Alumni Hebat UKM

Mohd Zaim Kamarul Zaman (FSSK 2008) ialah seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Sarawak. Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Minat yang mendalam terhadap kerjaya polis menyebabkan beliau tidak pernah berputus asa memohon untuk menyertai pasukan itu sehingga diterima mengikuti latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada 2 Jun 2013.

Beliau pernah melakukan pelbagai pekerjaan seperti pekerja katering, kontraktor dan pegawai hal ehwal ekonomi di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Tiada satu pekerjaan itu kena dengan jiwa kerana cita­-citanya sejak kecil adalah untuk bergelar pegawai polis. Minat beliau dalam menjadi polis timbul sejak
kecil apabila melihat datuknya Konstabel Hassan Pandak Idris yang bertugas 
sebagai anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) begitu komited terhadap tugasnya mempertahankan negara yang ketika itu masih diancam komunis.

Ketika beliau telah menamatkan latihan selama sembilan bulan di PULAPOL, Mohd Zaim ditugaskan sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kuching, Sarawak. Beliau
 berkata, bertugas sebagai pegawai penyiasat di JSJ IPD Kuching pengalaman berharga yang tidak mungkin dilupakan kerana pernah terbabit dari kes kecil hingga besar seperti membantu
melengkapkan siasatan 
kes bunuh. Beliau juga berkata,  pekerjaan ini agak memenatkan tetapi menyeronokkan kerana dapat menimba pengalaman baru dan mempelajari pelbagai karakter individu di negara kita.