Alumni UKM Usahawan Berjaya

Mohamad Faizal bin Razali (FEP 2008) ialah  pengasas awal kepada Dr Amsyar Water Purifier. Kini pengurusan Dr Amsyar Water Purifier dikendalikan bersama empat sahabat karib beliau. Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. 

Punca beliau memilih untuk membuka perniagaan penapis air ialah kerana ibu bapa beliau pernah tertipu dengan membeli penapis air yang sangat mahal harganya.  Oleh itu, timbul kesedaran dalam diri beliau untuk menjual penapis air mampu milik. Dari situ wujudnya Dr Amsyar Water Purifier yang merupakan bahan keperluan  dan pastinya mampu milik. Beliau juga menjualnya secara atas talian. Malah beliau juga mahu menjadikan syarikatnya sebagai satu platform untuk mereka di luar sana mendapatkan pekerjaan.  Syarikat beliau juga merupakan salah satu syarikat bumiputera yang jadi francaisor.

Beliau juga mengatakan bahawa bukanlah satu perkara mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dia telah menghadapi pelbagai dugaan namun akhirnya segala yang diimpikan menjadi kenyataan. Beliau memulakan perniagaan Dr Amsyar Water Purifier dengan hanya bermodalkan RM5000 dan  menjual penapis air ini dengan menggunakan kereta Persona. Pada awal perniagaan beliau memang mempunyai banyak rintangan.

Dalam meneruskan perniagaan Dr Amsyar Water Purifier menjelaskan beliau dan rakan-rakan tidak pernah lupa untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan. Sehingga kini, Dr Amsyar Water Purifier banyak melakukan kerja-kerjal amal seperti program CSR bersama anak-anak yatim.