Alumni UKM Usahawan Berjaya

Zakaria Abdullah (Fakulti Sains Fizis dan Gunaan 1997) pemilik syarikat MMA Tech Engineering Sdn Bhd. Beliau ialah seorang usahawan yang berjaya. Beliau berasal dari Jeli, Kelantan dan beliau juga antara pemilik syarikat kontraktor yang dikenali di Malaysia. Penyiasatan tanah san penyelenggaraan cerun ialah kepakaran beliau. Beliau berkelulusan dalam Sarjana Muda Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Disebabkan minat dan fokus beliau dalam bidang ini, beliau berjaya sampai ke kedudukan sekarang. Asalnya bidang ini bukan bidang yang beliau minati, tetapi beliau mengambil peluang ini dan secara tidak langsung timbul minat dalam diri beliau. Sebaiknya beliau menamatkan pengajian beliau di UKM, beliau  berpeluang bekerja di salah sebuah anak syarikat UEM Group dalam bidang penyiasatan tanah.

Sehinggalah pada awal 2009, beliau telah mendaftar syarikat MMA Tech Engineering tersebut di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Oleh itu, Syarikat beliau telah beroperasi secara rasmi pada tahun 2010. Kini syarikat beliau telah menjadi syarikat yang dikenali di Malaysia.