[ALUMNI PULANG KE UKM]

Pada 9 Januari 2020, satu perjumpaan telah diadakan antara Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat dan Ms. Philomena Gnanapragasam, Pengarah Asia-Pacific Institute for Broadcasting Development (AIBD). Ms. Philomena Gnanapragasam merupakan alumni UKM dari fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Beliau bergraduasi pada tahun 2002 dalam Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian (Komunikasi). Turut hadir ialah Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM.