Alumni Hebat UKM

Abdulamin Abdillah (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2013) menjadi orang Sabah yang pertama dilantik sebagai pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan . Beliau berkelulusan dalam Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah berkhidmat di SPRM dalam pelbagai jawatan selama lebih dua dekad sejak tahun 1998, beliau menyatakan bahawa pelantikan itu sebagai pengarah suruhanjaya itu tidak langsung terlintas dalam fikiran beliau. Selain itu, beliau mengambil program kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia untuk menjadi mahir dalam bidang pembinaan dan siasatan  dan dianugerahkan Sijil Kejuruteraan Pembinaan.