Majlis Reunion Alumni Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia

Majlis Reunion Alumni Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 21 Oktober 2017 anjuran Persatuan Alumni Sains Nuklear UKM (PESAN), bertempat di Bangi Golf Resort. Seramai 60 orang Alumni yang hadir. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pensyarah-pensyarah yang pernah mendidik kumpulan ini dahulu serta YBhg. Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni.