Permohonan Apel C

Permohonan APEL (C) adalah terbuka untuk semua pelajar yang telah diterima masuk ke UKM dan telah mematuhi syarat-syarat perikut:

  1. Pemohon telah mendaftar sebagai pelajar UKM;
  2. Belum pernah membuat permohonan APEL (C) untuk pengalaman terdahulu yang dipohon; dan
  3. Membuat permohonan pindah kredit APEL (C) bagi kursus yang belum pernah diambil sahaja.

Pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti proses dan prosedur APEL (C), senarai Penasihat APEL (C), senarai kursus dan maklumat kursus yang menawarkan APEL (C) serta borang permohonan daripada Unit APEL (C). Unit APEL (C) ini adalah sebuah unit di bawah Pusat Pengurusan Akademik UKM yang akan menyelaras pelaksanaan APEL (C) di UKM. Berikut adalah maklumat yang boleh dihubungi sekiranya pelajar ingin berurusan dengan mana-mana pegawai yang berkaitan untuk urusan APEL (C):

Alamat : Unit APEL (C)

Pusat Pengurusan Akademik (Akademik-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Malaysia

No. Telefon : +603 8911 8460
Faks : +603 8921 8471
Emel : akad@ukm.edu.my
Laman web : www.ukm.my/akademik

 

Borang Permohonan Apel C Download