*B

bacang dibungkus tentu baunya keluar juga

Maksud: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.

 

badak makan anak

Maksud: Membuang anak sendiri.

 

badan bersaudara, emas takkan bersaudara, kasih saudara sama ada

Maksud: Walau bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat dipisahkan kerana orang lebih mengutamakan harta benda.

 

badan boleh dimiliki tetapi hatinya tidak

Maksud: Walaupun kelihatan lemah atau menjadi hamba kepada orang yang berkuasa, namun hatinya tidak begitu.

 

bagai air mencari jenisnya

Maksud: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti­-henti dan tidak mengenal jerih payak.

 

bagai anak dara sudah berlaki

Maksud: Gadis yang tidak malu, pemalas, dan pengotor.

 

bagai anak sepat ketohoran

Maksud: Seseorang yang menunjukkan kemalasannya di rumah orang.

 

bagai anjing beranak enam

Maksud: Dikatakan kepada perempuan yang menjadi kurus sekali kerana kerap melahirkan anak.

 

bagai anjing melintang denai

Maksud :  Seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya

 

bagai anjing menyalak di ekor gajah

Maksud: Orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.

 

bagai anjing terpanggang ekor

Maksud: Seseorang yang mendapat kesusahan yang amat dahsyat, sehingga terpaksa he sana ke mari untuk mendapatkan pertolongan.

 

bagai anjing tersepit di pagar

Maksud: Seseorang yang dalam kesusahan akan berkeadaan serba salah.

 

bagai api dengan asap

Maksud: Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi.

 

bagai api makan dedak

Maksud: Perbuatan jahat yang tidak kelihatan.

 

bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur

Maksud: Suami isteri atau persahabatan yang rukun dan saling menolong.

 

bagai aur dengan tebing

Maksud: Persahabatan yang rukun dan saling menolong.

 

bagai aur di atas bukit

Maksud: Sukar disembunyikan dan mudah dilihat oleh orang.

 

bagai ayam dibawa ke lampuk

Maksud: Orang yang tidak pernah menghadiri majlis yang mewah, kehairanan melihatnya.

.

 

bagai ayam dimakan tungau

Maksud: Orang yang kurus dan pucat lesi kerana berpenyakit.

 

bagai ayam disambar helang

Maksud: Mati tanpa sakit.

 

bagai ayam kecundang

Maksud: Sangat ketakutan.

 

bagai ayam lepas bertaji

Maksud: Serba salah, hendak dibiarkan berbahaya, hendak ditangkap berbahaya juga.

 

bagai ayam mabuk tahi

Maksud: Orang yang pucat lesi dan lemah kerana sakit.

 

bagai barang yang disadur

Maksud: Orang yang tidak tahan diuji.

 

bagai belacan dikerat dua

Maksud: Mendatangkan aib kepada kedua-dua pihak.

 

bagai ayam mengeram telur

Maksud: Keelokan muka seseorang perempuan.

 

bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi

Maksud: Orang yang sombong bercakap besar sehingga terdengar ke mana-mana sedangkan diri dan keluarganya melarat.

 

bagai babi merasa gulai

Maksud: Orang yang hendak menyama-nyamai orang besar atau kaya.

 

bagai Belanda minta tanah

Maksud: Sudah diberi sedikit, hendak banyak.

 

bagai beliung dengan asahan

Maksud: Sangat akrab dan saling memerlukan.

 

bagai belut digetil ekor

Maksud: Sangat terkejut dan segera bertindak.

 

bagai belut diregang

Maksud: Orang yang tinggi dan kurus.

 

bagai benang dilanda ayam

Maksud: Kusut-masai.

 

bagai berkain tiga hasta

Maksud: Tidak cukup; serba tanggung.

 

bagai berkelahi dalam kapuk

Maksud: Perihal sesuatu perkara yang tidak mudah diselesaikan.

 

bagai berlaki anak semang

Maksud: Perempuan yang berkelakuan tidak senonoh.

 

bagai bersahabat dengan ular bisa

Maksud: Kalau berkawan dengan orang jahat lambat-laun akan dianiayanya kita.

 

bagai berselimut kain sarung

Maksud: Hidup susah yang serba kekurangan.

 

bagai berseru di padang pasir

Maksud: Seruan yang tidak diendahkan oleh orang.

 

bagai bersuluh di tengah hari

Maksud: Perkara yang sudah terang dan nyata dijelaskan lagi.

 

bagai bersumur di tepi rawa

Maksud: Orang yang selalu cemburu.

 

bagai bertanak di kuali

Maksud: Bermurah-murahan kepada orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri.

 

bagai bertandang ke rumah meranda

Maksud: Berkunjung ke rumah orang yang tiada dijamu apa­-apa.

 

bagai bertandang ke surau

Maksud: Perihal bertandang ke rumah orang yang tidak menghidangkan apa-apa kepada tetamu.

 

bagai bertih digoreng

Maksud: Bunyi yang tidak putus-putus.

 

bagai beruk kena ipuh

Maksud: Menggeliat-geliat kerana kesakitan.

 

bagai berumah di tepi tebing

Maksud: Selalu tidak aman hatinya.

 

bagai besi dengan penempa

Maksud: Orang yang lemah di bawah kuasa orang yang kuat.

 

bagai bulan penuh di kaki awan

Maksud: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya untuk berjalan.

 

bagai bumi dengan langit

Maksud: Dua perkara yang sangat berbeza.

 

bagai buntal kembung

Maksud: Menjadi sombong.

 

bagai bunyi cempedak jatuh

Maksud: Bunyi yang kuat akibat orang gemuk jatuh.

 

bagai bunyi orang dikoyak harimau

Maksud: Menjerit kuat-kuat.

 

bagai bunyi perempuan di air

Maksud: Sangat bising; riuh-rendah.

 

bagai bunyi perian pecah

Maksud: Suara yang buruk, tidak merdu langsung.

 

bagai bunyi siamang kenyang

Maksud: Banyak cakap setelah mendapat kesenangan.

 

bagai cekur jeringau di ubun-ubun

Maksud: Umur masih terlalu muda tetapi ingin berumah tangga.

 

bagai cembul dapat tutupnya

Maksud: Mendapat sesuatu yang sangat sesuai.

 

bagai cendawan disesah

Maksud: Pucat lesi rupanya.

 

bagai cendawan kememeh

Maksud: Sangat mudah menangis.

 

bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa.

 

bagai cepu dengan tudungnya

Maksud: Sesuai benar; sangat cocok.

 

bagai dakwat dengan kertas

Maksud: Saling mencintai dan memerlukan.

 

­bagai dekan di bawah pangkal buluh

Maksud: Seseorang yang pandai menyimpan rahsia.

 

bagai denai gajah lalu

Maksud: Kerosakan yang besar.

 

bagai diikat dengan sehasta tali

Maksud: Tidak dapat berbuat sekehendak hati.

 

bagai dimandikan dengan air segeluk

Maksud: Menerima pertolongan yang tidak bererti.

 

bagai dirahap kain basah

Maksud: Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar atau melihat sesuatu kejadian yang sedih atau ngeri.

 

bagai disalak anjing bertuah

Maksud: Tidak perlu bertangguh atau permintaan yang perlu dikabulkan (berkaitan dengan anak-anak, yang tidak dapat tidak terpaksa ditunaikan kehendaknya).

 

bagai tuntung jarum dilaga

Maksud: Tidak tetap; Lekas berubah atau mudah rosak.

 

bagai dulang dengan tudung saji

Maksud: Sesuatu yang berpadanan dari segi sifat dan rupa paras.

 

bagai duri dalam daging

Maksud: Hal yang selalu menyusahkan orang.

 

bagai emak mandul baru beranak

Maksud: Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang sangat diidamkan.

 

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing­ masing

Maksud: Mementingkan diri sendiri dan tidak hidup bermasyarakat.

 

bagai gadis julung bersubang

Maksud: Angkuh atau terlalu gembira.

 

bagai gadis julung menumbuk

Maksud: Sangat rajin dan bersungguh-sungguh.

 

bagai galah dijual

Maksud: Sudah habis hartanya kerana berjudi atau sebagainya.

 

bagai galah di tengah arus

Maksud: Sangat gementar, keluh-kesah, dan gelisah.

 

bagai garam jatuh ke air

Maksud: Ajaran atau nasihat yang mudah diterima dan masuk ke dalam hati.

 

bagai gelegar buluh

Maksud: Bercakap besar.

 

bagai gelombang dua belas

Maksud: Kehebatan pendekar ketika menarikan pedang.

 

bagai geluk tinggal di air

Maksud: Orang yang melarat yang hanya mengharapkan bantuan orang.

 

bagai gembala diberi keris

Maksud: Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna baginya.

 

bagai gergaji bermata dua

Maksud: Orang yang menerima keuntungan daripada kedua­-dua belah pihak.

 

bagai hantu makan dedak

Maksud: Bersungut-sungut dengan tiada sebabnya.

 

bagai harimau beranak muda

Maksud: Perihal orang yang sangat bengis; garang.

 

bagai haruan dalam tuar

Maksud: Perihal seseorang yang berada dalam kesusahan dan kegelisahan.

 

bagai hela rambut dalam tepung

Maksud: Harus berhati-hati ketika mengerjakan sesuatu pekerjaan yang sulit.

 

bagai hempedu lekat di hati

Maksud: Hubungan yang sangat erat sehingga sukar diceraikan.

 

bagai hujan jatuh ke pasir

Maksud: Pertolongan yang sia-sia.

 

bagai ikan dalam keroncong

Maksud: Tidak dapat ditolong lagi.

 

bagai ikan kena tuba

Maksud: Banyak orang yang sakit atau mati di dalam sesebuah kampung atau negeri.

 

bagai ikan lampam bawah jamban

Maksud: Orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan maksiat.

 

bagai ilak bercerai dengan benang

Maksud: Bercerai untuk selama-lamanya dan tidak akan bertemu lagi.

 

bagai inai dengan kuku

Maksud: Persahabatan yang sangat karib.

 

bagai intan diikat dengan tembaga

Maksud: Pasangan yang tidak sepadan.

 

bagai isi dengan kuku

Maksud: Perihal persahabatan yang sangat karib.

 

bagai itik berebutkan tembolok

Maksud: Perbalahan yang disebabkan oleh perkara yang terlalu kecil atau tidak berharga.

 

bagai itik bertaji

Maksud: Orang yang penakut tetapi berlagak berani.

 

bagai itik pulang petang

Maksud: Berjalan sangat lambat.

 

bagai jampuk kesiangan hari

Maksud: Seseorang yang bingung kerana kehilangan akal

 

bagai jawi belang puntung; didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk

Maksud: Dikiaskan kepada orang bodoh yang tidak dapat dibawa berunding.

 

bagai jawi ditarik keluan

Maksud: Menurut sahaja.

 

bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan

Maksud: Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan perlu ditimbang dan dirundingkan terlebih dahulu.

 

bagai jawi terkurung siang

Maksud: Orang yang tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat.

 

bagai kaca terhempas ke batu

Maksud: Sangat sedih atau kecewa.

 

bagai kacang direbus satu

Maksud: Terloncat-loncat kesukaan.

 

bagai kacang direndang

Maksud: Bunyi yang tidak putus-putus.

 

bagai kacang tengah dua bulan

Maksud: Kanak-kanak yang sedang subur tubuh badan.

 

bagai kain menunjukkan corak bangsanya

Maksud: Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.

 

bagai kambing dalam biduk

Maksud: Perihal orang yang dalam ketakutan sehingga tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

 

bagai kambing dihela ke air

Maksud: Bersungguh-sungguh tidak mahu.

 

bagai kambing dijunjung

Maksud: Jerit atau teriak orang yang penakut.

 

bagai kambing dimandikan pagi

Maksud: Orang yang malas dan enggan berbuat sesuatu yang disuruh.

 

bagai kambing diseret ke air

Maksud: Perihal orang yang sangat keberatan kalau disuruh berbuat sesuatu.

 

bagai kambing harga dua kupang

Maksud: Orang yang tiada nilai diri; tidak senonoh dan keanak-anakan.

 

bagai kambing lepas ke parak

Maksud: Dapat memilih apa-apa sahaja kerana berada dalam keadaan mewah.

 

bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh

Maksud: Pekerjaan yang bukan sahaja sia-sia, malahan mendatangkan kerugian.

 

bagai kangkung di ulak jamban

Maksud: Perkembangan yang sangat cepat.

 

bagai kapak naik cerana

Maksud: Tidak kena pada tempatnya.

 

bagai kapak naik pemidangan

Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak cukup kebolehan atau alat.

 

bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus

Maksud: Orang yang lemah akan mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa.

 

bagai keli kena ketuk

Maksud: Bersungut-sungut tidak tentu hujung pangkalnya.

 

bagai kelip-kelip terbang malam

Maksud: Rahsia yang sudah diketahui orang.

 

bagai keluang bebar petang

Maksud: Berkerumun atau berhimpun beramai-ramai.

 

bagai kepiting batu

Maksud: Sangat bakhil atau kedekut.

 

bagai kera dapat canggung

Maksud: Tidak renggang-renggang dari tempat menerima bantuan.

 

bagai kera diberi kaca

Maksud: Mendapat sesuatu yang tidak diketahui kegunaannya.

 

bagai kerakap atas batu, hidup enggan mati tak mahu

Maksud: Hidup melarat dan miskin.

 

bagai kerbau runcing tanduk

Maksud: Orang yang terkenal oleh kejahatannya sehingga orang lain yang berbuat jahat dia juga yang dituduh.

 

bagai kerbau terkejut oleh gong

Maksud: Tercengang-cengang kehairanan.

 

bagai keroncor dengan belangkas

Maksud: Persahabatan atau percintaan yang sangat mesra dan kasih-mengasihi.

 

bagai kiambang dilempar

Maksud: Bersurai seketika dan kemudian berkumpul semula.

 

bagai kilat senja, bagai petir tunggal

Maksud: Perihal kepantasan dan kegagahan seorang pahlawan.

 

bagai kinantan hilang taji

Maksud: Orang yang bijak, kaya, dan ada pelbagai kelebihan tetapi tidak mendapat penghormatan daripada orang lain.

 

bagai kuau mengigal

Maksud: Perihal kehebatan dan kegagahan seseorang.

 

bagai kucing dengan panggang

Maksud: Dikatakan kepada lelaki dan perempuan yang selalu berdekatan, lambat-laun akan terjadi perkara sumbang.

 

bagai kucing dibawa lidi

Maksud: Sangat ketakutan.

 

bagai kucing kehilangan anak

Maksud: Perihal orang yang hilang akal atau kebingungan.

 

bagai kucing lepas senja

Maksud: Berasa senang hati kerana sukar dicari.

 

bagai kucing main daun

Maksud: Peri kehebatan seseorang pahlawan.

 

bagai kucing menjemput api

Maksud: Sesuatu yang diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dalam perusahaan itu hilang atau musnah pula.

 

bagai kucing takut akan balur

Maksud: Lelaki yang takut dan malu kepada perempuan.

 

bagai kucing tidur di bantal

Maksud: Perihal kehidupan yang senang dan mewah.

 

bagai kumbang putus tali

Maksud: Sangat pantas larinya.

 

bagai kunyit dengan kapur

Maksud: Perbuatan atau orang yang lekas menjadi serasi atau mudah mesra.

 

bagai lalat mencari puru

Maksud: Membuat pekerjaan dengan cepat dan rakus kerana mencari keuntungan.

 

bagai langau di ekor gajah

Maksud: Orang yang menurut kemahuan orang besar atau pandai.

 

bagai lebah menghimpun madu

Maksud: Sangat rajin.

 

bagai lengkitan gulai

Maksud: Perihal orang yang ingin menebus kejahatan diri tetapi kebaikan diri pula hilang.

 

bagai lepat dengan daun

Maksud: Sesuai atau padan benar.

 

bagai lintah dikerat ekor

Maksud: Sesuatu yang dilakukan dengan pantas.

 

bagai lobak di pemerunan

Maksud: Perihal kanak-kanak yang subur tubuhnya atau lekas besar.

 

bagai lukah tak penuh oleh air

Maksud: Perihal budak yang banyak makan dan tidak tahu kenyang-kenyang.

 

bagai makan buah si malakamo, dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapa

Maksud: Serba salah; buat salah tidak buat pun salah.

 

bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

Maksud: Patuh akan segala perintah.

 

bagaimana cetak, begitulah kuihnya

Maksud: Kelakuan anak itu akan menurut didikan ibu bapanya.

 

bagaimana contoh, begitulah kuihnya

Maksud: Seorang anak akan menurut sifat orang tuanya.

 

bagaimana ditanam, begitulah dituai

Maksud: Setiap kelakuan jahat, kejahatan balasannya.

 

bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu

Maksud: Orang yang selalu pergi ke rumah seseorang dengan maksud yang tersembunyi.

 

bagaimana pohon tidak tumbang dipanah halilintar sebab baluh kulit ada di batangnya

Maksud: Orang yang bersubahat dengan orang jahat akhirnya akan binasa walaupun daripada keturunan orang baik-baik.

 

bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh

Maksud: Hairan melihat keturunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.

 

bagai mandi dalam cupak

Maksud: Pertolongan yang tidak mencukupi.

 

bagai manik putus pengarang (tali)

Maksud: Air mata yang bercucuran.

 

bagai melempar kersik ke buluh

Maksud: Pekerjaan yang sia-sia.

 

bagai melihat asam

Maksud: Sangat berselera terhadap sesuatu.

 

bagai melihat ulat

Maksud: Sangat benci atau meluat melihat sesuatu.

 

bagai melompati pagar tiga hasta; akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi

Maksud: Keadaan atau pertolongan yang tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi.

 

bagai melukut di tepi gantang

Maksud: Perkara kecil yang tidak mendapat perhatian.

 

bagai melulur bersetonggeng

Maksud: Melakukan sesuatu yang sukar kerana malu, takut, atau terpaksa.

 

bagai melulutkan jebat pada kerbau

Maksud: Pemberian yang tidak kena pada tempatnya atau tidak memberikan faedah kepada penerima itu.

 

bagai memagar nyiur condong, buahnya jatuh ke laman orang

Maksud: Kita bersungguh-sungguh menjaga sesuatu, tetapi hasilnya diperoleh oleh orang lain.

 

bagai membangunkan ular tidur

Maksud: Melakukan pekerjaan yang membahayakan diri sendiri.

 

bagai membelah betung

Maksud: Pendirian atau kasih yang berat sebelah.

 

bagai menambah gelang bini

Maksud: Pemberian kepada orang yang sudah mempunyai benda yang sama atau yang sudah dimilikinya.

 

bagai menanti laki pulang maling

Maksud: Selalu dalam keadaan gelisah.

 

bagai mencari belalang di atas akar

Maksud: Mengerjakan pekerjaan yang mustahil atau hampir mustahil untuk berhasil.

 

bagai mencari kutu di dalam ijuk

Maksud: Terlalu susah untuk mencari sesuatu atau seseorang.

 

bagai memakai baju sempit

Maksud: Perbuatan yang tidak sesuai dengan keadaan diri.

 

bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diluah mati bapa

Maksud: Serba salah.

 

bagai menelan mestika embun

Maksud: Mendengar nasihat yang baik.

 

bagai menentang matahari

Maksud: Melawan pendapat orang yang berkuasa itu akan menyusahkan diri.

 

bagai mengail kucing hanyut

Maksud: Perbuatan yang sia-sia.

 

bagai mengatai tonggak

Maksud: Perihal memberi nasihat kepada orang yang hanya berdiam diri.

 

bagai mengepal pasir kering

Maksud: Sangat susah menyatukan orang yang berlainan fikirannya.

 

bagai menggelikan induk ayam

Maksud: Memberanikan orang yang penakut.

 

bagai menghela tali jala

Maksud: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati supaya tidak kerugian.

 

bagai menghitung bulu kambing

Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sia-sia.

 

bagai mengira anak ayam

akan berjaya.

Maksud: Melakukan pekerjaan yang tidak mungkin dapat dikerjakan.

 

bagai mengisi perian bubus

Maksud: Pekerjaan yang sia-sia.

 

bagai menjaga intan dicanai

Maksud: Kasih sayang yang amat sangat kepada seseorang.

 

bagai menjaring angin

Maksud: Melakukan pekerjaan yang sia-sia belaka.

 

bagai menjenguk jerat sial

Maksud: Benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa juga melakukannya atau pergi. ke sesuatu tempat sebentar sahaja.

 

bagai menolong orang dikerumuni lebah

Maksud: Bersedialah menempuh bahaya apabila menolong orang yang dalam bahaya.

 

bagai menumbuk padi hampa

Maksud: Hal seseorang yang terbilang kekayaannya tetapi sebenarnya miskin.

 

bagai menyandang galas tiga, berat tidak seberapa rintangannya yang lebih

Maksud: Pekerjaan yang senang tetapi susah hendak melakukannya.

 

bagai menyandang lukah tiga

Maksud: Menjalankan kerja yang sukar sungguhpun tidak berat.

 

bagai menyesah kain dapat

Maksud: Memakai barang yang dipinjam dengan sekehendak hati.

 

bagai menyurat di atas air

Maksud: Membuat kerja yang sia-sia.

 

bagai meramas biji cempedak

Maksud: Bersungguh-sungguh untuk mengalahkan atau menghadapi seseorang yang pandai berdolak-dalik.

 

bagai murai dicabut ekor

Maksud: Orang yang suka bercakap.

 

bagai nakhoda kasap; hujung hilang pangkal lesap

Maksud: Berbelanja mewah dalam perniagaan sehingga mendapat kerugian.

 

bagai nangka masak menyesak sarungnya

Maksud: Rupa seseorang yang tembam.

 

bagai ombak purus

Maksud: Bunyi suara orang ramai atau deru yang amat menghibakan.

 

bagai padi hendakkan dedak, bagai laki hendakkan kendak

Maksud: Suka menolak sesuatu yang baik dan lebih suka akan perkara buruk.

 

bagai pahat dengan penukul

Maksud: Orang yang bekerja hanya apabila disuruh.

 

bagai pahat, tidak ditukul tidak makan

Maksud: Orang yang hanya bekerja apabila disuruh.

 

bagai panas mengandung hujan

Maksud: Orang yang dalam kesusahan itu tetap nampak kesusahannya walaupun dia ketawa.

 

bagai pancang digoncang arus

Maksud: Tidak tegas atau pendirian yang berubah-ubah mengikut mana-mana pengaruh yang kuat.

 

bagai parang buruk, tali sabut tiada lut

Maksud: Perihal orang yang lemah, pekerjaan yang ringan pun tidak terdaya dilakukannya.

 

bagai pasir pantai, air timpas dibahagiakan

Maksud: Mengutarakan kebenaran diri pada waktu yang sesuai, orang yang sedang marah ditenangkan.

 

bagai pauh dilayang

Maksud: Bentuk pipi yang licin dan sangat bagus.

 

bagai pelanduk di dalam cerang

Maksud: Gelisah kerana ketakutan.

 

bagai pelita kehabisan minyak

Maksud: Tidak berseri-seri lagi.

 

bagai pepatung mandi

Maksud: Masa berlaku terlalu pantas.

 

bagai perempuan bunting bertemu idamannya

Maksud: Gembira kerana mendapat barang kesukaannya.

 

bagai perempuan membawa perut

Maksud: Orang yang buncit perutnya. .

 

bagai pimping di lereng

Maksud: Orang yang pendiriannya tidak tetap.

 

bagai pintu tidak berpasak, perahu tidak berkemudi

Maksud: Sesuatu yang membahayakan, pada bila-bila masa sahaja boleh mendatangkan malapetaka.

 

bagai pucuk dilancar

Maksud: Pergerakan yang terlalu cepat.

 

bagai pucuk pisang didiang

Maksud: Lemah sekali dan tidak bertenaga kerana sakit dan sebagainya,

 

bagai punggur rebah

Maksud: Keadaan orang yang gemuk jatuh.

 

bagai puyu di air jernih

Maksud: Senang hidupnya.

 

bagai puyuh laga

Maksud: Percakapan yang tidak habis-habis.

 

bagai rabuk dengan api, asal berdekat menyalalah ia

Maksud: Dua orang yang tidak boleh berdekatan kerana akan berlaku perbantahan atau pertengkaran.

 

bagai rambut dibelah tujuh

Maksud: Terlalu sedikit atau sangat kecil.

 

bagai rasa batang pisang

Maksud: Amat sejuk (badan).

 

bagai rotan, asal berinsang dicucuk sahaja

Maksud: Perihal orang yang tidak memilih perbuatan atau pekerjaan.

 

bagai rupa orang tak kena beragih

Maksud: Rupa masam kerana rugi (ketika membahagi­-bahagikan barang-barang syarikat).

 

bagai rupa tokak dibasuh

Maksud: Rupa yang sangat buruk.

 

bagai rupa tongkahan

Maksud: Rupa yang tidak menarik.

 

bagai sambau di pintu kandang

Maksud: Kehidupan yang tidak menentu atau melarat.

 

bagai sambau di tengah jalan

Maksud: Kehidupan yang melarat.

 

bagai santan dengan gula

Maksud: Sangat sesuai.

 

bagai sayang kaki pada terompah

Maksud: Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan dan digunakan ketika perlu sahaja.

 

bagai semut penghimpun melukut

Maksud: Orang yang rajin bekerja.

 

bagai serangkak tertimbakan

Maksud: Orang yang miring jalannya atau cacat.

 

bagai serdadu pulang baris

Maksud: Orang yang kelihatan selalu bergaya tetapi pekerjaannya berat dan berbahaya.

 

bagai siamang kurang kayu

Maksud: Berasa susah hati kerana kehabisan barang keperluan harian.

 

bagai si buta pergi bergajah

Maksud: Pekerjaan yang sia-sia.

 

bagai si jimbam (si jiban) hendak hilir

Maksud: Orang yang lembap dalam sesuatu pekerjaan.

 

bagai si kudung mendapat cincin

Maksud: Berasa terlalu gembira apabila mendapat sesuatu yang tidak pernah diperoleh tetapi tidak dapat merasai nikmatnya.

 

bagai si kudung pergi berbelut

Maksud: Pekerjaan yang sia-sia kerana tiada keupayaan untuk melakukannya.

 

bagai si lumpuh hendak merantau

Maksud: Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil.

 

bagai si pekak tertanya-tanya

Maksud: Sangat ingin mendengar khabar.

 

bagai sumpit dihentakkan

Maksud: Orang yang gemuk dan lembam atau tidak cergas.

 

bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli

Maksud: Sangat padan.

 

bagai tabut Keling; di luar berkilat di dalam berongga

Maksud: Orang yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi jahat hatinya.

 

bagai tagar di Pulau Sembilan                              

Maksud: Percakapan yang terlalu tinggi dan sombong.

 

bagai tali berkembar empat, bagai tungku sejerangan

Maksud: Perbuatan yang dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh orang-orang berilmu lagi berakal dan mahir tentulah menjadi sempurna.

 

bagai tanah pelempar balam

Maksud: Usaha yang tidak bersungguh-sungguh, jika berhasil bersyukur, jika tidak berhasil tidak mengapa.

 

bagai tanduk bersendikan gading

Maksud: Pasangan yang tidak sepadan.

 

bagai tanduk diberkas

Maksud: Sangat susah untuk menyatukan orang yang berlainan fikiran.

 

bagai tangguk lerak dengan bingkainya

Maksud: Suami isteri yang tidak pernah bercerai sampai ajalnya.

 

bagai tembilang bagai penggali, bagai yang hilang begitu yang ganti

Maksud: Sesuatu yang hilang sama dengan penggantinya.

 

bagai tergelak sedang kematian

Maksud: Keadaan yang susah.

 

bagai tekukur mengikut kata

Maksud: Anak angkat yang mengikut kata atau diperlakukan sesuka hati oleh ibu bapa angkatnya.          .

 

bagai terpijak bara panas

Maksud: Menjadi gelisah kerana sesuatu perkara.

 

bagai terung terantuk ke dinding

Maksud: Datang berkunjung sekejap sahaja.

 

bagai tidur di atas enjelai

Maksud: Sangat gelisah.

 

bagai tidur di atas miang

Maksud: Orang yang sangat gelisah kerana banyak perkara sedang difikirkan.

 

bagai tikus membaiki labu

Maksud: Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya akhirnya akan tambah merosakkan.

 

bagai timun dendang; di luar merah di dalam pahit

Maksud: Mulut manis tetapi hati busuk.

 

bagai tokak lekat di kening

Maksud: Malu yang tidak dapat disembunyikan.

 

bagai tulang dalam rongkongan

Maksud: Sangat musykil.

 

bagai tunggul dihias

Maksud: Rupa yang buruk.

 

bagai tupai bergelut           .

Maksud: Perihal kehebatan langkah seorang pendekar:

 

bagai ulat nangka terhempas ke batu

Maksud: Orang jahat yang tidak berasa serik walaupun ditimpa kesusahan akibat kejahatannya.

 

bagai udang dalam tangguk

Maksud: Menggeletek-geletek kerana kesukaan dalam kesukaran.

 

bagai udang tahi di kepala

Maksud: Banyak hutangnya.

 

bagai ular dengan orang

Maksud: Perihal dua orang bersaudara yang tidak mahu berkenalan.

 

bagai umang-umang

Maksud: Orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjam.

 

bagai unta menyerahkan diri

Maksud: Orang yang sangat patuh menurut perintah.

 

bagai uras daun katang-katang

Maksud: Perihal orang yang sedang panas hati; hendak berkelahi.

 

bagai wau putus teraju

Maksud: Putus pengharapan atau berserah kepada nasib.

 

bahasa dan bangsa tiada dijual beli

Maksud: Hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa walaupun kepada orang atau kaum yang lemah.

 

bahasa menunjukkan bangsa

Maksud: Daripada budi bahasa, orang lain dapat menilai diri kita.

 

bahaya tumbuh, sengketa habis

Maksud: Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku malapetaka.

 

bahu memikul hati menyokong

Maksud: Melakukan sesuatu dengan sukarela.

 

baik berjagung-jagung dahulu, sementara padi belum masak

Maksud: Semen tara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik boleh digunakan dahulu.

 

baik jadi ayam betina supaya selamat

Maksud: Tidak usah kita menunjukkan keberanian kerana kelak akan mendatangkan mudarat.

 

baik membawa resmi ayam betina supaya tidak ada bencana

Maksud: Lebih baik merendah diri supaya selamat dalam hidup.

 

baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang

Maksud: Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendah diri, tidak sombong.       .

 

bajak patah, banteng terambau

Maksud: Mendapat musibah yang bertimpa-timpa.

 

bajak selalu di tanah yang lembut

Maksud: Orang lemah selalu menderita dan ditindas.

 

bajak sudah tersorong ke bencah

Maksud: Sudah tidak dapat ditarik kembali.

 

bajak wangkang, makan diangkat

Maksud: Orang yang suka kena puji.

 

baju indah dari balai, tiba di rumah menyarungkan

Maksud: Hukum yang telah diputuskan dan tidak boleh dibandingkan lagi.

 

bak alu pencungkil duri

Maksud: Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan.

 

bak bergendang ke Sirukan, perut kenyang emas boleh

Maksud: Keuntungan yang diterima secara berlebih-lebihan.

 

bak bujang jolong berkeris

Maksud: Orang yang sombong kerana baru memperoleh kekayaan.

 

bak bujang setahun sudah bertetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak

Maksud: Menjadi sombong kerana mendapat kemuliaan atau kekayaan.

 

bak cetus api

Maksud: Orang yang terlalu cepat bekerja, berkata, atau bertindak.

 

bak jong berat sebelah

Maksud: Pertimbangan atau keputusan yang tidak adil.

 

bak kambing rega serial

Maksud: Perihal orang yang tidak senonoh perlakuannya, bercakap ke sana ke sini dengan tidak berfaedah.

 

bak mandi air berkiambang, pelak lepas gatal pun datang

Maksud: Benda yang diperoleh meskipun berguna tetapi kemudian mendatangkan kesusahan.

 

bak menanti orang dahulu, bak melalah orang kemudian

Maksud: Membuat kerja yang sia-sia.

 

bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian

Maksud: Murid-murid umumnya akan mencontohi kelakuan guru terutama yang tidak baik.

 

bak orang gombang di lebuh

Maksud: Elok di luar sahaja sedangkan di dalam hati tidak sempurna.

 

bak pinang dianduh, putus tali ia berdiri

Maksud: Melakukan pekerjaan kerana terpaksa.

 

bak rasa di liang lahad

Maksud: Berasa dalam keadaan yang sempit atau keseorangan sewaktu susah, sedih, dan sebagainya.

 

bak rasa kuda pula kukuran

Maksud: Perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya.

 

bak rasa ubi pula gadung

Maksud: Orang hina merasakan dirinya mulia.

 

 

bak tengguli ditukar cuka

Maksud: Kejadian bertukar daripada keadaan menggembirakan kepada keadaan yang menyedihkan.

 

bakarlah air ambil abunya

Maksud: Benda yang mustahil untuk diperoleh.

 

bakar tak berapi

Maksud: Menaruh cinta dengan tidak bersungguh-sungguh.

 

bakar tidak berbau

Maksud: Niat jahat yang tersembunyi.

 

bala lalu dibawa singgah

Maksud: Sengaja mencari kesusahan.

 

balam dengan ketitir

Maksud: Selalu bertengkar.

 

balam dua sesangkar

Maksud: Seorang perempuan dicintai oleh dua lelaki.

 

balik belakang lain bicara

Maksud: Mungkir janji.

 

bandar terbuka dagangan murah

Maksud: Pekerjaan datang sewaktu badan kita sudah lemah dan tidak berdaya.

 

bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua

Maksud: Sudah terlambat.

 

bandot tua makan daun muda

Maksud: Lelaki tua beristerikan perempuan muda.

 

bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku daging

Maksud: Orang yang dengki dan iri hati apabila melihat kelebihan orang lain.

 

bangkai gajah bolehkah ditudung dengan nyiru?

Maksud: Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan dengan alasan yang kecil.

 

bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium juga

Maksud: Orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan jahat walaupun tidak dilakukan.

 

bangsa balur liat

Maksud: Orang yang degil.

 

bangsa bermuka papan

Maksud: Tidak malu.

 

bangsa telinga nipis

Maksud: Orang yang lekas marah.

 

bangsat tidak tahu disukarnya

Maksud: Orang bodoh yang tidak tahu akan kekurangan dirinya.

 

banyak air sedikit minyak, minyak juga ke atas

Maksud: Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang berpangkat.

 

banyak makan garam

Maksud: Banyak pengalaman.

 

banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan

Maksud: Pandai berkata-kata sahaja tetapi tidak pandai mengerjakan.

 

Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya

Maksud: Kegemaran dan kemahuan setiap orang berbeza-beza.

 

bapa borek anak rintik

Maksud: Anak itu akan menurut baka atau perangai bapanya.

 

barang di manapun pantat periuk hitam juga

Maksud: Orang miskin tetap miskin walau di mana-mana pun dia berada.

 

barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

Maksud: Orang yang berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran.

 

barang siapa yang menggali lubang, dia juga yang terperesuk ke dalamnya

Maksud: Barang siapa yang berniat jahat kepada orang lain, maka dia sendiri akan mendapat kecelakaan.

 

barang tergenggam jatuh terlepas

Maksud: Sesuatu yang diperoleh lenyap pula (menyatakan malang).

 

barang yang dikata, itulah kota

Maksud: Janji hendaklah ditepati.

 

barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai.

Maksud: keinginan yang terlalu tinggi tetapi tiada upaya untuk mencapai.       .

 

baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang

Maksud: Belum cukup umur tetapi hendak berlagak seperti orang tua-tua.

 

baru bertatih sudah hendak berlari

Maksud: Membuat pekerjaan yang lebih daripada kesanggupan.

 

baru dianjur sudah bertarung

Maksud: Baru dicuba sudah mendapat rintangan.

 

baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya

Maksud: Baru sedikit mendapat keuntungan sudah berboros-­boros.

 

baru kulit-kulitnya

Maksud: Suatu ilmu yang belum begitu mendalam.

 

baru mendapat gading bertuah

Maksud: Baru mendapat sesuatu yang berharga.

 

basah kuyup bermandi peluh, tanam padi lalang tumbuh

Maksud: Berpenat Lelah tetapi hasil yang diharapkan tidak tercapai.

 

basuh tangan petap abu

Maksud: Mengharapkan sesuatu daripada orang yang bakhil tentulah mustahil.

 

batik Semarang, makin dibasuh makin terang

Maksud: Perempuan Janda yang lebih cantik dan bergaya daripada zaman gadisnya.

 

batu bulat tak bersanding

Maksud: Orang yang kelihatan lemah lembut tetapi sebenarnya hatinya keras dan tidak takut untuk menghadapi sesuatu.

 

batu direbus masakan empuk

Maksud: Orang yang bodoh itu walau bagaimana diajar sekalipun tetap bodoh juga.

 

batu jatuh ke lubuk

Maksud: Hilang lenyap.

 

batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun

Maksud: Orang yang hina menjadi mulia kerana berharta dan orang bangsawan menjadi hina kerana tidak berharta.

 

batu pun empuk, jangankan hati manusia

Maksud: Perkataan yang lemah lembut dapat menawan hati manusia yang keras.

 

batu yang bergolek tidak ditumbuhi lumut

Maksud: Orang yang selalu menukar pekerjaan sukar naik pangkat atau kaya.

 

batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya

Maksud: Hati yang keras boleh dilembutkan dengan pujukan atau kata-kata yang halus.

 

bau busuk tidak berbangkai

Maksud: Fitnah atau celaan yang tidak beralasan.

 

baunya setahun pelayaran

Maksud: Perbandingan kepada sesuatu yang amat busuk.

 

bayan di tangan habis terlepas

Maksud: Nasib yang malang.

 

bayang disangka tubuh

Maksud: Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

 

dikatakan baunya amat busuk selama setahun pelayaran pun bayang sepanjang badan

Maksud: Berpadanan dengan tenaga; yang lahir sama dengan yang batin.

 

beban berat senggulung batu

Maksud: Tanggungan yang sangat berat.

 

beban sudah di pintu

Maksud: Beban sudah dekat untuk dibawa (anak perempuan yang sudah patut dipersuamikan).

 

bekas bertarung lagi dikenang, apa pula hubungan nyawa

Maksud: Tidak pernah lupa.

 

belah dada lihatlah isi

Maksud: Berkata dengan benar.

 

belalang dapat menuai

Maksud: Mendapat keuntungan yang tidak disengajakan; ketika melakukan kerja lain mendapat keuntungan itu.

 

belalang telah menjadi helang

Maksud: Orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia.

 

belakang lading kalau diasah lama-lama tajam juga

Maksud: Orang yang bodoh kalau diajar dengan baik akan pandai juga.

 

belakang parang diasah lagikan tajam

Maksud: Walau betapa bodoh pun seseorang itu kalau diajar berulang kali akan menjadi pandai juga.

 

belanga kurang, periuk berlebih-lebih

Maksud: Orang yang berhak tidak mengambil berat sedangkan orang yang tidak berkaitan bersusah payah.

 

belukar sudah menjadi rimba

Maksud: Kesalahan yang menjadi besar serta sukar dibaiki lagi.

 

belum beranak sudah ditimang

Maksud: Keuntungan belum tentu dapat tetapi sudah hidup bersenang-lenang.

 

belum bergigi hendak mengunyah

Maksud: Hendak mengerjakan sesuatu tetapi belum cekap lagi.

 

belum bergigi sudah hendak menggigit

Maksud: Sudah hendak berkuasa tetapi belum mempunyai kuasa.

 

belum berkilat sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh

Maksud: Perkara yang sudah cukup jelas.

 

belum berkuku hendak menggaruk

Maksud: Belum berkuasa sudah hendak memerintah.

 

belum bertaji hendak berkokok

Maksud: Belum berilmu tetapi sudah hendak mengagungkan diri.

 

belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri

Maksud: Hendak berlagak seperti orang tua-tua.

 

belum dipanjat asap kemenyan

Maksud: Belum berkahwin.

 

belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

Maksud: Orang mudah faham akan maksud walaupun dengan berbahasa isyarat; orang yang arif dan rajin.

 

belum ditumbuk belumlah bengkak

Maksud: Belum dilakukan kejahatan, belumlah ada tanda balas.

 

belum duduk sudah berlunjur

Maksud: Melakukan pekerjaan yang sebenarnya belum sampai masanya atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak mengikut tertibnya.

 

belum tahu dimasin garam

Maksud: Masih belum berpengalaman.

 

belum tahu dipedas lada

Maksud: Masih mentah; belum banyak pengalaman.

 

belum tahu laba rugi

Maksud: Belum tahu akan baik buruk.

 

belum tahu lagi, ayam sedang berlaga

Maksud: Belum ada keputusan.

 

belum tegak hendak berlari

Maksud: Melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan.

 

belum tentu hilir mudiknya

Maksud: Belum mendapat keputusan ten tang sesuatu perkara.

 

belum tentu hitam putihnya

Maksud: Belum tentu keputusan tentang sesuatu perkara.

 

belum tentu si upik si buyungnya

Maksud: Belum tentu kesudahan atau keputusan tentang sesuatu perkara.

 

belum terbang lalat

Maksud: Masih awal pagi.

 

belum tetas sudah dibilang

Maksud: Orang yang berangan-angan tentang untung padahal keuntungan belum diperoleh.

 

belut jatuh ke lumpur

Maksud: kembali ke tempat asalnya.

 

belut kena ranjau

Maksud: Orang yang cerdik kena tipu.

 

bemban bukan terung

Maksud: Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan sesuka hati.

 

benang arang orang jangan dipijak

Maksud: Rumah tangga orang jangan dicabul.

 

benci akan mencit seekor, rengkiang disunu

Maksud: Benci akan sesuatu yang kecil, dibuang keuntungan yang besar.

 

bengkok batang bengkoklah bayangnya

Maksud: Salah ajaran, salahlah ikutannya.

 

benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

Maksud: Orang yang baik-baik, walau ke mana-mana pun dia pergi akan baik juga.

 

berair rongkongan

Maksud: Mendapat rezeki.

 

beraja di mata, bersultan di hati

Maksud: Mengikut nafsu masing-masing.

 

beraja di hati, bersultan di mata

Maksud: Mengikut nafsu masing-masing. .

 

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud: Bersusah payah dahulu supaya senang kemudian.

 

beralang-alang bagai sampah dalam mata

Maksud: Suatu penghinaan yang sentiasa di ingatan.

 

beralih kain di balik rumah, beralih cakap di balik lidah

Maksud: Tidak menepati janji.

 

beranak kandung beranak tiri; ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang.

Maksud: Sikap tidak adil.

 

beranak tiada berbidan

Maksud: Mendapat susah kerana kebodohan sendiri.

 

berandam sesayak dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang

Maksud: Orang yang suka mencela orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi dia sendiri pun gemar melakukannya.

 

berani buat berani tanggung

Maksud: Jika berani melakukan pekerjaan yang salah di sisi undang-undang, kita mesti sanggup menerima hukumannya.

 

berani hilang tak hilang, berani mati tak mati

Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan keberanian.

 

berani kerana benar, takut kerana salah

Maksud: Berani bertindak kerana merupakan pihak yang benar.

 

berani menjual berani membeli

Maksud: Bukan sahaja pandai menyuruh, bahkan pandai juga membuatnya.

 

berani senduk pengedang, air hangat direnanginya

Maksud: Berani yang membuta tuli.

 

berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Maksud: Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu.

 

berapa panjang lunjur, begitulah selimut

Maksud: Membuat sesuatu biarlah menurut kemampuan diri sendiri.

 

berapakah tajam pisau parang, tajam lagi mulut manusia

Maksud: Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata.

 

berapalah besar dan dalam laut Khalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia

Maksud: Hati manusia tidak dapat diduga.

 

berarak ke tebing                       .

Maksud: Berlumba-lumba melakukan sesuatu yang mendatangkan kecelakaan.

 

berarak tidak berlari

Maksud: Perbuatan yang sama-sama menggembirakan hati dan tidak perlu diburu-burukan.

 

beras terdorong ke Tiku

Maksud: Barang yang mesti dijual biarpun tinggi harganya kerana belanja pengangkutan untuk membawanya pulang terlalu mahal.

 

berat beban sedikit dek hati sakit

Maksud: Kerja yang dilakukan secara terpaksa biarpun ringan akan terasa berat juga.

 

berat hati beratlah tulang

Maksud: Pekerjaan yang dibuat dengan keberatan akan terasa berat.

 

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud: Kerja yang berat akan menjadi ringan jika dibuat secara muafakat.  .

 

berat sepikul, ringan sejinjing

Maksud: Bersama-sama dalam suka duka atau mengerjakan sesuatu.

 

berbalik-balik bagai kuda tercirit

Maksud: Perkara yang sudah diputuskan kemudian ditimbulkan kembali.

 

berbau bagai embacang

Maksud: Sudah terdengar-dengar akan berita atau rahsia tentang perbuatan jahat atau maksud tidak baik.

 

berbaur bagai muntah, bercerai bagai demam

Maksud: Orang yang bersaudara itu jika dekat selalu berbantahan tetapi apabila jauh sangat merindui antara satu sama lain.

 

berbaur pangkal perceraian

Maksud: Orang yang bersaudara itu kalau hidup bersama­ sama akan timbul perselisihan.

 

berbenak di empu kaki

Maksud: Tiada peduli baik atau jahat.

 

berbisik kedengaran, berimbau kelampauan

Maksud: jarak yang terlalu dekat.

 

berbuat di alang tahun, belayar di luar musim

Maksud: Mengerjakan sesuatu pekerjaan yang bukan pada waktunya tentu tidak mendatangkan hasil.

 

berbuat kerja seperti Ya'jud wa Ma'jud

Maksud: Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau sibuk.

 

berbudi bagai pisang lebat

Maksud: Berbudi tidak kena pada tempat akan mendatangkan bencana.

 

berbukit di balik pendakian

Maksud: Kesusahan yang bersilih ganti.

 

berbuku dalam hati

Maksud: Terasa di dalam hati atau rasa tidak puas hati.

 

berbunga sama berbunga, yang lain berbuah, dia tidak

Maksud: Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

berbunyi batu berbunyilah dia

Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah.

 

berburu kucing di dapur

Maksud: Perihal anak muda dan gadis yang tinggal serumah dan membuat hubungan haram.

 

bercabang bagai lidah biawak

Maksud: Tidak dapat dipercayai kata-katanya.

 

bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang

Maksud: Berhati-hati ketika memperkatakan hal orang.

 

bercampur dengan pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak

Maksud: Bercampur dengan orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit akan jadi jahat juga.

 

bercerai demam berbaur muntah

Maksud: Orang berkeluarga kalau berpisah akan kerinduan tetapi kalau sentiasa bersama berasa bosan.

 

bercerai tidak bertalak, bernikah tidak berkadi

Maksud: Bersekedudukan tanpa nikah.

 

bercintakan geliga di mulut naga

Maksud: Mengharapkan sesuatu yang amat sukar.

 

berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit

Maksud: Orang yang terlalu marah yang hanya memekik-mekik dan tidak berani bertindak lebih daripada itu.

 

berdiri sama tegak, duduk sama rendah.

Maksud: Sama setara.

 

berdiang di abu dingin

Maksud: Pertolongan yang tidak berguna atau sia-sia sahaja.

 

berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit

Maksud: Cermat dalam mengumpulkan harta.

 

berdua mendatangkan perbantahan

Maksud: Kalau ada dua orang dalam sesuatu pekerjaan akan ada perselisihan pendapat.

 

berdua terkunci, bertiga terbuka

Maksud: Rahsia hanya dapat disimpan' kalau berdua.

 

berebut temiang hanyut, tangan luka temiang tak dapat

Maksud: Orang yang berkelahi sampai cedera kerana merebutkan sesuatu tetapi yang direbutkan itu terlepas.

 

berebut rampas bertanda beti

Maksud: Semua perkara hanya dapat diputuskan apabila cukup bukti.

 

berek-berek laga siang, malam sekelelapan

Maksud: Dua kumpulan yang nampak tidak sependapat tetapi sebenarnya sepakat.

 

berendam di tempayan pekasam

Maksud: Duduk berleka di rumah perempuan jahat.

 

berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali

Maksud: Perihal seseorang yang susah hidupnya; serba kekurangan.

 

berfikiran dusunnya alam ini, belalang disangka helang

Maksud: Orang yang terlalu sempit pengetahuannya.

 

bergaduk-gaduk diri, saku-saku diterbangkan angin

Maksud: Orang yang suka bercakap sombong tetapi kocek kosong.

 

bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau

Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia atau tidak perlu akan diketawakan orang.        ­

 

bergantung di ekor anjing

Maksud: Seseorang yang sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang bantuan.

 

bergantung di hujung rambut

Maksud: Nasib yang belum tentu.

 

bergantung pada akar lapuk

Maksud: Mengharapkan pertolongan atau pergantungan pada orang yang lemah.

 

bergantung tidak bertali, bersalai tidak berapi

Maksud: Isteri yang ditinggalkan tanpa diceraikan.

 

bergelanggang di mata orang banyak

Maksud: Sudah terang dan nyata sekali.

 

bergendang paha

Maksud: Bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan.

 

berguru kepalang ajar, bagai bunga kem bang tak jadi

Maksud: Ilmu yang dituntut tidak sempurna, tidak ada faedahnya.

 

berhakim kepada beruk

Maksud: Meminta hukum daripada orang yang tamak.

 

berhati baja, berurat kawat

Maksud: Orang yang tabah serta keras hati.

 

beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh

Maksud: Orang yang sombong dan bercakap besar itu biasanya kosong kepalanya.

 

beri barang ke tangan kera

Maksud: Menyerahkan sesuatu kepada orang yang akan merosakkannya.

 

berjalan dari pintu belakang

Maksud: Tidak mengikut peraturan yang ditentukan; tidak jujur.

 

berjalan jauh banyak dilihat

Maksud: Orang yang banyak merantau banyak mendapat pengalaman.

 

berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah

Maksud: Melakukan sesuatu kerja hendaklah berhati-hati.

 

berjalan sampai ke batas, belajar sampai ke pulau

Maksud: Hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu sehingga selesai.

 

berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan

Maksud: Melakukan sesuatu kerja hendaklah berhati-hati.

 

berjalan tidak cukup selangkah, berkata tidak cukup sepatah

Maksud: Memberi keterangan atau menguruskan sesuatu yang berulang tanpa jemu.

 

berjanjang naik, bertangga turun

Maksud: Menurut peraturan biasa; mengikut darjat dan kedudukan masing-masing.

 

berjual pisang kepada monyet

Maksud: Berjual dengan memberi hutang.

 

berjumpa dengan putih, terlesi sangat

Maksud: Tidak berasa puas akan sesuatu yang telah diperoleh.

 

berkain tidak cukup sebelit pinggang

Maksud: Sangat miskin.

 

berkata-kata dengan lutut

Maksud: Bercakap dengan orang yang bodoh.

 

berkata peliharakan lidah

Maksud: Hendaklah beringat-ingat ketika mengeluarkan kata­ kata.

 

berkaul kepada keramat

Maksud: Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya.

 

berkayuh sambil bertimba

Maksud: Dapat menyelesaikan dua atau tiga pekerjaan secara serentak.

 

berkelahi dengan orang tak berambut

Maksud: Berkelahi dengan orang yang rendah tarafnya atau tidak sempurna akalnya.

 

berkelahi dalam mimpi

Maksud: Sesuatu perbuatan atau perkataan dengan tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh.

 

berkelahi di ekor alahan

Maksud: Memperdebatkan perkara kecil atau yang sudah selesai.

 

berkelahi seperti labah-labah dalam gelas

Maksud: Perkelahian yang hebat di tempat yang sempit.

 

berkemudi di haluan, bergilir ke buritan

Maksud: Perihal orang yang menurut suruhan atau arahan isteri, anak-anak, atau orang bawahannya.

 

berkemudi ke rusuk

Maksud: Perihal orang yang menurut kehendak isteri atau anak atau orang bawahannya.

 

berkeras tidak berkeris

Maksud: Bertindak keras tetapi tidak berupaya untuk mempertahankan diri.

 

berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang

Maksud: Orang miskin berlagak seperti orang kaya.

 

berkering air liur

Maksud: Perundingan yang membuang waktu; nasihat yang sia-sia.

 

berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak

Maksud: Orang yang bernasib malang. Walaupun dia meniru orang lain, namun nasibnya tetap malang.

 

berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak

Maksud: Orang bijaksana itu apabila mendengar orang bercakap dia dapat menilai bohong atau tidak, dan berilmu atau kosong.

 

berketak dulu sebelum bertelur

Maksud: Bersukaria dahulu sedangkan sesuatu yang diharapkan belum tiba lagi.

 

berketak ayam dalam telur

Maksud: Orang bodoh yang tidak tahu akan apa-apa turut merundingkan perkara yang tidak diketahuinya itu.

 

berketiak ular

Maksud: Berpanjangan tiada kesudahan.

 

berketuk di luar sangkar, bertanam di luar pagar

Maksud: Mengemukakan keterangan lanjut sesudah perkara tersebut selesai diputuskan.

 

berkocak tanda tak penuh

Maksud: Orang yang suka bercakap itu menandakan pengetahuannya cetek.

berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup bawah kelingking

Maksud: Bercakap besar di belakang tetapi terus mengaku kalah apabila berhadapan.

 

berkuah air mata

Maksud: Selalu menderita dan susah.

 

berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek

Maksud: Persahabatan yang sangat karib.

 

berkuak pedang, membelah buluh

Maksud: Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.

 

berkubu sebelum alah

Maksud: Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.

 

belayar atas angin

Maksud: Berbuat sesuatu dengan perbelanjaan orang lain dahulu.

 

belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua

Maksud: Segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yang lebih berpengalaman.

 

belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai

Maksud: Sebarang pekerjaan yang besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang ahli supaya selamat.

 

belayar menentang menuju pulau

Maksud: Sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya.

 

belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

Maksud: Sekali melakukan pekerjaan; dua tiga maksud tercapai.

 

berlidah di lidah orang

Maksud: Menurut sahaja kata orang.

 

berlindung di balik telunjuk

Maksud: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.

 

berludah api

Maksud: Mengeluarkan kata-kata kesat kerana terlalu marah.

 

berlurah di balik pendakian

Maksud: Ada kehendak yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan, dan sebagainya.

 

bermain air basah, bermain api letup

Maksud: Setiap perkara yang dilakukan akan ada akibat atau kesannya.

 

bermain di belakang kelir

Maksud: Memimpin secara diam-diam.

 

bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya

Maksud: Berkawan dengan orang yang bodoh tentu menyusahkan diri sendiri.         .

 

bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali

Maksud: Tidak menaruh perhatian kepada perkara yang dilihat atau didengar.

 

bermayang-mayang sayang tidak menjadi mumbang

Maksud: Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anak itu mati.

.

 

bermimpi di siang hari

Maksud: Angan-angan yang tidak akan tercapai.

 

bermimpi mendapat emas takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung

Maksud: Sesuatu pertelingkahan itu anggaplah seperti mimpi sahaja, tidak usah dipanjang-panjangkan.

 

berminyak biar lecah

Maksud: Melakukan sesuatu biar bersungguh-sungguh.

 

berminyak biar licin

Maksud: Setiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sehingga selesai.

 

berminyak tak licin

Maksud: Kerja yang dibuat separuh jalan.

 

bermuka dua

Maksud: Orang yang tidak dapat dipercayai.

 

bermulut di mulut orang

Maksud: Selalu menurut kata orang.

 

bernafas keluar badan

Maksud: Lebih percaya akan pendapat orang daripada pendapat sendiri.

 

berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap

Maksud: Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya akan merugikan; membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

berniaga di hujung lidah

Maksud: Orang pandai yang tidak jujur dan suka menipu.

 

beroja berpegang ekor

Maksud: Kepercayaan yang setengah hati atau tidak memberi kebebasan penuh.

 

beroleh hidung panjang

Maksud: Mendapat malu.

 

beroleh lumpur di tempat kering

Maksud: Beroleh kesusahan dengan tidak disangka-sangka.

 

beroleh sehasta hendak sedepa

Maksud: Diberi sedikit lalu hendak minta banyak.

 

berpadang luas beralam lapang

Maksud: Orang yang sangat penyabar dan berfikiran terbuka.

 

berpahat dalam baris, berkata dalam pusaka

Maksud: Mengerjakan sesuatu mengikut peraturannya supaya selamat.

 

berpantang mati sebelum ajal

Maksud: Tidak akan mati sebelum tiba waktunya.

 

berpantang si tegang dibawa mengetul

Maksud: Orang keras kepala tiada dapat mendengar kata atau nasihat.

 

berpatah arang berkerat rotan

Maksud: Perselisihan atau perpisahan yang tidak mungkin dapat diperbaik lagi.

 

berpaut sehasta tali

Maksud: Tidak dapat berbuat sesuatu dengan sesuka hati.

 

berpaut tidak bertali

Maksud: Belum putus perkaranya, belum diberi surat cerai.

 

berperang bermalaikat, bersabung berjuara

Maksud: Kita berusaha tetapi Tuhan yang menentukan berjaya atau tidak.

 

berpesan berturuti, harap ada, percaya tidak

Maksud: Tidak percaya sepenuhnya.

 

berpindah di balik papan

Maksud: Meninggal dunia.

 

berputih mata

Maksud: Berhiba hati menanggung rindu kerana kekasih diambil orang.

 

berputik dulu sebelum berbunga, buahnya jarang dimakan beruk

Maksud: Perempuan yang hamil sebelum berkahwin.

 

bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga

Maksud: Kalau bercampur dengan orang yang mahir, lama-­lama akan tahu juga walaupun sedikit.

 

bersaksi ke lutut

Maksud: Menjadikan sanak saudara atau sahabat sebagai saksi.

 

bersandar ke lemang hangat

Maksud: Berlindung kepada orang yang zalim akan binasalah akhirnya.

 

bersatu teguh, bercerai roboh

Maksud: Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat dan kalau berpecah belah, negara akan hancur.

 

bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang

Maksud: Orang miskin yang berlagak seperti orang-orang kaya.

 

bersawah sepiring tidak, akan tempat sepasin bertanya

Maksud: Miskin yang amat sangat.

 

berseleleran bagai getah di lalang

Maksud: Percakapan atau perbincangan yang tidak berkesudahan dan tidak berperaturan.

 

berserah berkabilan

Maksud: Tidak mempercayai orang yang diamanahkan untuk menyampaikan sesuatu.

 

bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tidak lalu

Maksud: Berpura-pura melawan meskipun kesanggupan sudah tiada lagi.

 

bersesak-sesak bagai ular tidur

Maksud: Peri orang yang kesempitan kerana ditagih hutang dan sebagainya.

 

bersesalan bagai batak lari

Maksud: Apabila berlaku sesuatu bencana dalam satu kumpulan, pelbagai pihak dalam kumpulan tersebut saling menyalahkan.

 

bersesapan belukar

Maksud: Pekerjaan yang tidak sempurna.

 

bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang

Maksud: Membetulkan diri sendiri dulu 'sebelum membetulkan orang lain.

 

bersilat kepada si buta

Maksud: Menunjukkan kepandaian kepada orang yang tidak dapat menghargai.

 

bersimalang bersimujur

Maksud: Untung-untungan; mengadu untung.

 

bersisih antah dengan beras

Maksud: Berasingan orang kaya daripada orang miskin.

 

bersukat darah baruku beri

Maksud: Biar mati daripada menyerah begitu sahaja.

 

bersukat darah, bertimbang daging

Maksud: Melawan sampai mati.

 

bersunting bunga keduduk; berdiri tidak sama tinggi, duduk tidak sama rendah

Maksud: Suami isteri yang tidak sama darjat keturunannya.

 

bersuris bagai pasir, berbau bagai bacang

Maksud: Kejahatan yang sudah cukup bukti dan keterangan.

 

bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing

Maksud: Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.

 

bertambah gemuk tubuh babi itu, semakin kedi matanya

Maksud: Orang miskin yang beroleh kekayaan akan mementingkan dirinya sendiri tanpa mempedulikan orang lain lagi.

 

bertambah semakin kurang

Maksud: Kawan yang datang bukan untuk membantu, tetapi menambah kesusahan.

 

bertampar biar sama bercincin, bertendang biar sama bersepatu, bercakar biar sama bercanggai

Maksud: Mencari lawan biarlah orang yang sepadan dengan kita.

 

bertampuk bertangkai

Maksud: Ada bukti yang kuat dan kukuh.

 

bertanam tebu di bibir

Maksud: Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuja

 

bertanam tebu di bibir, bertanam halia di hati

Maksud: Mulut manis, hati jahat.

 

bertandang membawa lapik

Maksud: Berkunjung ke rumah orang tetapi membawa bekalan sendiri.

 

bertanjak baru bertinjau

Maksud: Berbuat sesuatu mengikut aturannya yang lazim.

 

bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai

Maksud: Berbuat sesuatu biarlah ada usul periksa agar sampai matlamat.

 

berteduh di bawah betung

Maksud: Mendapat pertolongan yang tidak memadai.

 

bertegang (bersitegang) urat leher, bertegang (bersitegang) buku lidah

Maksud: Tiada yang mahu mengaku kalah dalam perdebatan.

 

berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah

Maksud: Setelah dialami barulah diinsafi.

 

bertelau-telau bagai panas di belukar

Maksud: Hukuman atau adat yang tidak sama rata.

 

bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang

Maksud: Perselisihan yang berlaku antara dua saudara menyebabkan orang lain yang mendapat keuntungan.

 

bertelingkah bagai antan di lesung

Maksud: Dua orang atau lebih melakukan pekerjaan yang sama, jika berlaku perselisihan faham atau berkecil hati maka akan rosak atau tergendalalah pekerjaan itu.

 

bertemu baji dengan matan

Maksud: Kuat sama kuat, berani sama berani.

 

bertemu beliung dengan ruyung

Maksud: Kuat sama kuat atau berani sama berani.

 

bertemu birah dengan keladi

Maksud: Pertemuan antara lelaki dengan perempuan yang sama jahatnya.

 

bertemu bukit di tepi telaga

Maksud: Mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

 

bertemu buku dengan ruas

Maksud: Sangat sesuai.

 

bertemu mura dengan tedung

Maksud: Sama pandai atau sama gagah.

 

bertemu teras dengan beliungnya

Maksud: Dua orang yang berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; bertemu dengan lawan yang sepadan.

 

bertenun sampai ke bunjainya

Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna.

 

bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga

Maksud: Cinta dan kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak.

 

bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi

Maksud: Tidak mungkin percintaan atau perbalahan terjadi kalau daripada sebelah pihak sahaja.

 

berteras keluar bagai pimping

Maksud: Tampak di luar sahaja bagus atau kaya tetapi sebenarnya melarat.

 

bertilamkan pasir

Maksud: Tidak mempunyai tempat tinggal, tidur di merata-rata tempat.

 

bertimbang tunai

Maksud: Menjawab dengan tepat.

 

bertitah lalu, sembah berlaku

Maksud: Jika kita menuruti kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya juga.

 

bertitik ditampung, meresap dipalit

Maksud: Pemberian atau penghasilan meskipun sedikit akan diterima juga.

 

bertongkat jarum

Maksud: Sesuatu yang mustahil diperoleh (ejekan).

 

bertongkat senduk (tempurung)

Maksud: Orang yang sudah terlalu tua.

 

bertongkat tebu

Maksud: Berjalan bersama-sama isteri atau kekasih.

 

bertukar beruk dengan cicak

Maksud: Menukar sesuatu yang lama dengan yang baru, padahal sama juga buruknya.

 

bertukar beruk dengan cigak

Maksud: Tidak ada apa-apa perbezaan, sama saja halnya.

 

bertukar jiwa dengan semangat

Maksud: Sedang berkasih-kasihan.

 

bertunggul ditarah, kesat diempelas

Maksud: Perselisihan sudah diselesaikan dengan seadil-adilnya.

 

bertunggul pemarasan

Maksud: Pekerjaan yang tidak sempurna.

 

bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali

Maksud: Orang hina dan miskin hendak menyerupai orang kaya dan mulia.

 

bertungkus lumus biar di dapur, sifatkan telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, kelak ayam datang melumpur

Maksud: Perselisihan sesama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak

Maksud: Sudah berantara atau berjarak antara saudara; keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh.

 

berudang di sebalik batu

Maksud: Ada sesuatu yang tersembunyi daripada yang dilahirkan melalui mulut atau perbuatan.

 

beruk jumpa pisang masak setandan

Maksud: Orang tamak yang memperoleh keuntungan besar dengan mudah.

 

berulat mata melihat

Maksud: Sangat benci atau meluat apabila melihat sesuatu.

 

berunding dengan tunggul

Maksud: Bertanya atau memberi nasihat kepada orang yang hanya berdiam diri, tidak menjawab, membantah, atau mengiakan.

 

berunding dengan tungkahan

Maksud: Berbincang dengan orang yang hanya berdiam diri tanpa menjawab, membantah, atau mengiakan.

 

berunyai-unyai bak hujan pagi

Maksud: Mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjang-panjangan.

 

besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan

Maksud: Tiap-tiap orang mulia dan berkuasa pada tempatnya masing-masing.

 

besar-besar istana raja; kecil-kecil rumah sendiri

Maksud: Walaupun hidup senang di rumah orang, namun lebih selesa di rumah sendiri.

 

besar diambak; tinggi disanjung

Maksud: Mendapat kebesaran dan ketinggian kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah.

 

besar gunung dipandang, kecil hutang disandang

Maksud: Hutang itu meskipun sedikit, berat bagi orang yang menanggungnya.

 

besar hendak melanda, panjang hendak melindih

Maksud: Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela.

 

besar kayu, besar dahannya

Maksud: Apabila banyak penghasilan, banyak pula perbelanjaannya.

 

besar pasak daripada tiang

Maksud: Belanja lebih besar daripada pendapatan.

 

besar periuk besarlah keraknya

Maksud: Banyak pendapatan, banyak juga perbelanjaannya.

 

besar senggulung daripada beban

Maksud: Besar belanja daripada pendapatan.

 

besi baik tiada berkarat

Maksud: Budi yang baik atau perbuatan yang terpuji tidak mudah dilupakan.

 

besi bak diringgiti

Maksud: Perihal sesuatu yang sudah baik namun diperbaik lagi.

 

besi ditempa selagi panas

Maksud: Berusaha selagi badan masih kuat atau mampu.

 

besi lemah tidak patah

Maksud: Pada zahirnya nampak lemah tetapi sukar dipengaruhi.

 

betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Maksud: Betapa susah orang yang melihat sesuatu kesusahan orang lain, berat lagi kesusahan orang yang menanggungnya.

 

betapa pun lurus paku, hujungnya berkelok juga

Maksud: Seseorang yang berhati jahat walaupun baik perkataan dan kelakuannya.

 

betik sudah gentas

Maksud: Tidak dapat menghasilkan apa-apa.

 

betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang

Maksud: Orang bujang atau anak dagang yang bebas tanpa sebarang ikatan.

 

betung ditanam aur tumbuh

Maksud: Diharapkan mendapat yang baik tetapi mendapat yang kurang baik.

 

biang menanti tembus

Maksud: Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.

 

biar alah sabung, asal menang sorak

Maksud: Biar harta habis, asal hati puas.

 

biar berputih tulang, jangan berputih mata

Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik dirampas orang.

 

biar bertitik jangan tumpah

Maksud: Biar habis sedikit, jangan habis semuanya.

 

biar-biar naik ke mata

Maksud: Jangan dilalaikan sesuatu yang akan membahayakan diri sendiri.

 

biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati

Maksud: Biarlah miskin tetapi mempunyai budi bahasa yang halus.

 

biar dahi berluluk, asal tanduk mengena

Maksud: Biar bersusah payah asalkan maksud tercapai.

 

biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak

Maksud: Berhenti kerja dengan kemahuan sendiri, lebih baik daripada dipecat.

 

biar kurang garang asal lebih gaya

Maksud: Menunjuk-nunjuk diri sekalipun penakut.

 

biar lambat asal selamat

Maksud: Membuat kerja biarlah cermat dan berhati-hati.

 

biar luka di dada, jangan luka di belakang

Maksud: Biar alah kerana melawan daripada alah kerana melarikan diri.

 

biar mati berkapankan kain cindai daripada berkain kadut

Maksud: Lebih baik mati mulia daripada hidup menanggung malu.

 

biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma

Maksud: Meskipun sama-sama jahat tetapi biarlah mati dalam kebaikan dan kemuliaan, jangan mati di tempat hina.

 

biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam

Maksud: Biarlah melakukan sesuatu yang kurang martabat asalkan mendapat rezeki yang halal.

 

biar merangkak jangan menjalar

Maksud: Biarlah melarat sedikit jangan benar-benar melarat.

 

biar miring asalkan jangan terlungkup

Maksud: Biar rugi sedikit, asalkan tidak semua sekali.

 

biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya

Maksud: Kebijaksanaan itu akan lebih juga daripada kekayaan.

 

biar nasi terbuang, jangan periuk pecah

Maksud: Biar anak mati, asal ibunya selamat ketika bersalin.

 

biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

Maksud: Betul-betul menyimpan rahsia.

 

biar pecah perut, bumi merekah

Maksud: Tidak mahu melakukan sesuatu.

 

biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga

Maksud: Pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah.

 

biarpun setandan bagai kerambil, namun untung berlain-­lain

Maksud: Walaupun bersaudara kandung, namun nasib mereka berbeza.

 

biar rebah jangan roboh

Maksud: Biar sakit asalkan jangan rugi.

 

biar salah kain, jangan salah mulut

Maksud: Berhati-hati mengeluarkan kata supaya tidak menyinggung perasaan orang.

 

biar senget jangan tertiarap

Maksud: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

 

biar sipi asal jangan tepat

Maksud: Biar rugi sedikit, asal jangan rugi banyak.

 

biar ular mati dan kayu jangan patah

Maksud: Binasakan musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri.

 

biawak kudung masuk kampung

Maksud: Pencuri yang dikenali oleh orang ramai.

 

bibir saya bukan di retak panas

Maksud: Perkataan saya bukanlah sia-sia atau dusta (benar seperti yang diramalkan).

 

bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga

Maksud: Kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar.

 

biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju

Maksud: Pekerjaan yang dilakukan tanpa kepandaian, payah untuk berhasil.

 

biduk lalu kiambang bertaut

Maksud: Orang yang bersaudara atau bersubahat, berkelahi seketika kemudian berbaik semula.

 

biduk pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai

Maksud: Perusahaan yang bankrap, ketuanya mati, pekerjanya kucar-kacir.

 

biduk satu nakhoda dua

Maksud: Satu pekerjaan mempunyai dua orang ketua.

 

biduk tiris menanti karam

Maksud: Sudah tidak tertolong lagi.

 

biduk upih pengayuh bilah

Maksud: Tidak berdaya untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan.

 

bila kucing tak bergigi, tikus pun melompat tinggi

Maksud: Apabila orang yang ditakuti telah hilang kuasa, orang-orang yang lemah mula berkuasa.

 

bila pula biawak duduk

Maksud: Sesuatu yang mustahil untuk terjadi.

 

bila sudah merah; kapur salahkan kunyit, kunyit salahkan kapur

Maksud: Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini, masing­ masing salah-menyalahkan.

 

binatang tahan palu, manusia tahan kias

Maksud: Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan sindiran atau kiasan.

 

bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti

Maksud: Orang yang bodoh tetapi tidak mahu mengikut nasihat orang.

 

bintang bertabur bolehkah sama dengan bulan yang satu

Maksud: Tempat menambah kasih sayang tidak dapat dicari ganti walaupun ban yak penggantinya.

 

bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar arang di mukanya

Maksud: Menegur kesalahan orang tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari.

 

bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas

Maksud: Orang yang bodoh sekalipun tahu untuk memilih yang baik untuk dirinya.

 

bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru

Maksud: Kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi.

 

bomoh mencari orang sakit

Maksud: Orang menawarkan pertolongan tanpa diminta.

 

bongkok baru betul

Maksud: Angkuh atau sombong kerana baru beroleh kekayaan atau pangkat.

 

bongkok dek menganyam, silap (sesat) mengelarai

Maksud: Sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan, tetapi masih juga membuat kesilapan.

 

bongkok kail nak mengena

Maksud: Tipu muslihat itu adalah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri.

 

buah kedumpung, di luar berisi di dalam kosong

Maksud: Orang yang sombong banyak cakapnya.

 

buah masak merah belum tentu manis rasanya

Maksud: Orang yang elok rupanya belum tentu perangainya baik.

 

buah masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin

Maksud: Tidak terdaya untuk mencapai yang dicita-citakan.

 

buah yang manis berulat di dalamnya

Maksud: Mulut yang manis tetapi mempunyai maksud jahat.

 

buaian diayun anak dicubit

Maksud: Berbuat baik untuk melindungi perbuatan jahat.

 

buang bunga ke jirat

Maksud: Berbudi kepada seseorang yang tidak memerlukan budi atau pertolongan.

 

buang daun keladi, berselimut daun birah

Maksud: Menceraikan isteri yang jahat tetapi kemudian berkahwin pula dengan perempuan yang lebih jahat.

 

buang yang keruh, ambil yang jernih

Maksud: Lupakan sesuatu peristiwa atau pengalaman yang tidak menyenangkan dan mulakan penghidupan yang baru.

 

buat baik berpada-pada, buah jahat jangan sekali

Maksud: Melakukan kebaikan janganlah berlebih-lebih tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dilakukan.

 

buat kerja seperti Mat Jujai

Maksud: Orang yang selalu meninggalkan pekerjaan sehingga terbengkalai.

 

buat nasi tambah

Maksud: Penambah pendapatan yang ada.

 

buaya setanjung makan tak habis

Maksud: Sindiran kepada orang yang terlalu gemuk.

 

bujuk lepas dari bubu

Maksud: Dengan cepat menghilang setelah terlepas daripada kesengsaraan.

 

bujur lalu, lintang patah

Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya.

 

buka kulit, ambil isi

Maksud: Perundingan secara berterus terang dan tidak berkias­-kias lagi.

 

buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati

Maksud: Perkara yang tidak bersangkut paut dengan kita dapatlah dilihat dan didengar tetapi tidak perlu dicampuri.

 

bukan air muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya

Maksud: Khabar yang diambil bukanlah khabar angin kerana berasal daripada sumber yang sebenar.

 

bukan budak-budak makan pisang

Maksud: Bukan orang yang dapat dipermain-mainkan atau diperdayakan.

 

bukan diretak panas

Maksud: Bukan sia-sia atau dusta sesuatu telahan.

 

bukan kudis dibuat pekung

Maksud: Bukan kesalahan kecil yang dibesar-besarkan.

 

bukan masak durian, masak manggis

Maksud: Perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia daripada lelaki.

 

bukannya bersuluh batang pisang, bersuluhkan bulan matahari

Maksud: Kejahatan yang sudah terang dan nyata sekali.

 

bukit jadi paya, paya jadi bukit

Maksud: Orang yang kaya dan mulia menjadi miskin dan hina, begitulah sebaliknya.

 

bukitlah tinggi, lurahlah dalam

Maksud: Orang yang telah tua dan tidak mampu ke sana ke sini seperti dulu lagi; teramat tua dan daif. .

 

bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud: Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang.

 

bukit sudah menjadi busut

Maksud: Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

 

bulan mengambang dikandung awan

Maksud: Lelaki yang merindui perempuan yang sudah diambil oleh orang lain.

 

bulan naik matahari naik

Maksud: Mendapat untung dan bahagia dari kiri dan kanan.

 

bulan terang paksa baik; payang ke laut, biduk pun ke laut juga

Maksud: Ketika negara makmur, rakyat berlumba-lumba mencari keuntungan.

 

Bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya

Maksud: Sama-sama kuat, kalah menang bergantung pada nasib.

 

bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat

Maksud: Keputusan sebulat suara akan tercapai sekiranya bersepakat. .

 

bulat bersegi, bersanding melukai

Maksud: Orang yang nampaknya lurus tetapi tidak dapat dipercayai.

 

bulat boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan

Maksud: Benar-benar sudah muafakat.

 

bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan

Maksud: Setiap manusia pernah melakukan kesilapan.

 

bunga bukan sekaki, kumbang bukan seekor

Maksud: Perempuan atau lelaki itu bukan seorang sahaja di dunia. .

 

bunga dipersunting, perdunya ditendang

Maksud: isteri disayangi tetapi mentua dibenci; seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

 

bunga dipersunting sudahnya akan layu

Maksud: Sesuatu itu dikasihi ketika masih baru, apabila sudah lama atau buruk akan dibuang.

 

bunga dipetik, perdunya diberaki

Maksud: Suka akan hak orang tetapi orang itu dibenci.

 

bunga disunting, perdu disepak buang

Maksud: Perihal anak menantu yang membenci mentuanya.

 

bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur

Maksud: Setiap manusia akan mati tidak kira tua atau muda.

 

bunga kembang berbalik kuncup

Maksud: Mula-mula ingin menurut atau setuju, kemudian ingkar.

 

bunga kembang menanti layu

Maksud: Kecantikan itu tidak kekal.

 

bunga raya kembang pagi

Maksud: Muka yang merah padam kerana terlalu marah.

 

bunga tengah kembang di taman, baunya semerbak ke mana-mana

Maksud: Kecantikan seorang gadis yang telah tersebar ke mana-­mana.

 

bunga yang harum itu ada durinya

Maksud: Sesuatu yang indah itu ada pengawalnya.

 

bunga yang layu balik kembang

Maksud: Tatkala ternyata. kebenaran kepada seseorang yang tertuduh.

 

bungkal genap menahan cuba, emas sebaik menahan uji

Maksud: Keutamaan sifat seseorang dapat dicuba atau diuji.

 

buntat hendak jadi gemala

Maksud: Orang kecil hendak menjadi orang besar.

 

buruk bak embacang

Maksud: Pengetahuan atau akal bukan hanya terdapat pada orang yang elok rupanya.

 

buruk-buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga

Maksud: Orang yang baik itu walaupun miskin, namanya disebut juga.

 

buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat

Maksud: kejadian buruk dan pekerjaan baik dapat diselesaikan dengan perundingan dan kata sepakat.

 

buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang

Maksud: Kerugian ditanggung bersama tetapi keuntungan dikaut seorang diri.

 

buruk muka cermin dibelah

Maksud: Tidak mahu menerima kenyataan tentang kesalahan sendiri dengan melemparkan kepada orang lain.

 

buruk perahu buruk pangkalan

Maksud: Enggan melihat atau mengunjungi rumah bekas isteri atau bekas suami.

 

buruk tak tahu akan hinanya

Maksud: Tidak insaf akan kekurangan diri.

 

burung boleh lupa akan getah tetapi getah tidak lupakan burung

Maksud: Orang yang berhutang dapat melupakan pemiutang, tetapi pemiutang tidak akan lupa kepada penghutang.

 

burung terbang dipipiskan lada

Maksud: Belum tentu diperoleh sesuatu yang dicita-citakan tetapi sudah dirancang dan dibuat persediaan untuk itu.

 

burung yang liar dilepaskan, khabar yang mustahil didengarkan

Maksud: jangan percaya akan khabar yang tidak diketahui kesahihannya.

 

busuk berbau, jatuh berdebuk

Maksud: Kalau melakukan kesalahan atau perkara yang tidak baik, akhirnya akan diketahui orang juga.

 

busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang

Maksud: Kalau saudara-mara melakukan kesalahan akan dicari jalan untuk membersihkan namanya tetapi kalau orang lain dibiarkan begitu sahaja.

 

busuk tak tahu dibaunya.

Maksud: Tidak insaf akan kekurangan dirinya.

 

busut juga ditimbun anai-anai

Maksud: Orang kaya juga yang akan bertambah kaya.

 

buta baru celik

Maksud: Menjadi sombong kerana mendapat kekayaan atau kesenangan atau pangkat dengan tidak disangka-sangka.