Alumni Hebat UKM

Ezly Marzuki (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina 2007), beliau ialah  Pengarah Urusan Aliff Syukri yang diberi kepercayaan untuk menjaga butik Aliff Homme yang mengetengahkan pakaian lelaki dan Aliff By Sha, koleksi tudung eksklusif. Sebelum ini beliau berkecimpung dalam bidang kejuruteraan selama 8 tahun. Namun beliau mengambil langkah berani untuk menukar bidang kerjaya beliau dengan berhenti bekerja dalam bidang kejuruteraan dan memasuki bidang fesyen.

Walaupun dunia fesyen berhijab dengan dunia kejuruteraan berbeza, beliau berani untuk menyahut cabaran dan sekurang-kurangnya masih ada lagi asas yang boleh beliau ambil ketika belajar sebelum ini. Beliau mengakui Dato’ Sri Aliff Syukri
adalah mentor untuk dirinya lebih berjaya pada hari ini. Asas pembelajaran tetap sama, cuma yang membezakan antara dunia fesyen dengan kejuruteraan adalah dari segi rekaan, warna, material dalam fabrik. Walaupun baru setahun jagung, tetapi sambutan pada jenama ini amat menggalakkan.