Alumni Hebat UKM

Nursyafiah Binti Ahmad Razali (FPI 2015) ialah seorang Peguam bela dan juga Peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau pemegang Post-Graduate Diploma dalam Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DAIJ), Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berasal dari Terengganu dan mempunyai 9 orang adik-beradik. Beliau memilih kerjaya sebagai seorang peguam ialah kerana  sejak di bangku sekolah menengah lagi beliau bercita – cita untuk menjadi seorang peguam dan akhirnya beliau berjaya mencapai cita-­citanya. menurut beliau,  kerjaya ini memerlukan komitmen, disiplin yang tinggi dan menjaga tingkah laku dengan baik.

Selain itu, kerjaya beliau bukan satu kerjaya yang mudah kerana dalam bidang ini beliau perlu menguatkan diri dari segi mental dan fizikal apabila berlangsungnya perbicaraan. Bidang ini juga memerlukan kepetahan bercakap. Sejak dari kecil lagi beliau seorang yang suka bercakap dan berbincang sesuatu perkara dengan orang lain. Beliau juga sering mewakili sekolah dalam pertandingan debat dan forum ketika di bangsku sekolah. Matlamat beliau yang akan datang ialah beliau berhasrat untuk membuka firma guaman tersendiri.