GARIS PANDUAN

 

 

 

GARIS PANDUAN ANUGERAH ALUMNI CEMERLANG JUBLI EMAS UKM

 

 

1.0 PENGENALAN

Sempena sambutan UKM ke-50 pada tahun 2020, Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Majlis Alumni UKM bercadang untuk mewujudkan Anugerah Alumni Cemerlang. Tujuan anugerah ini diwujudkan adalah untuk menghargai dan mengiktiraf alumni-alumni UKM yang cemerlang dan berjaya. Kejayaan alumni merupakan cerminan alma maternya.

 

2.0 CADANGAN KATEGORI

Mesyuarat Alumni-UKM Bersama Penolong Dekan HEPA BIL.2/2019 pada 220 Oktober 2019 telah mengenalpasti beberapa kategori yang berpotensi untuk dijadikan kategori bagi anugerah ini. Antara cadangan mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

 

2.1 Anugerah Tokoh Alumni Cemerlang

2.2 Anugerah Alumni Cemerlang Alumni-Staf UKM

2.3 Anugerah Alumni Cemerlang Antarabangsa

2.4 Anugerah Alumni Cemerlang Korporat

2.5 Anugerah Alumni Cemerlang Kakitangan Awam

2.6 Anugerah Alumni Cemerlang Ahli Akademik

2.7 Anugerah Alumni Cemerlang Badan Beruniform

2.8 Anugerah Alumni Cemerlang Keusahawanan

2.9 Anugerah Alumni Cemerlang Kesukanan

2.10 Anugerah Alumni Cemerlang Siasah

2.11 Anugerah Alumni Cemerlang NGO/Sukarelawan

2.12 Anugerah Alumni Cemerlang Keseniaan & Kebudayaan

2.13 Anugerah Alumni Cemerlang Dermawan

 

3.0 SYARAT PENYERTAAN

 

3.1 Pencalonan anugerah ini terbuka kepada semua alumni UKM. Alumni UKM didefinisikan sebagai semua graduan lepasan UKM yang berdaftar dan menamatkan pengajian dengan jayanya program pengajian dan kursus yang diluluskan oleh Senat UKM.

3.2 Calon mencapai kejayaan yang cemerlang mengikut kategori khusus bagi setiap kategori yang ditetapkan.

3.3 Calon masih secara aktif berkhidmat/terlibat dalam kecemerlangan bidang yang berkaitan sehingga Disember 2020.

3.4 Calon tidak pernah disabit sebarang kesalahan tatatertib/jenayah.

3.5 Calon tidak pernah diisytihar muflis/bankrap.

 

4.0 KRITERIA PEMILIHAN

 

4.1 Anugerah Tokoh Alumni Cemerlang

  • Calon dikhususkan kepada mereka yang mempunyai keistimewaan, kecemerlangan dan sumbangan tertentu kepada Universiti dan negara.
  • Calon cemerlang dalam beberapa kategori anugerah di bawah.

 

4.2 Anugerah Alumni Cemerlang Alumni-Staf UKM

  • Calon merupakan alumni yang sedang berkhidmat sebagai staf bukan akademik UKM yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang sepanjang berkhidmat dengan UKM dan;
  • Calon pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang perkhidmatan.
  • Calon telah berkhidmat di UKM sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Calon pernah memimpin satu inisiatif untuk menambahbaik tadbir urus universiti.

 

4.3 Anugerah Alumni Cemerlang Ahli Akademik

  • Calon merupakan alumni ahli akademik yang sedang berkhidmat dan menunjukkan pencapaian cemerlang serta berpengaruh dalam dunia akademik.
  • Mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan/antarabangsa dalam penerbitan (jurnal berimpak tinggi), atau
  • Mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan/antarabangsa dalam penyelidikan dengan jumlah dana geran yang tinggi sebagai ketua projek, atau
  • Mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan/antarabangsa dalam pengajaran, atau
  • Mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan/antarabangsa dalam pentadbiran akademik.

 

4.4 Anugerah Alumni Cemerlang Antarabangsa

  • Calon merupakan alumni UKM dari luar negara (bukan warganegara Malaysia) yang berjaya dalam bidangnya dan;
  • Kecemerlangan calon menonjol di negara masing-masing.

 

4.5 Anugerah Alumni Cemerlang Korporat

  • Calon memegang jawatan penting dalam sektor swasta dan cemerlang dalam menerajui organisasinya.
  • Mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan/antarabangsa sebagai tokoh korporat berjaya dan berpengaruh.

 

4.6 Anugerah Alumni Cemerlang Kakitangan Awam

  • Calon memegang jawatan penting dan masih berkhidmat dalam sektor kerajaan dan cemerlang dalam menerajui organisasinya.
  • Calon telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan/antarabangsa sebagai kakitangan awam yang berjaya dan berpengaruh.

 

4.7 Anugerah Alumni Cemerlang Badan Beruniform

  • Calon bergiat aktif dan memegang jawatan penting dalam Badan Beruniform yang diiktiraf dan berdaftar.
  • Mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan/antarabangsa.

 

4.8 Anugerah Alumni Cemerlang Keusahawanan

  • Calon berjaya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang diceburi.
  • Jenama yang dibangunkan diiktiraf di peringkat kebangsaan/ antarabangsa.

 

4.9 Anugerah Alumni Cemerlang Sukan

  • Calon cemerlang dalam bidang sukan dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, atau
  • Calon pernah menerima anugerah sukan di peringkat kebangsaan/ antarabangsa.

 

4.10 Anugerah Alumni Cemerlang Siasah

  • Calon memegang jawatan penting dalam kepimpinan negara semasa.

 

4.11 Anugerah Alumni Cemerlang NGO/Sukarelawan

  • Calon bergiat aktif dan menonjol dalam penyertaan aktiviti NGO/Sukarelawan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

4.12 Anugerah Alumni Cemerlang Kesenian & Kebudayaan

  • Calon menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam kesenian atau/dan kebudayaan di peringkat kebangsaan/antarabangsa.
  • Mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan/antarabangsa.

 

4.13 Anugerah Alumni Cemerlang Dermawan

  • Calon telah memberi sumbangan dana yang besar kepada universiti melalui penglibatan yang aktif, lestari dan berimpak dalam aktiviti universiti merentasi bidang seperti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran atau khidmat.

 

 5.0 PROSES PENCALONAN

 

5.1 Pencalonan boleh dilakukan menggunakan borang rasmi anugerah Alumni UKM secara atas talian oleh calon sendiri, penyokong atau Majlis Alumni UKM.

5.2 Setiap pencalonan perlu disertakan dengan bahan bukti seperti keratan/salinan media cetak, rakaman, tapak web, sijil, surat dan lain-lain.

5.3 Calon boleh dicalonkan untuk lebih dari satu kategori anugerah.

5.4 Calon tidak boleh memenangi lebih daripada satu kategori anugerah dalam mana-mana tahun kalendar dan tidak boleh memenangi kategori anugerah yang sama lebih daripada sekali.

 

6.0 PROSES PEMILIHAN

 

6.1 Proses saringan akan dilakukan oleh panel penilai yang dilantik.

6.2 Pemilihan penerima Anugerah Alumni Cemerlang UKM akan dibuat oleh mesyuarat Jawatankuasa Anugerah Alumni UKM Cemerlang Tahun 2020 yang akan dipengerusikan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM.

6.3 Penilaian dan keputusan Jawatankuasa Anugerah Alumni UKM Cemerlang Tahun 2020 adalah muktamad.

 

 7.0 HADIAH

 

Hadiah yang dicadangkan untuk setiap kategori adalah:

7.1 Plak

7.2 Buku Mewah

7.3 Sijil Anugerah

 

8.0 TARIKH TUTUP PENCALONAN

 

1 Jun 2020

 

9.0 URUS SETIA

 

Urus setia bagi Anugerah Alumni Cemerlang Jubli Emas UKM adalah:

Pusat Perhubungan Alumni UKM

Aras 7 Bangunan Pusanika

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

03-8921 5163/4702

anugerahalumniukm@gmail.com

 

Muat turun : GARIS PANDUAN ANUGERAH ALUMNI CEMERLANG

Muat turun : BORANG PENCALONAN ANUGERAH ALUMNI CEMERLANG