Alumni UKM Usahawan Berjaya

Noorleen Sukaimi (FST 2007), ialah pemilik kepada Borneo and Branche. Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjanamuda Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi (UKM).  Beliau memiliki lesen penerbangan dan boleh membawa pesawat komersial tetapi bertekad untuk menceburi dalam bidang perniagaan tudung yang dilihat mempunyai pasaran yang cukup besar.  Wanita kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mengambil keputusan berani mendalami perniagaan tudung dengan rekaan bermotifkan Borneo dan melupakan hasrat mengjkut jejak langkah bapanya yang juga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Beliau mempunyai lesen juruterbang komersial (CPL) dan sudah menghabiskan penerbangan 200 jam daripada Asia Pacific Flight Training di Kota Kinabalu. Beliau kini semakin giat memasarkan jenama tudungnya Borneo and Branche. Minat beliau mengumpul dan menggayakan aksesori berunsurkan motif Borneo memberi idea buatnya menghasilkan tudung daripada motif berkenaan dengan ia mula dipasarkan secara dalam talian, sejak April lalu. Walaupun beliau baru memulakan perniagaan, sambutan yang diterima amat baik.