Alumni Talk Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Alumni Talk Eksplorasi Elektrik dan Elektronik Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina oleh Dr Makhfuzah Mokhtar (FKAB 2000). Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar JKEES kepada perkongsian pengalaman daripada panel jemputan dari industri yang sebahagiannya merupakan Alumni UKM (JKEES, FKAB) yang berjaya.

Selain itu, program iniu juga bertujuan untuk meningkatkan reputasi dan ketampakan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, dan Sistem, Universiti Kebangsaan Malaysia. Alumni Talk yang dijalankan ialah berbentuk forum. Forum yang pertama ialah mengenai Persediaan Akademik Untuk Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan manakala forum kedua ialah mengenai Cabaran dan Tuntutan Sebagai Seorang Pelajar Kejuruteraan dalam Era Digital.