Majlis Alumni UKM Mengadap DYMM Tuanku Canselor UKM

Istana Hinggap Seremban, 5 Julai 2017 –

DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah menerima mengadap pengurusan UKM dan Majlis Alumni UKM yang diketuai Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Turut mengadap ialah Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa), YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat; Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah; Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman; Pengarah Eksekutif Pentadbiran, Tuan Haji Abd Razak Hussin, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, YBhg. Prof. Datin Dr. Norizan Abd. Razak; Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA), Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan; Timbalan Pengarah (Perhubungan Alumni) PPMPA, Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan.

DYMM Tuanku Muhriz merupakan Canselor UKM telah menerima mengadap Presiden Majlis Alumni UKM, YBhg. Prof Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak, Naib Presiden Majlis Alumni UKM, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad Hussin dan barisan Ahli Majlis Alumni UKM yang terdiri daripada Presiden Persatuan i-Alumni UKM, Encik A. Ganesh dan Setiausaha Kelab Bekas Mahasiswa Cina UKM, Encik Lee Thai Hung. Perkara yang dibincangkan ialah memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Majlis Alumni UKM. Selain itu, Majlis Alumni UKM turut memohon perkenan DYMM Tuanku Canselor untuk menetapkan tarikh Majlis Santapan Malam DiRaja Alumni UKM 2017.

Ihsan UKM Official