PEMAKLUMAN BERHUBUNG EDARAN TRANSKRIP SECARA PERCUMA KEPADA GRADUAN SARJANA MUDA SESI 2019/2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Saudara/i,

 

PEMAKLUMAN BERHUBUNG EDARAN TRANSKRIP SECARA PERCUMA KEPADA GRADUAN SARJANA MUDA SESI 2019/2020

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.           Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju pengedaran transkrip sebelum Majlis Konvokesyen diberikan secara percuma kepada pelajar mengambilkira penangguhan Majlis Konvokesyen ke-48 Tahun 2020. Pelajar hanya perlu membuat bayaran caj pos sehaja (sekiranya diedar secara pos) iaitu sebanyak RM10 (dalam negara) atau RM150 (luar negara).  Pertimbangan ini adalah untuk graduan Sesi 2019/2020 yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 dan membawa kepada penangguhan Majlis Konvokesyen ke-48 Tahun 2020.

 

3.           Bagi memastikan semua maklumat pelajar adalah tepat, pelajar dimohon untuk mengisi Borang Pengesahan Bergraduasi untuk tujuan pengedaran transkrip kepada pelajar. Manakala, bagi pelajar-pelajar yang telah membayar caj transkrip awal sebanyak RM20 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh sahaja), Universiti akan menguruskan pemulangan semula bayaran caj transkrip dengan mengkreditkan wang ke akaun pelajar masing-masing setelah proses semakan bukti bayaran dan lain-lain semakan selesai dilakukan.

 

4.           Sebarang pertanyaan, pelajar boleh email terus kepada Pusat Pengurusan Akademik (akad@ukm.edu.my) atau Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari (ukpbendahari@ukm.edu.my).

 

Sekian, terima kasih.

 

BORANG PENGESAHAN BERGRADUASI 2020