Alumni Hebat UKM

Leftenan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin (Alumni Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan 2013) yang menjawat jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan (Keurusetiaan) di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ialah Alumni Hebat Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau ialah anak jati kelahiran Sungai Petani, Kedah.

Kelembutan dan perwatakannya kelihatan seperti wanita lain, namun hakikatnya dia mempunyai kekuatan dalaman dan
semangat waja dalam menggalas kerjayanya. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini juga membuktikan kudrat wanita juga setanding lelaki apabila turut berpengalaman mengawal kapal ketika latihan. Semua pengalamannya ketika di lapangan
menjadi perkara utama dalam mengemudi pasukan yang sebahagian besar anggotanya adalah lelaki. Selain itu, beliau juga pernah menjadi pegawai penyiasat kes membabitkan pencerobohan kawasan larangan minyak danpendatang haram di Sabah.

Menurutnya, segala usaha yang dilakukan sejak 10 tahun lalu itu pastinya atas sokongan diberikan seluruh anggota keluarga. Beliau berada pada tahap ini atas faktor minat dan akan terus memberikan yang terbaik dalam memastikan APMM terus maju dengan cemerlang.