Majlis Jejak Kasih Alumni ’70

Majlis Jejak Kasih Alumni ’70 Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 22 Julai 2017 bersamaan 29 Syawal 1438, bertempat di Hotel Puri Pujangga UKM. Seramai 58 orang Alumni ’70 yang hadir setelah hampir 44 tahun tidak bersua muka. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Sham Sani Mantan Naib Canselor UKM yang pertama, bekas pensyarah UKM dan YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (HEPA). Majlis ini memberi 1001 makna kepada yang terlibat kerana menjadi medan mengimbau kembali nostalgia sepanjang berada di UKM.