Alumni Hebat UKM

Mohd Sukur Bin Ibrahim (Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat) ialah pemilik syarikat D Strike Solution. Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat (Komputeran Industri). Walaupun beliau dilahirkan sebagai insan OKU, beliu ialah seorang yang mempunyai jiwa yang besar.  Dalam serba payah, beliau tekun hingga berjaya melepasi banyak cabaran untuk menggenggam ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejak di universiti lagi, beliau menyimpan impian menjadi jutawan. Beliau mahu membuktikan kata-kata orang selama ini salah.

Dalam mencapai impian beliau, beliau mengutip pengalaman dengan menyertai perniagaan MLM yang membuatkan Mohd Sukur jatuh hati pada dunia perniagaan walaupun ibu bapa beliau sentiasa mendesaknya menggunakan ijazah yang ada untuk kerja makan gaji. Beliau bermula dengan kedai dobi  dan bermacam lagi. Pantang ada kawan ajak berniaga, beliau akan ikut. Namun ketika itu hidupnya masih ‘tunggang-langgang’, belum ada pendapatan tetap. Oleh itu, projek membekal karpet menjadi titik mula kepada perubahan hidup beliau. Pelbagai liku-liku hidup yang telah beliau lalui seperti ditipu dan dikhianati. Beliau telah berjaya sekarang dengan memiliki sebuah syarikat dan beliau juga seorang penceramah motivasi. Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul ‘Inspirasi Syukur’. Buku tersebut menceritakan secara lebih mendalam lagi tentang kisah hidup beliau.