Majlis Makan Tengah Hari & Ramah Mesra Alumni Hebat bersama YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur

Pada 6 April 2017, satu majlis makan tengah hari telah diadakan iaitu Majlis Makan Tengahari dan Ramah Mesra Bersama Ybhg. Prof. Dato’ Seri Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM anjuran Unit Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Alumni Hebat yang hadir ialah Ybhg. Dato Iszhar Ibrahim (FE 85), Ybhg. Datuk Mokhtar Hussain (FSKK 84), Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim (FPER 84), Hj. Mohd Zaidi Bin Iladim (FSFG 94), Encik Khamsaton Sulaiman (FSKK 93), Tan Lay Seong (FSM 95) dan Puan Masnizam Hisham (FUU 96).