*H

habis air setelaga, arang dibasuh tak putih

Maksud: Betapapun diusahakannya perangai jahat susah hendak dihilangkan.

 

habis alur maka beralu-alu

Maksud: Jika melalui perundingan tidak mencapai persetujuan, barulah digunakan cara kekerasan.

 

habis cupak dari pelelehan

Maksud: Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali.

 

habis geli kerana geletek, habis bisa kerana biasa

Maksud: Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang apabila telah menjadi kebiasaan.

 

habis hulubalang bersiak

Maksud: Apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa-apa sahaja yang ada.

 

habis kapak berganti beliung

Maksud: Sangat rajin bekerja.

 

habis manis sepah dibuang

Maksud: Setelah tidak berguna, dibuang atau tidak diendahkan lagi.

 

habis miang kerana bergeser

Maksud: Hilang rasa takut atau canggung apabila sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan.

 

habis sepasu minyak, ekor anjing diurut tak akan lurus

Maksud: Orang yang bertabiat buruk itu kalau diperbaik sekalipun akan tetap jahat juga.

 

habis tenggang dan kelakar

Maksud: Habis akal dan budi bicara.

 

habis umpan kerong-kerong tak dapat

Maksud: Usaha yang sia-sia malah menyebabkan kerugian dan lelah sahaja.

 

hancur badan dikandung tanah, budi yang baik terkenang juga

Maksud: Budi bahasa tidak akan dilupakan orang.

 

hangat-hangat tahi ayam

Maksud: Tidak tetap kemahuan atau tidak bersungguh­ sungguh.

 

hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari

Maksud: Menolong orang yang memerlukan pertolongan.

 

Maksud: Segala harta habis dibelanjakan kerana hendak hidup dalam kemewahan.

 

harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta kedua-duanya

Maksud: Sesuatu pekerjaan harus diawasi sendiri, jangan diserahkan kepada orang lain.

 

harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan

Maksud: Oleh sebab mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu dapat, keuntungan yang kecil dilepaskan.

 

harapkan guntur di langit, air tempayan dicurahkan

Maksud: Mengharapkan keuntungan besar yang belum pasti, harta di tangan dilepaskan.

 

harapkan kuning buah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan

Maksud: Oleh sebab mengharapkan keuntungan besar yang

 

harapkan si untut menggamit kain koyak diupahkan

Maksud: Percaya kepada orang yang malas.

 

harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang

Maksud: Cakap sahaja yang lebih tetapi bukti tiada.

 

hari baik-baik (pagi) dibuang-buang, hari buruk (petang) dikejar-kejar

Maksud: Membiarkan peluang yang baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar.

 

harimau bertempik tak akan makan orang

Maksud: Orang yang terjerit-jerit marah biasanya tidak akan mencederakan orang lain.

 

harimau ditakuti sebab giginya

Maksud: Orang yang berpangkat itu ditakuti sebab kuasanya.

 

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Maksud: Orang jahat mati meninggalkan nama jahat, orang baik mati meninggalkan nama baik.

 

harimau memperlihatkan kukunya

Maksud: Seseorang menunjukkan kekuasaannya.

 

harimau mengaum tak akan menangkap

Maksud: Orang yang marah dengan berteriak-teriak biasanya tidak akan memukul

 

harimau menunjukkan belangnya

Maksud: Orang besar yang menunjukkan kekuasaannya.

 

harta pulang ke tuan

Maksud: Sudah sangat cocok dengan seseorang.

 

haruan makan anak

Maksud: Bapa atau ketua yang memperkosa anak atau anak buah.

 

harum menghilangkan bau

Maksud: &burukan tertutup oleh perbuatan atau nama baik.

 

harum semerbak mengandung mala

Maksud: Orang yang dipuji kerana jasanya tetapi jasa itu diperoleh dengan cara yang tidak baik.

 

hati bagai baling-baling

Maksud: Tidak tetap pendirian.

 

hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah

Maksud: Orang yang kurang perasaan malunya.

 

hati bak serangkak dibungkus

Maksud: Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.

 

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud: Pembahagian yang sama rata.

 

hati gatal mata digaruk

Maksud: Perihal orang yang tidak berdaya untuk melakukan sesuatu yang sangat dihajatinya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

 

hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan

Maksud: Hawa nafsu tidak mahu kurang daripada orang lain.

 

helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga

Maksud: Orang miskin hendak meniru kelakuan orang kaya.

 

hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah

Maksud: Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

hempas tulang berisi perut

Maksud: Rajin bekerja dan mudah mendapat rezeki.

 

hempas tulang tak berbalas jasa

Maksud: Bekerja keras tanpa beroleh faedah.

 

hendak ditelan termengkelan, hendak diluah tiada keluar

Maksud: Dalam keadaan serba salah.

 

hendak hinggap tiada berkaki

Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.

 

hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai

Maksud: Hemat itu titian kaya, dan murah  hati itulah titian tuah, serta banyak lawan mendatangkan berani.

 

hendak kerja golok keling, hendak makan parang puting

Maksud: Orang yang malas bekerja tetapi banyak makan.

 

hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya

Maksud: Hendaklah hidup bermuafakat antara satu sama lain dan sama-sama menanggung kesusahan.

 

hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan

Maksud: Hendak berbuat sesuatu dengan sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yang lain.

 

hendak menggaruk tidak berkuku

Maksud: Hendak melakukan sesuatu tetapi tiada alatnya.

 

hendak panjang terlalu, patah

Maksud: Hendak sangat meninggikan diri akhirnya mendapat malu.

 

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Maksud: Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan.

 

hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput

Maksud: Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di tempat sulit.

 

hendak terbang tiada bersayap

Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya.

 

hendak tinggi terlalu, jatuh, hendak panjang terlalu, patah

Maksud: Orang yang terlalu menginginkan kedudukan yang tinggi akan jatuh atau kecewa juga akhirnya.

 

hendak ucok dilawan damai, hendak perang digiling peluru

Maksud: Tidak menolak kehendak musuh, bersedia menghadapi segala kemungkinan.

 

hendak ulam pucuk menjulai

Maksud: Beroleh sesuatu lebih daripada yang diharap­-harapkan.

 

hidung dicium, pipi digigit

Maksud: Kasih sayang yang pura-pura; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

 

hidung sudah rampung diatur

Maksud: Orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya diperbodohkan oleh orang lain.

 

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Maksud: Orang yang mencampuri urusan orang lain; menonjol­-nonjolkan diri.

 

hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Maksud: Hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

 

hidup di hujung gurun orang

Maksud: Seseorang yang hidup melarat.

 

hidup dua muara

Maksud: Hidup dengan dua macam pencarian.

 

hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa

Maksud: Ketika hidup hendaklah berbuat baik kepada diri sendiri dan masyarakat.

 

hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing

Maksud: Sahabat setia yang saling menolong; suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

hidup segan mati tak mahu

Maksud: Orang yang hidup melarat kerana kemiskinan atau selalu sakit.

 

hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah

Maksud: Berusahalah dengan menggunakan tenaga dan fikiran sendiri dan jangan terlalu mengharapkan pertolongan orang lain.

 

hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah

Maksud: Hidup dan mati ditentukan Tuhan.

 

hilang adat tegal muafakat

Maksud: Adat dapat diubah dengan persetujuan orang ramai.

 

hilang bini boleh dicari, hilang budi celaka badan

Maksud: Akal itu hendaklah dipelihara kerana jika akal hilang dapat membawa kebinasaan.

 

hilang dicari, terapung direnangi, tenggelam diselami

Maksud: Memeriksa sesuatu dengan cermat dan bersungguh-­sungguh; menolong seseorang yang dalam kesusahan.

 

hilang di mata di hati jangan

Maksud: Walaupun tempat tinggal berjauhan, tetapi selalu diingat di dalam hati:

 

hilang geli kerana geletek

Maksud: Sesuatu yang kurang menyenangkan hilang apabila sudah biasa.

 

hilang ikan dalam kerabu

Maksud: Kejahatan akan hilang jahatnya apabila banyak orang yang melakukannya.

 

hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas

Maksud: Hilang jasa seseorang kerana orang lain.

 

hilang kabus, teduh hujan

Maksud: Mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan.

 

hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya

Maksud: Orang yang miskin dan hina tetapi berilmu tetap akan dihormati.

 

hilang kilat dalam kilau

Maksud: Kepandaian atau kebesaran seseorang tidak kelihatan apabila dia bergaul dengan cerdik pandai atau orang yang lebih kebesarannya.

 

hilang malu, tamak loba dapat kebiasaan

Maksud: Suatu perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat kerja-kerja yang terhina.

 

hilang pelanduk berganti kijang emas

Maksud: Perempuan yang bercerai dengan suaminya yang hina, kemudian berkahwin dengan lelaki yang mulia.

 

hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang

Maksud: Orang yang tidak berharta kurang dihargai orang.

 

hilang sepuh nampak senam

Maksud: Kejahatan seseorang akan diketahui apabila rahsianya terbuka.

 

hilang tak tentu rimbanya

Maksud: Hilang tanpa bekas.

 

hilang tapak tukul, timbul tapak canai

Maksud: Perbuatan baik atau jahat akan hilang kerana dilindungi oleh perbuatan orang selepas itu.

 

hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya

Maksud: Suatu perkara yang tentu kesudahannya.

 

hilang tukul hilanglah pahat

Maksud: Tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman.

 

hinggap mencengkam, terbang menumpu

Maksud: Jika merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yang sesuku dan apabila hendak pulang mestilah memberitahu orang itu juga.  

 

hinggap saja bagai langau, titik saja bagai hujan

Maksud: Suatu kemalangan yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja.

 

hitam bagai pantat belanga

Maksud: Perihal keburukan perangai seseorang.

 

hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam

Maksud: Tidak mengatakan yang sebenarnya; berbohong.

 

hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya

Maksud: Orang yang berlaku jahat dengan kehendaknya sendiri.

 

hitam-hitam bendi, putih-putih sadah

Maksud: Yang buruk lebih berharga daripada yang cantik.

 

hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepal

Maksud: Walau bagaimana sekalipun rupanya, yang hina tetap hina dan yang mulia tetap mulia.

 

hitam-hitam gula jawa

Maksud: Ditujukan kepada orang yang hitam kulitnya tetapi manis rupanya.

 

hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih

Maksud: Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.

 

hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang

Maksud: Barang yang buruk tetapi berharga, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya

Maksud: Orang yang dalam percintaan tidak dapat dipisahkan.

 

hitam tahan tempa, putih tahan sesah

Maksud: Tetap tidak berubah, dapat diuji keasliannya.

 

hujan berbalik ke langit

Maksud: Perihal orang yang banyak kelebihan meminta tolong daripada orang yang lebih lemah atau kurang bijak daripadanya.

 

hujan berpohon, panas berasal

Maksud: Segala sesuatu itu tentulah mempunyai sebab­ sebabnya.

 

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri

Maksud: Walaupun mewah di negeri orang tetapi tidak sebaik negeri sendiri.

 

hujan lembing di negeri kita, hujan mas perak di negeri orang, baik juga negeri kita

Maksud: Sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri.

 

hujan menimpa bumi

Maksud: Seseorang itu mestilah patuh kepada pihak berkuasa.

 

hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup

Maksud: Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

 

hujan, tempat teduh; panas, tempat berlindung

Maksud: Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang yang mendapat kesusahan.

 

hulu mujur pandai bertenggang (bertengkar), hulu baik pandai memakai

Maksud: Pandai membawa diri dalam pergaulan.

 

hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana

Maksud: Harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya tidak merugikan.

 

hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh pula tiba

Maksud: Hutang lama belum hams dibayar, datang pula orang menagih hutang baru.

 

hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

Maksud: Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit tetapi harus diingat seumur hidup.

 

hutang samir belum langsai, hutang kajang tumbuh pula

Maksud: Hutang lama belum berbayar, berhutang yang baru pula.

 

hutang sebanyak hutang si jibun

Maksud: Sangat banyak hutangnya.

 

hutang tiap helai bulu

Maksud: Hutang yang sangat banyak.