BICARA ALUMNI FSK

Program Bicara Alumni 3.0 – Perkongsian kejayaan bersama alumni FSK

18 Disember 2019, UKM Kampus Kuala Lumpur – Fakulti Sains Kesihatan, di bawah Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Bicara Alumni untuk kali ketiga. Cik Farahana Mohamed, penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) bagi sesi akademik 2018/2019) dan Puan Zatur Hassim (Specialized Nutrition Director Friesland Campina WAMCO Nigeria PLC.) merupakan alumni yang dijemput pada program kali ini. Kedua-dua alumni hebat ini merupakan alumni daripada Program Sains Bioperubatan.