MAJLIS PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA IKATAN ALUMNI UKM CHAPTER MAKASSAR

Majlis Pelantikan Ahli Jawatankuasa Ikatan Alumni UKM Chapter Makassar telah diadakan pada 9 Oktober 2017 di Hotel Grand Clarion, Makassar. Majlis dihadiri oleh Prof. Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM. Seramai 30 orang Alumni UKM Makassar yang hadir pada majlis ini. Alumni yang dilantik untuk memikul jawatan sebagai Presiden Ikatan Alumni UKM Chapter Makassar ialah Dr Ruslan Ramli, (FSSK 2012). Chapter Makassar ialah chapter yang ketiga selepas Chapter Jakarta dan Chapter Acheh. Jumlah ahli yang terdapat dalam Chapter Makassar ialah lebih kurang 100 orang. Seramai 60 orang berkelulusan dalam ijazah sarjana dan ijazah doktor falasafah.