Alumni Hebat UKM

 

 

Zalena Mahmood (Fakulti Pendidikan 2002), beliau ialah seorang guru aliran pemulihan khas. Sebelum ini beliau ialah seorang guru aliran perdana. Beliau adalah antara guru kumpulan pertama yang mengambil Sijil Perguruan Khas
(Pemulihan Khas) sebaik diperkenalkan pada 1988 di Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur dan memperoleh pangkat cemerlang.
 Beliau mula berkhidmat pada 1981 sebagai guru Bahasa Melayu kelas aliran perdana. Timbulnya minat beliau untuk menukar aliran ialah ketika beliau melihat murid keperluan khas ini memerlukan pendekatan yang berbeza. Ketika itu juga aliran pemulihan khas telah diperkenalkan oleh kementerian.

Tempoh 37 tahun menabur bakti sebagai pendidik, yang mana 28 tahun sebagai guru pendidikan khas, beliau telah menerima  Anugerah Kualiti Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2017. Beliau sendiri tidak menyangka yang beliau akan diiktiraf setinggi itu. Walaupun beliau telah bersara, semangat sebagai seorang guru tetap ada dalam diri beliau kerana beliau masih  mengajar dengan membuat kelas tambahan pendidikan khas di rumahnya. Selain itu, beliau juga diberi penghormatan menyampaikan ceramah dan program perkongsian ilmu di semua peringkat.