MAJLIS PELANCARAN TABUNG ALUMNI KEBAJIKAN FAKULTI FARMASI (TakeFar 2.0)

Majlis ini telah diadakan pada 5 Mac 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Farmasi. Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Alumni Fakulti Farmasi, iaitu Encik Mohd Dziehan Mustapa dan Dekan Fakulti Farmasi, Prof. Madya Dr. Jamia Azdina Jamal. Turut hadir adalah Encik Hilmi Hayat Jamaludin dan pensyarah Fakulti Farmasi. Seramai 22 orang penerima bantuan TaKeFar 2.0 dari tahun satu hingga empat telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.