Alumni UKM Usahawan Berjaya

Nor Umirah Jamil (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2009) ialah usahawan kedai makan Gulai Ikan Temenung Haji Ismail. Kedai makan beliau antara kedai yang terkenal di negeri Kedah. Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian (Sejarah), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiri Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menjadi usahawan yang berjaya walau berlainan dari bidang yang beliau belajar di Universiti.

Beliau merupakan generasi kedua mewarisi kedai makan yang berusia 30 tahun daripada bapanya, Jamil Man, 64, sejak dua tahun lalu. Keistimewaan gulai ikan temenung di kedai beliau itu terletak pada resipi istimewa dicipta ibu bapanya sebelum ditambah baik dari semasa ke semasa. Kira-kira 50 hingga 60 kilogram (kg) ikan temenung digunakan pada hari biasa, manakala bekalan ditambah hingga sekitar 100 kg pada cuti umum ataupun hujung minggu.