Alumni Hebat UKM

Felicia ak Kiai (Fakulti Pendidikan 2016), beliau ialah seorang guru yang berdedikasi terhadap anak bangsa sehingga sanggup berkorban dari segi kewangan dan juga masa. Beliau menceritakan kenangan ketika ingin ke kelas setiap minggu dari Sarawak ke UKM Bangi. Adakalanya penerbangannya tertangguh kerana cuaca tidak mengizinkan penerbangan dilakukan. Namun begitu, harapan murid-murid dan ibu bapa menjadi pendorong untuk beliau menggenggam ijazah Sarjana Pendidikan.

Walaupun murid-murid di SK Ulu Pelagus kurang didikan formal, Felicia membentuk asas mereka dengan kukuh hasil daripada pembelajaran di UKM. Felicia ikhlas dalam membantu anak bangsa untuk membaiki taraf hidup dan tidak putus asa walau apa rintangan yang dihadapi.