PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

 Centre for Academic Management

Unit Kemasukan Pelajar

PRASISWAZAH
a. Mengurus pengambilan pelajar secara sistematik dan berjadual
b. Menyediakan anggaran dan unjuran kemasukan pelajar
c. Memproses pemilihan pelajar ke peringkat Ijazah Sarjanamuda
d. Mengeluarkan surat tawaran kepada calon berjaya
e. Mengendalikan urusan rayuan kemasukan
f. Mengeluarkan laporan kemasukan
g. Menguruskan Promosi dan pemasaran
Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan pelbagai program akademik merangkumi bidang sastera dan sains. Pada masa kini, lapan fakulti terletak di kampus induk Bangi. Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pergigian beroperasi di kampus Kuala Lumpur. Fakulti Perubatan pula beroperasi dari kampus Cheras.
Di peringkat prasiswazah, Universiti menawarkan pelbagai bidang kursus, termasuk Sarjanamuda Sains, Sarjanamuda Sastera, Sarjanamuda Sains Sosial, Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan, Sarjanamuda Ekonomi, Sarjanamuda Teknologi Maklumat, Sarjanamuda Perakaunan, Sarjanamuda Sains Pendidikan, Sarjanamuda Kejuruteraan, Sarjanamuda Undang-Undang, Sarjanamuda dibawah Program Kesihatan Bersekutu, Doktor Perubatan, Doktor Surgeri Pergigian, Sarjanamuda Farmasi, dan Sarjanamuda Pengajian Islam.

 

SISWAZAH

A. IKLAN PENAWARAN PROGRAM

1. Mendapatkan pengesahan daripada semua fakulti dan institut pada setiap semester

     berhubung penawaran program

2. Memantau parameter program di dalam Sistem Guest

3. Memastikan semua parameter dikemaskini sebelum permohonan dibuka

B. URUSAN PENGAMBILAN

1. Membuat urusan pindahan data dari Guest ke SMP untuk urusan penjanaan surat

    tawaran

2. Membuat urusan penjanaan (no.matrik, yuran dan surat tawaran)

3. Memastikan semua calon yang berjaya mendapat surat tawaran di Guest

4. Berhubung dengan pihak fakulti dan institut bagi maklumat yang tidak lengkap untuk

    penjanaan tawaran (contoh: tiada maklumat Penyelia)

5. Memantau setiap hari penawaran di dalam Guest bagi pengambilan sepanjang masa

    dan memastikan surat tawaran dijana serta-merta

6. Memastikan kalendar-kalendar pengambilan dipatuhi terutamanya yang melibatkan

    penawaran bukan program perdana seperti program klinikal

C. URUSAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

1. Memastikan persiapan untuk pendaftaran pelajar baharu dilakukan dengan

    sebaiknya

2. Memastikan semua borang yang diperlukan untuk pendaftaran pelajar baharu

    disediakan

3. Memastikan semua fail pelajar baharu dihantar ke fakulti dan institut dengan kadar

    segera selepas pendaftaran dan merekodkan penyerahan fail-fail tersebut

D. URUSAN PENANGGUHAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

1. Menjawab semua surat penangguhan pendaftaran pelajar baharu

2. Memastikan semua penangguhan dikemaskini dalam SMP

3. Menghantar peringatan kepada pelajar yang menangguh untuk mendaftar pada

    semester berikutnya

E. URUSAN-URUSAN LAIN

1. Bertugas di kaunter untuk urusan pendaftaran pelajar baharu

2. Mengemaskini fail-fail yang berkenaan dengan tugas

3. Memantau perjalanan Sistem Guest dan mencadangkan penambaikan yang

    bersesuaian dari semasa ke semasa

4. Menjawab pertanyaan prospek sama ada melalui e-mel atau telefon

5. Tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa