laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

Maksud: Bersahabat sehidup semati.

 

laba tertinggal, harta lingkup

Maksud: Keuntungan tidak diperoleh, modal pula habis.

 

ladang yang berpunya

Maksud: Perempuan yang telah berkahwin.

 

lading tajam sebelah

Maksud: Orang yang mahu menerima sahaja tetapi tidak mahu memberi.

 

lading tak tahu akan majalnya

Maksud: Orang yang tidak insaf akan kelemahan dirinya.

 

lagi jatuh ditimpa tangga

Maksud: Berturut-turut mendapat kesusahan.

 

lagi lauk, lagi nasi

Maksud: Makin kaya makin banyak sahabat.

 

lagi murah, lagi ditawar

Maksud: Makin diberi, makin ban yak yang diminta.

 

lagi nampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung

Maksud: Orang miskin yang lupa akan bahaya yang mungkin akan mencelakakan dirinya setelah mendapat kekayaan.

 

lagi sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak

Maksud: Mendapat malu besar sehingga tiada tempat untuk menyembunyikan muka.

 

lagi teduh, lagi berkajang

Maksud: Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.

 

lagi terang, lagi bersuluh

Maksud: Sesuatu perkara yang sudah nyata diterangkan lagi agar lebih jelas.

 

lain bengkak, lain bernanah

Maksud: Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang menanggung akibatnya.

 

lain di mulut, lain di hati

Maksud: Yang dikatakan berlainan dengan yang ada di dalam hati.

 

lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi

Maksud: Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.

 

lain dulang lain kaki, lain orang lain hati

Maksud: Setiap orang berbeza kesukaannya.

 

lain galang, lain perahu yang disorong

Maksud: Berlainan perbuatan daripada tujuannya.

 

lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya

Maksud: Setiap negeri, lain adat dan peraturannya.

 

langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul

Maksud: &dudukan atau pekerjaan yang tidak kekal.

 

langit akan disigai

Maksud: Ingin berbuat sesuatu yang mustahil.

 

lain luka lain menyiuk, lain sakit lain yang mengaduh

Maksud: Orang lain berbuat salah tetapi orang lain yang dihukum.

 

lain mangkuk, lain cawan

Maksud: Tidak sama pembawaan dan kesukaan.

 

lain orang, lain hati

Penerangan: Setiap orang mempunyai hati atau keinginan yang berbeza antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai kehendak atau pendapat yang tersendiri.

Ayat contoh: Tidak semua orang dapat berfikir secara positif dengan tindakan Haji Rais mendekati budak-budak nakal itu kerana lain orang, lain hati.

 

lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

Maksud: Tanya lain jawab lain atau lain yang diminta lain yang diberikan.

 

laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan

Maksud: Kepentingan sendiri diabaikan kerana mementingkan hal orang lain.

 

laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus

Maksud: Sangat kuat dan teguh.

 

lain yang makan nangka, lain yang kena getah

Maksud: Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang kena hukum.

 

laksana batik lasam

Maksud: Sesuatu yang semakin dipakai menjadi semakin baik.

 

laksana umang-umang, di mana sa rang udang di situ tempat menumpang

Maksud: Perihal seseorang yang bergantung hidup pada orang lain.

 

laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur

Maksud: Menghilangkan diri.

 

laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri

Maksud: Barang yang sudah tua atau buruk mudah rosak.

 

laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

Maksud: Orang yang tampan dan cantik tetapi tidak berbudi.

 

laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong

Maksud: Orang tidak berpengetahuan, cakap sahaja yang besar:

 

laksana burung diam di dalam sangkar

Maksud: Seseorang yang tiada kebebasan.

 

laksana cembul dengan tutupnya

Maksud: Sesuai benar antara satu sama lain atau secocok.

 

laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku

Maksud: Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.

 

laksana jentayu menantikan hujan

Maksud: Sangat rindu.

 

laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku

Maksud: Pengetahuan yang tidak mencukupi tiada gunanya.

 

laksana janda baru bangun tidur

Maksud: Perempuan yang sangat menarik hati lelaki.

 

laksana kaca terhempas ke batu

Maksud: Satu pengharapan yang musnah.

 

laksana kain putih

Maksud: Pekerti seseorang yang mudah dipengaruhi oleh orang lain.

 

laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki

Maksud: Mahu menjaga yang banyak sehingga terlepas yang di tangan.

 

laksana katak, diharung ular

Maksud: Berlari lintang-pukang kerana ketakutan.

 

laksana katak, sedikit hujan banyak bermain

Maksud: Orang yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil.

 

laksana kodok ditimpa kemarau

Maksud: Sangat gelisah dan berasa keluh-kesah.

 

laksana kodok mendapat bunga sekuntum

Maksud: Tidak tahu menggunakan barang yang baik.

 

laksana layang-layang melawan angin

Maksud: Perbuatan yang sia-sia.

 

laksana lembu kasi, galak tiada terlawan

Maksud: Badan sahaja yang besar tetapi penakut.

 

laksana lempeng terbuang

Maksud: Bagi orang berada, sedikit itu tiada guna tetapi bagi orang miskin, besar ertinya.

 

laksana mencari sungai yang tidak berhulu

Maksud: Perbuatan yang sia-sia sahaja.

 

laksana pahat dengan penukul

Maksud: Orang yang bekerja apabila dipaksa.

 

laksana pencalang sarat, tiada ke timur tiada ke barat

Maksud: Orang yang sudah berpakaian cantik dan berhias tetapi duduk di rumah sahaja.

 

laksana pohon kayu tidak berbuah

Maksud: Ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna.

 

laksana sampan pukat

Maksud: Orang yang tidak pernah keluar jauh dari kediamannya.

 

laksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin berbau

Maksud: Memperlihatkan keunggulan apabila perlu sahaja.

 

laksana taji dibentuk

Maksud: Kening yang elok.

 

laksana terung bertunang ikan kering

Maksud: Perihal dua benda yang sangat sesuai.

 

lalang ditanam takkan tumbuh padi

Maksud: Kejahatan yang dilakukan tidak mungkin dibalas dengan kebaikan.

 

lalang terbakar, si carik menumpang mati

Maksud: Mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.

 

lalat memanglah mencari puru

Maksud: Lelaki jahat tentulah akan mencari perempuan yang jahat juga.

 

lalu hangus, surut layu

Maksud: Serba salah; buat salah tidak buat pun salah.

 

lalu penjahit lalu kelindan

Maksud: Apabila usaha yang pertama berhasil, usaha yang berikutnya akan berhasil juga.

 

lama hidup banyak dirasa, jauh berjalan banyak dilihat

Maksud: Orang tua yang banyak pengetahuan dan pengalaman hidup.

 

lambat laga asalkan menang

Maksud: Mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud tercapai.

 

lampu kekurangan minyak

Maksud: Dalam keadaan payah.

 

lamun ada ubi, tiada ubi gandang jadilah

Maksud: Jika tiada yang baik, yang kurang baik pun berguna.

 

lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau

Maksud: Jikalau takut akan kesusahan, jangan buat sesuatu yang berisiko.

 

lancar kaji kerana diulang

Maksud: Kepandaian dan kemahiran diperoleh kerana selalu berlatih.

 

langit dapat dilukis, sudut kembut diserayakan

Maksud: Kerja yang besar mampu dibuat seorang tetapi kerja yang kecil minta pertolongan.

 

langit menelungkup

Maksud: Sesuatu peristiwa malang yang terjadi dan tidak dapat dihalang.

 

langit menimpa kepala, bumi memegang kaki

Maksud: Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

langit runtuh bumilah terban

Maksud: Kehilangan tempat bergantung hidup.

 

langkah yang telah terlangkahkan

Maksud: Sesuatu yang telah dimulai sukar untuk ditarik balik.

 

lantai dan dinding bertelinga belaka

Maksud: Bercakap tentang sesuatu rahsia hendaklah beringat-­ingat.

 

lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui

Maksud: Adat atau peraturan yang tidak baik hendaklah diganti atau dibaiki.

 

lapuk oleh kain sehelai

Maksud: Berkahwin sekali sahaja.

 

larat ke negeri orang

Maksud: Mencari penghidupan di daerah atau di negeri lain.

 

lautan budi, tepian akal

Maksud: Orang yang cerdik dan pandai.

 

lautan mana yang tidak bergelombang

Maksud: Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan.

 

Laut budi gedung bicara

Maksud: Orang yang banyak ilmu.

 

laut datang memunggah mutiara

Maksud: Orang yang pandai datang mengajarkan ilmu kepada kita.

 

laut ditembak, darat kena

Maksud: Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.

 

laut ditimba akan kering

Maksud: Harta yang banyak sekalipun akan habis juga kalau selalu dibelanjakan.

 

laut madu berpantaikan sakar

Maksud: Perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang elok rupanya.

 

laut mana yang tidak berombak

Maksud: Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.

 

laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah

Maksud: Orang besar yang baik tidak akan menolak jika diminta pertolongan.

 

laut yang dalam dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya

Maksud: Hati manusia tiada sesiapa yang mengetahuinya.

 

laut yang dalam sudah diselami, inikan pula air dalam terenang

Maksud: Kalau biasa membuat kerja besar, tidak khuatir akan kerja yang kecil.

 

lawak-lawak main bunga tahi

Maksud: Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.

 

layang-layang putus talinya

Maksud: Sudah putus pengharapan atau hilang pegangan.

 

layar menimpa tiang

Maksud: Orang yang diharapkan telah menjadi belot atau kawan menjadi lawan.

 

layu bunga digenggam, layu rumput di halaman

Maksud: Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.

 

lebai berjanggut, kambing pun berjanggut juga

Maksud: Pakaian dan rupa sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata

Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu.

 

lebih baik seekor singa di padang yang luas daripada seekor ular di dalam rumput

Maksud: Lebih baik berdepan dengan musuh yang kuat di tempat terang daripada musuh yang kecil di tempat yang tersembunyi.

 

lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai

Maksud: Mempunyai seorang sahabat yang baik lebih berfaedah daripada ban yak kenalan.

 

lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok

Maksud: Kesulitan ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana tidak berilmu.

 

lecah di kaki

Maksud: Suami yang tidak bertanggungjawab.

 

leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang

Maksud: Membuat pekerjaan yang merugikan.

 

lelap kemalingan

Maksud: Kalau tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya.

 

lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk

Maksud: Perbuatan yang dilakukan kerana nafsu akhirnya akan mendatangkan bencana.

 

lemah diraih, pantai dititi

Maksud: Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah.

 

lemah lembut lintah, lekat payah lucut

Maksud: Orang yang lemah lembut tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.

 

lemah liat kayu akar, dilentur boleh patah tak dapat

Maksud: Seseorang yang kelihatan lemah tetapi tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan.

 

lemak lauk dikunyah-kunyah, lemak kata diperkatakan

Maksud: Sedap daging dimakan, sedap kata dimuafakat atau diikuti.

 

lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan

Maksud: Yang nampak baik itu jangan terus diterima dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak.

 

lemak menapis, condong menompang

Maksud: Tolong-menolong antara satu sama lain.

 

lemak penyelar daging

Maksud: Membelanjakan harta benda tuannya.

 

lembah jua yang dituju air

Maksud: Orang yang sudah kaya akan terus kaya.

 

lembu dogol jangan dibalun

Maksud: Orang yang tidak melawan jangan diusik, jika dia melawan tentu berbahaya.

 

lembu tanduk panjang, tak menanduk pun dikatakan menanduk juga

Maksud: Orang yang sudah terkenal akan kejahatannya sering dituduh berbuat jahat.

 

lempar batu sembunyi tangan

Maksud: Melakukan sesuatu kejahatan kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu akan hal tersebut.

 

lempar bunga dibalas tahi

Maksud: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lengan bagai lilin dituang

Maksud: Lengan yang cantik.

 

lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu

Maksud: Orang yang tidak menyedari kekurangan diri.

 

lenggang-lenggok bagai cupak hanyut

Maksud: Langkah yang lemah lembut. 

 

lenggang patah sembilan

Maksud: Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik.

 

lenggang seperti kangkung diayun riak air

Maksud: Berjalan melenggang tanpa arah tujuan.

 

lepas bantal berganti tikar

Maksud: Lelaki yang mengahwini saudara perempuan isterinya apabila isterinya itu meninggal dunia.

 

lepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau

Maksud: Terhindar daripada suatu kecelakaan lalu mendapat kecelakaan yang lain. .

 

lepas kaki, leher terjerat

Maksud: Orang jahat yang sudah tidak dapat melarikan diri lagi.

 

lepas putih, hitam tak dapat

Maksud: Sesuatu yang dihajati tidak dapat tetapi yang ada pula hilang.

 

lepas taufan paksa baik

Maksud: Habis kesusahan timbullah kesenangan.

 

lesung mencari alu

Maksud: Perempuan mencari lelaki.

 

lewat dimanis, masam;  lewat diharum, busuk

Maksud: Perihal arang yang mulanya berkasih-kasihan tetapi kemudian selalu berselisih.

 

licin bagai basuh perahu

Maksud: Menderita kerugian.

 

licin bagai belut

Maksud: Orang yang tidak mudah ditipu atau diperangkap.

 

licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang

Maksud: Sindiran untuk merendahkan seseorang yang angkuh dan sombong kerana harta atau barang yang dipinjam.

 

lidah bercabang bagai biawak

Maksud: Selalu berubah dan tidak boleh dipercayai kata­-katanya.

 

lidahnya masin

Maksud: Perkataannya itu diturut dan permintaannya diterima.

 

lidah terkalang

Maksud: Tidak dapat membantah kerana terhutang budi.

 

lidah tidak bertulang

Maksud: Mudah berjanji dan mudah memungkirinya.

 

lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang

Maksud: Orang mendapat kemalangan kerana tidak menjaga tutur katanya.

 

limau masak seulas

Maksud: Mempunyai kelebihan seperti orang lain.

 

Linggi diserang Riau yang alah

Maksud: Menyerah tanpa berjuang

 

longgar sendat, lapang bertukun

Maksud: Berpura-pura untuk menerima sesuatu kebenaran, tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu.

 

lonjak bagai labu dibenam

Maksud: Angkuh atau sombong.

 

lubuk akal tepian ilmu

Maksud: Orang yang berilmu dan sentiasa menggunakan akal.

 

lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk

Maksud: Nasib manusia tidak tetap, ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

 

lubuk lepas tuba, ikan akan mati

Maksud: Mengajukan sesuatu perkara hendaklah tepat pada masanya, jangan terlewat.

 

Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga

Maksud: Walaupun telah berbaik-baik, tetapi pertelingkahan yang lama masih tersimpan di dalam hati.

 

luka tangan kanan oleh tangan kiri

Maksud: Jangan terlalu percaya akan sahabat kerana kerap kali sahabatlah yang akan mengecewakan kita.

 

lulus tabuh perhatian

Maksud: Berasa lapang atau senang hati kerana terlepas daripada tugas yang berat.

 

lulus tidak berselam, hilang tidak bercari

Maksud: Perihal orang yang menanggung kesusahan tetapi tiada yang menolongnya.

 

lunak disudu, keras ditakik

Maksud: Orang yang menurut kata diperlakukan dengan lemah lembut dan sebaliknya orang yang degil akan dikasari.

 

lunak gigi daripada lidah

Maksud: Berlemah lembut atau merendah diri yang berlebihan atau tidak sepatutnya.

 

lupa ketinggalan, lelap kemalingan

Maksud: Kalau kurang berhati-hati tentunya mendapat kerugian.

 

lupa mengingatkan, terlelap dijagakan

Maksud: Sikap ingat-mengingati antara sahabat.

 

lurah dituruni, bukit didaki

Maksud: Gigih dan tidak mengenal lelah.

 

lurus bagai parit

Maksud: Kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat.

 

lurus lubang, lurus penjolok

Maksud: Bersikap tegas tetapi adil.

 

lurus-lurus sumpitan

Maksud: Tipu muslihat untuk mencari keuntungan untuk diri sendiri.

 

lurus bagai parit

Maksud: Kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat.