B) Memelihara hutan

  • Hutan merupakan habitat utama bagi ungka.Oleh itu, kita harus memeliharakan hutan-hutan.

  • Langkah-langkah yang harus diambil ialah:-

    1) Membanteras masalah pembalakan haram

    2) Membanteras masalah pembakaran hutan

    3) Membanteras masalah pemburuan haram

    4) Mengurangkan pembukaan tanah baru

    5) Menubuhkan kawasan terkhas seperti TAMAN NEGARA

    6) Menubuhkan Hutan Simpanan

    7) Mengawal aktiviti perdagangan spesies hidupan liar di peringkat antarabangsa

    8) Menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Perlindungan Hidupan Liar no.76 tahun 1972, Akta Taman Negara.

    C)Program Pendidikan Pemuliharaan Ungka

    Perkaitan antara pengetahuan yang akan diberikan adalah berhubung rapat dengan kefahaman asas yang telah diberikan oleh beberapa agensi dan aktiviti yang berkenaan.

  • Masyarakat Tempatan

    1)2 Pegawai perhubungan membuat lawatan ke kawasan perhutanan dan memberitahu penduduk tempatan tentang tujuan projek pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

    2)Langkah ini harus dijalankan untuk mendapatkan kerjasama dan sokomgan dari penduduk tempatan supaya tahap pemeliharaan dan pemuliharaan dapat ditingkatkan.

    3) Penduduk tempatan yang tinggal dan bekerja di kawasan perhutanan digolongkan sebagai pelindung ungka.

  • Pendidikan sekolah (Kurikulum)

    1)Para pelajar telah didedahkan tentang hutan hujan tropika secara tidak langsung melalui mata pelajaran geografi, sains, dan biologi.

    2)Antara mata pelajaraan yang didedahkan adalah pengenalan kepada jenis hutan ini merupakan habitat ungka dan cara-cara memelihara dan memuliharakan spesies ini kerana spesies ini merupakan spesies suaka.

  • Unit Bergerak Jabatan Pendidikan dan Alam Sekitar

    1) Para pelajar telah mendapat pengetahuan dan kefahaman asas melalui usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi lain melalui paparan poster, risalah-risalah, atau buku bumi hujan yang sering dibekalkan ke sekolah-sekolah tentang alam semulajadi.

  • Ko-kurikulum di peringkat Jabatan Pendidikan atau Sekolah

    1) Aktiviti-aktiviti berbentuk luaran melalui persatuan-persatuan atau kelab-kelab memberi pendedahan secara langsung mengenai alam semulajadi.

    2) Lawatan-lawatan ke tapak projek pemuliharaan dan Taman Negara diadakan.

    3)Para pelajar yang mengikuti kelab-kelab dan persatuan-persatuan akan didedahkan aspek-aspek berkaitan jenis hutan, spesies-spesies dan masalah-masalah.

    4)Contoh persatuan atau kelab adalah seperti Kelab Pencinta Alam, Kelab Kembara dan Kelab Sains dan Teknologi.

  • Media massa

    1)Peranan meluas oleh media massa dalam bentuk bercetak atau melalui radio dan televisyen turut memberi sumbangan besar terhadap kefahaman dan pengetahuan asas terhadap hutan-hutan dan spesies-spesies suaka.

    2)Pada peringkat ini, agensi-agensi seperti Alam Sekitar, Jabatan Hidupan Liar sering menayangkan bahan-bahan berkaitan hutan-hutan di televisyen dan majalah.

  • Laman web

    1)Peranan internet menerusi laman web tentang alam semulajadi pastinya memberi pengetahuan kepada pelajar tentang hutan-hutan dan spesies-spesies suaka.

    2) Dengan maklumat yang mudah diperolehi ini akan memberi satu lakaran globalisasi kepada semua masyarakat termasuklah para pelajar.

  • Promosi sticker

    1)Menerusi kempen kesedaran alam semulajadi, sticker ditampal di kenderaan.

    2)Pemberian sticker ini secara tidak langsung memberi pendedahan awal para pelajar terhadap hutan-hutan dan spesies-spesies suaka.