Majlis ‘Berambeh Makan’ anjuran Alumni UKM Sarawak

Pada 8 Mei 2017 telah berlangsung Majlis ‘Berambeh Makan’ bertempat di Hotel Samudra Sarawak. Program ini melibatkan pertemuan seramai 50 orang Alumni UKM. Antara Alumni yang hadir ialah YB Datuk Hj Julaihi B Hj Narawi Presiden Alumni UKM Sarawak, Dato Zainal Abidin Ahmad Group MD Zecon Berhad, Datu Mustapha Han PA TYT Sarawak merangkap penaja majlis, En Kamri Effendi Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan ramai lagi Alumni UKM yang terdiri dari pelbagai bidang dan kerjaya. Diharap agar pertemuan ini menyuntik lembaran baru dalam interaksi dua hala UKM dan Alumni.