Unit Pendaftaran dan Peperiksaan

PRASISWAZAH

Unit pendaftaran dan peperiksaan bertanggungjawab bagi menyelaras dan memantau proses pendaftaran diri dan kursus para pelajar dari tahun pertama sehingga tamat pengajian dan konvokesyen. Proses pendaftaran melibatkan status pendaftaran diri pelajar, pendaftaran kursus seperti tambah/gugur/tarik diri kursus, pemindahan kredit dan lain-lain yang berkaitan Akademik Pelajar. Selain itu, unit ini juga terlibat dalam pengurusan ruang perkuliahan di Fakulti/Pusat yang mempunyai ruang perkuliahan guna sama dan mengendali ruang/dewan/bilik kuliah di bawah seliaan Pusat Pengurusan Akademik untuk kegunaan dalaman dan juga tempahan dari luar universiti.

Unit ini juga bertanggungjawab menyediakan jadual peperiksaan dan urusan pengendalian peperiksaan akhir pelajar prasiswazah termasuk pelantikan pengawas peperiksaan dan pengurusan soalan peperiksaan, mengurus keputusan peperiksaan pelajar dan rayuan semak semula keputusan peperiksaan dan rayuan meneruskan pengajian, permohonan Peperiksaan Ulangan Khas. Unit ini juga terlibat dalam urusan tatatertib akademik pelajar, rekod peperiksaan pelajar dan memberi khidmat nasihat mengenai pengajian dan peperiksaan khususnya bagi pelajar yang diberi amaran. Urusan pengijazahan pelajar termasuk penyediaan surat pengesahan tamat pengajian (Senat), transkrip (baru dan ganti) dan skrol.

 

SISWAZAH

Urusan pengijazahan pelajar termasuk penyediaan surat pengesahan tamat pengajian (Senat), transkrip (baru dan ganti) dan skrol.

 

DIREKTORI