ubat jauh penyakit hampir

Maksud: Seseorang yang dalam kesusahan dan sukar untuk mendapat pertolongan.

 

ubun-ubun masih berdenyut sudah angkuh

Maksud: Masih kecil tetapi sudah sombong.

 

ubur-ubur airnya hitam

Maksud: Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.

 

ucap habis niat sampai

Maksud: Sesuatu hasil diperoleh dengan cepat kerana dilaksanakan dengan segera selepas dikatakan.

 

udang dalam tangguk

Maksud: Sangat susah hati; gelisah.

 

udang hendak mengatai ikan

Maksud: Tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; kesalahan orang nampak tetapi kesalahan sendiri tidak sedar.

 

udang menjunjung tahi

Maksud: Orang yang sentiasa dikelilingi oleh hutang.

 

ukur baju di badan sendiri

Maksud: Membuat sesuatu pekerjaan biarlah mengikut kebolehan dan kelayakan yang ada.

 

ukur mata dengan telinga

Maksud: Menurut penglihatan dan pendengaran.

 

ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya

Maksud: Penjahat jika bergaul dengan orang baik tidak akan berubah tabiatnya.

 

ular berlingkar di gulungan tikar

Maksud: Orang jahat yang menyamar diri dalam kumpulan orang baik-baik.

 

ular bukan ikan pun bukan

Maksud: Seseorang yang payah hendak ditentukan sama ada baik atau jahat.

 

ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah,        tanah dipalu jangan lembang

Maksud: Mengadili perkara hendaklah seadil-adilnya.

 

ular kepala dua

Maksud: Orang munafik atau pengkhianat.

 

ulat dalam batu pun boleh hidup

Maksud: Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan walaupun di tempat yang sukar.

 

ulat lupakan daun

Maksud: Lupa akan budi baik orang.

 

umpama ayakan dawai

Maksud: Membuat sesuatu dengan tidak cermat.

 

umpama Belanda kesiangan

Maksud: Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.

 

umpama bilah atau lidi yang terselit pada dinding dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga

Maksud: Seseorang yang bodoh atau bebal, suatu waktu ada Juga gunanya.

 

umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

Maksud: Sesuatu yang disayangi tetapi merosakkan.

 

umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung

Maksud: Anak gadis pingitan.

 

umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak

Maksud: Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.

 

umpama gula di dalam mulut

Maksud: Pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai).

 

umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak

Maksud: Layanan yang kurang adil.

 

umpama kambing kecil, merentak tidak memutuskan tali, berantuk tidak melembang bumi

Maksud: Orang kecil yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa.

 

umpama kayu buruk, buruk di panas, reput di hujan

Maksud: Nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi.

 

umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri

Maksud: Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.

 

umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi

Maksud: Tidak tetap pada suatu tempat; tidak tetap pendirian.

 

umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang

Maksud: Apabila mendengar nasihat, pilihlah yang baik dan buangkan yang buruk.

 

umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

Maksud: Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.

 

umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham

Maksud: Kalau tiada yang baik, barulah dipakai yang kurang baik.

 

umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja

Maksud: Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.

 

umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung

Maksud: Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan mengikut aturannya.

 

umpan habis, ikan tak kena

Maksud: Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

 

umpan seumpan, kail sebentuk

Maksud: Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup.

 

umpat dan puji tidak pernah bercerai

Maksud: Selama ada umpat selama itu ada puji.

 

unjuk yang tiada diberikan

Maksud: Suatu janji yang tidak ditepati.

 

untuk tabuh singkat, untuk genderang panjang

Maksud: Sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud.

 

untung bagai untung kapas

Maksud: Orang yang banyak penanggungnya.

 

untung sebagai roda pedati

Maksud: Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

 

untung sepanjang jalan, malang sekejap mata

Maksud: Kemalangan itu terjadi dengan tiba-tiba, oleh itu berwaspadalah.

 

untut bertambah kulitnya

Maksud: Orang kaya yang bertambah kaya.

 

unyai bak hujan pagi

Maksud: Mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjang-panjangan; pekerjaan yang dibuat lambat-lambat atau terhenti-henti padahal boleh dibuat lekas.

 

upah bidan pun tak terbayar

Maksud: Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.

 

upah diterima, kerbau pincang

Maksud: Nasib sial atau malang.

 

urat malang, pangkal celaka

Maksud: Perbuatan yang memberi mudarat kepada orang yang melakukannya.

 

usaha menjalani, nasib menyudahi

Maksud: Kewajipan manusia mengusahakan, hasil terserah kepada takdir

 

uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar, daunnya tempat berteduh

Maksud: Orang yang kaya dan banyak kelebihan menjadi tempat orang susah mendapatkan pertolongan.

 

usahlah teman dimandikan pagi

Maksud: Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan.

 

usang dibarui, lapuk dikajangi

Maksud: Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

 

usul-usul, asal-asal; jangan ditinggalkan

Maksud: Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan berhati-hati; dalam mengerjakan sesuatu hendaklah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan.