Bicara Alumni Bersama YBhg. Dato’ Zahrah Abd. Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM

Pada 28 Mac 2017, satu program Bicara Alumni Bersama YBhg. Dato’ Zahrah Abd. Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM telah diadakan di Bilik Seminar UKM-Karier, Aras 5, Pusanika UKM pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Dato’ Zaharah merupakan alumni dari fakulti Ekonomi dan Perniagaan tahun 1984. Pada 28 Mac 2017, beliau hadir untuk membicarakan tentang perniagaan pada para pelajar. Beliau menerangkan cara untuk pelajar mendaftar dan berniaga secara sah disisi undang undang. Para pelajar menunjukkan minat pada perniagaan apabila seramai 176 pelajar. Para pelajar juga bertanyakan soalan pada Dato’ Zaharah mengenai peluang yang diberi dan cara untuk merebut peluang keemasan yang diberikan.

Disamping memberikan penerangan pada para pelajar, beliau juga menandatangani gambar beliau di Wall of Fame. Beliau salah seorang alumni hebat yang diletakkan di Wall of Fame tersebut.