (P.Ellis & Sol.) J.V. Lamour.                                  

(Rajah 4.5a & b)

Talus rimbun, padat, dan hidup secara berkelompok.  Warna merah samar atau sedikit kehijauan.  Banyak ditemui di kawasan berpasir dan substrat berbatu atau terumbu karang yang menerima ombak sederhana hingga kuat.  Permukaan talus adalah berbulu.  Pelekapan adalah melalui pelekap diskoid kecil.  Cabang adalah tegap.  Percabangan adalah dikotomi, fastigiat, tersebar dan membentuk sudut akut.  Diameter cabang 1-2 mm.  Talus sedikit berkalsit.  Cabang mudah pecah apabila kering.     

Habitat : Di atas batu karang atau celah-celah batu di zon litoral, turut ditemui di kawasan pasang surut yang terdedah kepada ombak sederhana hingga kuat.

Taburan : Pulau Bak-Bak, Pulau Tiga, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 9, 10, 11, dan 12.

 

ORDER CERAMIALES

 

FAMILI RHODOMELACEAE

 

Laurencia J.V. Lamour.

Laurencia corymbosa J. Agardh                                                              

(Rajah 4.5c & d)

Warna merah muda atau merah terang.  Talus rendang dan merimbun.  Percabangan berselang-seli serta sangat rapat antara satu sama lain.  Cabang paling hujung adalah pendek dan apeks membulat.  Percabangan amat rapat.  Mempunyai pelekap cakera.  Sel epidermis adalah lebih kecil berbanding sel korteks.  Paksi utama bgi sesuatu talus adalah nyata.

Habitat : Di atas batu dan batu karang di zon litoral.

Taburan : Tanjung Datu, Pulau Sibu, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 33.

 

g

(a)

galaxaura3

(b)

 

Laurencia corymbosa

(c)

L

(d)

 

Picture 022

(e)

 

g

(f)

RAJAH 4.5   Rumpai laut divisi Rhodophyta  (a) Galaxaura oblongata (habit) 

(b)  Permukaan berbulu pada Galaxaura oblongata  (c)  Laurencia corymbosa (habit)

 (d)  Laurencia corymbosa (talus)  (e)  Gracilaria salicornia (habit)  (f)  Pensegmenan klavat Gracilaria salicornia

 

ORDER GIGARTINALES

 

FAMILI GRACILARIACEAE

 

Gracilaria Grev.

 

Kekunci peringkat spesies:

1.

Talus bersegmen seperti klavat …………………………………...........

Gracilaria salicornia

1.

Talus tidak bersegmen seperti klavat ……………………………........

Gracilaria verrucosa

 

Gracilaria salicornia (C. Agardh) Dawson                                               

(Rajah 4.5e & f)

Warna kehijauan atau kekuningan.  Berawan.  Talus tegak, melata, prostrat di beberapa bahagian dan membentuk kelompok sespitos.  Percabangan tidak teratur dan adakalanya berselang-seli.  Percabangan adalah dikotomi hingga tetrakotomi.  Cabang silinder.  Talus mempunyai segmen-segmen berbentuk klavat.  Segmen klavat mengecut di pangkal dan berkembang secara mendadak menjadi kepala globos.  Segmen terakhir pada sesuatu talus lebih pendek.  Keratan rentas bentuk bulat dengan sel korteks yang bersaiz agak besar.

Habitat : Di atas pasir, batu, banyak ditemui di kawasan litoral dan pasang-surut.

Taburan : Pantai Merdeka, Batu Ferringhi, Pulau Sibu, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 34.

 

Gracilaria verrucosa (Huds.) Papenf.                                                       

(Rajah 4.6a&b)

Talus rimbun dan berawan.  Warna ungu kemerahan hingga kehijauan.  Fron leper dan rata.  Percabangan tidak menentu.  Adakalanya percabangan adalah secara dikotomi atau berselang-seli.  Struktur pelekapan berupa cakera diskoid.  Cabang terakhir ada kalanya berbentuk tanduk rusa.  Bahagian permukaan talus mempunyai banyak struktur reproduktif atau sistokarp yang berupa bonjolan-bonjolan kecil yang bulat dan tersembul.  Keratan rentas menunjukkan sel korteks yang besar. 

Habitat : Di kawasan air surut, cetek serta terdapat di zon antara pasang surut.

Taburan : Pantai Merdeka, Pulau Redang, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 5, 6, 7.

 

FAMILI HYPNEACEAE

 

Hypnea J.V. Lamour.

 

Hypnea pannosa J. Agardh                                                                   

(Rajah 4.6c,d&e)

Warna merah keunguan atau kehijauan.  Talus subrawan, membentuk sespitos kusut dengan jelas. Talus tegap. Percabangan berselang-bertentangan, tidak menentu, dan membentuk sudut yang lebar.  Mempunyai duri-duri tajam di hujung percabangan talus.  Talus mempunyai ciri-ciri tegap dan tebal.  Tiada pengecutan atau pensegmenan di pangkal percabangan.  Anak cabang adalah pendek, tidak padat dan disusun secara berselang-seli.  Keratan rentas menunjukkan bahagian medula yang besar.

Habitat : Kawasan berbatu, terdedah sedikit kepada ombak, atau berhampiran kawasan batu karang.

Taburan : Pulau Redang, Tanjung Datu, Pulau Sulug, Pulau Gaya

Spesimen diperiksa : NS 1, 2, 3, dan 4.

 

 

Picture 030

(a)

g

(b)

 

pannosa

(c)

Hypnea

(d)

 

editpannosa cs

(e)

a

(f)

 

RAJAH 4.6 Rumpai laut divisi Rhodophyta (a) Gracilaria verrucosa (habit) 

(b)  Sistokarpa pada permukaan Gracilaria verrucosa  (c)  Hypnea pannosa (habit) 

(d)  Apeks akut pada Hypnea pannosa  (e) Keratan rentas Hypnea pannosa

 (f)  Actinotrichia fragilis (habit)

 

ORDER NEMALIALES

 

FAMILI CORALLINACEAE

 

Actinotrichia fragilis (Forsk.) Bfrgesen                                                           

(Rajah 4.6f)

Talus merimbun.  Warna adalah hijau muda atau sedikit merah samar.  Talus tegap. Percabangan dikotomi dan membentuk sudut akut.  Cabang berdiameter 1 mm atau kurang.  Hujung talus adalah trunkat atau obtus.  Permukaan talus berbulu halus.  Bulu-bulu halus pada permukaan talus disusun secara gegelang.  Kadar pengkalsitan adalah tinggi.

Habitat : Kawasan terumbu karang

Taburan : Pulau Gaya.

Spesimen dperiksa : NS 13, 14, dan 15

 

4.4.3  Huraian spesies bagi divisi Phaeophyta

 

Kekunci peringkat genus :

 

1.

Daun tebal berdaging ………………………………………………………..............

Turbinaria

1.

Daun tidak tebal berdaging ……………………………………………………………..

2

2.

Dedaun berbentuk flabelat ……………………………………………………….......

3

2.

Dedaun tidak berbentuk flabelat……………………………………................

Sargassum

3.

Terdapat garisan berbulu pada permukaan talus ……………………………

Padina

3.

Tidak terdapat garisan berbulu pada permukaan talus ……………………

Lobophora

 

ORDER DICTYOTALES

 

FAMILI DICTYOTACEAE

 

Lobophora J. Agardh

Lobophora variegata (J.V. Lamour.) Womersley                                 

(Rajah 4.7a & b)

Warna perang gelap atau sedikit jingga.  Talus berbentuk kipas atau reniform dan leper.  Melekat keseluruhannya di substrat dengan rizoid yang terdapat di bahagian bawah talus.  Keratan rentas menunjukkan medula terdiri daripada sel berbentuk kuboid yang lebih besar dari yang lain.  Bahagian permukaan atas dan bawah sel dilingkungi dengan lapisan sel korteks yang kuboid dan kecil. 

Habitat : Di zon pasang surut serta dataran terumbu karang.

Taburan : Pantai Merdeka, Pulau Sulug, Port Dickson, Pulau Perhentian, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 28 dan 29.

 

Padina Adans.

 

Padina australis Hauck                                                                                     

(Rajah 4.7c)

Talus adalah besar dan berwarna kuning kehijauan.  Terdiri daripada beberapa lobus yang berbentuk seperti kipas.  Organ pelekapan berbentuk diskoid kecil.  Di permukaan talus terdapat garisan-garisan berbulu halus yang lebar dan sempit.  Garisan-garisan di permukaan bawah talus berselang-seli dengan permukaan atas talus.  Di garisan di mana terdapat bulu-bulu halus wujud sorus yang tidak berindusium.  Keratan rentas menunjukkan lapisan sel setebal 2 lapisan.

Habitat : Di atas batu berpasir dan serpihan terumbu karang.

Taburan : Pulau Besar, Pulau Redang, Port Dickson, Pulau Sibu, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 48.

lobophora

(a)

 

 

editL

 

(b)

 

padina

(c)

P1010265

(d)

 

P1010279

(e)

P1010259

(f)

 

 

RAJAH 4.7  Rumpai laut divisi Phaeophyta  (a) Lobophora variegata (habit)  (b) Keratan rentas Lobophora variegata  (c) Padina australis (habit)  (d) Sargassum crassifolium (habit) (e) Sargassum cristaefolium (habit)  (f) Sargassum illicifolium (habit)

       

       

ORDER FUCALES

 

FAMILI SARGASSACEAE

 

Sargassum C.Agardh

 

Kekunci peringkat spesies :

1.

Kriptostom banyak dan jelas……………………………………………………….....

2

1.

Kriptostom sedikit dan tidak jelas ……………………………………………………

Sargassum cristaefolium

2.

Tulang tengah jelas dan berterusan ke apeks …………………………………

Sargassum polycystum

2.

Tulang tengah tidak jelas dan tidak berterusan ke apeks……………....

3

3.

Margin berduplikat ……………………………………….………………………………....

Sargassum crassifolium

3.

Margin tidak berduplikat …………………………………………………………………..

Sargassum illicifolium

 

Sargassum crassifolium                                                                                    

(Rajah 4.7d)

Talus berwarna perang.  Mempunyai pelekap diskoid.  Cabang adalah tegap dan licin.  Dedaun tebal dan berbentuk lanseolat atau oblanseolat.  Apeks daun adalah obtus.  Kriptostoma bertaburan di seluruh dedaun atau tersusun dalam barisan di sepanjang Tulang tengah.  Kriptostomata juga adalah jelas dan banyak.  Margin daun berduplikat.  Tulang tengah daun kurang jelas dan tidak berterusan ke bahagian apeks daun.

Habitat : Kawasan terumbu karang.

Taburan : Pantai Bak-Bak, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 53

 

Sargassum cristaefolium C. Agardh                                                                 

(Rajah 4.7e)

Tumbuhan besar dengan pelekap diskoid kecil.  Warna perang gelap atau perang kekuningan.  Dedaun lebar dan dikelilingi gerigi yang dentat.  Lebar daun di bahagian pangkal adalah hampir sama dengan bahagian hujung aksil daun.  Aksil daun obtus.  Anak cabang disusun secara berselang seli.  Vesikel berbentuk globul, melekat pada bahagian tangkai daun.  Kriptostom pada permukaan daun adalah sedikit, tidak jelas atau tiada langsung.

Habitat : Di atas batu zon litoral hingga kawasan ombak kuat.

Taburan : Pulau Redang, Port Dickson, Pulau Tioman, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 42.

 

Sargassum illicifolium (Turner) C. Agardh                                                      

(Rajah 4.7f)

Talus berwarna perang kekuningan atau perang gelap.  Percabangan berselang-seli.  Dedaun berbentuk lanseolat atau ovat.  Hujung dedaun berbentuk obtus.  Bahagian margin daun bergerigi dentat atau serat yang tidak sekata.  Kriptostom jelas dan bertaburan di seluruh dedaun.  Tulang tengah tidak jelas dan tidak berterusan ke bahagian apeks daun.

Habitat : Di atas batu di zon pasang surut hingga pertengahan litoral yang terdedah kepada ombak laut.

Taburan : Port Dickson, Tanjung Datu, Pulau Tioman, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 49.

 

Sargassum polycystum C. Agardh                                                             

(Rajah 4.8a,b&c)

Talus perang kekuningan.  Pelekap berbentuk rizoid dan bercakera.  Cabang adalah tegap, diameter 1.5-2 mm.  Daun berbentuk ovat, oblong atau oblanseolat.  Tepi daun bergerigi dentat.  Tulang tengah adalah jelas dan biasanya berterusan ke bahagian apeks.  Kriptostom adalah jelas dan bertaburan di seluruh dedaun. 

Habitat : Di atas terumbu karang di zon pasang surut.

Taburan : Pantai Merdeka, Pulau Sulug, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 52

 

Turbinaria J.V. Lamour.

 

Kekunci peringkat spesies :

1.

Bentuk daun bulat atau segitiga yang sekata ………………………..........

Turbinaria ornata

1.

Bentuk daun bulat atau segitiga yang tidak sekata ………………………..

Turbinaria conoides

 

Turbinaria conoides (J. Agardh) Kόtz.                                                           

(Rajah 4.8d)

Talus berwarna perang gelap, tegak dan liat.  Pelekap keras, bercabang dan jenis rizoid.  Cabang dedaun adalah berselang-seli.  Dedaun tebal bak daging.  Dedaun berbentuk segitiga atau bulat tetapi tidak sekata.  Adakalanya satu bahagian daun bergerigi dan satu bahagian lain tidak.  Paksi adalah tegap.  Reseptakel berkelompok atau berumpun. 

Habitat : Atas batu, dikawasan terumbu karang yang berpasir dan tidak terdedah kepada pergerakan air yang terlalu kuat.

Taburan : Pulau Sulug, Pantai Bak-Bak, Port Dickson, Pulau Sibu, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : NS 54.

 

P1010009

(a)

sargassum

(b)

 

P1010008

(c)

P1010004

(d)

 

P1010064

(e)

T

(f)

 

RAJAH 4.8 Rumpai laut divisi Phaeophyta (a) Pundi udara pada permukaan daun Sargassum  (b) Kriptostom pada permukaan daun Sargassum  (c)  Sargassum polycystum (habit)  (d) Turbinaria conoides (habit)  (e) Turbinaria ornate (habit)    (f) Keratan rentas daun Turbinaria

 

Turbinaria ornata (Turner) J. Agardh                                                          

(Rajah 4.8e&f )

Talus tegak. Berwarna perang gelap dengan pelekap yang kasar dan bercabang.  Mempunyai cakera kecil di hujung pelekap. Paksi tegak yang menyokong dedaun disusun secara berselang seli.  Dedaun mempunyai diameter 12-18 mm.  Dedaun tebal dan liat dengan dikelilingi gigi yang kasar serta tajam.  Bentuk daun adalah segitiga sekata atau sedikit bulat dengan bahagian tengah daun yang agak cengkung ke dalam.  Daun disusun secara berselang-seli atau polistikus.   

Habitat : Terumbu karang yang menerima ombak kuat, boleh hidup di substrat batu karang yang keras hingga kawasan berpasir di kawasan tenang.

Taburan : Pulau Tioman, Port Dickson, Pulau Redang, Pulau Gaya.

Spesimen diperiksa : 16, 17, dan 18.

   

KESIMPULAN

Sebanyak 18 spesies rumpai laut yang terdiri daripada tiga divisi iaitu Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta telah ditemui. Divisi Phaeophyta menyumbangkan jumlah spesies paling tinggi iaitu sebanyak lapan spesies.  Kelapan-lapan spesies ini tergolong dalam dua order iaitu Dictyotales dan Fucales serta dua famili iaitu Dictyotaceae dan Sargassaceae.  Divisi Rhodophyta pula menyenaraikan enam spesies.  Keenam-enam spesies yang direkodkan terdiri daripada empat order dan lima famili.  Rumpai laut dalam divisi Chlorophyta hanya mencatatkan empat spesies daripada tiga order dan tiga famili.  Sargassum didapati merupakan genus terbesar di kawasan kajian ini di mana ia menyumbang sebanyak empat spesies. 

Berdasarkan perbandingan yang dilakukan dengan beberapa kajian terdahulu, didapati bahawa peratusan Indeks Kesamaan Jaccards secara keseluruhan adalah rendah.  Perbandingan antara lokasi kajian dengan Pulau Redang, Terengganu memberi nilai paling tinggi iaitu 19.4%.  Perbandingan paling tinggi pula diperolehi antara lokasi kajian dengan Pulau Tioman, Pahang.

 

 

RUJUKAN

 

 

Ahmad, I.  1995.  Rumpai Laut Malaysia.  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Ahmad, I. & Suzana, S.  1989.  Alga Marin Pulau Sibu, Semenanjung Malaysia : Chlorophyta.  Sains Malaysiana.  18(3) : 139-153

 

Alexopoulus, C.J. & Bold, H.C.  1967.  Algae and Fungi.  New York : The MacMillan Company.

 

Asmida, I.  2000.  Kajian Taburan dan Kelimpahan Makroalga Pulau Tinggi, Johor.  Tesis SmSn (Kep), Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

 

Chapman, V.J. & Chapman, D.J.  1973.  The Algae.  New York : MacMillan & Company.

 

Chapman, V.J. & Chapman, D.J.  1980.  Seaweeds and Their Uses.  New York : Chapman & Hall

 

Cheng, A.S.  1990.  Makroalga Marin Berilustrasi di Pulau Redang dan Pulau-pulau Berdekatan.  Tesis SmSn (Kep), Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

 

David, M.  1997.  Kajian Kepelbagaian Alga Bentik di Pulau Besar, Melaka.  Tesis SmSn (Kep), Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Dixon, P.S.  1973.  Biology of the Rhodophyta.  Edinburgh : Oliver & Boyd.

 

Dring, M.J.  1986.  The Biology of Marine Plants.  Australia.  Edward Arnold.

 

Fritsch, I.  1971.  The Structure and Reproduction of the Algae. Volume I.  London : Macmillan.

 

Fritsch, I.  1972.  The Structure and Reproduction of the Algae. Volume II.  London : Macmillan.

 

Ghazally, I.  1987.  Marine Algal Resources in Malaysia with Particular Emphasis on Sabah State.  London : Commonwealth Science Council.

 

Halipah Bujang.  2003.  Makroalga Marin di Tanjung Datu, Sarawak.  Tesis SmSn (Kep) Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Jenkins, D.V.  1976.  Present and Future National Park Sabah.  Malayan Nature Journal. 29(254) : 75-76

 

Johnson, A.  1969.  Algae and Man.  Kuala Lumpur ; Universiti Malaya.

 

Kumar, H.D. & Singh, H.D.  1979.  A Textbook on Algae.  London : MacMillan press Ltd.

 

Lee, R.E.  1980.  Phycology.  New York : Press Syndicate of the University of Cambridge.

 

Morris, I.  1967.  An Introduction to the Algae.  London : Hutchinson.

 

Muhd. Solihin.  2004.  Taburan dan Kepelbagaian Rumpai Laut Pulau Sulug di Taman Tunku Abdul Rahman, Sabah.  Tesis SmSn (Kep) Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia.  .

 

Nor Akmanizam, F.  1998.  Kajian Kepelbagaian Alga Marin di Sekitar Kawasan Pantai Merdeka, Kedah.  Tesis SmSn (Kep) Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia.  .

 

Norizan, M.A.  1992.  Kajian Taksonomi Gracilaria (Rhodophyta) dan Pengkulturannya.  Tesis SmSn (Kep) Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia.  .

 

Nor Farisahwati, A.G.  2001.  Kajian Kepelbagaian Rumpai Laut Pulau Redang dan Pulau-pulau Berdekatan.  Tesis SmSn (Kep) Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia.  .

 

Paciente, A.C.  1980.  Taxonomy and Distribution of Phillipine Useful Seaweeds.  Phillipines : National Research Council.

 

Phang, S.M.  1989.  Rumpai Laut Cape Rachado, Port Dickson.  Malaysian Nature Journal. 43 : 84-95

 

Pritchard, H.N. & Bradt, P.T.  1984.  Biology of Nonvascular Plants.  New York : Times Mirror Publishers.

 

Prescott, G.W.  1978.  The Algae : A Review.  Boston : Houghton Mifflin.

 

Round, F.E.  1973.  The Biology of the Algae.  London : Edward Arnold.

 

Rusea, G.  1989.  Komuniti Makroalga di Zon Litoral dan Sublitoral di Pulau Tioman, Pahang.  Tesis SmSn (Kep) Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia.  .

 

Sivalingam, P.M.  1977.  Algal Zonation Pattern at Batu Feringhi.  Sains Malaysiana.  6(2) : 153-163

 

Smith, G.M.  1951.  Manual of Phycology.  New York : The Ronald Press.

 

Surey-Gent, S. & Morris, G.  1987.  Seaweed : A User`s Guide.  London : Whittet Books.

 

Suzana, S.  1996.  Taburan Makroalga di Pulau Sibu, Johor.  Tesis SmSn (Kep) Jabatan Botani, Universiti Kebangsaan Malaysia.  .

 

Sze, P.  1986.  A Biology of the Algae.  Iowa : Wm C. Brown Publisher.

 

Trainor, F.R.  1978.  Introduction Phycology.  New York : John Wiley & Sons.

 

Trono, G.C.  2004.  Field Guide and Atlas of the Seaweed Resources of the Philipine.  Phillipine : Department of Agriculture.

 

Trono, G.C. & Ganzon-Fortes, E.T.  1987.  Phillipine Seaweed.  Phillipine : National Research Council.

 

Tseng, C.K.  1984.  Common Seaweeds of China.  Beijing : Science Press.

 

Yamaji, I.  1984.  Illustrations of the Marine Plankton of Japan.  Japan : Hoikusha Publishing.    

 

Klavat

:  Bentuk belantan

Korteks

:  Tisu talus di antara epidermis dengan medulla

Kriptostomata

:  Konseptakel steril dalam Fucales

Krustos

:  Berkerak

Lanseolat

:  Sempit dan menirus di kedua-dua bahagian

Litoral

:  Zon laut yang sederhana cetek

Lobus

:  Bahagian yang terbelah dengan dalam pada fron

Medula

:  Kawasan dalaman talus

Midrib

:  Tulang tengah pada fron

Musilaj

:  Seperti agar-agar berlendir

Oblanseolat

:  Melebar di atas dari tengah dan menirus ke bahagian bawah

Obovat

:  Ovat songsang dengan hujung lebar di atas dan hujung sempit di

   bawah

Obtus

:  Bulat sedikit di hujung

Ovat

:  Dua kali ganda atau kurang panjang daripada lebar, paling lebar di

   bawah dan menyempit ke atas

Parenkima

:  Tisu padat yang dibentuk oleh sebahagian sel pada semua satah

Piriform

:  Bentuk buah pear

Polistikus

:  Banyak tempat atau kedudukan

Prostrat

:  Leper di atas permukaan

Polisifon

:  Terdiri daripada sel aksial yang masing-masing dikelilingi

   cecincin sel yang haploid

Rawan

:  Keras dan kuat

Reniform

:  Bentuk buah pinggang

Resptakel

:  Penyangga

Rizoid

:  Filamen yang berfungsi sebagai organ pelekap

Senosit

:  Talus yang tidak mempunyai dinding melintang

Serat

:  Mempunyai gigi yang halus dan tajam serta menghala ke luar

Sespitos

:  Bergugusan

 

Sifon

 

:  Talus bentuk tubul yang tiada septum atau dinding rentas semasa

   fasa vegetatif

Sistokarp

:  Jasad yang terhasil akibat persenyawaan

Sorus

:  Sekumpulan atau gugusan organ pembiakan

Spinos

:  Dilengkapi duri

Stip

:  Seperti batang bahagian basal talus yang terletak atas dari pelekap

Substrat

:  Sesuatu objek yang padanya terdapat pertumbuhan alga

Substratum

:  Objek yang mempunyai alga padanya

Talus

:  Jasad tumbuhan vegetatif yang mudah tidak berbezakepada daun,

   batang dan akarsebenar

Teret

:  Dengan keratan melintang yang membulat

Trikotomi

:  Segitiga mempunyai tiga sudut atau penjuru

Trunkat

:  Lebar di bahagian hujung

Unilateral

:  Wujud atau berkembang pada satu belah sahaja

Vesikel

:  Pembengkakan globul berdinding nipis