Kajian Kepelbagaian Rumpai Laut Di Teluk Genting, Pulau Tioman, Pahang - Nur Zarina Hanim Binti Masod

 

 

PENDAHULUAN

1.1          Pengenalan

Bidang algologi atau juga dikenali sebagai fikologi merupakan satu bidang yang berkaitan dengan rumpai laut. Di Malaysia, bidang ini masih lagi di tahap awal. Tidak banyak kajian menyeluruh dan terperinci mengenai rumpai laut dilakukan. Menurut Terada et al. (2000), masih banyak spesies alga marin bentik dari Malaysia perlu direkod dan diberi perhatian yang sewajarnya. Kekurangan penyelidikan ke atas tumbuhan ini menyebabkan rekod dan data rumpai laut masih terhad serta maklumat tentang rumpai laut tidak banyak diterbitkan. Hal ini menimbulkan banyak masalah dalam mengenalpasti spesimen rumpai laut memandangkan kesukaran mendapatkan bahan rujukan yang sesuai. Bilangan spesies rumpai laut di negara ini sehingga kini masih belum dapat dianggarkan dengan tepat.

Risiko kehilangan sumber berharga ini pada masa hadapan telah meningkatkan kesedaran di kalangan para penyelidik tempatan untuk menjalankan kajian bagi memastikan rumpai laut ini tidak terancam dari kepupusan. Tambahan pula, perkembangan terkini menunjukkan beberapa spesies rumpai laut mempunyai nilai komersial yang tinggi seperti nilai perubatan, bahan makanan dan bahan yang digunakan dalam industri. Malaysia mempunyai sumber rumpai laut yang tinggi (Phang 1984). Kekayaan rumpai laut di Malaysia kini telah giat diterokai memandangkan potensi mengeksplotasinya adalah begitu besar. Kepentingan dan kepenggunaannya dalam industri dilihat sebagai suatu prospek yang positif. Namun begitu, pengetahuan taksonomi rumpai laut adalah penting sebelum kita mengeksplotasinya untuk tujuan komersial.

Kajian terdahulu telah membuktikan keanekaan rumpai laut yang terdapat di Malaysia. Phang telah berjaya merekodkan sebanyak 261 takson rumpai laut yang terdapat di Malaysia (Phang & Ching 2004). Abang Al-Amin yang telah membuat kajian kepelbagaian rumpai laut di sekitar perairan Desaru, Johor tahun 1997 mendapati sebanyak 31 spesies rumpai laut dari 25 genus dan 18 famili telah direkod. Sebanyak 16 spesies dari divisi Chlorophyta, sembilan spesies dari divisi Rhodophyta dan enam spesies dari divisi Phaeophyta telah dikenalpasti. Caulerpa merupakan genus yang berjaya mendominasi kawasan kajian. Rumpai laut yang sering dijumpai ialah Caulerpa, Cladophora, Avrainvillea, Halimeda, Enteromorpha, Sargassum, Padina, Gracilaria dan Laurencia.

Pada tahun 2001, Nor Farisahwati telah merekodkan 21 spesies di Pulau Redang dan pulau-pulau yang berdekatan di sekitar Terengganu. Hasil kajiannya mendapati divisi Phaeophyta diwakili oleh lapan spesies, divisi Chlorophyta diwakili oleh tujuh spesies manakala divisi Rhodophyta pula diwakili oleh enam spesies. Genus-genus seperti Halimeda, Caulerpa dan Dictyota dilaporkan kerap ditemui.

Kajian kepelbagaian rumpai laut di Teluk Sembawang, Pulau Banggi, Kudat, Sabah telah dilakukan oleh Uraiya pada tahun 2004. Sebanyak 24 spesies rumpai laut telah disenaraikan. Divisi Chlorophyta mewakili sembilan spesies daripada empat famili. Divisi Phaeophyta mewakili lapan spesies dari dua famili dan lima genus. Bilangan spesies terendah didapati daripada divisi Rhodophyta iaitu hanya tujuh spesies yang tergolong dalam lima famili dan tujuh genus. Genus yang paling banyak ialah genus Halimeda dengan empat spesies iaitu Halimeda macroloba, Halimeda opuntia, Halimeda discoidea dan Halimeda incrassata.

 

1.2    OBJEKTIF KAJIAN

Pulau Tioman mempunyai pelbagai jenis khazanah laut terutamanya rumpai laut yang masih belum diterokai sepenuhnya. Oleh hal yang demikian, kajian yang dijalankan ini dapat memperkemaskan maklumat kepelbagaian rumpai laut yang sedia ada dan menjadi rujukan serta panduan kepada para penyelidik pada masa hadapan.

Objektif kajian adalah seperti berikut:

  1. Menentukan kepelbagaian spesies rumpai laut yang terdapat di Teluk Genting, Pulau Tioman.
  2. Menilai tahap kepelbagaian rumpai laut di lokasi kajian dengan beberapa kawasan kajian yang lain.

 

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1          Pengenalan Rumpai Laut Secara Am

 

Rumpai laut tergolong dalam kumpulan tumbuhan peringkat rendah yang dikenali sebagai alga. Istilah alga mula diperkenalkan oleh seorang ahli taksonomi dari Sweden bernama Linnaeus pada tahun 1974 (Ahmad Ismail 1995). Tumbuhan ini merupakan satu-satunya tumbuhan marin daripada kumpulan Kriptogamia yang diklasifikasikan dalam filum Thallophyta. Flora marin ini sangat unik kerana ia tidak mempunyai sistem vaskular yang tidak dibezakan kepada akar, batang dan daun sebenar (Chapman & Chapman 1980). Tumbuhan ini juga tidak berbuah,berbiji dan berbunga.

Jasad rumpai laut dikenali sebagai talus terdiri daripada unisel, koloni atau filamen bergantung kepada spesies-spesies tertentu. Bagi bentuk yang lebih kompleks, talus dibezakan kepada pelekap, stip dan lamina (Trono 1997). Bahagian pelekap menyerupai struktur bak akar yang berperanan memegang substrat dengan kukuh. Bahagian stip pula menyerupai struktur stem yang berfungsi menyokong dedaun. Manakala lamina ialah bahagian talus yang menjalankan fotosintesis.

Pelbagai definisi mengenai rumpai laut telah dibuat oleh para penyelidik mengikut ciri-ciri tertentu. Boney (1966) mentakrifkan rumpai laut sebagai hidupan yang berpigmen dan tidak berpigmen serta terdiri daripada tumbuhan autotrofik yang mengandungi pigmen-pigmen tertentu. Trainor (1978) pula mendefinisikan alga sebagai sekumpulan tumbuhan yang tidak bervaskular yang tidak dapat dibezakan kepada akar, batang dan daun. Kebanyakan ahli fikologi menggunakan definisi yang diperkenalkan oleh Fritsh (1935) iaitu kecuali jika batasan-batasan palsu ditetapkan,

nama rumpai mesti meliputi semua organisma halofit (serta banyak lagi terbitannya tidak berwarna) yang tidak dapat mencapai peringkat pembezaan yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan tumbuhan arkegoniat.

Flora marin ini mempunyai pelbagai nama yang unik di beberapa buah negara. Sebagai contoh, di Pulau Hawai rumpai laut dikenali sebagai limu dan di Guam pula, alga dikenali sebagai somoa. Masyarakat Tahiti mengenali rumpai laut sebagai rimu (Chapman 1964). Manakala di Malaysia, masyarakat tempatan memanggil alga sebagai selaga (Suzana 1988), lumut air dan ada juga yang memanggilnya sebagai bebuih kolam.

 

2.2    Pengelasan Rumpai laut

Ahli-ahli taksonomi bergantung kepada ciri-ciri tertentu seperti pigmen fotosintesis, jenis bahan makanan simpanan, komposisi dinding sel, ciri morfologi, sitologi, kemotilan dan pembiakan dalam membuat pengelasan rumpai laut.

 

2.2.1 Pigmen Fotosintesis

Pada mulanya, rumpai laut dikelaskan berdasarkan warna (Ahmad Ismail 1995). Kumpulan utama rumpai laut terbahagi kepada tiga divisi iaitu alga merah (Rhodophyta), alga hijau (Chlorophyta), alga perang (Phaeophyta). Penentuan ini dilakukan berdasarkan pigmen-pigmen dominan yang terdapat di dalam plastid seperti klorofil, karotenoid dan Fikobilin. Pigmen-pigmen tersebut memberikan warna-warna tertentu bagi sesuatu tumbuhan (Trono 1988).

 

2.2.2 Makanan Simpanan

Makanan simpanan amat penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan sel rumpai laut. Makanan simpanan diperolehi hasil daripada proses fotosintesis dan disimpan di dalam plastid. Setiap jenis rumpai laut mempunyai makanan simpanan yang berbeza-beza mengikut divisi masing-masing. Contoh bahan makanan yang terdapat pada rumpai laut ialah kanji, lemak, minyak dan laminarin.

 

2.2.3  Komposisi Dinding Sel

Komposisi dinding menjadi salah satu ciri yang penting dalam melakukan pengelasan ke atas rumpai laut. Dinding sel berfungsi untuk memberi perlindungan dan sokongan kepada sel. Bahan yang membentuk dinding sel ialah selulosa, asid alginik, fukoidan, xilan dan sebagainya. Penentuan kimia dinding sel memerlukan teknik canggih seperti analisis kimia atau penggunaan mikroskop elektron.

 

2.2.4  Ciri Morfologi

Kumpulan alga boleh dikenali melalui ciri morfologi talus spesimen yang diperolehi. Pemerhatian terhadap struktur sel, morfologi talus yang terbentuk, susunan sel dan kedudukan serta aturan filamen membantu dalam proses pengecaman dan pengelasan.

 

2.2.5 Sitologi

Pengelasan rumpai laut juga boleh dilakukan berdasarkan ciri sitologi yang terdapat pada rumpai laut. Ciri ini terbahagi kepada dua iaitu eukariot dan prokariot. Semua rumpai laut adalah eukariot iaitu mempunyai kloroplas yang dikelilingi oleh dua atau lebih membran kecuali ahli Cyanophyta yang bersifat prokariot.

 

2.2.6  Kemotilan

Kemotilan berkait rapat dengan kehadiran flagelum. Flagelum membantu dalam pergerakan rumpai laut dari satu tempat ke kawasan lain. Kedudukan, bilangan dan jenis flagelum adalah berbeza-beza dalam sesuatu divisi kecuali divisi Rhodophyta dan Cyanophyta tidak mempunyai flagelum. Kebanyakan alga tidak aktif bergerak pada peringkat dewasa, tetapi menghasilkan sel yang bergerak semasa pembiakan.

 

2.2.7  Pembiakan

Rumpai laut boleh membiak secara seks atau aseks. Pembiakan secara seksual berlaku apabila gamet dari dua gamet individu yang berbeza bercantum menghasilkan generasi baru yang mempunyai genetik daripada kedua-dua induk. Pembiakan aseks pula tidak melibatkan percantuman gamet-gamet (Teo & Wee 1983). Pembiakan aseks dijalankan dengan cara penyebaran zoospora dan penghasilan aplanospora atau melalui pemecahan bentuk filamen (Phang 1985).

 

2.3  Divisi Utama Rumpai Laut

Menurut Ahmad Ismail (1995), terdapat tiga divisi utama rumpai laut iaitu Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta yang mempunyai ciri yang berbeza-beza di antara satu sama lain serperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

 

Jadual 2.1  Ciri diagnosis Chlorophyta, Phaeophyta dan Rhodophyta

Divisi

Chlorophyta

Phaeophyta

Rhodophyta

Pigmen

Klorofil a, b; xantofil

Klorofil a, c; β-karoten; xantofil termasuk  fukoxantin

Klorofil a, d, c; fikosianin dan fikoeritrin; α dan β-karoten

Plastid

2 – 6; tilakoid

3; tilakoid

Tilakoid terasing

Makanan simpanan

Kanji

Laminarin; manitol

Kanji floridean

Dinding sel

Selulosa

Selulosa; asid arginik

Selulosa, xilan dan pektin

Flagelum (bilangan, jenis dan selitan)

2, 2 – 8; permukaan licin; secara apikal; sama panjang

2; tidak sama panjang; lateral

Tiada

 

2.3.1  Chlorophyta

Kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan 7000 spesies dalam divisi Chlorophyta boleh ditemui di persekitaran air tawar dan daratan kerana divisi ini tahan terhadap cahaya terik, manakala selebihnya menduduki persekitaran samudera. Chlorophyta dikenali sebagai alga hijau disebabkan warna hijau rumputnya yang terhasil daripada pigmen fotosintesis yang didominasi oleh klorofil a dan yang terletak di dalam plastid (Dawes 1981). Makanan simpanan yang utama ialah kanji. Pada amnya, dinding sel alga hijau terdiri daripada lapisan luar bahan pektik dan lapisan dalam selulosa. Flagelum boleh didapati pada sesetengah ahli dalam bilangan dua atau empat dari jenis akronematik dan mempunyai saiz yang sama panjang. Kebanyakan ahli alga hijau ini menunjukkan struktur talus mikroskopik dan unisel atau berfilamen. Hanya sedikit sahaja yang mempunyai talus jenis kompleks. Divisi Chlorophyta yang terdapat di Malaysia terdiri daripada 48 spesies dengan 20 genus dan sebelas famili serta lima order (Ahmad Ismail 1995). Contoh genus Chlorophyta ialah Caulerpa, Halimeda dan Ulva.

 

2.3.2  Phaeophyta

Divisi Phaeophyta merupakan kumpulan alga yang sebahagian besar spesiesnya terdapat di laut terutamanya di zon litoral. Bilangan spesies rumpai laut ini dianggarkan menghampiri 1000 spesies (Dutta 1974). Divisi ini juga dikenali sebagai alga perang. Warna perang tersebut terhasil daripada kedominan pigmen perang iaitu fukoxantin yang terkandung dalam plastid. Pigmen fotosintetik lain ialah klorofil a dan c serta xantofil iaitu fukoxantin dan diatoxantin (Major 1977). Makanan simpanan yang utama ialah laminarin dan manitol. Juzuk-juzuk khusus dalam dinding sel yang terdiri daripada lapisan luar bahan pektik (alginat) dan lapisan dalam selulosa. Pada bahagian tepi sel terdapat dua flagelum yang tidak sama panjang (1 akronematik, 1 pantonematik). Talus alga perang dapat dibezakan daripada jenis filamen bercabang sehinggalah kepada jenis pelekap, stip dan lamina. Di Malaysia, divisi Phaeophyta ini mewakili sebanyak 27 spesies daripada 12 genus, lima famili dan empat order. Contoh genus Phaeophyta ialah Dictyota, Sargassum dan Padina.

 

2.3.3  Rhodophyta

Divisi Rhodophyta pula dikenali sebagai alga merah. Kedominan pigmen fikoeritrin memberikan warna merah pada ahli dalam divisi ini. Dawes (1981) menganggarkan sebanyak 4000 spesies alga makroskopik dan kebanyakannya adalah alga marin kerana alga merah sangat peka terhadap cahaya. Pigmen merah yang dimilikinya mampu menyerap cahaya biru dan ungu dengan baik bersesuaian dengan laut dalam. Hanya sedikit sahaja spesies yang hidup di persekitaran air tawar dan daratan. Alga merah tidak mempunyai flagelum. Bahan makanan simpanan utama ialah kanji floridean. Dinding sel terbentuk daripada selulosa dan bahan pektik bersama dengan ester polisulfat (Morris 1977). Talus alga merah kebanyakannya berbentuk filamen yang mempunyai perbezaan dari segi ketebalan, lebar dan aturan filamen akibat perubahan faktor fizikal seperti suhu, cahaya dan kemasinan. Ahmad Ismail (1995) menyatakan bahawa talus alga merah akan menjadi panjang dan leper apabila berada di dalam laut. Di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari semasa air surut, alga merah akan bergumpal dengan padat. Di Malaysia, divisi ini mempunyai 57 spesies, 29 genus, 12 famili dan tujuh order. Contoh genus bagi divisi Rhodophyta ialah Jania, Hypnea dan Acanthophora.

 

2.4  Habitat dan Taburan Rumpai Laut

Rumpai laut boleh hidup di pelbagai habitat seperti di daratan, pantai, perairan laut dan juga di dalam laut. Setiap jenis rumpai laut mempunyai habitat yang berlainan bergantung kepada keupayaannya untuk bertahan dan beradaptasi dengan faktor tertentu seperti faktor fizikal, faktor dinamik, faktor kimia dan faktor biologi yang saling berhubungkait di antara satu sama lain bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan pertumbuhan dan taburan rumpai laut (Dawson 1966). Menurut Teo & Wee (1983), rumpai laut boleh dijumpai di kawasan berpasir, berbatu karang, berlumpur, di atas kulit kerang, kayu, pukat serta di atas tumbuhan dan haiwan lain. Tiga zon utama yang sering menjadi habitat rumpai laut ialah zon supralitoral, litoral, dan sublitoral (Sze 1986). Zon-zon ini terletak di bahagian eufotik laut.

 

2.4.1  Zon Supralitoral

Zon supralitoral ialah zon yang paling atas pada garisan pantai dan hanya terkena percikan ombak yang paling minimum. Zon ini terletak di atas paras air pasang atau di atas zon litoral (Round 1970). Tumbuhan yang hidup di zon ini terdedah kepada masalah seperti kekeringan, kurang sumber makanan, angin yang melebihi had yang mampu ditanggung oleh tumbuhan serta menerima limpahan cahaya yang banyak (Sze 1986). Genus rumpai laut yang terdapat di kawasan ini ialah Turbinaria dan Labophora.

 

2.4.2  Zon Litoral

Zon litoral atau zon intertidal merupakan kawasan yang kompleks dengan produktiviti alga yang tinggi iaitu terletak 200 m daripada pantai di antara zon supralitoral dan sublitoral. Zon ini terbahagi kepada dua zon utama iaitu zon eulitoral iaitu kawasan yang terendam sewaktu air pasang dan zon infralitoral pula ialah kawasan yang sentiasa ditenggelami air. Biasanya, rumpai laut yang hidup di kawasan ini mengalami penghidratan, kering dan mati apabila air surut (Sze 1986). Bagaimanapun, rumpai laut tersebut boleh bertoleransi dengan keadaan yang berubah-ubah seperti mampu bertahan daripada ancaman ombak, cahaya matahari yang terik dan proses penyejatan (Major 1977). Kebanyakan rumpai laut yang terdapat di zon ini ialah dari genus Padina, Sargassum dan Dictyota.

 

2.4.3  Zon Sublitoral

Zon sublitoral juga dikenali sebagai zon subtidal terletak di bahagian bawah selepas zon litoral. Cahaya menjadi faktor penghad di zon ini kerana cahaya berkurangan apabila kedalaman air laut bertambah. Walaupun penembusan cahaya yang sedikit ini mengganggu proses fotosintesis, zon ini masih didiami oleh rumpai laut yang boleh beradaptasi dengan persekitaran melalui mekanisma tertentu. Alga marin dengan stip yang panjang dan fleksibel serta talus yang kuat seperti Laminaria dan Sargassum mampu bermandiri di zon ini (Lόning, 1990).

 

BAHAN DAN KAEDAH

3.1          Lokasi Kajian

Pulau Tioman adalah sebuah pulau yang terletak di bahagian tenggara pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 32 km dari Tanah Besar Semenanjung Malaysia. Sememangnya Pulau Tioman terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negari Pahang Darul Makmur. Airnya yang jenih, pasirnya yang memutih dan keindahan pemandangan sekelilingnya yang mempesonakan menjadikan Pulau Tioman di antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia.

Bentuk muka bumi Pulau Tioman adalah berbukit-bukit, tidak sekata dan dikelilingi oleh beberapa buah pulau seperti Pulau Tulai, Pulau Chebeh, Pulau Renggis dan Pulau Sepor. Pulau Tioman mempunyai bentuk seperti buah lai berukuran 19.2 km panjang dan lebarnya 11.68 km iaitu hampir separuh saiz Singapura. Pada 28 September 1972, pulau ini telah diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan hidupan liar (Go 1989).

Menurut data sekunder, jumlah penduduk yang menetap di pulau ini kini melebihi 1000 orang. Kebanyakan penduduk di sini merupakan bangsa Melayu yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan dan ada juga yang menjadi peniaga secara kecil-kecilan. Mereka tinggal berdekatan pantai dan biasanya menggunakan pengangkutan air untuk pergi ke kampung berhampiran.

Keindahan pantainya bukan sahaja berjaya menarik kedatangan pelancong tempatan malahan juga pelancong luar negeri. Selain keindahan alam, kewujudan haiwan dan tumbuhan terutamanya terumbu karang yang begitu mempesonakan telah menarik minat pencinta alam untuk membuat kajian di sini. Jadi, tidak hairanlah Pulau Tioman telah dijadikan sebagai lokasi penyelidikan pelancongan biologi sejak lebih 100 tahun yang lalu (Lee et al. 1977).

Lokasi persampelan dilakukan di sepanjang Teluk Genting (Rajah 3.1). Teluk ini terletak pada kedudukan garis lintang 0246’ Utara dan garis bujur 10407’ Timur. Kawasan teluk yang berbatu dan berpasir ini mempengaruhi kepadatan dan taburan rumpai laut. Kawasan batu karang juga menyediakan habitat yang sesuai untuk pertumbuhan rumpai laut.

 

3.2    RASIONAL LOKASI KAJIAN

Pulau Tioman dipilih sebagai lokasi kajian kerana pulau ini mempunyai pelbagai jenis khazanah laut yang masih belum diterokai sepenuhnya. Memandangkan Pulau Tioman kini sedang pesat membangun, pembangunan tanah di kawasan tersebut akan mengubah habitat semulajadi rumpai laut di situ. Oleh hal yang demikian, komuniti rumpai laut yang sedia ada di kawasan terbabit perlu dikenalpasti dan direkodkan terlebih dahulu sebelum berlaku perubahan komposisi komuniti rumpai laut akibat dari aktiviti-aktiviti tersebut.

 

3.3    Pengumpulan Rumpai Laut

Aktiviti pengumpulan rumpai laut dijalankan di kawasan kajian iaitu di Teluk Genting, Pulau Tioman pada 06 September 2006. Sebelum memulakan kerja-kerja pengumpulan, penelitian ke atas jadual pasang surut air dilakukan supaya aktiviti ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan masalah. Tumpuan utama adalah di zon litoral. Proses pengumpulan spesimen dilakukan sejam sebelum air surut untuk memudahkan proses pemerhatian dan pengumpulan spesimen.

Spesimen dikutip dengan berhati-hati agar spesimen tidak terputus atau rosak. Hal ini amat penting kerana spesimen yang tidak lengkap menyukarkan proses pengecaman. Pisau kecil digunakan untuk mengikis rumpai laut yang melekat pada substrat yang keras seperti batu, cengkerang haiwan dan batu karang. Bagi rumpai laut yang kompleks, keseluruhan talus termasuk stip, pelekap dan lamina diambil bagi memudahkan proses pengecaman.

Kemudian setiap spesimen yang dikutip dimasukkan ke dalam beg plastik berasingan. Spesimen yang bersaiz kecil atau mudah rosak pula dimasukkan ke dalam vial atau botol bersama sedikit air laut agar spesimen ini tidak hilang atau musnah semasa proses pengasingan. Kesemua spesimen yang diperolehi dilabel dengan kemas. Ciri-ciri yang terdapat pada spesimen seperti lokasi penemuan, tarikh pengumpulan, warna asalnya ketika segar dan sebagainya dicatat dengan terperinci.

tioman's map

Rajah 3.1 Lokasi kajian di Teluk Genting, Pulau Tioman

 

3.4    Pengawetan Spesimen

Setelah selesai melakukan proses pengumpulan, spesimen diawet dengan segera bagi mengelakkan daripada reput atau rosak. Spesimen dibersihkan terlebih dahulu daripada benda asing, epifit, haiwan atau batu. Kemudian spesimen direndam di dalam plastik atau vial yang mengandungi larutan formalin 10% dan dicampur dengan sedikit air laut untuk tujuan pengawetan. Vial ditutup dengan rapat dan kemas manakala beg plastik diikat dengan ketat menggunakan gelang getah bagi mengelakkan larutan formalin daripada tumpah. Setiap spesimen dilabel dengan maklumat-maklumat seperti lokasi dan tarikh pengumpulan, substrat, warna spesimen, dan sebagainya. Spesimen yang telah diawet disimpan di tempat gelap atau jauh daripada matahari untuk mengelakkan warna spesimen pudar.

 

3.5    Penyimpanan Spesimen

Proses ini melibatkan tiga kaedah iaitu spesimen kering, spesimen awet basah dan slaid sementara.

 

3.5.1  Penyediaan Spesimen Kering

Spesimen diletakkan ke dalam besen. Kertas herbarium dipotong mengikut saiz spesimen yang hendak dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas plastik yang mengandungi air bersih. Kemudian spesimen diaturkan di atas kertas herbarium dengan berhati-hati. Tujuannya adalah untuk merangsang tabiat semulajadi spesimen. Setelah itu, kertas herbarium tersebut disengetkan sedikit untuk membenarkan pengaliran air turun ke bawah sebelum kertas herbarium di tarik keluar dari besen agar spesimen tersebut melekat pada kertas herbarium dengan kemas. Proses penyusunan semula dilakukan dengan menggunakan forsep dan jarum halus bagi memperbaiki perlekatan spesimen yang kurang kemas.

Seterusnya, kertas herbarium tersebut diletakkan di atas surat khabar untuk proses pengeringan. Kertas tisu pula disisipkan ke dalam helaian surat khabar. Surat khabar dan kertas tisu ditukar setiap hari untuk mengelakkan pertumbuhan kulat pada spesimen yang boleh merosakkan spesimen. Kemudian spesimen-spesimen tersebut disusun dan ditindihkan di atas timbunan kadbod secara selang-seli. Kaedah yang sama dilakukan untuk setiap spesimen yang lain. Kesemua spesimen dikepit di antara dua papan yang rata dan diikat dengan kemas menggunakan tali.

Spesimen disimpan pada suhu bilik tanpa didedahkan pada sinaran matahari. Label yang mempunyai ciri-ciri seperti tarikh pengumpulan, nama spesies, nama pengumpul dan lokasi spesimen ditemui diletakkan pada bahagian bawah sebelah kanan kertas herbarium. Tujuannya agar keseluruhan bahagian spesimen mudah dilihat dan pemerhatian senang dilakukan kerana disusun secara teratur. Melalui kaedah ini spesimen alga yang bersaiz besar dapat disimpan dalam jangka masa panjang.

 

3.5.2  Penyediaan Spesimen Awet Basah

Kaedah ini dilakukan untuk mengekalkan bentuk talus dalam jangka masa yang lama tanpa rosak. Keseluruhan spesimen direndam dalam larutan formalin 10% dan disimpan di dalam vial yang bersesuaian mengikut saiz. Penyediaan larutan formalin 10% dilakukan secara menambahkan 90 ml air suling ke dalam 10 ml larutan formalin (Larutan formalin 10% biasanya dianggap sebagai 100% bagi tujuan pengiraan yang mudah). Label yang mempunyai ciri-ciri seperti tarikh pengumpulan, nama spesies, nama pengumpul dan lokasi spesimen dilekatkan di luar vial atau botol.

 

3.5.3  Penyediaan Slaid Sementara

Spesimen dibersihkan terlebih dahulu daripada benda asing atau kotoran dengan menggunakan air suling dalam bekas plastik. Setelah dibersihkan, sedikit bahagian talus dihiris kecil dengan menggunakan mikrotom gelongsor. Kemudian, serpihan spesimen tadi dipindahkan ke atas slaid yang bersih dengan menggunakan berus lukisan dan tutup dengan penutup kaca sebelum dilihat melalui mikroskop.

Penyediaan slaid sementara membolehkan kita melihat struktur anatomi sel yang tersusun membentuk struktur talus dan jasad rumpai laut. Selain daripada itu, proses ini penting untuk memastikan struktur organ pembiakan, binaan talus atau struktur lain yang menjadi panduan bagi proses pengecaman. Penyediaan slaid ini biasanya dilakukan untuk penyimpanan spesimen yang mempunyai filamen halus.

 

3.6    Pengecaman

Proses pengecaman terbahagi kepada dua. Pertama, pengecaman di peringkat awal iaitu di lapangan. Sebelum proses pengecaman dijalankan, pemerhatian ke atas perkara-perkara seperti persekitaran di lokasi terbabit, jenis habit, warna, taburan dan substrat rumpai laut dilakukan terlebih dahulu. Data penting seperti jenis habitat dan ciri-ciri morfologi misalnya saiz, bentuk, dan warna rumpai laut berkenaan membantu dalam membuat pengecaman dan menamakan sesuatu spesimen sehingga ke peringkat genus.

Pengecaman yang lebih khusus di makmal lebih mementingkan aspek struktur morfologi rumpai laut untuk mendapatkan nama spesies yang lengkap. Ciri-ciri morfologi yang diberi perhatian khusus ialah warna spesimen, struktur rumpai laut, percabangan talus, saiznya, jenis pelekap dan struktur organ pembiakan.

 

3.7    Penyediaan Imej Bergambar

Imej bagi setiap spesimen yang diperolehi diambil menggunakan kamera digital dan disunting dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Gambar bagi setiap spesimen disertakan bersama huraiannya.

 

3.8    Indeks Kesamaan Jaccard

Indeks Kesamaan Jaccard digunakan untuk membuat perbandingan bagi mendapatkan peratusan persamaan spesies rumpai laut di lokasi yang dikaji dengan kawasan lain. Nilai peratusan yang tinggi menunjukkan terdapat banyak spesies yang sama pada kawasan perbandingan manakala nilai peratusan yang rendah pula menunjukkan perbandingan bagi kedua-dua kawasan mempunyai persamaan spesies yang sedikit. (Jongman et al. 1987)

               

Indeks Kesamaan Jaccard   

=

C

 

 

A+B-C

               

dengan:

A = Jumlah spesies dalam kawasan 1

B = Jumlah spesies dalam kawasan 2

C = Jumlah spesies yang sama di kedua-dua kawasan

 

3.9    Parameter Persekitaran

Data parameter seperti nilai pH, saliniti, suhu, kandungan oksigen terlarut dan juga bacaan nitrat dan fosfat diambil bagi mengaitkannya dengan kepelbagaian rumpai laut yang terdapat di lokasi kajian. Data pH air laut dilakukan pada bahagian permukaan atas pada kedalaman 4.0 – 6.0 m paras air laut dengan menggunakan meter pH jenis Hach Kit model Drel 2000. Bacaan untuk suhu air laut dan kandungan oksigen terlarut di lapangan dijalankan dengan bantuan alat Meter YSI Environmental Monitoring System, model 85. Alat ini juga digunakan bagi mengukur parameter saliniti air yang mana alat ini dapat mengesan kandungan garam air laut. Kuantiti kandungan nitrat dan fosfat pula dijalankan dengan menggunakan Hach Kit model DR 2010.

 

HASIL DAN PERBINCANGAN

4.1          Kepelbagaian Rumpai Laut di Kawasan Kajian

Sebanyak 15 spesies rumpai laut yang tergolong dalam sebelas genus dan lapan famili serta enam order telah direkodkan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1. Kesemua spesies tersebut dikelaskan kepada dua divisi utama iaitu divisi Chlorophyta, dan Phaeophyta. Hasil kajian ini mendapati bahawa divisi Phaeophyta mencatatkan jumlah bilangan spesies terbanyak iaitu sebelas spesies dengan peratusan sebanyak 73%, manakala divisi Chlorophyta pula mencatatkan sebanyak 4 spesies iaitu mewakili sebanyak 27% daripada jumlah keseluruhan (Rajah 4.1). Genus paling kerap ditemui dalam kajian ini ialah genus Sargassum dengan tiga spesies iaitu Sargassum polycystum, Sargassum oligocystum dan Sargassum sp.1.

 

 Rajah 4.1   Peratusan rumpai laut mengikut divisi

 

Divisi yang menunjukkan kepelbagaian yang tertinggi ialah divisi Phaeophyta yang terdiri daripada tiga order, empat famili, tujuh genus dan sebelas spesies. Famili terbanyak ialah famili Dictyotaceae dengan tiga genus iaitu dari genus Dictyota, Padina dan Lobophora. Genus Dictyota terdiri daripada dua spesies iaitu Dictyota cervicornis dan Dictyota dichotoma. Begitu juga dengan genus Padina yang diwakili oleh dua spesies iaitu Padina australis dan Padina tetrastromatica. Genus Lobophora mempunyai satu spesies sahaja iaitu Lobophora variegata. Genus kerap ditemui dalam divisi ini ialah genus Sargassum yang terdiri daripada tiga spesies iaitu Sargassum polycystum, Sargassum oligocystum dan Sargassum sp.1. Genus ini mewakili sebanyak 28%, di ikuti genus Dictyota dan Padina yang masing-masing mewakili 18%, manakala bilangan spesies yang paling sedikit dalam divisi ini adalah daripada genus Lobophora, Colpomenia, Hydroclathrus dan Hormophysa dengan masing-masing diwakili oleh satu spesies dengan peratusan yang sama iaitu sebanyak 9% daripada jumlah keseluruhan (Rajah 4.2).

 Rajah  4.2   Peratusan setiap genus dalam divisi Phaeophyta

 

Divisi Chlorophyta pula merekodkan sebanyak tiga order daripada empat famili, empat genus dan empat spesies. Order Bryopsidales terdiri daripada dua famili iaitu famili Caulerpaceae dan famili Udoteaceae yang mana kedua-dua famili ini masing-masing diwakili oleh satu spesies. Famili Caulerpaceae diwakili oleh Caulerpa serrulata manakala Famili Udoteaceae pula diwakili oleh spesies yang dinamakan sebagai Tydemania expeditions. Genus Neomeris yang tergolong dalam Famili Dasycladaceae daripada order Dasycladales mewakili satu spesies iaitu Neomeris annulata. Begitu juga dengan order Siphonocladales yang diwakili oleh satu famili iaitu famili Valoniaceae dan terdiri daripada satu spesies sahaja iaitu Dictyosphearia cavernosa. Merujuk Rajah 4.3, setiap genus dalam divisi ini terbahagi secara sekata iaitu dengan peratusan yang sama sebanyak 25% kerana setiap genus diwakili dengan satu spesies.

 Rajah  4.3    Peratusan setiap genus dalam divisi Chlorophyta

 

    

4.2     KEKUNCI PENENTUAN

4.2.1 Kekunci Menuju ke Divisi Utama

1.

Talus berwarna hijau rumput……………………………………………………………………

Chlorophyta

1.

Talus berwarna coklat keperangan ………………………………………………………..

Phaeophyta

 

4.2.2 Kekunci Menuju ke Genus dalam Divisi Chlorophyta

1.

Cabang berproliferat dalam susunan sepusar yang membawa anak cabang glomerul yang bersentuhan…………………………………………………..

Tydemania

1.

Cabang tidak seperti di atas…………………………………………………………………

2

 

2.

Talus menjalar atau mempunyai sisyem stolon…………………………………

Caulerpa

 

2.

Talus  tidak menjalar atau tidak mempunyai sistem stolon………………

3

3.

Tumbuhan berbentuk seperti silinder dan melekap dengan pelekap cakera yang besar……………………………………………………………………………….

Neomeris

3.

Tumbuhan berbentuk lekuk seperti bola dan melekap dengan rizoid yang keluar dari segmen basal…………………………………………………………..

Dictyosphaeria

 

4.2.3 Kekunci Menuju ke Genus dalam Divisi Phaeophyta

1.

Tumbuhan mempunyai penanda jejari.........................................

Lobophora

1.

Tumbuhan tidak mempunyai penanda jejari.................................

2

 

2.

Talus mempunyai segmen seperti sayap......................................

Hormophysa

 

2.

Talus tidak mempunyai segmen.................................................

3

3.

Tumbuhan mempunyai pundi udara............................................

4

3.

Tumbuhan tidak mempunyai pundi udara.....................................

5

 

4.

Cabang mempunyai urat tengah.................................................

Sargassum

 

4.

Cabang tanpa urat tengah…………………………………………………………………….

Dictyota

5.

Talus berbentuk kipas atau berflabelat………………………………………………..

Padina

5.

Talus tidak berbentuk kipas atau berflabelat………………………………………

6

 

6.

Tumbuhan leper dan berbentuk seperti jaring…………………………………..

Hydroclathrus

 

6.

Tumbuhan subteret dan berbentuk seperti belon……………………………….

Colpomenia

 

4.3          Huraian Spesies

4.3.1 Huraian Spesies bagi Divisi Chlorophyta

 

ORDER BRYOPSIDALES

 FAMILI CAULERPACEAE

Caulerpa serrulata (Forssk) J. Agardh, Rajah 4.4(a)

Tumbuhan mempunyai talus berwarna hijau kekuningan dengan sistem stolon yang menjalar. Helaian lamina berbentuk jalur bergerigi yang jelas kelihatan dan wujud secara berpilin. Percabangan adalah jenis tunggal dan kadang-kadang dikotom yang muncul dari cabang teret yang mendatar serta mempunyai banyak proliferat. Bahagian bawah cabangnya berbentuk silinder manakala pada bahagian hujung distal pula berbentuk leper. Bahagian marginnya terlipat ke dalam, tidak mempunyai serat dan tertekan secara lateral serta panjang gigi mukronatnya hampir sama dengan lebarnya.

Taburan di Malaysia: Teluk Dalam; Teluk Rotan; Pantai Bak-Bak, Kudat; Port Dickson; Pulau Besar; Pulau Kapas; Pulau pangkor; Pulau Perhentian Besar; Pulau Redang; Pulau Sibu; Pulau Tiga dan  Pulau Tioman.

Habitat: Terumbu karang di zon litoral.

No. Spesimen: NA 1 dan NA 2.

 

ORDER BRYOPSIDALES

FAMILI UDOTEACEAE

Tydemania expeditionis Weber-van Bosse, Rajah 4.4(b)

Talus tumbuhan ini berwarna hijau dengan sedikit pengapuran dan membentuk kelompok tebal yang mana bahagian bawahnya melata manakala bahagian atasnya menegak. Bahagian paksinya adalah ringkas dan kadang-kala bercabang sedikit. Percabangan bersudut lebar. Cabang utama berbentuk teret, separa prosrat, sebahagiannya tegak serta terdapat cabang berproliferat dalam susunan sepusar yang

membawa anak cabang glomerul yang bersentuhan dan berterusan pada selangan kira- kira 4-12 mm. Setiap sepusar tersebut mempunyai 5-8 cabang yang disusun vertisilat dan dikotomi berulang antara 7-9 kali pada satah berselang-seli.

Taburan di Malaysia: Pulau Tioman.

Habitat: Batu berpasir di kawasan subpasang.

No. spesimen: NA 3 dan NA 4.

 

 

 

 

 

(a)

(b)

 

 

  

 

 

     

 

(c)

(d)

Rajah 4.4 Spesies rumpai laut dari divisi Chlorophyta a) Caulerpa   serrulata (Forssk) J. Agardh b) Tydemania expeditionis Weber-van Bossen c) Neomeris annulata Diskie d) Dictyosphaeria cavernos (Forsskal) Bψrgesen

 

 

DASYCLADALES

DASYCLADACEAE

Neomeris annulata Diskie, Rajah 4.4(c)

Tumbuhan mempunyai talus bersaiz kecil, halus dan sedikit berbulu. Bahagian hujung talus berwarna hijau manakala pada bahagian pangkalnya pula berwarna putih. Talus berbentuk seperti silinder dan melekat pada perumah dengan menggunakan pelekap cakera yang besar. Pada bahagian pelekap tersebut, terdapat banyak cabang-cabang wujud secara bersendiri seperti jejari yang tumbuh menegak ke atas dan kadang-kala membengkok bergantung kepada persekitaran.

Taburan di Malaysia: Pulau Sibu Tengah.

Habitat: Batu karang di zon litoral.

No. Spesimen: NA 5.

 

SIPHONOCLADALES

VALONIACEAE

Dictyosphaeria cavernosa (Forsskal) Bψrgesen, Rajah 4.4(d)

Tumbuhan ini berwarna hijau, sesil, bersaiz kecil, berongga dan berlekuk seperti bola. Rizoid keluar dari segmen basal. Apabila matang talus akan pecah dan menggulung ke dalam serta terpisah dari induk untuk membentuk individu baru.

Taburan di Malaysia: Pulau Kerengga besar dan Pulau Redang.

Habitat: Batu di zon litoral yang cetek.

No. Spesimen: NA 6.

 

4.3.2 Huraian Spesies bagi Divisi Phaeophyta

Kekunci menuju ke spesies Dictyota:

1.

Percabangan talus mempunyai duri tumpul yang pendek serta membentuk sudut  antara 140-450…………………………………………………..

D. dichotoma

1.

Percabangan tidak seperti di atas…………………………………………………….

D. cervicornis

 

DICTYOTALES

DICTYOTACEAE

Dictyota cervicornis Kόtzing, Rajah 4.5(a) dan (b)

Tumbuhan ini berwarna perang kehijauan, tumbuh menegak, berimbun dan bersaiz sederhana tinggi. Percabangan talus adalah secara dikotomi dengan cabangnya yang halus. Lebar cabang antara 1-2 mm, berpintal secara berpilin yang mana salah satu pilin daripada setiap pasang cabang tersebut adalah lebih pendek dan akut. Bahagian tepi cabang helaian pula licin.

Taburan di Malaysia: Pulau Sibu.

Habitat: Batu di litoral dan sublitoral cetek.

No. spesimen: NA 7.

 

DICTYOTALES

DICTYOTACEAE

Dictyota dichotoma (Hudson) Lamouroux, Rajah 4.5(c) dan (d)

Tumbuhan hidup menegak, bersaiz sederhana dengan ketinggian 4-12 cm dan berwarna perang kekuningan. Percabangan jenis dikotomi yang membentuk sudut antara 14-45 dengan lebar jalurnya antara 2-4 mm dan terdapat berbintik-bintik pada permukaan talusnya. Bahagian apeks segmen adalah obtus atau emarginat, bahagian bawah talus lebih lebar manakala bahagian margin helaian pula licin, berproliferat kecuali pada bahagian pangkal serta mempunyai duri yang pendek dan tumpul. Tumbuhan ini melekat pada substrat dengan pelekap cakera bak rizom.

Taburan di Malaysia: Pantai Bak-Bak, Kudat; Port Dickson; Pulau Sibu dan Pulau Tioman.

Habitat      : Batu berpasir di zon litoral.

No. Spesimen: NA 8.

 

 

 

(a)

(b)

   100_1368

 

 

(c)

(d)

                    

(e)

Rajah 4.5  Spesies rumpai laut dari divisi Phaeophyta a) Dictyota cervicornis Kόtzing b) keratan rentas Dictyota cervicornis Kόtzing c) Dictyota dichotoma (Hudson) Lamouroux d) keratan rentas Dictyota dichotoma (Hudson) Lamouroux e) Lobophora variegata (Lamouroux) Womersley

 

 

DICTYOTALES

DICTYOTACEAE

Lobophora variegata (Lamouroux) Womersley, Rajah 4.5 (e)

 

Tumbuhan ini berwarna perang gelap terdiri daripada helaian berbentuk kipas dan reniform, leper serta mempunyai penanda jejari yang berwarna jingga. Helaiannya prostrat dan melekat pada subtsrat berbatu keseluruhannya dengan rizoid yang terdapat di bahagian bawah, manakala bagi helaian menegak hanya melekat di bahagian pangkal yang terdiri daripada segmen yang bertindihan antara satu sama lain serta berlobus.

Taburan di Malaysia: Pantai Bak-Bak, Kudat; Pantai Mersing; Port Dickson; Pulau Perhentian; Pulau Redang; Pulau Sibu dan Pulau Tiga.

Habitat: Terumbu karang di zon pasang surut.

No. Spesimen: NA 9 dan NA 10.

 

Kekunci menuju ke spesies Padina:

1.

Tumbuhan mempunyai ketebalan sebanyak 2 sel.....................

P. autralis

1.

Tumbuhan mempunyai ketebalan sebanyak 4 sel.....................

P. tetrastromatica

 

DICTYOTALES

DICTYOTACEAE

Padina australis Hauck, Rajah 4.6(a) dan (b)

Talus tumbuhan ini membentuk rumpun besar, berflabelat lebar dan terdiri daripada beberapa lobus berbentuk kipas. Pelekapnya berbentuk cakera kecil untuk melekap pada substrat, tidak berkalsit dan berwarna perang kehijauan. Pada helaiannya terdapat dua zon yang tidak sama jarak. Ketebalan sel pada bahagian margin adalah sebanyak dua sel, meningkat kepada tiga lapisan di sel bahagian bawah dan empat lapisan sel pada bahagian basal. Bahagian pangkal di selaputi rizoid berwarna perang. Garis di permukaan bawah berselang-seli dengan garis permukaan atas.

Taburan di Malaysia: Port Dickson; Pulau Besar; Pulau Sibu dan Pulau Sibu Tengah.

Habitat: Batu berpasir di zon pasang surut.

No. Spesimen: NA 11 dan NA 12.

 

 

      

 

  rafiq padina 4 x25

(a)

(b)

 

 

(c)

(d)

 

 

 

 

(f)

(e)

Rajah 4.6 Spesies rumpai laut dari divisi Phaeophyta (a) Padina australis Hauck (b) Keratan rentas Padina australis Hauck (c) Padina tetrastromatica (d) Keratan rentas Padina tetrastromatica e) Sargassum  oligocystum C.Agardh (f) Sargassum sp.1

 

 

DICTYOTALES

DICTYOTACEAE

Padina tetrastromatica Hauck, Rajah 4.6 (c) dan (d)

Talus berwarna perang kekuningan dan tumbuh menegak membentuk beberapa kelompok. Fron lamina berbentuk kipas, nipis, bermembran, kadang-kadang terdapat rekahan kecil. Bahagian tepi fron licin  dan bercantum dengan pangkal stupos melalui stip pendek. Garisan sporangium kelihatan agak gelap. Bahagian hujung dedaun distroma, tristroma di bahagian tengah dan tetrastoma berhampiran pangkal. Bahagian pangkal agak kesat dan tebal kerana kewujudan rerambut kasar. Garis rerambut sepusat terbentuk sempurna di permukaan bawah fron dan sama jarak antara satu sama lain.

Taburan di Malaysia: Port Dickson dan Pulau Tioman.

Habitat: Batu berpasir di zon pasang surut.

No. Spesimen:  NA 13, NA 14, NA 15 dan NA 16.

 

Kekunci menuju ke spesies Sargassum:

1.

Stip mempunyai unjuran halus pada cabang............................................

2

1.

Stip tidak mempunyai unjuran halus pada cabang....................................

S. oligocystum

 

2.

Percabangan berselang-seli antara satu sama lain...............................

S. polycystum

 

2.

Percabangan tidak berselang-seli antara satu sama lain......................

Sargassum sp.1

 

FUCALES

SARGASSACEAE

Sargassum oligocystum C.Agardh, Rajah 4.6 (e)

Tumbuhan berwarna coklat gelap dan melekap dengan pelekap diskoid. Stip licin dan berbentuk teret. Percabangan tertekan. Dedaun berbentuk lanseolat dan ovat tetapi di hujung daun berbentuk obtus. Vesikel globus, kecil, sfera hingga obovat. Kriptostom jelas dan berselerak. Reseptakel berpedisel pendek, leper dan  bercabang dentat.

Taburan di Malaysia: Port Dickson.

Habitat: Di atas batu di zon litoral.

No. spesimen: NA 25.

FUCALES

SARGASSACEAE

Sargassum sp.1, Rajah 4.6 (f)

Talus berwarna perang gelap, mencapai ketinggian 10-40 cm tinggi. Pada bahagian stip terdapat unjuran halus pada cabang. Dedaunnya bersaiz kecil, halus serta berbentuk oblanseolat dan kadang-kadang oblong serta wujud secara jambak. Percabangan tidak berselang-seli antara satu sama lain. Margin dedaun bergerigi dentat. Kriptosom jelas kelihatan dan bertaburan di seluruh dedaun. Reseptakel dan vesikel muncul daripada aksil dedaun dan jambak dengan vesikel bulat, kecil, kesat dan ditemui di celah-celah dedaun dengan banyak.

Taburan di Malaysia: -

Habitat: Di atas batu di zon litoral.

No. spesimen: NA 26.

 

 

   

 

(a)

(b)

 

 

 

(c)

(d)

Rajah 4.7 Spesies rumpai laut dari divisi Phaeophyta a) Sargassum polycystum C. Agardh b) Hormophysa    cuneiformis  c)  Colpmenia sinuosa (Mertens ex Roth ) Derbes & Solier d) Hydroclathrus clathratus (C.Agardh) Howe

 

 

FUCALES

SARGASSACEAE

Sargassum polycystum C. Agardh, Rajah 4.7 (a)

Tumbuhan ini mempunyai talus berwarna perang gelap ke perang kekuningan, mencapai ketinggian 15-60 cm tinggi serta mempunyai pelekap jenis cakera. Stip berbentuk silinder, murikulat dan mempunyai unjuran halus pada cabang dengan percabangan yang berselang-seli antara satu sama lain. Dedaunnya sesil, bersaiz besar

berbentuk oblanseolat, oblong, linear dan ovat dengan panjang kira-kira 2-6 cm dan lebar sekitar 1-2 cm. Margin dedaun bergerigi dentat, tulang tengah pula jelas kelihatan dan berterusan ke apeks. Kriptosom juga jelas, banyak dan bertaburan di seluruh dedaun. Reseptakel dan vesikel muncul daripada aksil dedaun; vesikel bulat, besar, bergugusan, reseptakel berjambak, kesat dan boleh ditemui di celah-calah daun.

Taburan di Malaysia: Port Dickson dan Pulau Sibu.

Habitat: Batu di zon pasang surut bawah.

No. Spesimen: NA 20, NA 21, NA 22, NA 23 dan NA 24.

 

FUCALES

CYSTOSERACEAE

Hormophysa cuneiformis (J.F. Gmelin) P.C Silva, Rajah 4.7 (a)

Talus tumbuh meegak, berrimbun dan berwarna perang gelap serta melekat dengan pelekap cakera. Talus teret, berbentuk daun, terbahagi kepada segmen seperti sayap iaitu kira-kira 2-3 sayap, tulang tengah segmen terdapat di paksi utama, sayap berbentuk dentat. Vesikel terbenam dalam cabang muda pada bahagian talus utama, katenat dan memberikan rupa monoliform dengan percabangan yang produktif. Kriptostom jelas kelihata dan amat banyak pada sayap paksi utama.

Taburan di Malaysia: Pantai Bak-Bak, Kudat; Port Dickson; Pulau Gaya; Pulau Sibu; Pulau Tiga dan Pulau Tioman.

Habitat: Batu di zon litoral hingga zon sublitoral.

No. Spesimen: NA 17, NA 18 dan NA 19.

 

SCYTOSIPHONALES

SCYTOSIPHONACEAE

Colpmenia sinuosa (Mertens ex Roth ) Derbes & Solier, Rajah 4.7 (c)

Talus berwarna perang kekuningan, hemisfera, sesil, melekat dengan pangkal yang lebar, nipis dan bermembran, lobus, berongga, licin, globos, bervesikel dan terpulas di beberapa bahagian. Permukaan berkedut tidak menentu, berbentuk subteret dan globus serta mengembang membentuk pertumbuhan seperti belon mengikut umur.

Taburan di Malaysia: Pantai Bak-Bak, Kudat; Pulau paya; Pulau Sapi dan Pulau Tiga.

Habitat: Batu  di zon antara pasang surut bawah.

No. spesimen: NA 27.

 

SCYTOSIPHINALES

SCYTOSIPHINACEAE

Hydroclathrus clathratus (C.Agardh) Howe, Rajah 4.7 (d)

Tumbuhan mempunyai talus berwarna perang kekuningan atau membentuk lapisan padat pada substratum dan tumbuh meliputi alga lain. Tumbuhan leper dan kelihatan berbentuk seperti jala atau jaring dengan perliangan yang banyak, melebar dengan pengembangan membran menjadi simpulan yang penuh dan padat seperti sebuah beg dan berubah menjadi bentuk renda yang rumit. Jalurnya bak daging yang mempunyai bahagian margin yang menggulung ke dalam.

Taburan di Malaysia: Pantai Bak-Bak, Kudat; Pulau Sapi dan Pulau Tiga.

Habitat      : Batu berpasir di zon sublitoral.

No. Spesimen: NA 28 dan NA 29.

 

4.4    Kajian Perbandingan

Indeks Kesamaan Jaccard memberi gambaran perbandingan kesamaan spesies antara Teluk Genting dengan beberapa lokasi kajian lain. Perbandingan dilakukan dengan empat lokasi berlainan iaitu Pulau Tioman (Go 1989), Desaru oleh Abang Al-Amin (1997), Nor Farisahwati (2001) di Pulau Redang dan pulau-pulau berdekatan dan Uraiyah (2005) di Pulau Banggi, Sabah (Jadual 4.2).

 

Jadual 4.2  Perbandingan komposisi rumpai laut antara Teluk Genting, Pulau Tioman dengan beberapa lokasi kajian yang lain

        Pentunjuk :

        (+ = Spesies yang terdapat di lokasi kajian)

(- = Spesies yang tidak terdapat di lokasi kajian)

 

Nama spesies

Pulau

Tioman

(Go 1989)

Pulau

Redang

(Nor Farisahwati 2001)

Pulau

Banggi

(Uraiya 2005)

Desaru

Johor

(Abang  Al-Amin 1997)

Kajian

Terkini

Acanthophora specifera

+

+

+

+

-

Acetabularia parvula

-

-

-

+

-

Amphiroa fragilissima

-

+

+

-

-

Amphiroa rigida

+

-

-

+

-

Asparagopsis taxiformis

+

-

-

-

-

Avrainvillea erecta

-

+

-

-

-

Avrainvillea longicaulis

-

-

-

+

-

Avrainvillea obscura

-

-

-

+

-

Beorgrsenia forbessi

+

-

-

+

-

Boodle struveoides

+

-

-

-

-

Bryopsis pennata

+

-

-

-

-

Bryopsis corymbosa

+

-

-

-

-

Caulerpa lentillifera

-

+

+

-

-

Caulerpa microphysa

-

-

-

+

-

Caulerpa peltata

+

+

-

+

-

Caulerpa prolifera

-

+

-

-

-

Caulerpa racemosa

+

+

+

+

-

Caulerpa serrulata

+

-

+

+

+

Caulerpa sertularioides

-

-

-

+

-

Caulerpa taxifolia

+

-

-

-

-

Caulerpa verticillata

+

-

-

-

-

Ceramium tenuissimum

+

-

-

-

-

Chaetomorpha linum

-

-

-

+

-

Champia parvula

+

-

-

-

-

Champia veillardii

+

-

-

-

-

Cladophora fuliginosa

+

-

-

-

-

Cladophora prolifera

-

-

-

+

-

Cladophora rugulosa

+

-

-

-

-

Codium geppii

+

-

-

-

-

Codium bartlettii

-

-

-

+

-

Colpomenia sinuosa

-

-

-

+

+

Cystoseira prolifera

+

-

-

-

-

Cystoseira triqueta

+

-

-

-

-

Derbesia prolifica

+

-

-

-

-

Desmia hornemanni

+

-

-

-

-

Dictyosphaeria cavernosa

-

-

-

-

+

Dictyiopteris deliculata

+

-

-

-

-

Dictyota cervicornis

-

-

+

-

+

Dictyota dichotoma

+

+

-

+

+

Dictyota friabilis

-

+

-

-

-

Entermorpha clathrata

+

+

-

-

-

Entermorpha intestinalis

+

-

-

+

-

Feldmannia enhali

+

-

-

-

-

Galaxaura cylindrical

+

-

-

-

-

Galaxaura oblongata

-

-

+

-

-

 Gelidiella acerosa

-

-

-

+

-

Gracilaria cacalia

+

-

-

-

-

Gracilaria coronopifolia

-

-

-

+

-

Gracilaria dermacornis

+

-

-

-

-

Gracilaria salicornia

-

-

-

+

-

Gracilaria intricate

-

+

-

-

-

Halicoryne wrightii

-

-

+

-

-

Halimeda discoidea

-

-

+

-

-

Halimeda incrassate

-

-

+

-

-

Halimeda macroloba

-

-

+

+

-

Halimeda opuntia

-

+

+

-

-

Halimeda tuna

+

-

-

-

-

Halymenia floresia

+

-

-

-

-

Halymenia maculate

+

-

-

+

-

Hormophysa triquetra

-

-

-

-

+

Hydroclathrus clathratus

-

-

-

-

+

Hypnea pannosa

+

+

-

-

-

Hypnea  spinella

-

+

+

-

-

Hypnea valentiae

-

-

-

+

-

Jania rubens

-

-

+

-

-

Jania decussate-dichotonma

-

-

-

+

-

Laurencia corymbosa

+

-

-

-

-

Laurencia papillosa

-

+

+

-

-

Laurencia parvipapillata

+

-

-

+

-

Leveillea jungermannioides

+

-

-

-

-

Liagora sp.

-

-

+

-

-

Lobophora variegate

-

+

+

+

+

Neomeris van-bosseae

-

-

-

+

-

Neomeris annulata

-

-

-

-

+

Padina australis

-

+

-

-

+

Padina boryana

-

+

-

-

-

Padina minor

-

-

+

+

-

Padina tenuis

+

-

-

-

-

Padina tetrastromatica

+

-

-

-

+

Polysiphonia nigresens

+

-

-

-

-

Polysiphonia violacea

+

-

-

-

-

Porphyra perforate

+

-

-

-

-

Sargassum cristaefolium

-

+

-

-

-

Sargassum duplicatum

+

-

-

-

-

Sargassum fluitans

+

-

-

-

-

Sargassum illicifolium

+

-

-

-

-

Sargassum muticum

+

-

-

-

-

Sargassum oligocystum

-

-

+

-

+

Sargassum polycystum

-

+

+

+

+

Sargassum siliquosum

-

-

+

-

-

Sargassum torvum

+

-

-

-

-

Sargassum sp.1

-

-

-

-

+

Spyridia filamentosa

+

-

-

-

-

Struvea ramose

+

-

-

-

-

Tolypiocladia glomerulata

+

-

-

-

-

Turbinaria conoides

+

-

+

+

-

Turbinaria decurrens

-

-

+

-

-

Turbinaria ornate

+

+

-

-

-

Tydemania expeditions

-

-

-

-

+

Udotae javensis

-

-

-

+

-

Valonia aegagropila

+

-

-

-

-

Valonia ultricularis

+

-

-

-

-

Valonia vertricosa

-

-

+

-

-

Jumlah          103

54

21

24

31

15

       

Kajian di Pulau Tioman yang dilakukan oleh Go (1989) dipilih kerana kajian tersebut merupakan pelapor kepada kajian taksomoni rumpai laut di Pulau Tioman. Perbandingan yang dilakukan untuk melihat persamaan spesies yang dijumpai pada masa dahulu dengan spesies yang ditemui pada masa sekarang memandangkan kepesatan pembangunan tanah memungkinkan terdapatnya perubahan komposisi rumpai laut di kawasan tersebut.                                                                      

Kedudukan Desaru terletak di bahagian selatan manakala Pulau Tioman pula terletak di bahagian tenggara Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, kedua-dua lokasi tersebut dihubungkan oleh laut yang sama iaitu Laut China Selatan. Oleh hal yang demikian, berkemungkinan rumpai laut yang dijumpai mempunyai spesies yang hampir sama memandangkan faktor persekitarannya lebih kurang sama.

Perbandingan Teluk Genting dengan Pulau Redang dan pulau-pulau berdekatan di Terengganu dibuat kerana kedua-dua kawasan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah berpasir dengan tebing berbatu merupakan habitat yang sesuai untuk pertumbuhan rumpai laut (Phang 1984). Kajian di pulau tersebut juga melibatkan banyak stesen lokasi. Oleh itu, andaian untuk memdapat kesamaan spesies adalah tinggi.

Sementara itu, perbandingan dengan kajian yang dilakukan oleh Uraiya (2005) iaitu di Pulau Banggi, Sabah pula dibuat kerana kawasan tersebut terletak paling jauh dari Teluk Genting, Pulau Tioman jika dibandingkan dengan lokasi kajian yang lain. Oleh itu, melalui perbandingan ini kita dapat mengetahui sebaran rumpai laut di kawasan terbabit dengan kawasan kajian.

Merujuk jadual 4.3, Teluk Genting dan Pulau Tioman mempunyai tiga spesies yang sama dan nilai indeks kesamaan Jaccard yang diperolehi bagi kedua-dua lokasi tersebut ialah 5%. Perbandingan antara Teluk Genting dengan Pulau Redang pula memberi nilai peratusan persamaan sebanyak 13% dengan empat spesies yang sama telah dijumpai di kedua-dua kawasan kajian. Sebanyak 15% daripada keseluruhan peratusan persamaan adalah perbandingan antara Teluk Genting dengan Pulau Banggi. Kedua-dua lokasi terbabit mempunyai lima spesies yang sama. Teluk Genting dan Desaru, Johor didapati mempunyai lima spesies yang sama. Nilai peratusan indeks kesamaan Jacccard yang diperolehi antara Teluk Genting dengan Desaru, Johor adalah sebanyak 12%.

 

Jadual 4.3  Nilai Indeks Kesamaan Jaccard bagi perbandingan kawasan kajian dengan beberapa lokasi kajian yang lain

Lokasi kajian

A

B

C

Nilai Indeks Kesamaan Jaccard (%)

Teluk Genting dengan Pulau Tioman

15

54

3

5%

Teluk Genting dengan Pulau Redang

15

21

4

13%

Teluk Genting dengan Pulau Banggi

15

24

5

15%

Teluk Genting dengan Desaru Johor

15

31

5

12%

Petunjuk:

 

 

A = Jumlah spesies dalam kawasan 1

B = Jumlah spesies dalam kawasan 2

C = Jumlah spesies yang sama di kedua-dua

      kawasan        

 

 

       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan Indeks Kesamaan Jacarrd yang dikira, nilai peratusan tertinggi ialah di antara Teluk Genting dengan Pulau Banggi iaitu sebanyak 14.71%. Hal ini terjadi berkemungkinan disebabkan oleh faktor persekitaran yang tidak jauh berbeza antara kedua-dua lokasi. Kawasan berbatu dan berpasir di kedua-dua lokasi tersebut menyediakan habitat yang sesuai untuk pertumbuhan rumpai laut. Keadaan ini menunjukkan kebolehan rumpai laut beradaptasi dengan persekitarannya. Selain itu, sebaran rumpai laut di kawasan terbabit adalah meluas.

Nilai peratusan paling rendah ialah di antara Teluk Genting dengan Tioman adalah 4.55%. Hal ini terjadi kerana kajian yang saya lakukan ini agak terhad. Persampelan hanya dilakukan sekali sahaja dan keluasan kawasan kajian saya hanya tertumpu di satu teluk sahaja berbanding dengan kajian terdahulu telah dilakukan oleh Go (1989) iaitu meliputi seluruh Pulau Tioman. Bukan itu sahaja, malahan pembangunan tanah terutamanya untuk membesarkan Lapangan Terbang Pulau Tioman telah mengubah habitat dan mempengaruhi pertumbuhan dan taburan rumpai laut di kawasan tersebut.

Secara keseluruhannya, perbandingan yang dilakukan antara Teluk Genting dengan beberapa lokasi kajian yang lain memberikan peratusan indeks kesamaan Jaccard yang rendah. Hal ini terjadi kerana tempoh masa yang diberikan untuk melakukan persampelan di Teluk Genting adalah singkat jika dibandingkan dengan tempoh masa yang diberikan di lokasi kawasan yang dipilih. Secara logiknya, sekiranya masa yang diperuntukkan untuk mengutip sampel adalah lebih lama, maka jumlah spesies rumpai laut yang akan diperoleh akan meningkat. Faktor lain seperti faktor kerajinan dan ketekunan ketika mencari spesimen rumpai laut juga boleh menambah bilangan hasil rumpai laut di lokasi kajian.

 

KESIMPULAN

Daripada kajian yang telah dilakukan di Teluk Genting, Pulau Tioman, sebanyak 15  spesies rumpai laut yang terdiri daripada sebelas genus dan lapan famili serta enam order telah direkodkan. Kesemua spesies ini terdiri daripada divisi Chlorophyta dan Phaeophyta. Divisi Phaeophyta menunjukkan kepelbagaian yang tinggi dengan jumlah sebanyak sebelas spesies yang tergolong dalam tiga order iaitu Dictyotales, Fucales, dan Scytosiphonales. Divisi Chlorophyta pula terdiri daripada empat genus dengan setiap genus masing-masing mempunyai satu spesies sahaja. Sargassum merupakan genus paling kerap ditemui. Genus ini diwakili oleh tiga spesies iaitu Sargassum polycystum, Sargassum oligocystum dan Sargassum sp. 1. Biasanya, rumpai laut ditemui pada habitat berbatu, berbatu karang dan berpasir. Berdasarkan Indeks Kesamaan Jaccard yang dibuat, perbandingan antara Teluk Genting dengan Pulau Banggi memperolehi nilai peratusan yang tertinggi berbanding di lokasi lain iaitu sebanyak 15% manakala perbandingan antara Teluk Genting dengan Pulau Tioman mempunyai nilai peratusan terendah iaitu sebanyak 5%. Secara keseluruhannya, peratusan Indeks Kesamaan Jaccard yang dilakukan antara Teluk Genting dengan beberapa kawasan kajian yang dipilih adalah rendah.

 

RUJUKAN

Abang Al-Amin Abang Razali. 1997. Kajian kepelbagaian dan taburan rumpai laut di sekitar Desaru, Johor. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sains, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Ahmad Ismail. 1995. Rumpai laut Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.

 

Boney, A.D. 1966. Biology of marine algae. London: Hutchinson.

 

Chapman, V.J. 1964. The marine algae of Jamaica. Jamaica: Bulletin Institute Jamaica.

 

Chapman, V.J. & Chapman, D.J. 1980. Seaweed and their uses. New York: Chapman and Hall.

 

Dawes, C.J. 1981. Marine botany. New York: A Wiley Interscience Publishers.

 

Dawson, E.Y. 1966. Marine botany. New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

 

Dutta, A.C. 1974. Botany for degree student. New Delhi: Oxford University Press.

 

Fristch, F.E. 1935. The structure and reproduction of the algae. London: Cambridge University Press.

 

Jongman, R.H.G., Ter Braak, C.J.F. and Van Tongeren, F.R. 1987. Data analysis in community and landscape ecology. Netherlands: Pudoc Wageningen.

 

Lee, D.W., Stone, B.C., Ratnasabapathy, M. and Khoo, T.T. 1977. The natural history of Pulau Tioman. Kuala Lumpur: Jensen Press (M) Sdn.Bhd.

 

Lόning, K. 1990. Seaweeds: Their environment, biogeography and ecophysiology. New York: John Wiley & Sons Inc.

 

Major, A. 1977. The book of seaweed. London: Gordon and Cremonesi Publishers.

 

Morris, I. 1977. An introduction of the algae.  London: Hutchinson and Co. Ltd.

 

Nor Farisahwati Abdul Ghani. 2001. Kajian kepelbagaian rumpai laut di Pulau Redang dan pulau-pulau berdekatan, Terengganu. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sains, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Phang, S.M. 1984. Seaweeds resources of Malaysia. Wallaceana 38: 3-8.

 

Phang, S.M. 1985. Seaweeds resources of Malaysia. Nature Malaysiana 10(2): 17-25.

 

Phang, S.M. & Ching, L.W. 2004. Biomass production of two Sargassum species at Cape Rachado, Malaysia. Hydrobiologia 512: 79-88.

 

Round, F.E. 1970. The biology of algae London: Edward Arnold Publishers.

 

Rusea, Go. 1989. Komuniti makroalga di zon litoral dan sublitoral di Pulau Tioman, Pahang. Tesis SmSn, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Suzana Samsuri. 1988. Taburan  makroalga di perairan Pulau  Sibu, Johor. Tesis SmSn, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Sze, P. 1986. Biology of the algae. Iowa: MW. C. Brown Publishers.

 

Teo, L.W. & Wee, Y.C. 1983. Seaweeds of Singapore. Singapore: Singapore Univ. Press.

 

Terada, R., Masuda, M. & Phang, S.M. 2000. Taxonomic notes on marine algae from Malaysia III. Seven species of Rhodophyceae. Botanica Marina 43: 347-357.

 

Trainor, F.R. 1978. Introductory psychology. New York: John Wiley and Sons Inc.

 

Trono, G.C. & Ganzon-Fortes, E.T. 1988. Philippine seaweeds. Manila: National Book Store Inc.

 

Trono, G.C. 1997. Field guideine: Atlas of the seaweeds resources of the Philippine. Manila: National Book Store Inc.

 

Uraiya Mohd. Adib. 2004. Kepelbagaian rumpai laut di Teluk Sembawang, Pulau Banggi Kudat, Sabah. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sains, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

GLOSARI

Aksil          

Sudut di antara paksi dengan organ yang terdapat padanya

Akut          

Berakhir secara mendadak dengan hujung yang tajam

Aras pasang surut

Arus air yang dihasilkan oleh daya pasang surut yang berbeza-beza

Asid alginik

Mukopolisakarida dalam dinding alga perang merupakan polimer manuronik dan asid guluronik

Autotrof

Mensistesis sumber makanannya sendiri melalui proses fotosintesis

Basal

Di bawah atau pangkal sesuatu struktur

Berkapur

Mengeras akibat enapan garam kalsium

Berkelompok

Tumbuh dengan gugusan-gugusan atau dalam sekutuan yang rapat

Cakera      

Jasad leper

Dentat      

Bergigi, dangan unjuran hujung yang tumpul

Dikotomi   

Corak percabangan bifurkat yang berulang

Diskoid      

Mempunyai bentuk cakera

Distal

Jauh dari tempat perlekatan

Emarginat

Bertakik di apeks

Fikobilin    

Pigmen larut air yang ditemui dalam alga biru hijau, alga merah dan kriptomonad, bergabung dengan protein membentuk fikobilisom, fikobilin terdiri daripada fikosianin (biru) dan fikoeritrin (merah).

Fikosianin

Pigmen merah dalam kromotofor Rhodophyta tertentu dan protoplas Myxopyceae

Filamen

Barisan sel yang tersusun dari hujung ke hujung samada bercabang atau tidak

Filiform     

Seperti bebenang

Filum

Istilah pengelasan yang melambangkan subdivisi pertama alam

Flabelat

Bentuk kipas; lebar dan bulat di bahagian atas

Formalin   

Bahan pengawet yang memberi ketahanan pada spesies

 

Fukoxantin        

Pigmen perang dalam plastid Phaeophyta

Genus

Aras hierarki dalam taksonomi pada kedudukan  atas spesies tetapi di bawah aras famili

Glabrus

Licin, tanpa rambut; tidak mempunyai trikom

Globos

Bentuk glob; sfera; hampir sfera

Glomerul

Gugusan kecil yang padat

Helaian

Bahagian talus yang lebar dan nipis

Indusium

Selaput luar yang nipis, biasanya menutupi sorus

Karotenoid

Pigmen fotosintesis aksesori yang berfungsi melindungi cahaya matahari berlebihan

Katenet

Bersambung membentuk rantai

Kepelbagaian    

Parameter yang menerangkan kekayaan spesies dan kesamarataan pengumpulan spesies

Kriptostom

Konseptakel steril dalam Fucales

Lamina      

Lapisan nipis tisu sayuran

Laminaran

Hasil simpanan alga perang

Laminarin

Simpanan polisakarida yang ditemui dalam alga perang terdiri daripada polimer glukosa denagan ikatan β-1,4

Lanseolat 

Sempit dan menirus di kedua-dua bahagian

Lateral      

Berhubung dengan bahagian sisi

Linear

Panjang dan sempit, dengan sisi yang selari

Lobus

Bahagian yang terbelah dengan dalam pada fron

Manitol      

Gula alkohol dalam alga perang

Melata

Tumbuh mengufuk tetapi dengan segmen yang menaik

Monoliform        

Menyerupai seutas rantai manik

Monomorf

Hanya satu bentuk tumbuhan dalam kitar hidup

Mukronat

Berakhir dengan hujung yang kecil dan pendek secara serta merta

Pelekap

Organ pelekatan pada alga

Pigmen

Suatu molekul, polimer atau kompleks lain yang terubahsuai untuk mengikat dan mengangkut oksigen dengan cekap, biasanya dalam sistem peredaran

Plastid

Bahagian khusus pada sitoplasma alga yang mengandungi klorofil dan pigmen lain

Proliferat

Mewujudkan talus atau cabang baru secara pembahagian sel vegetatif

Prostrat    

Leper di atas permukaan; mendatar

Reniform  

Bentuk buah pinggang

Rizoid

Filamen unisel atau multisel yang berfungsi sebagai organ pelekap

Septum

Dinding melintang, biasanya bersudut tepat dengan panjang filamen

Serat

Mempunyai gigi halus dan tajam yang menghala keluar

Stip

Struktur seperti batang yang terletak atas dari pelekap

Stolon

Cabang halus atau pucuk yang tumbuh keluar dari pangkal tumbuhan induk dan berupaya menghasilkan pucuk baru

Substrat

Sesuatu objek yang padanya atau dalamnya ada pertumbuhan alga

Substratum

Objek yang mempunyai alga tumbuh dalam atau padanya

Talus

Jasad tumbuhan vegetatif yang mudah tidak terbeza kepada daun, batang dan akar sebenar jasad pertumbuhan alga

Terumbu karang

Struktur rintang gelombang yang terhasil daripada proses penyimenan dan pembinaan kerangka batu karang hermatip, alga berkapur dan orgamisma lain perembes kalsium karbonat

Vertisilat   

Cabang sepusar sepanjang paksi

Vesikel      

Pembengkakan globul berdinding nipis

 

Jadual 4.1 Senarai spesies rumpai laut yang direkodkan di Teluk Genting, Pulau Tioman, Pahang

 

Divisi

Order

Famili

Spesies

 

Chlorophyta

 

Bryopsidales

 

Caulerpaceae

 

Caulerpa serrulata

 

 

Udoteaceae

Tydemania expeditions

 

Dasycladales

Dasycladaceae

Neomeris annulata

 

Siphonocladales

Valoniaceae

Dictyosphearia cavernosa

 

Phaeophyta

 

Dictyotales

 

Dictyotaceae

 

Dictyota cervicornis

 

 

 

Dictyota dichotoma

 

 

 

Lobophora variegata

 

 

 

Padina australis

 

 

 

Padina tetrastromatica

 

Fucales

Cystoseraceae

Hormophysa triquetra

 

 

Sargassaceae

Sargassum polycystum

 

 

 

Sargassum oligocystum

 

 

 

Sargassum sp.1

 

Scytosiphonales

Scytosiphonaceae

Colpomenia sinusa

 

 

 

Hydroclathrus clathratus

 

 

LAMPIRAN A

 

Data PARAMETER PERSEKITARAN air laut TELUK GENTING, PULAU TIOMAN

 

Parameter

                Bacaan

Saliniti

               31.3 ppt

Oksigen

               4.07 mg/l

Peratusan oksigen terlarut

               66%

Konduktiviti

               52 mS

Suhu

               29 0C

 pH

               8.12

Nitrat

               0.22 mg/L

Fosfat

               0.04 mg/L